Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Wednesday, December 02, 2020

The Journey of Pre-mature baby : Bermula lah kisah 27 hari di NICU

 

yer, Chenta kene tinggal di NICU dari lahir selama 27 hari

27 hari --tuk sesetengah orang, tak la lama sangat kan untuk baby prem tak cukup bulan ni
ada penah baca, berbulan2.
ada sorang kawan kat FB yg bersalin baby prem jugak --3 bulan anak dia kat NICU !

sebenarnya, berapa lama baby prem ni kene duduk kat NICU
adalah bergantung pada banyak sangat keadaan
tak semesti nya kene sampai baby cukup bulan 36-40 minggu -sebab chenta discharge sebelum 36 weeks tau
kalau orang cakap --tunggu sampai baby cukup berat 2kg
yang ni pulak masa Chenta discharge berat dia baru 1.9 sumting

sebenarnya --dari apa yg doc explain, semua bergantung pada keadaan perkembangan baby tu sendiri
so, kita ni sendiri kene jugak 'tolong' dia
haa macamana nak tolong ni -- hari ni aty nak share sekali dalam perjalanan sepanjang 27 hari kat NICU ni.


  •  10 May 2020 - aty bersalin kan Chenta. Chenta terus ke NICU  duduk dalam incubator dan pakai oxygen.



  • 11 May 2020 - 2nd day, baru aku dapat tengok baby. tak boleh tak boleh keluar incubator. oxygen dia pakai pon masih tinggi ngan tube besar. tak boleh dukung tak boleh kiss. cuma boleh pegang dia melalui tingkap incubator jer (rujukgambar) Usap2 badan dia bagi ransangan. n bercakap dengan dia sbb dia kenal suara mak dia since dalam kandungan lagi. 
  • berat baby turun dari 1.8kg ke 1.6kg which is doc kata normal untuk baby prem lepas lahir. nothing to worry tapi kene kejar berat dia setiap hari. Kira dah tak boleh jatuh lagi dah berat dia. kira dah tak bagus la pekembangan dia macam tu.
  • hari ke 3, 4, masih sama. berat pon masih sama. tapi doc update oxygen dia makin dikurang kan lagi dari hari sebelum. Aku dah discaj pada hari ketiga tu. Tinggal Chenta jer kat NICU tu dengan kawan2 prem yg lain (ramai yer) . Tapi, hari2 aku datang tengok dan bagi sokongan kat dia. Dengan bagi sentuhan dan bercakap. 
  • 17 May 2020 - skip to hari ke 8 kelahiran, aku datang macam biasa. aku memang tak pernah skip tuk datang jumpa baby. biasa aku akan datang waktu melawat (time pkp) pukul 1 sampai pukul 5-6 petang. Pukul 2 lebih tu, sampai2 aku akan borak2 ngan dia. Pegang2 urut dia sambil selawat syifa'. Lepas tu, pukul 3, akan siap2 kan dia tuk tukar pampers, lap2 badan dia, bersihkan tempat tido dia dalam incubator tu dan timbang berat dia. Setiap hari, aku la buat sendiri semua tu. Nurse ramai lah kat dalam tu. tapi nurse akan buat pada baby yang mak dia tak dtng uruskan. Macam aku sendiri, aku memang nak baut semua tuk Chenta. waktu tu, aku akan dapat pegang dia bila nak angkat timbang. Best la. aku suka. 
  • Lepas setel timbang, dalam pukul 4 mcm tu, aku akan bagi susu pulak melalui tube (susu badan yg aku pump). Letak dalam picagari dan masukkan melalui tube. Still dalam incubator yer. Ada teknik dia aku kene belajar n buat sendiri. Lepas menyusu, aku akan teman dia sampai dia tetido dan baru aku gerak balik rumah jumpa anak2 lain pulak
  • Tapi, sebelum balik hari tu --nurse bagitau aku tuk datang lebih awal esok nya tuk buat KMC (KANGAROO MOTHE CARE). maknanya, aty dah boleh peluk dia skin to skin !! Allahu excited nya nak peluk dia tuk pertama kali. Tujuan KMC ni selain tuk bonding mama baby, ianya untuk membantu menaikkan berat badan baby lagi. Insyaa Allah.



  • 18 May 2020 - hari ke 9 kelahiran punya la excited bila nurse kata boleh dtg tuk peluk2 baby, kemain pagi aku datang hahaha. Sedangkan nak buat KMC tu ada timing nya yer. bukan sebarang waktu. Nurse la ni bagitau soh datang awal jer, tapi tak cakap pukul berapa ggrrr...
  • Pukul 2 petang baru boleh start KMC tu. Ni gamabr pertama aku dapat peluk2 Chenta. Perasaan aku waktu tu, hanya Allah jer yang tau. Lepas 9 hari baru dapat peluk dia. Rasa nak nanges tacing giler. Pakkal nurse dah tegur awal supaya jangan nanges dekat baby (maybe sebab nampak aku macam nak nanges) . Sebab baby boleh rasa kalau kita sedih. Tapi aku bukan sedih pon sebenarnya. Aku terlalu bersyukur masa tu. Dia pon kemain lena masa aku peluk tu. Lepas dari tu, letak balik kat incubator dia --menanges. Hahhaha. pandaaaiii.. 
  • Sempat mak bebel sikit kat dia "tu la, sapa soh keluar cepat2 sangat" hahahah --yer, kesian sebenarnya. Terpaksa berpisah. tak dapat tido dalam pelukan mak malam2.
  • Dan pada hari ni jugak, oxygen baby di bukak - alhamdulilah. Tapi masih tak dapat susu kan direct lagi and dia masih lagi perlu duduk dalam incubator.



  • 19 MAY 2020 DAY 10 : Lain betul kalau tengok Chenta masa baby ni dengan sekarang. Sangat2 lain hahaha. Setiap hari aku datang lebih awal hanya untuk peluk dia lama2. Kalau datang lambat, nanti sekejap jer sebab nanti kene letak dalam incubator balik tuk bersihkan dan timbang berat badan dia. Lepas tu pulak kene bagi dia susu melalui tube. tak boleh angkat peluk dah selepas tu.





  • 20 MAY 2020 DAY 11 : Ni lain pulak sedangkan beza sehari jer dari semalam nya kan hahaha. Routine masih di terus kan. Hari2 aku datang tuk buat KMC dan uruskan dia, sampai la dia tertido balik. Aku tak pernah skip walau pon sehari. Memang ada hari aku rasa penat sangat2. Kadang abah sado kata, takper biar hari tu dia datang hantar susu dan tengok Chenta. Tapi i kenot la. Tak sampai hati. Lagi pulak lepas dapat peluk2 dia ni. Sehari tak jumpa rinduuuuuu sangat. Jangan kan kata sehari. Bila balik tu pon dah rasa rindu kat dia. Tak sabar2 nak jumpa dia lagi esok nya



  • 21 MAY 2020 DAY 12 : Alhamdulillah berat dia makin hari, makin bertambah. Dan makin cepat. Perkembangan dia setiap hari sangat penting tau. kalau la hari tu naik berat banyak, excited sangat2. kami ni asyik menghitung hari bila la dia dapat keluar balik rumah jumpa abang2. So sebab tu hari2 aku gigih datang tuk bagi sokongan kat dia supaya berat badan dia cepat naik and dia ok2 jer. Aku sabar kan diri walaupon dalam keadaan aku yang sepatut nya berpantang. Dapat bayangkan tak macamana renyah nya aku time tu. Ada masa aku menangis sebab terlalu penat. Sangat penat. Tapi aku sekalipon tak nak mengalah. Aku tetap akan datang ke hospital dari tengahari sampai lah ke lewat petang. Aku tak pernah putus berdoa, supaya aku tetap kuat mental dan fizikal. Untuk Chenta


  • 22 MAY 2020 DAY 13 : Alhamdulillah, nama Chenta Dhuha dah siap di daftar kan. Takde kisah istimewa pon di sebalik nama ni. Aku cuma suka kan nama Dhuha tu dari bertahun lama nya --cuma sebab tak dapat2 anak perempuan hahaha so simpan jer lah. Nama Chenta tu pon aku jugak yang pilih. cuma sekali terdetik lepas scan n tahu jantina anak. Terus bagitau abah sado dan dia ok jer. So, itu lah nama yang kami hadiahkan untuk dia. 



  • 24 MAY 2020 DAY 15 : Selamat Hari Raya Aidilfitri sayang anak mama !! Mama mengaharap sangat sebenarnya Chenta dapat balik sebelum raya tuk raya sama2 ngan semua. Tapi keadaan Chenta masih tak mengizinkan mama bawak balik ke rumah. Jadi hari ni, walaupon raya, mama tetap datang jumpa Chenta. cuma hari ni tak dapat buat KMC sebab mama lambat datang. Tapi tetap di izinkan tuk pegang riba Chenta sambil bagi susu. 





  • 25 MAY 2020 DAY 16 : Akhir nya, Chenta dapat keluar dari Incubator bila berat dia melepasi 1.66kg. Lega dan lebih senang tengok dia atas baby cot jer. Gambar atas ni, akumasih lagi buat routine KMC. Yang bawah nya tu, aku ngah bagi Chenta susu (EBM) dari tube. masa ni masih tak dapat menyusukan Chenta secara direct lagi.


  • 26 MAY 2020 DAY 17 : Hari yang ditunggu2. Semalam nurse bagitau aku tuk start next phase iaitu DAY CARE. Kira aku akan menyusukan Chenta secara direct. Finally, hari ni aku dapat direct feeding Chenta !! excited nya..!! excited giler masa nurse / doc bagitau semalam sebelum balik tu. walaupon lewat 17 hari, Tapi, aku tetap happy dengan semua pahse2 dan perkembangan Chenta. bila dah masuk phase ni, Maknanya jugak --dah tak lama lagi Chenta akan discaj. Ada 2 phase lagi aku kene ikut. So far berat Chenta makin hari makin naik mendadak. program KMC tu memang sangat membantu.
  • Alhamdulillah, hari ke 17 hari ni, first time aku Df Chenta, dia sangat la pandai hisap. Allahu seronok nya tengok. Siap nurse puji dia. Aku nak nanges time tu. tacing sangat perasaan tau. So dari pagi sampai petang, aku kene df dia 4 kali. Pukul 9 pagi, 12 tgahri, 3 petang dan 6 petang. In between waktu tu, aku kene mengepam tuk supply susu pada Chenta sebelah malam nya tuk 4 kali demand sebelum aku datang esok nya. ha... Dapat rasa tak acaner penat n struggle nya aty. Sebab tu, Chenta masih ada tube sbb waktu aty tak ada kat situ, Chenta still kene minum susu pakai tube. 




  • 30 MAY 2020 DAY 21 : After 5 days aku df Chenta, hari ni, kami ke next phase iaitu menyusukan Chenta pakai botol pulak. Walaupon aku takde plan nak bagi chenta susu botol lepas2 ni (ikut pengalaman anak sebelum/since lebih selesa anak df jer) tapi tetap kene buat jugak sebab nurse/doc nak tengok berapa banyak Chenta mampu minum susu (ebm) dalam tempoh tertentu. Kalau Df kan tak tau berapa banya dia minum. So kene la tengok melalui botol. Nurse letak 20ml --and tengok Chenta dapat habes kan ker tak. Puting botol semua pihak hospitalsediakah khas memang tuk baby prem.
  • Masa ni aku rasa paling mencabar la nak pastikan dia minum ikut timming diberi. Sebab kalau dia minum sikit jer, lambat lah lagi progress nya nak ker next phase. Hari pertama, memang letih giler. Chenta minum sikit dan tido lebih. So asyik kene pastikan dia berjaga jer supaya dia minum susu habes kan. Dalam masa yg sama, kita tak boleh paksa dia. Sebab takut dia penat and akan effected pada berat badan dia. 



  • 31 MAY 2020 DAY 22 : Chenta dah tubeless !! baru dapat tengok bebetul bentuk muka Chenta tanpa gangguan. alhamdulillah. Muka dia pon dah makin nampak berisi dari sebelum ni. 





  • 3 JUNE 2020 DAY 25 : Semalam, nurse bagitau mintak aku prepare barang2 untuk ROOM IN dengan baby. LAST PHASE sebelum Chenta boleh discaj. Ini la yang aku tunggu2. Sikit jer lagi. So hari ni, pagi2 datang macam biasa. bag letak dalam kereta dulu. Dalam pukul 2, nurse soh aku angkut barang sebab dah dapat katil. yaaeeeyyy !!! Tujuan room in ni sebab nurse/doc nak tengok or pantau la kite ni ok ker tak handle baby prem ni ha gituh. Dalam masa sama, dieorang ajar macam2. Macam ada khursus gitu. Ajar buat latihan penapasan bagai. 

  • 5 JUNE 2020 DAY 27 : Dan akhirnya --hari ni adalah hari nya. setelah 27 hari di NICU, pukul 10 lebih masa pakar buat round n check, Chenta di benarkan discaj !! aku punye las seronok giler tak tau nak cerita la. Sebenarnya, tak jangka akan keluar haritu. Sebab, hari sebelum nya, ada doc lain datang n cakap maybe hari isnin nya (lagi 3 hari) baru leh keluar. Tapi rezki kami, sebab hari tu yang round adalah doc yang selalu nampak aku datang hari2 jumpa Chenta. Dia familiar ngan aku Lebih2 lagi, dia suka sebut nama CHENTA. hahaha.. so maybe sebab dia namoak komitmen aku selama tu, pada usia Chenta 34 minggu dan dengan hanya berat 2.9 plus sahaja --Chenta di benarnya kan keluar. Syukur sangat. Laju2 bagitau abah sado soh datang amik kami. Tak sabar2 nak jumpakan Chenta dengan abang2 nya. 


dan ni la gambar pertama abah sado dengan Chenta. Dan kalau nak tau, ni jugak kali pertama selepas 27 hari, abah sado dapat pegang Chenta tau.



Well, berkahir la journey 27 hari kami kat NICU. alhamdulillah lepas apa kami lalui sama2, berbaloi rasa nya untuk semua. Lega sangat dapat balik rumah dan habeskan baki sisa pantang aku kat rumah. 


Chenta Dhuha : ramai tanya "apa punca boleh ter-bersalin lebih awal?"

 last time aku cerita acaner aku tetiba terberanak awal -seawal 31 minggu

ramai tanya aku, apa punca nya aku boleh terberanak cepat tu kan
well, aku pon tanya doktor jugak masa terberanak tu.
and doc cakap -takde sebab khusus pon samaada pada aku dan baby
maksudnya, bukan sebab aku ada penyakit ker apa -aku memang takde darah tinggi or kencing manis or sebagai nya
in fact, 3-4 hari sebelum bersalin tu, aku sempat buat routine Check-up aku kat kinik kesihatan
selain berat badan aku naik, tapi yg lain semua ok jer.
aku minum air gula hari jumaat (2 hari sebelum bersalin) - and ok jer takde problem pon result nya.
even HB aku pon naik (walaupon still merah)

aku bersyukur aku buat keputusan tuk pergi check-up khamis tu
sebenarnya nak cerita,
sebelum app aku khami tu, aku ada skip yg app sebelumnya 
ingat kan PKP, kene tunda appointment/KK tak bukak (sebenar nya aku yg malas gila nak pergi huhu)
tapi sbb nurse kk dah call, suruh datang jugak since aku dah masuk 7 bulan time tu
so, walaupon malas, aku pergi jugak la.

kat situ jadi satu pengajaran kat aku : dont take for granted !! semua bende boleh terjadi.
so bila ada appoinment tu, tolong la pergi.
sebab semua rekod check-up tu, akan jadi rujukan untuk pihak lain bila tetibe terjadi kes emergency
macam aku ni la -tetibe terberanak
so, pihak hospital besar tgk rekod check up aku tu kalau2 ada problem
since HB aku rendah (dieorang highlight tau pasal HB tu aku dengar antara doc2 tu bercakap)
even kot kata la ko ada darah tinggi ke kencing manis ker or penyakit2 lain, so dieorang terus leh tau jer dari rekod kat bukup pink tu
so, pergi !! jangan la malas or bagi alasan
yang tu satu bahagian aku agak lega. Sebab hal2 beranak ni bukan hal remeh.
hal melibatkan 2 nyawa.

so, berbalik kisah acaner leh terberanak awal tu.
since semua nya ok2 jer dan bukan aku or baby yang menjadi punca
aku pon courius jugak la. aku sndiri pon nak tau jugak
aku dah beranak 2 kali sebelum ni
and 2-2 anak aku ok2 jer lahir cukup masa.

dokter cakap --banyak keadaan lain sebenarnya boleh menjadi punca.
selain dari komplikasi or infection (which is both of us takde) and beberapa sebab lagi
selebih nya, doc cakap - kelahiran pra matang ni macam keguguran.
cuma sebab baby dah agak besar so boleh survived dengan bantuan alat penapasan dan sebagai nya
since aku beberapa kali keguguran sebelum tu, so macam relatable ha cegituh
doc pon maybe malas nak explain panjang ke hapa, dia just cakap lbh kurang aku ringkas kan , takde bende pon hahaha
and since baby pon ok2 jer cuma tak cukup berat n belum betul2 'masak'.
aku pon takde bleeding takde apa (tak macam masa shaquille dulu kene masuk 2-3 pack darah lagi)
so --senang cerita dalam report -just kelahiran pra matang dan takde kes -case close

tapi sebarnya, aku dapat rasa maybe (MAYBE JER YER) 
sebab aku agak lasak n stress beberapa hari sebelum tu. 
kat Fb sebelum tu, aku sempat share pasal hal kerja aku
kiteorang (biz) kene keluar dari kedai yang kami dah sewa bertahun2 sebelum tu tanpa masalah
dalam tempoh beberapa hari -sebab owner naikkan sewa time PKP
dan sebab kami ni sharing kedai ngan lagi satu kedai kecik lain-dan kedai tu tak nak bayar extra walaupon kami ok jer
so takde pilihan terpaksa la carik kedai lain 
ada la sebab2 lain jugak kenapa kami tak nak terus kan jer kat situ amik the whole kedai n bayar full
so within beberapa hari tu, hari2 aku dan fared keluar (time tu PKP dan PUASA)
tuk carik kedai lain. satu-satu tempat kami pusing dan call kalau ada no tipon.
memang struggled la kami. penat. risau. 
barang kami dah la banyak. stock barang baru jer sampai pulak tu --sebab kerajaan baru keluarkan kebenaran tuk perniagaan boleh beroperasi semula
order nak raya pulak banyak sebab tertangguh tak leh buat keje sebelum tu.
lepas tu, bila dah jumpa kedai, nak uruskan pindah pulak. 
memang ngam2 lepas pindah tu, esok nya aku terberanak (baca part 1 kronologi kelahiran)

aku ada jugak tanya doc kalau2 stress tu menjadi punca.
tapi aku tak ingat doc cakap apa.. hahahahaha.. lebih macam --bukan.
wallahualam.
ape pon, dah setel dah pon semua. samaada kedai, baby dan aku sendiri. alhamdulillah
semua baik2 jer keadaan.
dah kembali tenang semua nya.



ni gambar hari ke 9 kelahiran
halus jer kan. berat dia turun beberapa hari selepas lahir which is doc kata normal tuk baby prem
just kene catch up balik la
dia dah bukak oxygen tapi still pakai tube untuk minum susu direct ke perut
tengok balik gambar2 ni, lain sangat2 muka Chenta masa baru lahir dengan sekarang
memang betul2 berubah la tak macam muka dia pon hahaha
masa awal2 lahir, dia macam Shaquille jer
tapi lepas tu berubah air muka qaleef lak
tapi skrg berubah lagi -orang kata muka macam shaquille dan abah sado
cuma kulit dia tanned ikut mama.



nanti nak cerite pasal the journey of pre mature baby nan sorang ni keh.
panjang kisah nya. hope aku semangat nak sharing ngan semua.


Friday, November 27, 2020

CHENTA DHUHA : Kronologi kelahiran Pra-matang (Part 2)

 

(bersambung dari entry sebelum)


Masa naik katil nak tido tu, tetibe --ada rasa air keluar.
dia macam terkucir ha macam tu.
aty pon memang betul2 ingat aty terkucir tau. hahaha
nak kata banyak, tak jugak. tapi dia mcm one shot.
so aku bangun n terus gi toilet cek
tengok air jernih n tanpa bau

dalam hati dah terdetik --air ketuban ker ni? 
sebab 2 anak sebelum ni memang jenis pecah air ketuban dulu
so tau rasa dia acaner.
tak la sakit. tapi tau laaaaaaaaaaaa....

lepas tu pikir --tak kot.. ahahhaa.. serious mungkin aku penat n mengantuk sangat
so aku sendiri yang nafi kan.

tukar pakaian semua --aty naik katil balik
masa baring mamai ngantuk tu. rasa keluar lagi. kali ni lagi banyak rasa.
tapi malas nak bangun. serious ngantuk n letih giler..
aku memang dah rasa --sah, air ketuban ni.
tapi tah apesal.. aku leh tido jer macam biasa.
aku siap pikir --leaking jer ni kot. 
esok jer lah pergi balik hospital tu cek air ketuban

sengal kan..ahahaha.
tapi memang tak lena tido sangat sebab leh rasa air tu keluar
aty siap tukar baju semua n sambung tido tuk kali ke dua --tu pon sebab rasa lenjun n sejuk pulak.
kali ke tiga, memang sampai katil semua basah air ketuban dah melimpah ruah.

masa ni dah  pukul 4 lebih. PAGI.

ok, masa ni aku dah rasa contraction agak kuat.
aku sempat tgk jam hp nak kira. 
thats it -10 ke 15 minit sekali. n berulang.
so terus bangun kejut abah sado bagitau air ketuban pecah n aku MUNGKIN akan beranak hari tu.

:: kenapa aku cakap 'MUNGKIN' tu - sebab aku pernah jer baca pengalaman orang air ketuban leaking tapi masih belum cukup bulan nak bersalin, 
so doc akan tahan kat hospital dulu selama boleh.

tapi tetap instict aku rasa nak beranak --sebab dah sakit contraction tu sangat kuat.

so lepas kejut abah sado, aku mintak tolong dia kemas kan bag
giler ah bag aku n baby langsung tak siap apa. mana nak tau aku nak beranak awal kan
baru 31 minggu.
naseb baik aku sempat shopping barang2 penting sebelum ni.
even barang2 aku pon, lengkap jugak la. cuma tak kemas masuk bag lagi

sementara abah sado terkial2 kemas bag --sebab tak tau apa nak di bawak
aku mandi bersih2. shampoo rambut siap2.
dalam bilik air --contraction dah rasa makin kerap.
dah tak tahan sebenarnya.

setel mandi --abah sado pulak mandi. n aku sambung kemas bag.
kejap2 berenti sebab contraction kuat.

sakit. 

tak tahan.

tapi takde pilihan

aku kejut kan qaleef tuk bangun sahur.
kejut kan adik2 tuk panas kan lauk semalam. 
aku memang tak daya nak buat dah.

aku bagitau qaleef pagi tu --"mama nak pergi hospital. mungkin mama tak balik 2 atau 3 malam. mama nak bersalin kan adik dah"

qaleef terkulat2.

aku pesan kat dia macam2 --lebih2 mintak dia tolong sama2 jaga shaquille
and dengar cakap acu/uda nya yang memang ada kat rumah kami sepanjang PKP tu.
aku bersyukur adik2 aku ada masa tu untuk jaga anak2 aku.
aku bersyukur dari satu sisi --Allah mudahkan urusan aku.
aku tak risau nak tinggal kan anak2 aku kat mana waktu aku beranak.
sebab aku tau, waktu tu aku memang perlu kan abah sado ko. dalam keadaan tak terjangka (bersalin awal)

aku kiss qaleef, kiss shaquille --emo.
tapi tak banyak. sebab, sakit contraction lebih kuat dari rasa emo yg ada waktu tu.
mungkin sebab --aku tak risau pasal anak2 kot since tau dieorang ok jer dalam jagaan adik2 aku

aku bagitau jugak kat adik2 aku keadaan aku, yg mungkin akan beranak hari tu
aku pesan macam2. mintak dia jaga anak2 aku. mintak diaorang tolong uruskan rumah dan sebagai nya

lepas solat subuh (masa solat tu pon aku dah terketar2 tahan contraction)
kami terus gerak ke hospital.

subuh2 gelap dan sejuk --tapi peluh merecik walaupon duduk dalam aircond
aku perati kan jam depan mata (jam kereta)
contraction makin kerap --sekerap 4-5 minit sekali

gila..!!

contraction sekuat tu --dan aku masih dalam kereta!!
sepanjang masa aku pegang kuat pada handle kat atas kepala tu. sambil berzikir apa yang patut

kalau tanya aku waktu tu --aku memang dah tak tahan. sakit bukan kepalang

fared bawak kereta sangat2 laju.
tapi tetap rasa perlahan.

sampai jer kat Lobby ward bersalin. aku turun dulu --hanya bawak buku pink/ic dan handphone
Fared tak boleh masuk dek kerana PKP.
dan dia kene daftar kemasukan aku/tolong bawak bag aku kendian.

sebab malam sebelum tu aku dah datang (part 1)
so, aku terus masuk jer. tak perlu nak saringan lagi.
aku cuba jalan selaju boleh pada waktu contraction hilang.
bila contraction datang --aku berhenti pegang rail wall di tempat laluan jalan

sampai kat tingkat atas -ruang pendaftaran/menunggu
TAKDE ORANG. yer serious takde orang beranak menunggu.
tak macam malam sebelum nya tu.
tapi, nurse pon takde jugak --aahh sudah..
aku dah merengkot badan depan kaunter.

rupernya - pertukaran waktu shif

aku nampak sorang nurse dari jauh -aku tak sure dia nurse shif sebelum atau shif baru nak masuk
aku panggil bagitau dia --aku dah nak beranak
dan sebab aku baru jer datang beberapa jam malam tu --so nurse tak tanya apa2 pon
terus suruh aku masuk tukar baju pink dan buat urine test.
masa tu aku memag dah lenjun ngan air ketuban
bila nak buang air -pad dah ada darah !! 

aku bagitau nurse. n baju pink yang aku baru jer pakai tu pon,
dah basah n ada darah di belakang.
terus masuk bilik doctor n cek bukaan n doc update dah 3cm !!

waktu tu aku memang dah redho n bersedia kalau lahir kan anak tak cukup bulan

aku pon dah tak leh tahan contraction tu. nak cepat2 setel




doctor / nurse terus ready kan aku
memula pasang ctg cek heart beat semua tu la
lepas tu sorang-sorang doktor datang cek keadaan aku

bila cek suhu --boleh pulak aku demam panas tetibe
terus macam semua kelam kabut dah kenapa pulak aku demam
macam2 la tanya kat aku. yer lah dah la time tu ngan covid kan
so doctor datang kat aku n bagitau aku tuk terus buat emergency czer.
sebab baby mungkin dah infection since aku demam.
n punca aku demam tu pulak adalah dari air ketuban dah pecah lama n darah dah keluar banyak

keadaan waktu tu --memang kelam kabut.
tapi aku sorang jer tau masa tu.
takde orang lain nak beranak.
mugkin salah satu jalan Allah nak mudah kan urusan aku.

n semua hadap aku serentak
sorang tukar kan baju aku
sorang setelkan drip aku
serentak pulak ngan injection kat punggung untuk matang kan paru2 baby cepat sikit
serious yang tu tersangat2 lah sakit -aku rasa lagi sakit dari inject bius kat tulang belakang tu
seminit gak kot rasa kebas sakit tu nak hilang.
bayangkan keadaan waktu tu
ngan nurse interview aku lagi -macam2 soalan.
yg sepatut nya aku kene setel kan sebelum tentukan tarikh bersalin pon lagi yer.

lepas tu, doctor pulak explain itu n ini
sakit2 tu kene pulak aku turunkan tandatangan untuk kebenaran operation tu
tak boleh laki aku, kene aku sendiri yg sign.
aku ngah sakit2 tu kan. 
pastu ada lagi satu  perkara aku kene bagi kebenaran. tapi tu nanti aku cerite lain post

so keadaan kelam kabut tu --setiap kali contraction aku datang
aku kene mintak semua berhenti sebab aku tak leh tahan
so semua pon stop la beberapa saat.
pastu sambung balik

aku tak jumpa fared lagi tau. 
tapi aku ada kol dia bagitau keadaan aku since nurse mintak fared naik tuk jumpa aku sekejap sebelum masuk OT.

setel semua -- terus bawak aku ke OT
sebelum tu, nurse jumpa kan aku dulu ngan fared tuk aku salam2 mintak ampun maaf bagai
dan bagi barang2 aku macam hp and barang kemas (barang kemas aku lupa nak bukak sebelum gerak tu sedangkan dah teringat dah)

sekejap jer jumpa.

lepas tu terus aku masuk bilik OT.
sejuk sagat dalam tu --aku dah tau dah tu.
bukan pengalaman pertama pon masuk OT untuk bersalin
kira ni kali ke-3
so dah tau procedure

kelakar nya, aku pulak cepat2 mintak doc bius aku
sebab sumpah, aku dah tak boleh tahan nak lurus kan badan atas katil tu masa contaction yang datang makin kerap giler.
n bius tu pon aku dah tak rasa sakit dah
aku rasa lega giler, serious.
sebab few second jer, terus hilang sakit contraction aku tu.

terus aku --buat la apa yg patut.. im ready hah gituuhhh...

memula aku mintak full bius -maksud nya satu badan
aku penat sangat2 dari semalam nya tak cukup rehat
ngan contraction lagi
aku mengantuk
so aku cuma pikir waktu tu aku nak tido n rehat
aku tau --aku tak akan dapat tgk baby pon apetah lagi nak terus skin to skin df dia
so biar lah aku rehat n cukup tenaga tuk keadaan selepas tu.

Tapi. tak di izinkan
since aku tak sempat puasa sebelum kene operation
aku minum air milo beberapa jam sebelum tu (ingat tak aku cerita kat Part 1)
so kira berisiko la kat nyawa aku kalau aku terus tido
takut aku muntah n masuk ke paru2 macam tu la ingat2 lupa dah apa doc bagitau
even masa ngan operation tu aku nak lelap jer, terus nurse kejut2 kan aku
sembang2 ngan aku supaya aku kekal sedar.

kali ni bius cepat jalan (half body)
few second jer memang tak rasa apa2 dah (tak macam shaquille dulu, pisau dah kat perut pon aku boleh rasa)
lepas tu terus rasa perut goyang2.
bila baby dah keluar, nurse yg teman aku tu bagitau -"alhamdulillah baby dah keluar"

dengar lah dieorang cakap timing "10.10am" apetah lagi tuk record

tapi aku tak dengar dia nanges. 
aku tanya nurse "baby saya ok tak?" -banyak kali
nurse cakap "baby tak nanges, doc tengah uruskan sekejap"

a few second tu --baru dengar suara chenta
tapi sangat2 la perlahan. halus hampir pada tak dengar

aku ada mintak izin nak tengok
tapi nurse bagitau baby dah terus ke NICU masuk incubator.
kira tak boleh lama sebab dia kene pakai oxygen.

last sekali aku tanya -"baby saya lelaki ke perempuan nurse?"
nurse tanya balik "awak tak tau lagi ker jantina dia? sebab saya pon tak nampak"

aku diam jer la.
yang penting masa tu aku pikir, baby selamat dan aku sendiri pon selamat

setel.

terus tolak keluar OT. and aku pon tido sebelum di tolak masuk ward.
aku rasa agak lama jugak aku dalam labour room untuk pantauan
aku tak tau pukul berapa n apa keadaan nya
sesekali bila nurse n doctor datang tuk cek keadaan aku, terjaga and lepas tu sambung tido balik
aku betul2 sangat letik n mengantuk
dan aku tau -ikut pengalaman, itu jer lah golden hour aku yang ada sebelum semua routine baru bermula.
ada beberapa kali aku tanya doctor and nurse keadaan baby aku masa tu
tapi, takde jawapan
sebab baby dah diserahkan pada NICU untuk uruskan nya.
aku hanya mampu bertawakkal pada Allah
supaya baby ok2 jer

serious. aku sangat risau kan keadaan baby

aku hanya dapat jumpa baby pada hari kedua jer --itu pon kat NICU
fared jer dapat jumpa untuk azan n iqamat kan dia.
n Fared kata --baby kecik sangat. Tapi, baby ok.

masa tu, aku memang tak yakin sangat ngan jawapan fared
selagi aku belum tengok baby sendiri











and finally --hari kedua aku boleh tengok sendiri baby depan mata.
walaupon, hanya melalui incubator
tak dapat peluk, tak dapat susu kan dia
tapi, aku masih boleh masukkan tangan kat tingkap incubator tu

atas ni gambar Chenta seawal hari kedua kelahiran
bende pertama yang aku ucap kat dia "assalamualaikum sayang, mama datang ni"

aku nak nanges, tapi bukan sebab sedih sangat
aku nanges sebab --demi Allah, bila tengok sendiri Chenta depan mata untuk pertama kali
aku sangat bersyukur sebab Chenta sempurna
dan jujur, selain kecik, dia nampak elok2 jer. macam bukan prem
dia aktif sangat dan positif. Im so proud of her. dia kental. boleh nampak.
aku tak tau macamana nak describes --tapi terus hilang semua kerisauan dan apa yg aku bayangkan

Chenta --ok
aku senyum waktu tu

(kalau sedih pon, aku cuma kesian kat dia sebab terpaksa pakai oxygen tu)

doc datang kat aku - bagitau keadaan baby
and aku sangat lega dengan update dari doctor
keadaan Chenta elok jer. luaran dan dalaman. tiada sebarang complication
like masalah paru2 ker jantung ker atau apa2 yang tak nampak or tak matang

cuma berat dia masih rendah untuk keluar dari incubator
dan dia masih perlu bantuan oxygen sepenuh nya

but still - aku bersyukur.
aku jer tau keadaan tu masa tu. and aku percaya pada instict aku as a mom
Chenta will be ok. insyaa Allah



hari ke-3 kelahiran, tube oxygen pon dah tukar pada tube lebih kecik. n oxygen yg di beri pon dah di kurang kan berbanding 2 hari sebelum nya. alhamdulillah






so bermula lah kisah 27 hari Chenta di NICU dan kami berulang alik setiap hari
nanti aku sambung yer the journey of baby Prem.







Thursday, November 26, 2020

CHENTA DHUHA : Kronologi kelahiran PRA-MATANG PART 1


aku mengandung kan Chenta (our third baby) bulan November 2019
n estimatation Due Date (EDD) adalah pada 15 July 2020

TAPI,

aku bersalin lebih awal iaitu pada 10 May 2020 
pada usia kandungan 31 minggu lebih kurang
dan 2 bulan lebih awal !!

diluar jangkaan and tak pernah terpikir pon since 2 anak aku sebelum ni
elok jer lahir pada masa nya.
semua terjadi agak pantas dan tanpa persediaan.

tapi, tau tak satu kisah yang aku tak pernah share kat mana2 or ngan sapa2 kecuali abah sado.

beberapa bulan sebelum tu,
aku memang pernah mimpi yang aku lahirkan baby premature.
tapi, yer lah. mimpi kan. aku anggap hanya mainan tidur.
dan aku tak pikir kan langsung yang mimpi tu satu tanda tuk aku sendiri.
situasi aku mimpi tu - sama dengan satu situasi masa aku ke klinik Kesihatan untuk first check-up baby lepas lahir
n macam deja-vu bila situasi tu aku pernah lalui dalam mimpi.

ok lah, aku start cerita kronoligi kelahiran Chenta.

09 May 2020 / Ramadhan 14 (Sabtu)
pagi tu, kami semua (aku fared anak2 dan adik2 serta pekerja) awal2 pagi dah keluar untuk uruskan pindah kedai yg aku sewa sejak 3 tahun lepas - ke kedai baru. 
kedai baru pulak - kat tingkat 1 n perlu naik turun tangga
tapi, aku sebenarnya just pantau kerja jer.
aku tak buat apa2 kerja berat pon - but still ada sikit2 aku tolong yg mana ringan2.

aku ingat lagi masa tu - tetiba perut aku start mengeras. sangat tak selesa
aku pikir, sebab naik turun tangga or letih walaupon tak seberapa pon kerja aku buat
sebab kan aku memang tak puasa hari tu (dan hari2 sebelum tu)
jadi aku beli air manis kat kedai runcit berhampiran.
aku ingat maybe sebab aku takde tenaga or baby dalam perut lapar.

bila aku mengadu kat abah sado, dia suruh aku balik dan anak2.
so dia dan yang lain setelkan kerja2 pindah tu kat dieorang jer bulat2.
berterabur ke apa -kendian lah pikir.

balik rumah hari tu --siap2 solat zohor, aku pon tidur dan rehat.
perut masih lagi tak selesa.kejap2 mengeras.
sumpah, masa tu aku tak pikir itu contraction. langsung,
aku tak de rasa apa2 pon (pikir nak beranak ke apa) --TAK
aku cuma pikir, maybe sebab penat or lapar.

LEPAS ASAR -fared balik kata semua kerja dah setel.
masa tu, perut makin tak selesa. makin sangat2 keras dan makin senak. 
tapi aku tak terpikir nak kire timing or sebagai nya 
-sebab mcm aku cakap tadi. aku tak pikir pon yg tu tanda2 contraction !

:: for record - aku pernah rasa contraction sampai 10cm masa anak 2nd aku yer. so aku tau macamana rasa dia yg sebenar. Cuma yang kali ni, aku tak pikir tu adalah contraction -ko paham tak ni hahaha
sebab baru 31 weeks kan. tak lintas dalam kepala ni yg aku akan beranak awal.

aku masih pikir maybe baby stress or lapar or penat
sebab aku pon stress sebenarnya sepanjang minggu tu carik kedai baru 
lepas terpaksa keluar kedai lama dalam tempoh beberapa hari jer.

tapi pelik sebab dah tido rehat pon, perut masih lagi mengeras teruk
so aku turun n mintak tolong adik aku belikan McD --sekali belanja semua bukak puasa haritu.
beli bungkus jer.
sambil2 aku buat persiapan untuk berbuka. hari tu aku buat mee goreng 
tuk abah sado, adik2 aku n qaleef yg berpuasa.
simple2 jer sbb semua tkata tak nak makan nasik
and since ada sekali McD haritu..
dan masa kat dapo ngah menggorent tu, hati aku macam dah tak sedap
sebab aku perasan, baby dah makin kurang pergerakan.
kira dalam beberapa jam jugak la baru boleh rasa.
perut mengeras --memang toksah cerita la.

aku cuba bertenang. duduk bersimpuh dan buat teknik pernafasan beberapa minit.

masa tu, dah hampir sangat dengan waktu berbuka
aku bagitau fared --kalau lepas maghrib ni baby masih tak bergerak
kene pergi hospital.

biasanya --waktu maghrib sampai ke malam, adalah waktu baby paling2 aktif bergerak
tapi masa aku solat maghrib hari tu --tak ada. 
lepas solat, aku mengaji. masa nak tunggu isya' aku baring dan cuba carik pergerakan baby

TAPI, TAK ADA..!!!

tak tunggu lama --aku terus siap dan ajak abah sado pergi hospital
anak2 aku tinggalkan pada adik2 aku.

dalam perjalanan pon, still takde.
aku tak putus2 berdoa supaya baby akan ok jer.
aku cuba panggil dan berinteraksi.
cuba jugak dengar kan ayat bacaan alquran melalu hp kat perut
dan bukak lagu rancak --tujuan nya supaya dia bagi maklum balas.

disebab kan PKP --jalan sangat lengang.
sampai hospital selayang pon, tak ramai orang.
tapi, kali ni, hanya aku sorang jer dapat masuk (sebab kan sop)
cek air kencing --takde tanda darah
dan cek CTG --alhamdulillah jantung baby semua ok.
aku lega sikit kat situ.

cuma nak tunggu tuk jumpa doctor untuk scan tu agak lama.
dalam tempoh masa tu, aku cuba pantau jugak pergerakan baby.
aku sembang2 jugak thru FB dengan kawan2 keadaan diri aku waktu tu.

aku ingat lagi --hampir pukul 11 malam macam tu
tetiba dapat rasa pergerakan baby. slow. tapi cukup buat aku lega.
masa tu masih lagi menunggu doctor.
bila cek CTG, heart beat dan dapat rasa balik gerakan baby
terus aku rasa macam nak balik jer --tak nak tunggu lagi..hahaha
tunggu sangat lama --dalam hati rasa macam menyesal pulak serah diri.
sebab bayangkan, tak ada apa2 pon. baby ok2 jer. 
maybe sebab aku stress. 

itu jer. 


aku takut, bila nurse cakap aku mungkin kene warded at least 24 jam untuk pantauan
semua bergantung bila doc scan lepas tu jer.
giler kau tak nak aku duduk bermalam kat hospital --kalau takde bende
aku berdoa, baby ok2 jer masa scan nanti
dah la takde jaminan terus2 dapat katil sebab dah siap2 nurse bagitau katil penuh malam tu.

well -- sampai masa aku scan tu.
memang baby ok jer pergerakan, heart beat dan air ketuban.
kira takde bende la.
masa tu pon sebenarnya pelan2 aku dah dapat rasa balik baby kerap bergerak.
so doc sendiri bagi aku pilihan samaada aku nak warded (tapi kene menunggu katil) kalau aku nak dipantau rapi.
atau nak balik.
dah tentu la aku pilih nak balik. since doc tu sendiri kata semua ok jer

so, balik la kami ngan tenang.
siap update dalam Fb kat kawan2 - yg aty n baby ok2 ajeewww

aku rasa, kiteorang sampai rumah pukul 2 lebih kurang kot macam tu.
sampai2, abah sado kata nak makan tuk sahur terus.
dia penat sebab seharian uruskan pindah kedai lepas tu bawak aku ke hospital pulak.
so tu dia kata tak nak bangun sahur awal lagi (biasa bangun pukul 4 pagi)
aku ok jer lah. nanti aku just bangun kan adik2 dan qaleef nak sahur.
waktu tu, aku teman fared dengan minum milo panas secawan.
naik atas, mandi2 terus naik katil nak tido.

tapi, masa baru naik katil tu dalam pukul 3 pagi....

TIBA-TIBA..........................................


(sambung next post)

Wednesday, November 25, 2020

our latest edition : CHENTA DHUHA

 


Bismillahillazi layadurru ma'asmihi syai'un fil ardi wala fis sama'i wa huwassami'ul 'alim (Dengan nama ALLAH yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan di langit tidak akan berbahaya, DIALAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui). 


    Hari ni, aku nak kenalkan latest edition dalam keluarga kami kat sini as kenangan. Walaupon terlewat 6 bulan. 😅



CHENTA DHUHA
10 MAY 2020 (SUNDAY) / 10.10 AM
BERAT 1.8KG 
KELAHIRAN PRA-MATANG : 31 WEEKS

yessss..!! its a gurlllll...!!like finally ahahaha..

Pasal kelahiran Pra-Matang Chenta, aku akan cerita kendian yer. atas ni gamabr dia berusia 2 hari
n sebab kan premature tu dia kene pakai oxy macam gambar tu.

Chenta Dhuha lahir sebagai hadiah hari ibu (yg hatuh pada hari yg sama) dan pada 15 Ramadhan dan hari nuzul quran !! menarik sangat tuk kami sendiri ingat hari kelahiran dia. 



1 bulan


2 bulan


3 bulan


4 bulan


5 bulan


6 bulan


Chenta dah nak masuk 7 bulan dah pon. Alhamdulillah, dia membesar sihat seperti yang sepatut nya.
walaupon macam2 kami (aku dan Chenta sendiri) lalui. end of the day --kami semua masih sangat bersyukur di hadiakan anak yang indah ini. 

aku nak sangat shate phase by phase apa yang kami lalui dari kelahiran awal Chenta ni.
insyaa Allah hope aku ada kesempatan masa tuk sharengan korang semua.
panjang.........dan macam2.. hahaha..




Wednesday, April 24, 2019

PERSIAPAN BIRTHDAY PARTY ANAK2 TEMA SUPER HERO



finally... after 4 years... aku buat jugak besday anak... ahahaha.. 
dasat nau bunyik celebrate besday anak 4 tahun sekali.. 

bukan lah tak celebrate langsung..
tetiap tahun.. time besday.. kami sambut jer.. 
cuma selalu sambut kecik2 antara kami2 jer..
belikan kek.. bawak makan apa dia suka.. belikan hadiah apa dia nak..

cuma yang aku cakap celebrate tu.. buat besday party untuk anak2..
last buat masa aku ngah sarat mengandung kan shaquille..
masa besday qaleef yang ke 3..
shaquille tak beranak lagi..
tahun ni.. shaquille dah nak 4 tahun..
maknanya.. 4 tahun dah lah tak pernah buat besday party anak2...
huhu... sian dak shaquille la.. tak pernah merasa..
sampaikan dia request..!! so paksa diri jugak lah uruskan..
nak gembirakan anak2..
shaquille kata nak orang nyanyi lagu besday tuk dia ramai2.. dia nak tiup lilin potong kek..
macam yang dia selalu tengok kat besday kawan2 yang kami pernah bawak...

dari awal tahun.. memang aku n abah sado dah ada jugak cakap nak buat besday party tahun ni..
besday qaleef bulan 4.. besday shaquille bulan 5 time puasa..
plan sambut sekali jer bulan 4 tu.. 
tapi.. sembang2 jer lah... tak plan bebetul pon.. 
sampai lah masuk bulan 4 ni ha.. aku still tak plan bebetul..
dak qaleef dah cakap banyak kali dah..dia ingat besday dia 18 april..
tapi serious.. bulan 4 ni DECORECA ada buat sales raya..
so order jadi belambak2.. setengah bulan jer que order dah 15 set yer..
15 set tu bukan setakat 5-10 kaki.. ada satu-2 order cecah 4-5 ribu hengget.. jadi bayangkan la berapa banyak...
rezki kami lah.. tapi tu lah.. anak2 dah tuntut janji..
aku memang sibuk nak mampuih.. tak sempat nak pikir hapa..
just cakap.. nanti lah.. nanti lah...

sampai laaaaaaaaaaaaaaaaaaa...................





tetibe.... jiran belakang umah aku ni.. wassap aku...
bagitau.. dak qaleef dah jemput kawan2..termasuk anak2 dia (kawan2 mengaji tempat sama)
ke besday party di kat rumah kami pada 18 april..

aku..??? 


gulp............


belum buat hapa2 pon lagi.. tapi dak qaleef dah menjemput ..!!!!!!!!
hapekah........................


masalah nya 18hb tu hari khamis... besday party apa tengah2 hari sekolah tu kan.. ahahahaha..

terus aku kene panic attack..
geram tol aku ngan dak qaleef ni tau...hukhuk...
sokati jer dia jemput..
seb bek la ada jiran bagitau..
kalau tak..tetibe orang datang umah ni ha.. hapa pon takde.. besday party ke bende nya kan.. 

terus lah aku stop buat kerje aku semua.. n amik masa fokus pada persiapan besday party dia..
dan kami decided nak buat kecik..sekecik boleh.. ITU PLAN ASAL NYA...
maksudnya.. khusus tuk anak2 jer.. jemput kawan2 qaleef dan anak2 jiran..
'kecik' tu aku bayangkan... macam masa aku and adik badik aku kecik2 dulu mak aku buat..
panggil anak2 jiran.. hidang atas meja makan..goreng mee.. letak kek seketul.. buat air teh.. ok.. siap..
takde banner.. takde dekorasi.. takde fancy kek.. takde pakai baju lawa ber costume bagai.. takde sebarang tema..!!! 

dan jujurnya.. aku tak tau nak define kan majis 'kecik' tuk aku tu macamana.. ahahaha..
still.. aku rasa takde lah majlis besar2 sangat pon.. cuma aku buat lebih proper.. terancang dan siap semua nya.. 
kecik sikit la dari dulu... dulu aku siap bukak khemah ada scallop2 ikut tema bagai..
jemputan pon ramai..
sekarang takde dah la nak bukak khemah dan jemputan untuk dewasa pon yang bebetul rapat and dekat sini jer.. 

tengok lah details bawah ni aku list kan apa aku buat..persiapan besday anak2...



1) PILIH TARIKH - nak buat bulan 4.. tak kisah bila.. kami pilih tarikh yang ke depan sikit.. which is 21 april.. so ada masa nak prepare order tu ini

2) TEMA - memula nak buat tema ultraman... tapi.. aku tukar pada SUPER HERO MARVELS 




3) TEMPAH CARD - on.. ni tak ada keperluan sebenarnya.. CUMA.. untuk aku rasa perlu sebab memandangkan jemputan hanya untuk anak2..kawan2 mengaji dan sekolah qaleef.. dan aku tak kenal parents or mereka sendiri.. so biarkan qaleef sendiri yang jemput..  dan cara terbaik nak bagitau tarikh-masa-alamat rumah adalah melalui KAD JEMPUTAN

masa awal2 tu.. timbul masalah sebab rushing order.. dah last minit kan.. mana ada orang nak amik tempahan..
2-3 orang tanya tolak.. sebab tak sempat nak buat.. nak print lagi.. yer lah aku paham kene ikut que order orang lain yang dah bayar..
tapi alhamdulillah rezki aku jugak.. ada kawan designer yang aku tanya.. rekomen sorang ni.. 
memula dia tolak jugak.. sebab rushing..tapi alhamdulillah.. rezki aku lah tu..
dia amik jugak.. 

dah orang nak amik.. aku pon tak nak lah cerewet2 nau..
in fact aku tak kisah sangat pon.. buat jer lah.. asalkan maklumat nya sampai..
so aku serahkan bulat2 pada designer... warna pon die yang decide yer..
aku cuma bagitau tema SUPER HERO tu jer..
tapi hasil dia bagi.. memang terbaik..!!! aku puas hati.. alhamdulillah..






korang kalau nak tempah.. cer tanya designer ni.. RECOMMENDED !! 





ni ha card nya.. kecik jer.. tak kisah pon..yang penting maklumat dalam tu terang dan jelas..

memang budak2-kawan2 qaleef datang umah..makpak hantarkan.. bawak kad ni sekali yer.. ahaha.. comel jer...




4) TEMPAH BANNER : aku tempah banner ni sekali ngan sis Diana tu.. sama theme ngan kad jemputan...size aku tempah 5 kaki x 4 kaki.. 



BANNER yang kami dah siap gantung kat wall..
buat kat car porch jer... ok jer lah size nya..
kau nak lagi besar.. lagi mahal kos nya..
malas aku nak membazir.. bukan boleh guna lagi nanti.. sekali ni jer..
ni pon dah cukup cantik dan perfect dah tuk kami.. 


4 tahun lepas masa besday qaleef.. aku buat sendiri.. konon lah kretif... tapi.. adooyy.. leceh.. buang masa... so kali ni memang aku terus2 tempah jer.. jmat masa tenaga bagai.. lagi lawa ha....


5) TEMPAH KEK BIRTHDAY - ni hero nye selain anak2 aku sendiri.. ahahaha.. ni lah yang budak2 excited kan sangat kan.. nak tipu lilin n potong kek sambil orang nyanyi2 tuk dia.. 




comel kan... Rm 80 sahaja yer..!!! besar yer kek nya.. sekilo lebih.. 
 kemas hasil kerja paling penting sedap lak tu.. 

aku tempah dari kawan2 jiran sini.. orang rekomen.. 

ni contact dia kot korang nak tempah (rumah kami di Saujana Rawang)


EMMA CAKES
0 19-246 1146


6) EXTRA CAKE UNTUK LU'LU - ok.. ni tambahan.. last minit.. family ipar aku (suami arwah tina + wife dan lulu tasneem) dapat joint birthday party anak2 ni.. so.. aku decided tuk order lagi satu cake khusus tuk Lu'lu Tasneem.. besday sebelum besday dak Shaquille.. beza 2 minggu jer dari Qaleef..
saja aku nak beli kek tuk dia supaya boleh potong sama2... since kek kami tempah awal ni.. khusus tuk anak2 lelaki kan.. cuma banner tu jer aku tak dapat nak letak nama Lu'lu sebab macam aku cakap tadi.. last minit.. banner tu dah sampai umah aku dulu.. baru dieorang bagi confirmation.. aku buat mana yang boleh lah.. asalkan lulu happy jugak...


apa nama cartoon unicorn ni?? tak ingat lak.. maklum laaaaa...sis takde anak pompuan.. uhukhuk..
ngah trend kan sekarang ni..

ni aku tempah 2 hari sebelum majlis.. tapi kat orang lain.. 
sebab ni kek kedua.. aku mintak dia buat kecik sikit.. bakers buatkan setengah kg jer.. 
tapi tetap nampak besar..!! n cantik lak tu..
harga Rm 40 sahaja..

contact untuk tempahan (bandar country homes rawang)
012-666 9820





7) KERUSI/MEJA SEWA UNTUK KANAK2 - dulu aku siap bukak khemah depan umah.. berscallop bagai.. nak bagi selesa kat tetamu.. tapi kali ni.. sebab tetamu kami lebih pada kanak2... still nak bagi selesa.. so aku decide tuk carik pakej sewaan meja/kerusi khusus tuk kanak2.. tanpa khemah.. just nak buat dekat car porch jer.. kalau boleh nak elakkan guna dalam rumah.. nak kurang kan kerje aku nanti ... ahahaha.. but still.. nak anak2 rasa selesa jugak.. ada tempat nak makan duduk semua..

untuk tetamu dewasa pulak.. ada aku jemput tapi tak ramai.. dan kawan2 kenalan dekat2 jer.. so masuk dalam jer lah... makan lah kat meja makan tu.. tak kisah pon... 

so atas sebab tu.. aku prefer sewa kids party furniture dari Kids party rental Malaysia (Fcebook) ni ha... kemahen jauh aku mengambik-hantar kat putrajaya nun ha... dah itu jer yang aku jumpa... nak membeli rasa macam membazir..kos akan jadi lebih mahal... nak guna pon sekali jer.. n aku nak elakkan bukak khemah depan rumah nampak macam besar nau majlis nya nanti.. ahahaha..


aku memang tak sempat nak pikir center piece deco meja bagai.. teringat gak nak letak hiasan bunga ke gambar anak2 ker.. tapi tak sempat nak buat.. 
so nampak togel jer lah..
kalaua da tu.. nampak lah cantik lebih sikit.. 



HARGA SEWAAN
6 MEJA + 24 KERUSI
dan alas meja
RM 210 + RM 50 DEPOSIT
 (Deposit tu di pulangkan lepas kite pulang barang dalam keadaan baik)


contact untuk tempahan (PUTRAJAYA)
019-717 1685





8) MENU UTAMA - (MEE HOON GORENG DAN MACARONI GORENG ) - aku tempah jer jugak.. bukan tak ley goreng sendiri.. lagi jimat.. tapi masa tu.. masa... aku tak nak sebab kan sibuk kat dapur.. keadaan jadi kelam kabut.. dan aku penat tak dapat nak urusnkan benda lain.. since aku ngan fared yang buat semua ni.. jadi kami bahagi tugas... which is yang mana memudahkan kerje urusan kami.. macam kalau boleh tempah.. then kami tempah jer... ada orang cakap.. membazir.. yer lah bende boleh goreng kan.. tapi aku niat.. first is berkongsi rezki pada orang yang aku tempah tu.. and second.. its ok.. rezki memberi makan ni.. nanti ada lagi rezki lain akan di gantikan.. tak yah takut nak spend... tu pendapat aku lah.. ikut pengalaman... 



untuk mee hoon goreng aku tempah dari orang yang sama ngan orang buat kek poney Lulu atas tu.. 
sedap..!!! serious sedap.. tak pedas pon.. tapi ada rasa la.. sesuai tuk budak2 dan dewasa jugak..
and tak kedekut bahan.. memang penuh lah isi dalam tu..
aku beli tuk 30 pack.. 1 pack Rm 2 x 30 = Rm 60
dia ubuh dalam pack macam gambar atas tu.. 3 bekas.. 
hantar depan umah panas2.. RECOMMENDED

contact untuk tempahan (bandar country homes rawang)
012-666 9820



untuk MACARONI GORENG.. aku tak ada gambar..!!! aku rasa macam dah amik dah ritu.. eeahh geram lak carik2 tak jumpa... So tak dapat lah aku share.... tapi aku cerite gak lah.. sebenarnya.. aku carik MACARONI CHEESE.. macam lagi sedap kan.. tapi.. takde orang boleh buat.. aku pon dah desperate nak cepat kan.. so MACARONI GORENG pon boleh la... pesan buat tak pedas.. aku tempah direct kedai makan.. kat tempah aku ni.. SUHAN CAFE.. sebab selalu sarapan situ n makan macaroni dia.. sedap.. so tempah jer lah terus.... cuma MACARONI GORENG ni rm 3 per pack... 


contact untuk tempahan (SUHAN CAFE -SAUJANA RAWANG)
017-351 6949



9) MENU TAMBAHAN (KUIH2 / AGAR2 / BROWNIES) - ni semua aku tempah dari kawasan perumahan aku jer.. taman aku ni ada group food delivery.. so aku carik dari situ jer.. memang mudah.. alhamdulillah semua ok2 sedap2... 


APAM POLKADOT (50 BIJI) RM 18
aku tempah dengan orang yang sama buat kek superhero tu..

EMMA CAKES
0 19-246 1146



BROWNIES CHOCHIPS (RM 20) 

AYU HOMEMADE (Bandar Country Homes Rawang)
018-365 4679



AGAR-AGAR COKLAT MARBLE - RM 23/setalam

NISA (Bandar Country Homes Rawang)
016-3706946




MINI DONUTS (MIX PERISA) 50 PCS (Rm 25)

YANA (Bandar country Homes Rawang)
017-361 1061




10) POPCORN - ni aku buat sebagai cenderahati sebenarnya.. memang dari awal.. masa aku gi pasar malam area umah aku ni.. aku nampak orang jual popcorn.. dah pikir bagi tu jer.. senang.. mudah.. dan biasanya budak2-dewasa semua suka...


ada macam2 packaging sebenarnya..
tapi aku amik corn popcorn.. Rm 1.40 per pack
beli 50 pcs = Rm 70
(kalau nak ribbon ke hapa.. boleh request.. harga berbeza) 
aku amik simple jer.. kang di buang jugak.. tag pon aku malas letak.. ahahaha..

ok.. popcorn ni..recommended.. sedap..rangup manis cukup.. 
aku siap tempah lagi untuk sekolah tadika dak shaquille..

POPCORN CINTA (Bandar Country Homes)
010-255 1377

11) MANISAN - Ni lebih pada makanan ringan gula2 bagai tu jer.. budak2 kan suka... takper lah.. sesekali.. ahahahahaha... 


letak atas meja potong kek



12) CENDERAHATI : yang ni sebenarnya lebih pada bagi untuk aktiviti budak2 masa kat majlis tu.. tak kasi boring.. kak jiran aku cadangkan bayblade yang ngan in sangat sekarang ni.. yer lah.. budak2 kan.. datang majlis macam ni.. takde aktiviti.. boring pulak.. so.. aku gi Gm membeli... beli borong dapat lah murah sikit Rm 6 sekotak.. 


aku takde gambar beli tu.. tapi ada gambar aktiviti dieorang ngah main..
memang meriah sungguh..!! siap2 makan..main.. benti kejap.. makan..sambung balik main..
eeahh berbaloi jugak lah beli.. kasi aktiviti kat budak2 ni..
bila balik tu.. kasi terus bawak balik..
tapi control la.. satu budak.. satu jer menan


last minit beli tuk anak2 pompuan pulak.. 
beli buku kecik macam diary boleh kunci2.. ngan bende pink ko tengok tu cop2 kertas tu.. 
apa ke nama aku tak tau.. ahahaha...
beli kat kedai eco rm 2 jer.. 


tak fokus lak gambar.. adeehh.. 
tapi boleh lah nampak kan.. budak2 main aktiviti ni.. 


13) COSTUME ANAK2 - yang ni bila jer dapat tema superhero.. memang terus cakap kat abah sado nak beli costume anak2 kat GM Klang.. 2 hari sebelum majlis.. kebetulan abah sado ada.. kiteorang pergi lah GM klang tu membeli.. 




harga sepasang Rm 60 plus.. tapi bli 2 dapat discount dalam 50 plus sepasang
ok lah.. anak2 happy.. tu yang penting..
terus berketak2 badan nya.. ahahaha..

size S untuk 2-2.. qaleef ngam2 sedang elok..
tapi shaquille besar sikit..kene lipat2.. takde dah size kecik sikit..
kau jangan tanya kedai mana.. sebab aku dah tak ingat nama or nombor kedai..
cuma aku ingat sikit2 kedai nya kat banggunan B Gm klang tu..
tingkat 3 kot memang floor tu jual barang budak jer..
aku beli bayblade pon kat floor yang sama jugak.. 
kedai nya tak ke dalam sangat pon.. cer lah carik.. senang jumpa insyaa Allah..





so far.. tu jer..   nanti next entry.. aku share sekitar majlis yer...berjaya jugak aku share entry ni.. huhu.. dulu last time tak dapat nak share apa pon.. sebab lepas majlis tu aku sibuk jaga tina yang makin teruk kesihatan nya.. lepas tu beranak pulak.. lepas tu tina meninggal.. terus tak update.. walaupon dah 4 tahun.. aku teringin nak share sebenarnya.. sebab gambar cantik2 dari official photographer.. nanti lah ada rezki aku share insyaa Allah...