Showing posts with label IMPIANA :: Projek dan Progress. Show all posts
Showing posts with label IMPIANA :: Projek dan Progress. Show all posts

Friday, October 29, 2021

PROJECT ID RUMAH : TUTUP BAHAGIAN TANGGA

 

Tiber rasa nak update pasal rumah

kalau nak cerite project dekor, make over, renovation rumah ni sejak tahun 2019
memang tak tercerita dah

banyak sangat

n 2021 ni, hampir 70% dekor, interior umah ni dah berubah
even projek tangga yg aku nak cerita ni pon
adalah projek awal tahun 2020. tahun lepas !!
projek masa aku masih lagi mengandung dak chenta
n sekarang dak chenta dah setahun setengah dah pon ahaha
projek ni sebelum PKP lagi
aku rasa maybe dalam bulan 1 or 2. rasa nya lah

tetiba aku rasa nak tutup/naik batu kat bahagian tepi tangga
sebelum ni, pakai rail besi -malas pulak aku nak carik gambar besi rail tu
besi rail yg pemaju kasi tu

tak tau la napa tiber jer nak tukar n tutup habes -naik wall kat situ
sedangkan tak penah pikir or plan pon dari sebelum2 nya bertahun duduk rumah ni



Ni keadaan bila dah tanggal rail besi tu.


100% keadaan ruang tamu ni dah bertukar
dari color cat dan perabot

ni gambar dari atas tangga
dulu2 suka amik gambar dari sudut ni
boleh nampak keseluruhan ruang
lepas naik batu, dah takde dah gambar dari sudut ni
susah jugak lah nak amik gambar keseluruhan macam ni


sebelum naik batu ni, kami ada pecahkan sikit tiles kat bahagian nak letak simen dan bata tu
macam takik la
supaya dia mencengkam sikit



oh ya, kami buat sendiri.
abah sado yg buat ngan adik aku n pekerja aku sorang
nak ikat batu amik masa 2 hari 
ikutkan sehari jer tapi tu lah, orang kata bukan tenaga mahir hahaha
ya, ni fes time la kami buat bende2 ni tuk rumah
biasa buat bende simple2 jer


tak la susah pon sebenarnya. 
eerrrr aku rasa lah hahahaha
tapi yg membuat nya which is abah sado kau, tu aku tak pasti
tp so far ok jer kot

aku rasa yg susah sangat kat part nak plaster tu jer la 
tu memang bebetul kene helok n details
kalau tak, kasar, tak rata or bercapuk, sakit mata jugak nak tengok tuk long terms
bancuhan simen kene betul



sampai ke malam jugak la nak siapkan finishing dia
aku meneman jugak la tak dapat nak buat apa sangat
ngah mengandung time tu
rumah tak lah kecah sangat. sebab buat sendiri maybe
just bhg tangga tu jer







dah siap. kene tunggu beberapa hari sampai simen tampal bebetul keras dan kukuh
baru leh buat wiring dan plaster simen cover


aku nak cerite pasal pemilihan BATU BATA MERAH ni

Bata merah ni lebih mahal sikit berbanding bata putih biasa tu
mahal berapa sen jer pon
pilih bata ni konon sebab nak sejuk la 

konon nyaaaa

tapi, rupanya ada kelemahan pakai bata merah ni berbanding putih
n no wonder kenapa kontraktor biasa pakai bata putih jer
bukan sebab murah ke apa 
macam aku cakap, beza sikit jer 2-3 sen jer pon 
tapi bata merah ni, time nak plaster tu, dia tersangat cepat menyerap air
so, time nak tampal tu agak susah
asyik kene sembur air jer tuk bagi lembab.
kalau tak simen cepat kering dan jadi berketul, berbijik2 nanti

n sebab tu orang kata batu merah ni 'sejuk'
sebab menyerap air lebih cepat
kira kalau nak pakai jugak, memang kene mahir handle time plaster tu.
lebih tenaga n masa

tu ikut pengalaman
n ikut kami tanya pendapat2 orang lebih pakar

lagi satu batu merah ni mudah pecah, dia lembut berbanding batu putih





kami amik masa seminggu - 2 minggu gak kot (tak berapa ingat)  nak buat wiring ni
ni kami panggil kawan yg memang biasa buat wiring rumah ni
kire banyak gak la wiring umah ni dia yg buat

bab wiring ni memang kene tenaga mahir
jangan buat main and hagak2 asal boleh jer
kesan dia tuk long terms ya
kami biasa buat wiring rumah, so memang kadang2 ada jer yg timbul masalah
lagi2 pada wiring tambahan

jadi, panggil la kawan2 n orang yg sama setiap kali pon
so dia tau jer mana hujung pangkal bende tu semua
kat mana dia tanam
n tips aku tuk ni adalah : mintak orang wiring tu pilih bahan2 yg elok
tak apa kalau mahal sikit pon.




dan masa buat wiring, rumah berkecah gila lebih teruk dari kau ikat batu sebelum tu
aku memang dah tau siap2 dah
so masa buat wiring ni, aku kosongkan semua
simpan n bungkus perabot2 aku

sebab, senang nanti nak bersihkan rumah




lepas setel wiring,baru tampal. 

yg ni gap sebulan ya dari lepas wiring
sebab abah sado kau out station !!
so kene tunggu dia setel kerja dia baru leh buat

kira lama jugak la nak siap kan tangga ni
sebab kekangan masa

aku rasa part paling mencabar dalam buat tangga ni 
time menampal simen ni la
kene details kene buat cantik2 kemas2
ngan hal pasal batu merah aku cerita atas tu lagi
lama giler nak siapkan part ni jer
aku tengok pon penat huhu


so, ni la dia hasil nya
aku pon dah pasang wainscoting dah.
ni gambar lepas siap tu
yg wire terjulur tu wire aircond
masa ni tak terus pasang lagi


sofa coklat ni pon dah takde skrang
lantai pon sama
banyak dah perubahan aku buat kat ruang bawah ni
dari depan sampai belakang




puas hati jugak la buat sendiri
serious jimat gila
kos about RM 300 jer lbh kurang
sebelum tu aku tanya2 kontraktor diaorang caj paling murah RM1500
tu pon siap suggest pakai mdf board jer n caj macam tu
kalau naik batu macam kami buat ni lagi tinggi harga nya
ya aku paham jer diorang caj tu 
tapi still rasa gila kau hamek huntung berganda kan
sebab tu kontraktor kaya raya hahaha

well, kami suka jer buat bende2 macam ni
bukan pasal nak jimat ke semata
tapi pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat tu
haaaa kau tengok lepas tu, macam2 lagi kiteorang buat kat rumah ni 

aku siap2 cakap -kalau abah sado kata nak berenti
aku nak ajak dia daftar kontraktor
boleh amik job renovate rumah orang

ok lah, tu jer aku nak share buat masa ni.
tiber semangat citer pasal rumah
jarang2 ni aku rajin update blog

tapi korang kalau nak tengok hasil ruang tangga ni,
n nak tengok perubahan demi perubahan rumah kami ni
boleh terus gi IG aku @atyfared
jangan lupa terus follow jer hokeh
kalau nak tanya apa2 pon pasal ni semua or berkaitan
pon boleh direct dm kat situ
aku rajin mengapdet kat situ jer semua pasal rumah ni










Thursday, September 26, 2019

PROJEK PANTRY PART 2 : Bekas storage dan LABEL





Ok.. kita sambung sementara ngah semangat nak menulis n sharing..

almari dah siap pasang..
sekarang nak letak bekas sesuai..
banyak aku pakai bekas sedia ada jer.. ada yang takde sebab aku nak tukar sebab kedap udara n selama pakai tu takde masalah..

cuma ada la sikit2 tambahan baru.. mana yang tak cukup..
mana yang selama ni aku letak jer dalam plastik or kotak..
aku bagi lah dieorang 'rumah' baru....


maka.. berulang lah aku ke IKEA.. ke ECO.. ke MR DIY dan Daiso 100 kali... 
hebs kan duit..




ni antara yang terawal yang aku beli... bekas dari IKEA..
semua ni lebih-kurang RM 200 macam tu lah.. n semua tuk pantry..
malas aku nak list kan.. korang nak tau apa nama or harga.. carik jer kat ikea tu.. insyaa Allah ada..



ni masa almari satu jer.. tak cukup..!!! banyak sangat barang nya.. 
ada aku share kat part 1... 


Bekas cereal ni dari IKEA.. 
so far pakai berbulan dah ni.. kedap udara jer..
cuma tak pasti la kalau terlampau lama sangat sebab tak pernah sempat nak lemau..cepat jer habes.. huhu..


bekas2 aku isi segala kopi gula susu anak nescafe teh bagai tu lah..

ni kebanyakan sedia ada.. aku tambah sikit2 jer..
aku pakai bekas ni agak lama.. dalam 5-6 tahun gak kot.. lebih kurang la..
aku suka sebab keadap udara.. kalau rasa rid tu dah keras.. beli jer kat IKEA.. n simpan stock dia..
kecuali bekas ni berat sebab kaca.. tu jer lah..
anak2 memang aku tak kasi usik sangat..


bekas yang sama cuma size berbeza aku letak spaghetti n pasta..
bekas kurma tu pon Ikea jugak..  lama dah beli sebelum ni isi kuih raya..


ni bekas aku beli dari MR DIY (yang besar2 tu) dan kecik2 dari DAISO
semua tuk isi tepung.. segala macam jenis tepung la..
nanti aku share dah siap label..so ko tau la..



lagi satu aku banyak gak guna bekas macam ni.. 
tuk isi rempah2 macam rempah kari.. sup.. kerisik.. beras pulut (yg biasa beli kuantiti sikit) 

ada yang cakap.. alaa comel nya bekas beras pulut tu.. (atas tu)
ahahaha.. tak pon sebenarnya.. mesti dia bayangkan bekas tu kecik yang macam biasa tengok kat kedai eco tu.. 
bekas ni sebenarnya banyak giler size.. carik kat Mr DIY ada banyak pilihan size..
bekas beras tu boleh isi 500 grm gak lah..
ada bekas tinggi2.. 


ni version belum siap kemas.. bekas tak cukup.. para tak cukup.. 
label pon tak sampai lagi masa ni..
rompong sana.. rompong sini...


LABEL sangat penting yer kat aku.. bukan setakat nak letak cantik
tapi kalau dah kau letak 4 jenis tepung.. kau ghase aku kenap semua jenis tepung tu? 
memang tak yer.. huhu..

LABEL aku tempah dari kak Ogosh : 012-2763195
sabar angat tau dia melayan aku yang cerewet tah apa2 jer ni ha.. huhu
tapi aku memang rekomen sangat kat korang..
puas hati..



label jenis sticker.. tampal direct kat bekas..
aku tempah banyak size ikut kesesuaian..


ok.. nanti next post aku share pasal satu almari penuh yang dah siap label semua yer..
tak dan nak ngadap lama2.. nak edit gambar semua tu amik masa.. 
nanti lah yer...

orang tanya kos keseluruhan buat pantry ni..


hurrrmmm... aku tak kire sangat kali ni..
cuma yang aku sedar.. bajet up to Rm 1K but kurang dari Rm 2K..
maybe round rm 1.5K kot.. yang ni bajet tuk barang2 yang baru beli..
yang lama2 sedia ada bertahun pakai or simpan kat rumah ni aku tak kira.. 

banyak lagi orang tanya.. tapi nanti yer aku reply sambil2 update entry akan datang..










Wednesday, September 25, 2019

PROJEK PANTRY PART 1 : ALMARI DAN HACKING TILES



asyik berpikir2 nak mula yang mana satu.. ingat nak ikut turutan..
tapi malas nak amik gambar.. so aku share yang mana ada gambar dulu jer lah..
tak yah pening2...


PROJEK PANTRY ni.. 
dah lama nak buat.. since ada satu ruang kosong kat wet kitchen which is boleh lah nak buat runag pantry size sederhana..
tapi tak terbuat-buat.. biasa lah tu kan..kalau dah kata buat sendiri..

sampai lah ritu.. aku rasa mcam free sikit.. n mood mengemas datang..
lepas tu.. tengok almari pantry sedia ada.. dah penuh sangat.. sendat tak cukup tempat simpan dah..
terus aku.. ok.. siap.. gi ikea beli almari besar baru...
haaa gituh..
aku memang la camtu.. kalau kata nak buat.. mood datang..
memang laju jer.. 
tapi masalah nya.. mood macam tu jarang2 nak datang.. ahahaha..





almari aku beli dari IKEA nama dia  PAX.. 
Size 50 x 350 x 236 cm

HARGA FRAME : Rm 300/pc
RACK : RM 30 X 8 pcs = rm 240
TOTAL : RM 540

PINTU : aku tak beli terus masa ni.. 
sebab pintu aku tempah nyatoh kat kilang aku sendiri

btw.. ni sebenarnya almari tuk baju yer.. tapi ni jer size aku jumpa yang sesuai tuk ruang pantry aku tu..
jenuh pusing IKEA tu nak carik size ngam..

memula beli satu set jer.. ingat kan cukup..


ni lah dia ruang yang aku nak letak almari pantry tu.. 
sebelah peti ais.. sebelah pintu masuk ke laundry area.. dan kat wet kitchen..
betul2 depan sinki..
ruang ni kosong..tapi tak lah besar sangat.. dari kan tak bermanfaat kan..
lagi pon.. instead of letak working table.. lagi jimat ruang letak almari pantry..




sebab ada tiles skirting.. so kami hack bukak..
kalau tak.. almari tak akan rapat ke wall.. 
ada gap.. tak cantik dan tak kemas..
paling penting.. almari ni tinggi.. kene 'ikat' ke wall..
which is kene screw.. kalau tak rapat.. acaner nak screw ke wall kan..
kalau tetibe tumbang? haaa.. sendiri punya kecuaian..

and kalau nak rapat.. memang kene hack...
kalau orang tanya tak sayang kan.. its not bout sayang or not yer..
tak paham kekadang orang pikir.. ahahaha..watever..



dah siap pasang satu.. tengok ada pulak lagi ruang tuk letak satu lagi almari.. 
petang tu jugak kami gi IKEA tu beli satu set lagi tuk pantry ni..



ngam2 jer 2 almari PAX ni kat ruang tu.. 
so abah sado 'ikat' 2-2 almari antara satu sama lain dan kat wall..
dah la 'berat' ngan barang kan.. kalau anak aku memanjat (mana lah tau) semua kene pikir
so kene 'ikat' ke wall.. tak bergerak dah terus..

ok.. susun atur dalam almari ni.. tak tetap lagi pon masa ni lagi..
tah berapa kali aku ubah bukak pasang para tu ikut kesesuaian..
tu nanti aku share..


nak cerite pasal bekas2 aku guna tuk dalam almari pantry ni.. 
tapi.. kilang baru kol cakap stock yang aku tunggu berminggu lama nya..-yang buat aku dok melepak kat rumah jer seminggu ni-
dah sampai..!!!
so.. jom setel kerje dulu... 
nanti aku sambung kendian keh...


daaaaa............



Tuesday, September 03, 2019

projek rumah yang ngah planning dan yang dah siap...



mornig.. dan salam maal hijrah.....

sebelum mula kerja (dah mula dah kerja tadi tapi more to buat payment)
sembang sikit ngan korang..

pasal target -berkaitan rumah- tuk tahun ni..
start awal tahun ritu aku ada letak target supaya fokus..
supaya takde lah kejap buat bahagian tu.. tak siap dah buat bahagian lain pulak..
macam sebelum2 ni..sudah nya.. semua bahagian tak siap2...
sebab bajet letak sana sikit.. letak sini sikit..

kalau ikut kan memang banyak sangat lah bende nak buat..
walaupon dah duduk umah ni hampir 8 tahun..
tapi memang ada jer lah bende tak siap nya..
lagi pulak ubah sana.. tukar sini..
so macam tu lah jadi nya kan..

tahun ni aku nak kurankan fokus kat ruang tamu..
kire siap dah lah tu..
awal tahun ritu aku tukar cat..
beli perabot n dekor items sikit.. tukar carpet..
eeahh.. banyak ghuper nya.. ahahah.. ingatkan tak nak fokus kat situ..

so aku cakap kat abah sado.. tak nak beli apa2 dah tuk ruang tamu..
walaupon ada seketul lagi bende aku nak beli sangat..
tapi ku tahan diri jebat...
sebab nak letak bajer tu kat bahagian lain..

which is..

1) bahagian dapur
nak siap kan wet kitchen (DONE)
nak siap kan dry kitchen
nak pasang vinyl satu dapur (DONE)
nak buat PANTRY (DONE)

nampak macam banyak dah siap..alhamdulillah..
amik 3 bulan gak lah nak setelkan yang 3 -DONE- tu..
masa tu satu hal..
maklum laaaa.. kami semua buat sendiri jer..
buat sendiri ni yang lambat.. sebab nak gi beli lagi.. buat lagi..
kene carik masa...
lagi kalau kau harapkan abah sado ko kan.. huhu..

so antara 3 tu mana nak cerite dulu?





WET KITCHEN ?



 VINYL ?



PANTRY ?



mesti semua kan...
tapi bukan hari ni lah.. kendian2 hari.. ahaha..
tak ley... sis ada kerje chuolls..

ok.. yang dapur tu.. bahagian dry kitchen jer tinggal..
insyaa Allah akan diusahakan sebelum akhir tahun..

eaahh.. kan baru jer masauk tahun baru kan... tahun baru islam..gitueeewww.. ahaakss..


2nd thing yang aku nak buat tuk tahun ni is : RUANG KERJA kat bilik tidur utama



dah siap pon..!!! 
yang ni tetibe jer.. sepatut nya buat lepas setel kat dapur..
tapi sebab bajet tak banyak kat sini.. around... hurrmm less than 2K jer.. 
so aku proceed la buat.. rimas laaaaaaa takde ruang kerja.. serious..


ni complicated sikit nak cerite..
dulu ruang kerja.. dah buat kat bilik ni..
pastu bile barang niaga online banyak sangat..
aku alihkan buat bilik kerja khas kat bilik ke 3 tingkat atas ni..
since bilik tu pon tak guna..
dari kan ruang kecik.. jadi besar..
pastu bila kerja aku bertukar..
aku kecik kan balik..
tapi bila aku tukar meja kecik..
semak lak rasa tak cukup ruang..
dalam pada masa tak berapa guna ruang kerja sekarang..
tapi end up still rasa penting dan aku perlu kan..
lagi pulak sekarang aku dah buat kerje design.. so kena ada ruang yang 'tenang'
then decided tuk buat ruang kerja baru yang lebih proper kat bilik tido

kenapa letak kat bilik tdur lak tak pasal..
sebab bilik tu ada plan lain..
tu pon masuk dalam projek jugak..
cuma bukan projek tahun ni la..
maybe projek-bajet tahun depan..
sebab lepas ni nak saving tuk gi bercuti ngan adik badik ipar lak..


PLAN YANG KE 3 nak buat lepas dapur tu nanti..
ada banyak..
aku ngah pertimbangkan tuk buat mana satu dulu..

samaada ;
- BILIK TETAMU (tingkat bawah)
- BILIK AIR (tingkat bawah)
- CAR PORCH
- TV ROOM tingkat atas

adududu.. banyak lagi nak buat ni...
well.. kalau lah duit berkepuk2.. ahahaha.. (amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnn)

ok lah.. sambung kerje sebelum anak balik..
nanti aku cerite pasal daput atas tu yer..
satu2.....insyaa Allah...











Thursday, February 28, 2019

Rumah AtyFared : Vinyl di Ruang makan



alhamdulillah.. akhirnya.. ada masa lapang nak mem-blog.. eahh mem-belog eh... pon boleeeeyy... 





harini.. aku nak cerite pasal vinyl kat dining area.. ramai yang request...
kata aku tak cerite pon lagi.. 
last aku cerite masa proses pasang.. awal puasa tahun lepas..

aku pon tak ingat.. hahaha..

yer.. kami pasang sendiri jeeeewww...
saja nak recall balik pasal ruang ni..
since ni asalkanya dapur.. sebelum kami renovate extended ke belakang lagi..
jadi ruang ni kami jadi kan dining area..

dan sebab kan dulu ni dapur.. so tiles asal pemaju kasi... agak menyedih kan..
warna oren.. size kecik2..(tapi ada umah jiran lain aku tengok tiles nya lain pulak)
dan kasar-kesat.. sesuai lah tuk bahagian dapur basah yang asal nya... 
tapi bila dah jadikan dining area.. tak sesuai dan tak berapa cantik..
lagi pulak.. kat dapur yang kiteorang extended tu..pakai tiles hitam... 
so kalau tengok secara keseluruhan ruang.. dari depan.. ada 3 tiles warna lain2..
tak cantik... 

memula dulu.. masa renovation dapur tu.. ada tanya pendapat sini..
ok ker kalau tukar jer tiles terus tuk dining tu.. atau pasal vinyl..
tapi ramai cadangkan supaya just pakai vinyl berbanding nak hack tiles asal pemaju..
ada yang cakap.. since tiles tu elok lagi.. better tak perlu tukar.. just letak vinyl ke wood flooring ker..
dan lagi.. lebih jimat.. 

so.. tak jadi aku tukar tiles tu.. 
tapi nya.. nak pasang vinyl tu pon.. punya laaaaaa lama... sakit mata 2-3 tahun gak lah aku tengok tiles oren tu hari2... heheh..
setiap kali mengemop (sebab tiles tu kasar kesat.. nak mengemop tu kene kuat sikit gosok.. kalau tak berdaki) aku stress dan cakap.. bila laaaaaa nak gi carik vinyl pasang..

in fact.. dining area tu pon..
aku cakap nak make-over dari tahun 2016 tu.. sampai kesudah tak siap2.. hahahaha.. sadis betul..
tu sebelum puasa tahun lepas (2018) aku tekad.. kene fokus kat situ dan 'lepaskan' ruang lain..

sebelum puasa tu.. adik aku ada kat rumah.. aku setelkan ngan dia pasang wainscoting tuk frame atas.. dan kat wall sebelah2 lain yang masih kosong..
aku ada cerite.. (malas carik link.. kalau korang nak baca scroll lah under dining area)
lepas tu.. carik dan pasang vinyl...masa pemasangan tu.. pon ada aku share..
tapi sampai kat situ jer..
tak ingat lak lepas tu nak share gambar dah siap pasang..

ni baru aku nak share.. cerite sikit pasal vinyl ni ha...




orang tanya.. ok ker pasang sendiri ni..

struggles jugak lah jujur nya.. aku rasa pasang waiscoting lagi senang.. hahaha..
maybe tak biasa.. 
lagi satu.. yang pasang ni abah sado dan adik aku jer..
aku tak boleh buat.. aku tak tau kenapa.. aku tak boleh dekat-guna gum yang nak guna tuk tampal vinyl ni ha...
muka aku jadi gatal..tekak aku gatal perit.. lepas tu aku akan batuk tak henti2 sampai macam nak terkeluar tekak dan isi perut..
tak pasti kalau tu allergic ke hapa.. bau jer yer.. bukan pegang pon.. 
memula ingat kebetulan.. tapi bila aku tak buat.. aku ok jer.. bila buat jer.. jadi balik..
so tak de lah aku menolong nya pon.. (ada lah sikit2) tolong potong...
bab nak memotong tu lah jenuh.. ngan liat nya... sakit tangan gak..
sebab nak potong lurus.. supaya cantik..
kalau wall tu lurus jer senang nak pasang.. 
ni hujung vinyl ada pulak terkena kat bahagian divider wall atau bar counter tu.. kene potong bentuk L.. dengan size tepat... 
yer laaaaa... fes time kan... tak pro lagi... huhu...

besar ruang ni.. 2 hari buat...kalau betul2 fokus.. aku rasa sehari siap dah kot.. bukan besar sangat pon ruang ni...

berapa banyak aku guna... sungguh aku tak ingat langsung dah sekarang..
aku rasa dalam 5-6 box kot.. dalam satu box ada 16 keping.. aku rasa la.... tak berapa ingat..
bila tanya abah sado.. pon sama tak ingat...

kelebihan pasang sendiri : JIMAT upah pasang.. tu jer.. takde kelebihan lain.. hahahaha...





dah nak setahun pakai.. aku perasan warna ni dah kurang berkilat banding masa baru pasang dulu..
aku pernah baca ada cecair khas nak kilat kan semula.. tapi tak baca bebetul.. sekadar terbaca jer dulu2 ada orang share..
maybe ada kat kedai hardware jual.. nanti nak puasa nanti..baru nak carik beli.. nak buat bagi kilat macam baru sikit..


susah tak nak jaga ? boleh kene air ?

ok jer.. takde cerewet hapa pon..in fact aku rasa agak tahan lasak..
tak mudah calar pon aku tengok.. yer lah kite sorong tolak kerusi meja tu pon.. takde nampak calar..

dan boleh jer kena air.. idak lah sampai aku pernah baca nak mop pon kene pakai pencuci khas.. atau tak boleh kene air banyak2..
vinyl ni getah yer.. tak mudah reput..
dan lagi satu.. setakat mop jer pon.. 
bukan kau simbah air atas tu..

orang kata.. nanti rosak lah kalau air tumpah bagai..
kau kalau air tumpah.. lap jer lah kan.. kalau kata kat tiles or simen biasa pon..
kalau air tumpah bertakung.. tak kan kau nak biar..
so sama lah macam vinyl ni..

cuma... tu jer lah.. kalau kat tiles kau biar kan mungkin sebab kau malas hazab..
tapi kat vinyl tak boleh nak malas2.. kau imagine yer.. bende vinyl ni bersambung2.. antara satu2 keping tu.. maksud nya ada ruang tuk air terserap masuk ke dalam..walaupon ko susun rapat gile... 
air yang terserap tu lah yang boleh rosak kan vinyl tu.. 
mungkin tercabut ker (tak pasti rosak macamana sebab tak pernah lagi)
cuma kalau macam pernah orang kedai explain.. dan ikut logik nya..
air masuk ke dalam/mendap... dalam tu akan jadi lembab.. which mean tuk jangka masa panjang tu..
tak elok lah tuk lantai tu sendiri..

so.. kalau air tumpah ke hapa.. just cepat2 lap.. jangan biar lama2.. atau biarkan kering sendiri.. 
tu jer...takde lah cerewet2 sangat pon...





lagi satu.. aku suka lepas pasang vinyl ni kan.. 
aku dah tak payah dah nak pakai carpet.. still ok cantik jer ruang..
dulu.. aku pakai carpet yer bawah meja makan.. sebab nak cover lantai warna oren tu..
kau tau lah kan.. kalau letak carpet tempat2 macam ni acaner.. susah nak menyapu.. 
lagi ada anak kecik makan berterabur...
nak jaga kebersihan tu.. ko kene extra gigih.. 
kalau tak.. bersemut celah carpet tu pon tak perasan.. kalau ko tak bersihkan...
sebab tu lah aku nak jugak pakai vinyl ni ha... senang..
kalau kata nak pasang carpet pon.. time2 raya boleh la.. kasi cantik sikit..
tapi kalau tak pakai pon.. still ok jer aku rasa...

so far tu jer nak share... 
haritu ada cakap kat abah sado.. macam nak pasang satu ruang tamu depan tu pulak..
tapi tu... kau kene kumpul kegigihan dulu.. hahaha..
dah lah aku tak boleh nak menolong sangat kan... 
so.. biarkan dulu..
maybe.. aku nak pasang kat family hall atas tu dulu.. 
sebab atas tu pon kalau boleh tak nak pasang carpet..
tapi kalau biarkan lantai jer.. tak elok lah ghuper... sejuk pon satu hal..
anak2 nak baring pon tak selesa..
tapi tu la.. nanti lah..
nak membeli tu tak kisah sangat.. nak memasang tu ha.... 
tu lah dia kalau jenis jimat punya orang.. hahahaha...









Wednesday, January 30, 2019

#ProjekMakeOverDiningArea : Kerusi Meja makan baruuuuuuuuuuuu..!!






dah lama mengidam.. akhir nya dapat jugak aku beli... 
yer.. ni kerusi kami pilih..

ada button.. ada details kat belakang.. warna grey.. tapi material velvet which is awal nya aku tak pilih yang ni pon sebenarnya.. 




sebenarnya.. aku dah beli yang ni..  sama design ngan atas tu.. tapi warna soft grey.. dan material fabric.. memang bagi aku cantik sangat yang ni..

tapi dalam kereta aku dok toleh2 tengok.. betul ker pilihan aku.. 
memang la cantik.. tapi cerah sangat.. aku risau anak2 aku jer..
bayangkan.. dah beli bawak balik ni.. tapi hati baru nak 50-50..
dah lah nak pakai lama..........uiisshh..  

masa beli tu aku pergi sendiri jer beli ni.. abah sado takde time ni..
so mesti aku akan lupa ingatan sikit.. hahaha.. maksud nya.. takde la orang nak bangkang atau soh aku berpikir lebih sikit pro cont nya kan.. 

lepas tu.. bila sampai rumah.. letak kat dining area..
tengok warna nya blend ngan wall semua.. pucat.. tak timbul.. 
walaupon kerusi nya lawa.. tapi nampak pucat.. jadi tak menarik ruang tu..

ko bayangkan.. sejam lepas tu jugak aku gi damansara tukar..
dah tipon dah siap2.. masa tu dah pukul 6 lebih.. manager nya nak balik dah pukul 7..
n kalau nak tukar.. kene manager yang buat..
dan sebab kan aku beli pakai besday members.. so kene tukar hari tu jugak..
tak boleh esok nya..

dah lah time balik kerje.. seb bek sempat sampai sebelum 7.. 
tu pon derang dah siap2 kuar kan bungkus dah aku punya kerusi sebab dah tipon bagitau nak tukar..


so amik lah pilihan abah sado.. baru ok warna nya ngan ruang yang ada..
kerusi ni ok jer keseluruhan nya.. cuma material nya jer aku tak berapa sikit..
n may be sebab yang fabric tu lagi cantik kat mata aku..
tapi ok jer yang ni pon... still aku happy..
lagi tenang lah dari dok pikir daki dan kotor tuk jangka masa panjang..
ada anak2 kecik kan.. macam tu lah dia.... 
nak melawa boleh.. tapi.. kene ada cara nya... giteeew...
bukan setakat lawa jer semata.. tapi perkara lain tolak tepi..





meja makan tak tukar lagi.. macam aku cerite sebelum ni.. nak carik kat tempat lain..

kalau korang nak tau.. antara banyak2 barang dalam rumah ni..
satu2 bende yang bertahan dari sebelum kawen sampai lah sekarang..
set meja makan ni la... gila lama nak 9-10 tahun dah beli masa bertunang sebelum kawen yer..
beli pon murah.. rm 299 jer masa tu.. 
masa tu sibuk nak kawen.. perbelanjaan lebih ke sana.. tapi tetap ada peruntukan tuk rumah lepas kawen.. walaupon rumah sewa jer.. tapi bila lepas jer nikah tu.. semua dah lengkap..alhamdulillah..

tapi tak sangka la pulak boleh bertahan selama ni.. hahaha..
bende lain.. sofa pon dah 3 kali tukar.. katil kawen pon dah 3 kali tukar gak.. 
tapi.. meja makan ni tak tukar2 bertahun..

meja memang la elok lagi.. tapi kerusi kayu yang asal nya dah goyang teruk dah.. 
dari 2-3 tahun lepas aku dok pikir orang duduk kompem patah..huhu..
risau lah.. lagi2 time raya... ramai orang... tapi syukuuuuuurrr takde adengan yang tak di ingini..
tapi tekad.. sebelum raya tahun ni.. aku mesti nak tukar.. risau lah pulak kan..
goyang lak tu bukan sikit2 goyang yer.. 

alhamdulillah.. sempat membeli time besday members SSF dec ritu.. jimat lah sikit.. 
kalau tak.. rm 500 jugak yer sebijik ni.. ko darab lah ngan 6 bijik nak pakai... 



aku suka details kerusi ni.. walaupon dari depan biasa2 jer.. tapi dari belakang dan tepi.. 
bagi aku.. nampak cantik ...


dining area kami ni.. agak terhad.. kekadang rasa menyesal gak buat breakfast counter tu dulu.. huhu.. 
nak letak meja kerusi 8 seater pon tak boleh..
lagi pulak pakai kerusi ni demok2.. lagi lah amik ruang.. 

ni aku rapatkan sikit ke dinding.. sebab nak bagi ruang berjalan lebih sikit.. anak2 suka berlari... biasa lah tu kan.. pheewww...
tapi bila macam tu.. jadi ruang belakang ni sempit la..
sedangkan aku plan konon nya nak letak satu console table berlaci area sini tuk hiasan.. 
nampak gaya nya memang tak boleh lah tu kan.. 
ruang ni takde apa2 sangat dekorasi..
ada meja makan.. dan kalau ada pon setakat wall frames..
nanti lah aku pikir nak deko macamana ruang ni.. kalau tak boring nampak... 




ok... so far sikit2 je lagi.. 90% consider done make over dining area ni.. tinggal meja makan.. n dekorasi jer sikit... 

next apa??