Showing posts with label :: pembahagi ruang. Show all posts
Showing posts with label :: pembahagi ruang. Show all posts

Friday, October 29, 2021

PROJECT ID RUMAH : TUTUP BAHAGIAN TANGGA

 

Tiber rasa nak update pasal rumah

kalau nak cerite project dekor, make over, renovation rumah ni sejak tahun 2019
memang tak tercerita dah

banyak sangat

n 2021 ni, hampir 70% dekor, interior umah ni dah berubah
even projek tangga yg aku nak cerita ni pon
adalah projek awal tahun 2020. tahun lepas !!
projek masa aku masih lagi mengandung dak chenta
n sekarang dak chenta dah setahun setengah dah pon ahaha
projek ni sebelum PKP lagi
aku rasa maybe dalam bulan 1 or 2. rasa nya lah

tetiba aku rasa nak tutup/naik batu kat bahagian tepi tangga
sebelum ni, pakai rail besi -malas pulak aku nak carik gambar besi rail tu
besi rail yg pemaju kasi tu

tak tau la napa tiber jer nak tukar n tutup habes -naik wall kat situ
sedangkan tak penah pikir or plan pon dari sebelum2 nya bertahun duduk rumah ni



Ni keadaan bila dah tanggal rail besi tu.


100% keadaan ruang tamu ni dah bertukar
dari color cat dan perabot

ni gambar dari atas tangga
dulu2 suka amik gambar dari sudut ni
boleh nampak keseluruhan ruang
lepas naik batu, dah takde dah gambar dari sudut ni
susah jugak lah nak amik gambar keseluruhan macam ni


sebelum naik batu ni, kami ada pecahkan sikit tiles kat bahagian nak letak simen dan bata tu
macam takik la
supaya dia mencengkam sikit



oh ya, kami buat sendiri.
abah sado yg buat ngan adik aku n pekerja aku sorang
nak ikat batu amik masa 2 hari 
ikutkan sehari jer tapi tu lah, orang kata bukan tenaga mahir hahaha
ya, ni fes time la kami buat bende2 ni tuk rumah
biasa buat bende simple2 jer


tak la susah pon sebenarnya. 
eerrrr aku rasa lah hahahaha
tapi yg membuat nya which is abah sado kau, tu aku tak pasti
tp so far ok jer kot

aku rasa yg susah sangat kat part nak plaster tu jer la 
tu memang bebetul kene helok n details
kalau tak, kasar, tak rata or bercapuk, sakit mata jugak nak tengok tuk long terms
bancuhan simen kene betul



sampai ke malam jugak la nak siapkan finishing dia
aku meneman jugak la tak dapat nak buat apa sangat
ngah mengandung time tu
rumah tak lah kecah sangat. sebab buat sendiri maybe
just bhg tangga tu jer







dah siap. kene tunggu beberapa hari sampai simen tampal bebetul keras dan kukuh
baru leh buat wiring dan plaster simen cover


aku nak cerite pasal pemilihan BATU BATA MERAH ni

Bata merah ni lebih mahal sikit berbanding bata putih biasa tu
mahal berapa sen jer pon
pilih bata ni konon sebab nak sejuk la 

konon nyaaaa

tapi, rupanya ada kelemahan pakai bata merah ni berbanding putih
n no wonder kenapa kontraktor biasa pakai bata putih jer
bukan sebab murah ke apa 
macam aku cakap, beza sikit jer 2-3 sen jer pon 
tapi bata merah ni, time nak plaster tu, dia tersangat cepat menyerap air
so, time nak tampal tu agak susah
asyik kene sembur air jer tuk bagi lembab.
kalau tak simen cepat kering dan jadi berketul, berbijik2 nanti

n sebab tu orang kata batu merah ni 'sejuk'
sebab menyerap air lebih cepat
kira kalau nak pakai jugak, memang kene mahir handle time plaster tu.
lebih tenaga n masa

tu ikut pengalaman
n ikut kami tanya pendapat2 orang lebih pakar

lagi satu batu merah ni mudah pecah, dia lembut berbanding batu putih





kami amik masa seminggu - 2 minggu gak kot (tak berapa ingat)  nak buat wiring ni
ni kami panggil kawan yg memang biasa buat wiring rumah ni
kire banyak gak la wiring umah ni dia yg buat

bab wiring ni memang kene tenaga mahir
jangan buat main and hagak2 asal boleh jer
kesan dia tuk long terms ya
kami biasa buat wiring rumah, so memang kadang2 ada jer yg timbul masalah
lagi2 pada wiring tambahan

jadi, panggil la kawan2 n orang yg sama setiap kali pon
so dia tau jer mana hujung pangkal bende tu semua
kat mana dia tanam
n tips aku tuk ni adalah : mintak orang wiring tu pilih bahan2 yg elok
tak apa kalau mahal sikit pon.




dan masa buat wiring, rumah berkecah gila lebih teruk dari kau ikat batu sebelum tu
aku memang dah tau siap2 dah
so masa buat wiring ni, aku kosongkan semua
simpan n bungkus perabot2 aku

sebab, senang nanti nak bersihkan rumah




lepas setel wiring,baru tampal. 

yg ni gap sebulan ya dari lepas wiring
sebab abah sado kau out station !!
so kene tunggu dia setel kerja dia baru leh buat

kira lama jugak la nak siap kan tangga ni
sebab kekangan masa

aku rasa part paling mencabar dalam buat tangga ni 
time menampal simen ni la
kene details kene buat cantik2 kemas2
ngan hal pasal batu merah aku cerita atas tu lagi
lama giler nak siapkan part ni jer
aku tengok pon penat huhu


so, ni la dia hasil nya
aku pon dah pasang wainscoting dah.
ni gambar lepas siap tu
yg wire terjulur tu wire aircond
masa ni tak terus pasang lagi


sofa coklat ni pon dah takde skrang
lantai pon sama
banyak dah perubahan aku buat kat ruang bawah ni
dari depan sampai belakang




puas hati jugak la buat sendiri
serious jimat gila
kos about RM 300 jer lbh kurang
sebelum tu aku tanya2 kontraktor diaorang caj paling murah RM1500
tu pon siap suggest pakai mdf board jer n caj macam tu
kalau naik batu macam kami buat ni lagi tinggi harga nya
ya aku paham jer diorang caj tu 
tapi still rasa gila kau hamek huntung berganda kan
sebab tu kontraktor kaya raya hahaha

well, kami suka jer buat bende2 macam ni
bukan pasal nak jimat ke semata
tapi pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat tu
haaaa kau tengok lepas tu, macam2 lagi kiteorang buat kat rumah ni 

aku siap2 cakap -kalau abah sado kata nak berenti
aku nak ajak dia daftar kontraktor
boleh amik job renovate rumah orang

ok lah, tu jer aku nak share buat masa ni.
tiber semangat citer pasal rumah
jarang2 ni aku rajin update blog

tapi korang kalau nak tengok hasil ruang tangga ni,
n nak tengok perubahan demi perubahan rumah kami ni
boleh terus gi IG aku @atyfared
jangan lupa terus follow jer hokeh
kalau nak tanya apa2 pon pasal ni semua or berkaitan
pon boleh direct dm kat situ
aku rajin mengapdet kat situ jer semua pasal rumah ni










Tuesday, March 05, 2019

Rumah AtyFared : TV area yang bertukar jadi ruang santai




Ini dulu...... ruang menonton tv kami asingkan letak kat bahagian tengah







dan ni ruang yang sama.. sekarang

buat ruang santai..







lepas cat ritu.. saja alih susun atur terus.. 
jemu gak letak tempat sama jer dan bertahun2.. dari last renovation dulu kat situ jer lah tak berubah2..
sebenarnya..memang ada sebab kenapa asingkan dan letak kat sini ruang tv dulu..
but well... tak apa lah kan sesekali..
pon belum tentu permanent... so tak kisah pon nak alih2 ni...





aku suka duduk sini.. tak tau napa.. 
sebenarnya aku memang suka duduk kat wing chair ni..selesa...
so alih lah mana pon.. kat situ lah aku dok lepak bila ngan handphone..





so.. tv letak mana? 

nanti lain kali aku share yer...





Wednesday, January 25, 2017

SUSUN ATUR :: Ada apa dengan belakang SOFA..??


tah kemana semangat nak hapdet blog tah...
pagi2 selalu on lappy..dengan niat dapat lah update sikit..
tapi lepas buat kerja..terus malas..
selalu konon2 kata.. petang2 sikit lah update blog
time anak2 dah kenyang makan..
dah rileks2 tengok tv ker tido ker..
tapi.. nan hado jugak..huhu
dari hari ke sehari..
sampai ni dah nak masuk rabu dah..
macam tu lah setiap kali pon..
n fact.. dah nak akhir bulan..since 2017 baru berapa ketul jer entry aku..
oohh tak...tak... 
aku tak pernah berazam tuk jadi blogger tegar kental jiwa raga update blog setiap hari...
dapat ingat password blog pon dah cukup bersyukur.. eeaahh..ko paham ke paham ni.. bahahaha..




berbalik tajuk...
saja2 nak fokus cerite pasal belakang sofa...
aku teringat kawan aku datang rumah..
tengok susun atur perabot aku [sofa] yang tak rapat kat dinding
die cakap "kalau laki aku ni..tak dapat lah nak buat macam ni.. semua die nak rapatkan ke wall.. nak kasi luas"
merungut laki die tak nak bagi kerjasama menghias rumah
hahaha.. paham..paham...




perasan tak korang kalau tengok ID sesetengah rumah..
sengaja perabot tak di rapatkan ke dinding..?? 
kalau rumah tu luas.. akan nampak kat tengah2 halam jer perabot nya..
dalam kedudukan setempat..eeaahh..macam belajar geografi pulak.. heheh..
kire ada access masuk ke ruang tersebut dari sudut2 lain..
kau dapat bayangkan tak aku cakap ni..
ok.. jap aku kasi contoh






perhatikan gambar ni.. tengok macamane sofa dan perabot2 lain di susun kat tengah2 [bukan rapat ke dinding]


dan kat tepi2 dinding..
akan ada perabot2 lain macam kerusi tambahan..
yang tak 'mengadap' pada perabot tersebut pon..
maksud nya..bukan semua perlu di letak depan mata..depan sofa..
peratikan gambar kat atas tu.. konsol table dan cermin berada kat belakang sofa..
tetap nampak menarik dan cantik kan..
walaupon kalau tengok..ruang tak lah besar mana pon.

biasanya dekorasi macam ni senang kau boleh tengok pada lobby2 hotel mewah..
susun atur tu..lebih kurang bentuk 'pulau'
nampak seperti satu2 ruang khas..
dan boleh di aplikasikan pada susun atur perabot rumah jugak..
bergantung pada saiz bentuk dan fungsi ruang tau jugak..
biler kate menghias rumah.. susun atur perabot pon kene amik kire..
jangan men tibai jer ko letak mana..
susun atur ni membantu memberi impak pada satu2 ruang..pada dekorasi rumah jugak
contoh.. supaya kedudukan sofa-meja-ruang tak berada terlalu jauh antara satu sama lain
atau mungkin mengelakkan ruang terlalu 'terbuka'
yang mana.. boleh di jadikan sebagai 'pembahagi ruang' jugak..

ok.. aku saja nak borak secara general..
tuk rumah aku sendiri lah senang cerita..

kau tengok gambar tu..
ada satu ruang yang sangat sikit antara sofa dan tingkap
memang sengaja aku buat

untuk sesetengah orang..mungkin pikir..
kalau rapat kan terus ke dinding kan lagi senang.. lagi luas..
bukan boleh buat apa pon dengan ruang yang kecik tu kan..
dan bukan laluan utama pon kan..

tapi..antara bende yang korang kene amik kire kenapa perlu ada jarak/ruang tersebut
salah satu nya.. kene amik kire kedudukan tingkap kat belakang sofa tu sendiri..
dan penggunaan langsir jugak..

secara peribadi..
memang saja aku bagi ruang belakang sofa senang aku nak lalu lalang setiap kali nak bukak tutup tingkap..
aku rasa..lagi senang kerje aku..

aku memang jenis bangsa.. bangun pagi2..mesti bukak tingkap dulu..
aku tak suka rasa 'terperap' since aku banyak habeskan masa duduk kat rumah..
dan walaupon aku tak lah duduk kat bawah ni setiap masa pon..
tapi..mesti bukak..setiap pagi..termasuk lah tingkap dapur..bilik2 atas bawah..
kasi flowy angin sikit dalam rumah..
so..bukan semata sebab cantik jer..
tapi nak kasi mudahkan pergerakan...

lagi satu.. aku tak nak ada 'gangguan' pada langsir aku tu jugak..
kalau sofa rapat ke tingkap..kene langsir..
aku rasa macam tak guna jer aku pakai langsir labuh2 macam tu...hahaha..
lagi satu.. tak nampak lah impak ketinggian pada tingkap tu sendiri kan..
[tips nak kasi rumah nampak luas dan tinggi-pakai langir dari ceiling hingga lantai]
so..kalau tertutup ngan sofa.. penyek langsir i olls..apa kejadah nya pulak kan..
aku memang tak boleh tengok langsir terikat2 macam sanggul..terpeleot ker..
tak suka langsir kalau aku tersepit.. tak 'bersusun' elok2 lipatan nya tu..
nanti rasa macam tak kemas jer kat mata aku ni..
jadi.. tu pasal aku memang sengaja jarakkan walaupon sikit tuk ruang pada langsir tu sendiri..
[walaupon anak2 lagi mudah nak masuk ruang ni main langsir]
tapi so far..aku takde masalah akan hal tu..

lagi mudah aku nak 'uruskan'..
kasi nampak kemas jer selalu..elok terletak giteewww...






kalau contoh macam kat belakang konsop table / wings chair tu..
di sebut jugak sebagai feature wall...
bukan laluan untuk berjalan..
takde masalah pon tuk perabot d rapatkan ke dinding..
biasanya orang letak perabot2 lebih besar macam rak tv.. dan tv tu sendiri..
jarang2 lah orang letak tv kat tengah2 halam.. hahaha..
so.. tu aku cakap... as long as bukan laluan untuk berjalan..
so kat situ takde masalah nak rapatkan perabot kat dinding..





lagipon sebenarnya...kalau korang jenis concern terlebih macam aku ni..
lagi senang nak bersihkan ruang2 tersorok/sempit/tersepit dengan susun atur macam ni...
bawah langsir [labuh]..tepi2 wall..sudut.. adalah tempat paling mudah perangkap habuk..semut bersarang..taik cicak berkumpul..
jadi.. biler ada jarak ruang macam ni..senang lah aku nak sapu ker..vacuum celah2 ni..
nak mop pon takde masalah...
tak yah nak alih2 perabot setiap masa..
aku sendiri nak masuk celah2 pon takde hal kan..

and since..orang2 dalam rumah ni..tersangat lah sensitif dengan habuk..[abah sado dan anak2]
jadi.. memang part tu aku agak concern..
dan sesuai lah pulak ngan perangai aku sendiri kan..
walaupon tak nampak..tapi tak boleh di biarkan..
kalau tak di bersihkan..nanti aku mesti akan terbayang2 akan habuk kat celah2 tu..
imiginasi tinggi pon payah jugak..hahaha..
walaupon kate tak nampak sekali pon..!!
tapi..terbayang pon aku dah rimas dan rasa berabuk..rasa tak bersih rumah aku..
jadi.. biler susun atur macam ni.. bukan setakat nak cantik jer..
tapi nak kasi senang kerja rumah ahkak diknon...
senang nak nampak sampah...
lagi lah ngan anak2 kecik aku ni..
ada jer menan die terselit bawah sofa...
seminggu sekali buat..berbatang2 color pencil aku jumpa dan kutip..pffttt..
kalau korang buat macam ni..
anak2 buang plastik roti pon senang kau nak jerkah sebab senang nampak..
macam aku.. bahahaha..

haaa... ni antara sebab2 peribadi utama nya kat aku sendiri yer..
lain orang..lain konsep nya giteeww..
ikut korang la suka macamane kan..
rumah korang....





lagi satu..selain faktor kedudukan tingkap yang korang perlu amik kire..
jangan lupa..faktor tuk tempat lalu lang.. atau nama lain nya..
bahagian Hall away ni..

ada orang... prefer tuk rapatkan ke bahagian dinding yang ada..
kire contoh nya kalau rumah aku ni.. rapat ke tangga tu lah..
memang betul..akan nampak lagi luas..
tapi.. tuk aku..[rumah aku]
aku prefer tuk bagi ruang khas berjalan..
tanpa ganggu bahagian khusus lain [ruang tamu formal]

dulu.. masa dok rumah sewa..sebelum rumah ni..
ruang tamu agak kecik..
sebelum tu.. aku pakai sofa biasa2 yang kecik bentuk L-Shape..
boleh jer buat satu ruang tuk berjalan kat belakang nya..
tapi biler aku tukar sofa aku yang color ceghah off white [yang aku dah jual dah tu pon]
memang kene rapatkan ke bahagian wall tangga..
kalau tak.. sofa kau dengan tv.. sejengkal jer pulak jadi nya nanti..huhu
[tu penting nya pemilihan saiz perabot dengan ruang]

lepas tu..biler rapat ke dinding..
jadi..dari pintu masuk utama nak ke bahagian dalam-belakang-dapur..
kene lalu depan sofa/ruang tamu/tempat duduk tu..
kire kalau kau nak bawak tong sampah keluar rumah tuk dibuang sampah..[big issue to us]
kiteorang kene lalu pijak2 carpet..
kekadang dengan air menitik bagai ker kan..
kan dah satu hal pulak tu kan..[kat kiteorang lah]

lagi satu..kalau setakat laki bini anak beranak orang dalam rumah tu jer..
tak jadi masalah pon..
tapi.. biler tetamu datang rumah...
haaaa... kat situ yang aku tak berapa nak suka 
bukan tak suka tetamu datang rumah..
tapi berkait hal susun atur ni lah..
bukan apa.. contoh lah..ada tetamu datang rumah..dah tentu lah duduk kat ruang tamu tu kan..
nak lalu lalang tu rasa macam tak sopan pulak depan orang.. hahaha..
macam meganggu orang berborak ker..tengok tv ker..
contoh kalau yang datang tu kawan2 aku jer..nak borak2 lepak2..[contoh]
so.. kalau abah sado nak lalu2 tuk pergi dapur ker..atau keluar ker..
macam segan lah kan kat dia sendiri..
nak tak nak..terperap jer lah kat satu ruang..tak selesa..

bukan jer kat kite sendiri..tapi lebih lagi pada konsep menghormati tetamu gitu...
lain lah kalau rumah kau ada pintu lain selain dari pintu belakang rumah..huhu
[macam rumah mak aku dulu..ruang tamu memang terasing dengan ruang2 lain-so takde masalah pon]
tapi.. macam rumah teres aku ni..tu jer lah pintu keluar masuk
aku ni jugak.. terdidik dari dulu..dari rumah parents aku..
kalau ada tetamu..
selain dari ko hantar hidangan tuk tetamu mak pak aku..
jangan lah ko nak lalu lalang tetibe time2 orang tua ngah berborak berbincang ke hapa..
nampak nau macam tak sopan..
dan buat tetamu [yang mungkin lagi tua] tak selesa..
so..macam tu lah aku sekarang ni..
anak2 aku..kalau time2 aku berborak..ada tetamu..
tetibe time tu die nak lalu lalang berlari main..
rasa macam tak sopan jer pulak orang tengok..huhu
kau tengah2 bercakap.. tetibe ada orang lalu lalang 2-3 kali..
tu semua bende aku amik kire tuh..

well...ada orang..tak kisah pon kan..

tapi tuk aku..secara peribadi.. memang aku nak elakkan..kalau boleh..

macam aku cakap..tu hanya isu peribadi kat aku..

tapi.. sebenarnya..dalam konsep SUSUN ATUR PERABOT rumah pon..
memang di galakkan tuk letak dalam keadaan yang formal dan sesuai..
berhampiran satu sama lain..dan ada laluan berjalan yang di panggil HALL WAY
amik kire kedudukan feature wall..kedudukan tingkap..
dan ruang2 lain..contoh kalau ada 3 konsep ruang dalam satu ruang yang besar..

aku pernah berkongsi pasal susun atur perabot ni jugak..beberapa kali..
mengikut susun atur yang sesuai dengan saiz ruang..
sebab tu..[macam aku cakap kat atas tadi]
pemilihan saiz perabot sangat2 penting tuk satu2 ruang..
kalau ruang terhad.. jangan guna perabot terlalu dempak hingga ruang menjadi bertambah sempit..
dan jangan letak terlalu banyak barang [tuk ruang yang kecik]
supaya masih ada ruang tuk memudahkan berjalan tanpa menganggu ruang formal seperti ruang tamu

dengan kate senang kau nak paham..
kalau ruang tu agak kecik.. jangan lah kau nak letak jugak wings chair 2 ketul.. plus 3 seater sofa..dan penuh2 kan lagi dengan perabot lain
dan segala meja konsol meja sisi lagi..
just minimakan penggunaan perabot..just perabot basic dah memadai..
lepas tu..buat dekorasi cantik2..dah cukup dah..

boleh guna L-shape sofa..dan setakat meja sisi sebagai meja hiasan..
atau guna perabot tv pasang siap tuk jimatkan ruang..
aahh..pasal ni..macam nak berkongsi lebih sikit lah..
insyaa Allah kalau rajin aku buat entry lain nanti..
cerite sini nanti jadi bertambah panjang pulak..

apa2 pon.. kalau ko tak kisah akan hal ni.. tak jadi kesalahan pon..
so no worries..
apa aku buat..adalah apa yang aku suka..
ada orang mungkin suka semua nya di susun kat tepi..dengan alasan tuk luaskan lagi ruang..
terpulang..rumah masing2 kan..ikut keselesaan masing2..
macamane nak uruskan..ikut mudah diri sendiri..
masih ada cara tuk cantikkan ruang tersebut tanpa perlu ikut 'undang2' dekorasi.. 

tugas aku...just sharing apa yang aku tau mengikut fungsi...



n yeaahh.. ni susun atur terbaru ruang tamu yang tah berapa puluh kali ahkak ubah kedudukan nya..
well well...
orang duduk rumah dok rumah boring setiap masa..ngeeee....
saja luaskan kawasan yang belah2 sini pulak [ke ruang menonton]
so anak2 akan dapat space lebih..
nanti ingat aku share pasal 'pemisah antara ruang' jodol album terbaru.. bahahaha..
ramai orang email tanya aku mintak pendapat pasal hal ni..
"macamane nak pisahkan ruang ?? " "perabot macamane yang sesuai..?? "
"perlu ker buat color cat berbeza..?? " n list goes on...
belum lagi orang tanya pasal gubahan bunga yang sesuai tuk perabot cegini cegitu..
tak mampu aku nak jawap... sigh.........

tak janji nak jawap semua tu..
sebab..jujur aku cakap ni.. aku nak pikir tuk rumah sendiri pon tak sempat..!! hahahah..
serious tau ni..
aku nak pikir nak beli cushion kecik2 letak atas sofa yang dull dan boring tu..
sampai setahun tak pikir2 diknon...
nak tempah cermin tuk dining area pon..dapat bincang sekerat2 jer..
korang pulak.. nak pilih color cat pon tanya aku.. manja sangat ni tau..
lepas tu biler aku bagi jawapan..
korang tanya balik.. "cantik ker kak..?? saya tak minat kaler tu.."
dah tu.. korang tanya ahkak kenapa....huwaaaa..rasa nak berlinangan air mata ahkak depan scree hp baca jawapan korang..

ok lah.. apa pon.. nak bagi tau..aku tetap sayang korang semua..
tapi..aku tak mampu nak jawap satu2 setiap kali pon..boleeyy..??
mak diva bajet rizalman hokeh.. bahahaha..rasa nak lempang tak..??
kau giler nak bajet2 diva tak pasal..bukan hebat pon kan..
cuma..sebenarnya.. aku sendiri kekadang tak berani nak bagi cadangan kat orang..
takut tak kene citarasa orang... 

ok lah..sebelum entry aku bertambah panjang..
baik lah aku stop kat sini dulu..
dan simpan sikit tuk entry akan datang.. 





Tuesday, June 28, 2016

RUANG MENONTON :: TV CABINET



ni yang kat tingkat bawah tu tau..
aku panggil ruang menonton..
yang kat atas ada tv jugak tu..family hall..




nampak tak bahagian ruang tamu yang di bahagi dua ni..
kat tetamu area ni aku memang tak letak tv..
hari tu dah cerite kan kenapa bagai..
so..ruang makan lama [sebelum renovate] aku jadikan ruang menonton..
saja nak pisah kan 2 ruang.. dan lepas beberapa bulan..aku rasa agak praktikal dan senang ngan keadaan macam ni..
memang dah sangat lama pon aku nak ada ruang khas tuk letak tv kat tingkat bawah ni ha..
walaupon basic channel..takde astro bagai..pakai areal hanger baju kat luar..[haha]
tapi ok jew.. terang jugak..selalu aku lagi suka layan tv3 kat bawah jer..
while anak layan katon kat astro tingkat atas..

nak cerite pasal ruang ni sikit..
nampak tak kosong jer ruang tu..
memang obvious sangat..
ritu lepas rak tv pasang siap kiteorang pindah ke atas..
kat bawah ni..tv letak atas meja belajar ikea dak qaleef jer..hahaha..
tak kose mak nak amik gambar..
lama gak lah keadaan tu..
semak mata aku tengok wyre berselirat tak buat elok2..
sebab takde tv kabinet lagi..
memang sengaja tunggu time2 nak raya konon nya nak beli time sales...uhuukkss..

tapi..tak sempat nak hunting..
ingat tak..aku cerite ritu..
ada aku carik yang kayu..tapi biler tengok bebetul balik..macam tak pekenan jer pulak..
nak gi carik kedai lain..tak sempat2..
setiap minggu..kiteorang akan ke booth shah alam..
tak pon ada hal lebih penting..
lama2..rak tv pon tak tercarik2..
nak raya dah ni ooiii..hodoh sikit lah pakai meja belajar qaleef tu..hahaha...

aku plan nak custome made jer..
ada 2-3 design omputeh aku pekenan dan nak buat..
dah tunjuk kat orang yang boleh buat..
die nak datang ukur kat rumah..
tapi asyik clash masa ngan kiteorang..
abah sado time kerje tak de umah..
tak kan nak kasi orang datang pulak kan...
malam memang tak boleh..
hujung minggu.. biler aku free.orang tu pulak tak boleh datang..
macam tu lah sebalik nya dan setiap kali pon..
ni dah nak seminggu raya..memang die cakap..tak sempat nak siap kan dah sebelum raya..
pulak tu..cuti lama.. maknenya..lepas2 raya nanti baru siap..
aku dah pasrah jer lah...hurrmm..
dok pikir..takper lah lepas raya pon...aaiihh... 

tapi.. tu lah... aku ni kan.. bukan jenis gheti sangat nak sabau.. hahaha...
pulak tu...ada jumpa yang aku boleh consider nak beli..
murah sikit dari yang aku nak costume made tu..
pulak tu hantar hari yang sama.. 
laju2 aku beli.. 




so... ni lah dia meja tv aku..macam pelik jer sikit ruper kan..hahaha..
biasanya tv cabinet mesti ada laci bagai..boleh letak macam2..
tapi ni nan hado..
aku dok pikir memula..masa fes time nampak..tak tau pon ni tuk tv sebenarnya..biler tanya SA kat situ aku carik tv cabinet..
die tunjuk yang ni.. aku pulak tanya..betul ker tu tv cabinet.. 
tapi betul la..memang tu tv cabinet...
material glass dan cermin..
panjang 6 kaki..sedang lok tuk ruang tu..
macam modern sikit lah nampak gaya..tapi still ok..
boleh masuk ngan dekorasi sedia ada kat rumah ni yang banyak guna perabot cermin dan rustic
tu aku cakap..masih boleh consider..walaupon rasa macam gonjeng jer..uhuukkss..
tapi kat mata aku..ok lah ni... cantik dah..
aku pon malas nak pikir sangat..malas nak carik2 lagi..tak sempat la..






kosong jer kan... boring..takde dekorasi..takde color...
meja semata... 
carpet tu kalau nak cantik beli yang plain..dan besar lagi..
tapi tu nanti2 lah..
malas aku nak membeli apa2 lagi dah..pakai apa yang ada jer tu..
aku pon seram2 jer kang nak tengok muka laki aku..
bini time raya semua nak baru.. amboi sangat tu kan...hahahahaha...


so..aku alih lah sana sikit..sini sikit..
bungan orkid tu tah berapa puluh kali aku pindahkan tah...kesian die takde tempat tetap...





wall masih kosong..
abah sado yang pening2 nak letak apa kat situ.. hahaha..
aku pulak yang cakap.."rileks la.." 
bagi aku..bende2 dekorasi macam ni biar aku pikir kan.. 
tu memang kerja bini..dan biasa nya..kene take time sikit..
kite bukan yang di upah bayar tuk transform terus2 jadi siap dalam sehari..
nak pergi carik dan beli tu pon amik masa hokeh..
tak boleh asal ada dan asal letak...
biar lah lambat sikit..kosong sementara.. its ok bagi aku...
janji aku betul2 puas hati...lagi2 kalau nak bende tu pricey..




aku ada beberapa plan/idea tuk ruang menonton ni selain dari carpet tu
nanti kalau sempat..atau pon lepas2 raya pon takper..
aku nak carik round ottoman letak kat ruang ni..
tak mo letak sofa besar..sempit nanti..
anak2 aku jenis main lepak kat sini time2 aku buat kerje kat dapur..
lagi pon tempat ni tak lah guna setiap masa atau ruang utama menonton pon kan..





[sumber :: Gentianas Home]




untuk wall pulak.. masih terpikir2..
macam nak letak frame cermin macam atas ni..
ni umah omputeh [kat norway]
aku follow die ni lama dah... selalu share dekorasi rumah die..
selalu tengok idea2 dia..rumah die banyak pakai perabot kaca dan cermin..
nampak elegance sangat...

tapi nak buat kat rumah aku...
 macam...hurrrmm... tak cantik pulak aku rasa kalau semua nya cermin jer kan...
entah eh..tak tau lagi..sebab tak pernah cuba..
tapi buat masa ni..aku nak sumting yang nampak rustic pulak.. 
mixed gold sikit ker.. since area ni pon takde deco macam tu lagi..
tapi tengok keadaan.. kene carik idea dulu...
macam aku cakap tadi.. its ok.. amik masa sikit.. jangan terburu2..
jangan pikir..mentang2 nak raya kan... huhu..


ok..nanti aku update lagi kalau ada idea..
ni bukan final touch tau.. baru ekjas sikit2..
dan masih ada ruang tak di manfaatkan lagi..masih nampak bosan...
pasti ada berubah nanti..
lepas2 raya lah kot...