Showing posts with label :: Ruang Tamu. Show all posts
Showing posts with label :: Ruang Tamu. Show all posts

Friday, October 29, 2021

PROJECT ID RUMAH : TUTUP BAHAGIAN TANGGA

 

Tiber rasa nak update pasal rumah

kalau nak cerite project dekor, make over, renovation rumah ni sejak tahun 2019
memang tak tercerita dah

banyak sangat

n 2021 ni, hampir 70% dekor, interior umah ni dah berubah
even projek tangga yg aku nak cerita ni pon
adalah projek awal tahun 2020. tahun lepas !!
projek masa aku masih lagi mengandung dak chenta
n sekarang dak chenta dah setahun setengah dah pon ahaha
projek ni sebelum PKP lagi
aku rasa maybe dalam bulan 1 or 2. rasa nya lah

tetiba aku rasa nak tutup/naik batu kat bahagian tepi tangga
sebelum ni, pakai rail besi -malas pulak aku nak carik gambar besi rail tu
besi rail yg pemaju kasi tu

tak tau la napa tiber jer nak tukar n tutup habes -naik wall kat situ
sedangkan tak penah pikir or plan pon dari sebelum2 nya bertahun duduk rumah ni



Ni keadaan bila dah tanggal rail besi tu.


100% keadaan ruang tamu ni dah bertukar
dari color cat dan perabot

ni gambar dari atas tangga
dulu2 suka amik gambar dari sudut ni
boleh nampak keseluruhan ruang
lepas naik batu, dah takde dah gambar dari sudut ni
susah jugak lah nak amik gambar keseluruhan macam ni


sebelum naik batu ni, kami ada pecahkan sikit tiles kat bahagian nak letak simen dan bata tu
macam takik la
supaya dia mencengkam sikit



oh ya, kami buat sendiri.
abah sado yg buat ngan adik aku n pekerja aku sorang
nak ikat batu amik masa 2 hari 
ikutkan sehari jer tapi tu lah, orang kata bukan tenaga mahir hahaha
ya, ni fes time la kami buat bende2 ni tuk rumah
biasa buat bende simple2 jer


tak la susah pon sebenarnya. 
eerrrr aku rasa lah hahahaha
tapi yg membuat nya which is abah sado kau, tu aku tak pasti
tp so far ok jer kot

aku rasa yg susah sangat kat part nak plaster tu jer la 
tu memang bebetul kene helok n details
kalau tak, kasar, tak rata or bercapuk, sakit mata jugak nak tengok tuk long terms
bancuhan simen kene betul



sampai ke malam jugak la nak siapkan finishing dia
aku meneman jugak la tak dapat nak buat apa sangat
ngah mengandung time tu
rumah tak lah kecah sangat. sebab buat sendiri maybe
just bhg tangga tu jer







dah siap. kene tunggu beberapa hari sampai simen tampal bebetul keras dan kukuh
baru leh buat wiring dan plaster simen cover


aku nak cerite pasal pemilihan BATU BATA MERAH ni

Bata merah ni lebih mahal sikit berbanding bata putih biasa tu
mahal berapa sen jer pon
pilih bata ni konon sebab nak sejuk la 

konon nyaaaa

tapi, rupanya ada kelemahan pakai bata merah ni berbanding putih
n no wonder kenapa kontraktor biasa pakai bata putih jer
bukan sebab murah ke apa 
macam aku cakap, beza sikit jer 2-3 sen jer pon 
tapi bata merah ni, time nak plaster tu, dia tersangat cepat menyerap air
so, time nak tampal tu agak susah
asyik kene sembur air jer tuk bagi lembab.
kalau tak simen cepat kering dan jadi berketul, berbijik2 nanti

n sebab tu orang kata batu merah ni 'sejuk'
sebab menyerap air lebih cepat
kira kalau nak pakai jugak, memang kene mahir handle time plaster tu.
lebih tenaga n masa

tu ikut pengalaman
n ikut kami tanya pendapat2 orang lebih pakar

lagi satu batu merah ni mudah pecah, dia lembut berbanding batu putih





kami amik masa seminggu - 2 minggu gak kot (tak berapa ingat)  nak buat wiring ni
ni kami panggil kawan yg memang biasa buat wiring rumah ni
kire banyak gak la wiring umah ni dia yg buat

bab wiring ni memang kene tenaga mahir
jangan buat main and hagak2 asal boleh jer
kesan dia tuk long terms ya
kami biasa buat wiring rumah, so memang kadang2 ada jer yg timbul masalah
lagi2 pada wiring tambahan

jadi, panggil la kawan2 n orang yg sama setiap kali pon
so dia tau jer mana hujung pangkal bende tu semua
kat mana dia tanam
n tips aku tuk ni adalah : mintak orang wiring tu pilih bahan2 yg elok
tak apa kalau mahal sikit pon.




dan masa buat wiring, rumah berkecah gila lebih teruk dari kau ikat batu sebelum tu
aku memang dah tau siap2 dah
so masa buat wiring ni, aku kosongkan semua
simpan n bungkus perabot2 aku

sebab, senang nanti nak bersihkan rumah




lepas setel wiring,baru tampal. 

yg ni gap sebulan ya dari lepas wiring
sebab abah sado kau out station !!
so kene tunggu dia setel kerja dia baru leh buat

kira lama jugak la nak siap kan tangga ni
sebab kekangan masa

aku rasa part paling mencabar dalam buat tangga ni 
time menampal simen ni la
kene details kene buat cantik2 kemas2
ngan hal pasal batu merah aku cerita atas tu lagi
lama giler nak siapkan part ni jer
aku tengok pon penat huhu


so, ni la dia hasil nya
aku pon dah pasang wainscoting dah.
ni gambar lepas siap tu
yg wire terjulur tu wire aircond
masa ni tak terus pasang lagi


sofa coklat ni pon dah takde skrang
lantai pon sama
banyak dah perubahan aku buat kat ruang bawah ni
dari depan sampai belakang




puas hati jugak la buat sendiri
serious jimat gila
kos about RM 300 jer lbh kurang
sebelum tu aku tanya2 kontraktor diaorang caj paling murah RM1500
tu pon siap suggest pakai mdf board jer n caj macam tu
kalau naik batu macam kami buat ni lagi tinggi harga nya
ya aku paham jer diorang caj tu 
tapi still rasa gila kau hamek huntung berganda kan
sebab tu kontraktor kaya raya hahaha

well, kami suka jer buat bende2 macam ni
bukan pasal nak jimat ke semata
tapi pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat tu
haaaa kau tengok lepas tu, macam2 lagi kiteorang buat kat rumah ni 

aku siap2 cakap -kalau abah sado kata nak berenti
aku nak ajak dia daftar kontraktor
boleh amik job renovate rumah orang

ok lah, tu jer aku nak share buat masa ni.
tiber semangat citer pasal rumah
jarang2 ni aku rajin update blog

tapi korang kalau nak tengok hasil ruang tangga ni,
n nak tengok perubahan demi perubahan rumah kami ni
boleh terus gi IG aku @atyfared
jangan lupa terus follow jer hokeh
kalau nak tanya apa2 pon pasal ni semua or berkaitan
pon boleh direct dm kat situ
aku rajin mengapdet kat situ jer semua pasal rumah ni










Friday, June 02, 2017

DIY Pemasangan WAINSCOTING



sebab aku rajin sikit ni
aku update pasal wainscoting yang aku DIY sendiri tu laju..
kali ni nak cerite pasal mengecat..





ni wainscoting yang aku dah siap tampal..
nak tampal tu tak susah mana pon.. memula jer lah rasa serba tak kena..
kelam kabut..
tapi bila dah jumpa rentak..laju jer siap..

yang leceh bagi aku buat wainscoting ni.. masa awal2 tu..
awal2 nak carik kayu.. nak potong ikut size..
lagi2 yang ada sudut kat frame tu..nak kene sharp..
kalau tak nanti nak sambungkan tu tak lawa.. renggang jadi tak helok..
memula pakai gergaji.. bergigi2 sumpik2 siap.. hahaha.. senget toksh cakap la..
tapi bila pikir nak buat banyak.. terpaksa aku melabur beli mesen potong.. 
harga mesen lagi mahal dari harga kayu hokeh !! pheewwww... 
pastu nak menggosok licin tu lagi laaaaaaaaaaa... kalau tak gosok licin nanti cat tak lawa..remeh kaaaaaaaaan...
lepas tu nak hadap lagi sebatan2 cat undercoat pulak.. 
undercoat yer.. bukan cat biasa tu lagi.. kire ada 2 step cat lah ni..
yang aku nak share ni... yang lepas siap tampal dah..
kire bahagian finishing.. 

kisah cat ni
memula dulu.. nak gak aku tanya pendapat korang semua nak cat wainscoting ni color apa..
tapi lambat lak nak update kat blog ni..
so aku decided jer lah sendiri
korang pon dah tau aku cat color apa pon kan..
so..aku cerite jer lah kisah sebalik nya yer..

walaupon aku memang aimed rumah kek nis dan opis alif shukri tu..
color hitam with gold
tapi lepas2 buat ni.. aku mula berbelah bagi hati tak tetap iman tak kuat mana..pheeww..
mula la rasa nak cat semua tukar cat rumah color lain.. hahahahaha..
tak tak.. tu acah2 jer..
aku masih 'selesa' dan senang ngan cat hitam ni..
kau jangan.. laki aku dah cakap..
kalau aku nak tukar cat dalam masa terdekat ni..
die soh aku cat sorang2.. huuuuuuuuuuu....

ok bukan tukar cat..lambat lagi kisah nya tu..
aku just konpius samaada nak cat wainscoting bawah tu colot putih macam biasa orang buat tu
atau nak buat jer macam yang aku nak awal2 color hitam gold

nak buat putih.. lawa jugak..
tapi.. tak nak lari dari color hitam gold rumah tu..
dan aku sendiri tak nak nampak obvious sangat..
nak nampak tak nampak giteeewww...

so.. last2 aku cat jer lah macam idea asal..
color hitam..
seb bek lah ada lagi baki cat ritu aku simpan..
tu pon sikit sangat..
ngam2 habes touch up.. habes cat nya..huhu..





huru hara rumah aku 2-3 hari
yer lah.. lepas touch up .. esok nya baru nak mengecat..
pastu satu layer tak cantik..
kene tunggu kering.. cat lagi layer lain..
pastu dah kering touch up lagi..
macam kat sudut2 tu kan.. 




ni masa ngah basah lagi ni


memula nak biar jer warna hitam ni..
malas lak aku nak hadap buat line gold tu..
eeeee.. leceh kau tau tak.. bende tu halus jer kan nak buat..
tapi sebab serabut tengok rumah tak kemas2 aku buat jer lah lepas dah siap2 kering tu..
ponnnn amik masa 2 hari nak setel..
kejap2 kang berenti amik qaleef balik sekolah [ritu]
pastu nak hadap anak2 nak makan tengahri pulak..
benti solat terus2 cuci cat kat tangan.. malas dah nak sambung lagi..huhu
kang nak solat lagi.. cuci lagi..
tu aku suka buat awal pagi..lepas qaleef gi sekolah..
shaquille tido.. aku buat lah slow2.. 
benti biler anak balik sekolah..tu yang sampai 2 hari nak siap tu..yang line gold tu..








close up sikit line halus gold ni..  




biler dah siap.. amik gambar..tak nampak pon line gold tu kat gambar..
kat IG aku letak ramai soh aku letak gold..
aku dah letak..!! tapi dalam gambar tak nampak..hahaha..
tapi kalau tengok in real.. datang rumah aku.. memang lah nampak terang jelas..
dalam gambar tu jer tak nampak hapa..
aku tengok balik umah kek nis tu..derang nya lagi tebal..
so no wonder aku nyer macam nampak tak nampak jer kan..
alaaaa.. malas nya aku nak hadap buat tebalkan balik.....
dah siap2 kemas dah mop bagai..
biar lah dulu.... huuuuuuu


ok.. gambar seluruh deko ruang tamu..aku share kendian yer..
tak banyak beza pon.. just beza wainscoting jeeeeewwwwww..

nanti aku nak buat kat dining area pulak..
aku share lagi kendian insyaa Allah..





NAK TEMPAH / DIY WAINSCOTING CANTIK SEBIJIK MACAM AKU PUNYA NI MURAH?!!






Monday, May 29, 2017

STEP 1 : DIY pemasangan Wainscoting [Barang2]



hari ni aku gigih kan diri tuk buat entry wainscoting ni.. pheeww...
part by part.. sebab banyak pulak gambar nak share..

ok.. entry ni aku nak cerite pasal barang2 tuk pemasangan wainscoting
macam bahan2 memasak giteewww..




[1] CHAIR RAIL 



pasang kat bahagian tengah2 wall bahagian atas sekali
sebelum tu.. buat garisan sepanjang wall dan masa pasang tu pakai penimbang
ketinggian terpulang pada korang sendiri
tapi tinggi ideal antara 3 hingga 3.5 kaki dari lantai

TAK PERLU PAKAI PAKU.. pakai GUM khas dia jer.. senang..
takde gambar pulak nak tunjuk [tak sempat amik gambar]
sebab letak gam laju2..lepas tu tampal sebab takut kering
letak sikit dalam bentuk zig-zag dan ratakan [jangan biar gam tebal2 sebab nanti terlalu renggang dengan dinding]
atau gam akan terkeluar susah nak tanggalkan nanti




lepas tampal GUM tekan seketika dalam beberapa minit sampai kering dan melekat betul
sebab takut bergerak ke bawah nanti terus ukuran 'lari'
macam gambar atas tu.. nampak tak die menurun ke bawah garisan
sepatut nya kayu tu letak atas garisan tu..
aku tak tekan lama.. die bergerak.. tu yang coklat tu gam nya..



2] BASEBOARD ni untuk bahagian kaki dinding sebagai skirting 


3] SHOE MOLDING ni aku cerite sekali sebab bende ni pasang sekali kat kaki dinding 
lekatkan pada BASEBOARD[2] atas tu
cari yang berbentuk L shape pada bahagian belakang tuk nampak lebih cantik


ok.. nampak tak pemasangan tu

memula tampal [2]BASEBOARD di bahagian belakang terlebih dahulu sebagai skirting
sebab rumah aku ada tile[skirting] asal kat kaki dinding ni.. 
jadi aku letak BASEBOARD sama dengan ketinggian  skirting asal
tu nampak tergantung dan ada ruang sikit kat bahagian bawah sekali

tapi jangan risau..
boleh cover dengan SHOE MOLDING tampal kat bahagian bawah sekali
nampak tak ada bahagian yang aku dah pasang ngan belum tu



so ni bentuk yang dah tampal SHOE MOLDING pada BASE BORD
nampak dan bentuk nya lebih cantik
kalau ada ruang sikit2.. jangan risau..
nanti kite touch-up aku akan cerite kendian yer
sekarang ni kite setel tampal dulu semua bahagian


ni dah siap pasal yang nombor 1, 2 dan 3
ngah buat.. sekali ayah aku kate nak datang berehat kejap masa ummi masuk spital ada minor operation kat spital Selayang
since rumah aku dekat2 situ..instead of ayah aku nak berulang ke Shah Alam tu..
kelam kabut aku mengemas rumah elok2 letak kat kedudukan asal.. hahaha
walaupon wainscoting tak siap lagi..
tapi tak per lah.. aku kemas jer dulu..
yer lah..ayah aku tu dah penat..nak berehat kat rumah anak
datang rumah aku bersepah kang lagi bertambah penat die tengok kan..
biar lah die selesa biler datang tu..
tu yang prefer kemas jer lah dulu..
tu dalam fb aku cakap amik masa lama gak nak siap sebab bertangguh2..
kalau betul2 hadap ni aku rasa dalam 4-5 hari boleh siap dah..
or may be lebih cepat..

ok.. aku terus sambung ke bahagian wall frame [4] tu



[4] WALL FRAME - yang ni complicated sikit
nak pakai bentuk apa ikut lah pekenan korang..
nak cantik pakai ada bentuk tebal sikit
tapi jangan beli yang lebar yer.. beli yang lebih slim size lebih kurang atau sama dengan Shoe Molding

TIPS :: Potong kayu hujung dengan potongan serong 45 darjah
tuk sambungan jadi bentuk kotak frame



aku rasa ni lah paling susah.. hahaha..
dah ukur2 siap sekali tak balance jugak kiri kanan wall..
banyak kali ukur balik dan susun
biler tampal dulu kat dinding..pakau masking tape..
biler nak bukak tampal tu.. tercabut sekali pulak ngan cat asal..
dan lagi satu.. masih tak membantu pon tuk dapat ukuran tepat..
last sekali.. aku hagak2 jer..
beza sikit2 tak perasan sangat pon lagi2 sebab ada bahagian di tutup perabot
cuma.. jangan lah terlampau beza sangat jarak2 nya tu..
tak lawa lak nanti

untuk wall frame ni.. kene ukur kelebaran dinding dulu dan ukur berapa banyak kotak yang korang nak pasang 
jarak cantik antara satu2 frame tu..antara 3 inch hingga 5 inchi
boleh jer nak jarak lagi..
cuma aku share mengikut jarak yang tepat dan lebih cantik

satu frame.. gunakan 4 kayu..size ikut ukuran korang sendiri mengikut size dinding
korang boleh carik contoh2 kat google tuk rujukan size bentuk acaner ko nak

macam aku.. buat 2 size.. ada frame kecik dan frame besar
sebab nak seimbangkan ngan lebar dinding
korang nak buat lebar2 pon takde masalah..ikut pekenan mata korang



semasa proses pemasangan wall frame
lebar wall yang aku pasang wainscoting ni 22.5 kaki
aku pakai 16 frame dengan 2 size berbeza [selang2 besar kecik]
lagi banyak frame..lagi banyak kerje nya..pheewww..
kalau buat lebar2.. laju sikit pasang kot kan.. hahaha




ok lah.. sampai sini dulu..
aku nak kene buat kerje lain ni..
banyak urusan..
nak buat entry ni sambil sharing pasal proses memang amik masa..
so.. nanti aku sambung bahagian 2 pulak yer..

till then.. daaaaaaaa....



notatanganAty :: lupa nak cakap.. kayu ni.. masa beli color coklat asal kayu..
kene gosok dulu atau kalau dah ok boleh terus cat ngan undercot khas tuk kayu.. tuk mudahkan cat..dan cat lagi cantik lepas daripada tu..




NAK TEMPAH / DIY WAINSCOTING CANTIK MACAM AKU PUNYA NI NGAN HARGA MURAH??!! 

Thursday, May 05, 2016

#TipsDecor :: macamane nak pilih meja sisi di ruang tamu/sofa

meja sisi pon boleh di jadikan sebagai decor items tau..
sebagai dekorasi rumah..
bukan semata perabot..
jadi.. nak pilih tu..bukan sekadar ada...
tapi.. buat pilihan yang tepat..
sebab..walaupon mungkin tak besar mana..
tapi memberi impact berbeza pada satu2 ruang..

nak beli meja sisi tuk sofa pon kene pandai pilih..

aku dulu tak tau..beberapa kali buat kesilapan..
tertinggi sangat lah..terkecik lah.. ter lebih besar lah..macam2 hal lah..
macam kes aku gi beli meja sisi rustic color gold ritu tu..
ingat tak aku ada cerite..
yang akhirnya membawak aku beli arms chair jer terus lepas tu..
selain sebab gaya yang tak sepadan..
aku perasan masa tu..meja tu terlalu besar dan tinggi..
sedangkan sofa aku masa tu..jenis minimalis modern agak rendah..
nampak tak balance..

tu lah ko.. main beli jer..asalkan nampak lawo...puffttt...


tapi tu sebelum ni lah..

kite belajar dari kesilapan giteewwww..
tak buat silap..mana nak belajar kan...

so.. aku share sikit tips nak carik meja sisi tuk sebelah sofa...


perkongsian yang simple2 jer ni..

kot lah membantu korang yang pernah hadapi masalah macama ku sebelum ni..



1. SAIZ- ikut lah keluasan ruang yang ada kat umah korang tu..mana nak letak..
biasa orang letak kiri kanan sofa..
just pastikan saiz nya tak akan menganggu laluan orang nak lalu lalang..
macam aku sendiri..ada anak kecik..
tapi nak letak jugak...pulak tu..berani letak pasu kaca seketul atas tu...
jadi..nak elakkana nak aku terlanggar time main lari2..atau buat derang rasa tak selesa..
aku pilih bentuk bulat [tidak berbucu]..stabil dan tahan lasak..
dan tak terlalu dempak...!! konsepnya.. cantik tapi selesa kat orang umah giteeww..



[sumber]






2. SEPADAN - yang ni lebih pada mengikut ketinggian perabot lain yang sedia ada...
contoh.. sofa..yang memang biasa orang letak meja sisi kat sebelah sofa kan..
kalau jenis low back sofa macam aku punye tu.. jangan pilih terlalu tinggi atau besar 
dan jangan pilih yang SAMA TINGGI dengan sofa tersebut
pilih yang lebih rendah seelok2 nya...
atau kalau nak yang lebih tinggi.. -pilih yang lebih kecil sikit
nampak tak gambar ke tiga atas ni..
sisi sofa yang tinggi.. meja lebih rendah..sebab.. nak letak hiasan lampu meja lebih besar
supaya nanti.. tak lah lampu tu akan jadi semakin tinggi-kalau pakai meja sisi tinggi jugak









3. TEKSTUR/GAYA - macam aku cakap kat atas tadi tu lah..
bentuk...warna... pon memainkan peranan gak dan bagi impack pada keseluruhan gaya
carik sumting yang ber-karakter...ada bentuk menarik...
bukan sekadar asal kan ada...
dan jangan lupa..pilih gaya yang sepadan dengan perabot yang ada kat rumah tu-atau tema dekorasi yang di sukai..
contoh Pilihan permukaan marmar antara yang malar segar 
atau besi yang berkemasan rustik untuk gaya industri
jangan jadi macam kes aku ritu..darikan modern simple..
tetibe beli meja sisi berkerawang yang emmang obviously sangat jauh beza dan nampak janggal..!!







4. KONTRAS- jangan takut nak adakan perbezaan warna meja sisi dengan perabot lain

tak semesti nya kalau thema ko cekelat satu rumah..
meja sisi pon kene coklat jugak..
macam tu jugak ngan mainan warna putih..
walaupon ko rasa warna putih warna selamat..
kene pandai main color..
kalau takut..boleh pilih dari warna family yang sama...
contoh Keseluruhan set sofa dalam rona coklat gelap mungkin meja sisi boleh pakai rona biji sawi.

5. LESS IS MORE - pilih sesuatu lebih ringkas KALAU pilihan sofa korang jenis sarat

contoh sofa bercorak..atau bercolor terang..
tak pon..jenis sofa berkulit mewah... 
jadi..nak cantik lebih menarik.. pilih  rekaan yang lebih ringkas...
macam tu sebalik nya..kalau sofa jenis dull..polos.. kosong..
so..pilih meja sisi dengan rekaan lebih sikit...tuk timbulkan nya..








6. HIASAN - ni lebih pada dekorasi atas meja sisi..
biasa orang tak letak segala2 bende atas tu..
cukup sekadar lampu meja...atau bunga hiasan...
atau pasu cantik...tak di galakkan letak lebih dari 3 items atas meja sisi [sebelah sofa terutamanya]
yang ni nanti aku share yer sikit2 idea aku jumpe yang menarik..
kot korang boleh dapat isnpirasi..