last time aku cerita acaner aku tetiba terberanak awal -seawal 31 minggu
ramai tanya aku, apa punca nya aku boleh terberanak cepat tu kan
well, aku pon tanya doktor jugak masa terberanak tu.
and doc cakap -takde sebab khusus pon samaada pada aku dan baby
maksudnya, bukan sebab aku ada penyakit ker apa -aku memang takde darah tinggi or kencing manis or sebagai nya
in fact, 3-4 hari sebelum bersalin tu, aku sempat buat routine Check-up aku kat kinik kesihatan
selain berat badan aku naik, tapi yg lain semua ok jer.
aku minum air gula hari jumaat (2 hari sebelum bersalin) - and ok jer takde problem pon result nya.
even HB aku pon naik (walaupon still merah)
aku bersyukur aku buat keputusan tuk pergi check-up khamis tu
sebenarnya nak cerita,
sebelum app aku khami tu, aku ada skip yg app sebelumnya
ingat kan PKP, kene tunda appointment/KK tak bukak (sebenar nya aku yg malas gila nak pergi huhu)
tapi sbb nurse kk dah call, suruh datang jugak since aku dah masuk 7 bulan time tu
so, walaupon malas, aku pergi jugak la.
kat situ jadi satu pengajaran kat aku : dont take for granted !! semua bende boleh terjadi.
so bila ada appoinment tu, tolong la pergi.
sebab semua rekod check-up tu, akan jadi rujukan untuk pihak lain bila tetibe terjadi kes emergency
macam aku ni la -tetibe terberanak
so, pihak hospital besar tgk rekod check up aku tu kalau2 ada problem
since HB aku rendah (dieorang highlight tau pasal HB tu aku dengar antara doc2 tu bercakap)
even kot kata la ko ada darah tinggi ke kencing manis ker or penyakit2 lain, so dieorang terus leh tau jer dari rekod kat bukup pink tu
so, pergi !! jangan la malas or bagi alasan
yang tu satu bahagian aku agak lega. Sebab hal2 beranak ni bukan hal remeh.
hal melibatkan 2 nyawa.
so, berbalik kisah acaner leh terberanak awal tu.
since semua nya ok2 jer dan bukan aku or baby yang menjadi punca
aku pon courius jugak la. aku sndiri pon nak tau jugak
aku dah beranak 2 kali sebelum ni
and 2-2 anak aku ok2 jer lahir cukup masa.
dokter cakap --banyak keadaan lain sebenarnya boleh menjadi punca.
selain dari komplikasi or infection (which is both of us takde) and beberapa sebab lagi
selebih nya, doc cakap - kelahiran pra matang ni macam keguguran.
cuma sebab baby dah agak besar so boleh survived dengan bantuan alat penapasan dan sebagai nya
since aku beberapa kali keguguran sebelum tu, so macam relatable ha cegituh
doc pon maybe malas nak explain panjang ke hapa, dia just cakap lbh kurang aku ringkas kan , takde bende pon hahaha
and since baby pon ok2 jer cuma tak cukup berat n belum betul2 'masak'.
aku pon takde bleeding takde apa (tak macam masa shaquille dulu kene masuk 2-3 pack darah lagi)
so --senang cerita dalam report -just kelahiran pra matang dan takde kes -case close
tapi sebarnya, aku dapat rasa maybe (MAYBE JER YER)
sebab aku agak lasak n stress beberapa hari sebelum tu.
kat Fb sebelum tu, aku sempat share pasal hal kerja aku
kiteorang (biz) kene keluar dari kedai yang kami dah sewa bertahun2 sebelum tu tanpa masalah
dalam tempoh beberapa hari -sebab owner naikkan sewa time PKP
dan sebab kami ni sharing kedai ngan lagi satu kedai kecik lain-dan kedai tu tak nak bayar extra walaupon kami ok jer
so takde pilihan terpaksa la carik kedai lain
ada la sebab2 lain jugak kenapa kami tak nak terus kan jer kat situ amik the whole kedai n bayar full
so within beberapa hari tu, hari2 aku dan fared keluar (time tu PKP dan PUASA)
tuk carik kedai lain. satu-satu tempat kami pusing dan call kalau ada no tipon.
memang struggled la kami. penat. risau.
barang kami dah la banyak. stock barang baru jer sampai pulak tu --sebab kerajaan baru keluarkan kebenaran tuk perniagaan boleh beroperasi semula
order nak raya pulak banyak sebab tertangguh tak leh buat keje sebelum tu.
lepas tu, bila dah jumpa kedai, nak uruskan pindah pulak.
memang ngam2 lepas pindah tu, esok nya aku terberanak (baca part 1 kronologi kelahiran)
aku ada jugak tanya doc kalau2 stress tu menjadi punca.
tapi aku tak ingat doc cakap apa.. hahahahaha.. lebih macam --bukan.
wallahualam.
ape pon, dah setel dah pon semua. samaada kedai, baby dan aku sendiri. alhamdulillah
semua baik2 jer keadaan.
dah kembali tenang semua nya.
ni gambar hari ke 9 kelahiran
halus jer kan. berat dia turun beberapa hari selepas lahir which is doc kata normal tuk baby prem
just kene catch up balik la
dia dah bukak oxygen tapi still pakai tube untuk minum susu direct ke perut
tengok balik gambar2 ni, lain sangat2 muka Chenta masa baru lahir dengan sekarang
memang betul2 berubah la tak macam muka dia pon hahaha
masa awal2 lahir, dia macam Shaquille jer
tapi lepas tu berubah air muka qaleef lak
tapi skrg berubah lagi -orang kata muka macam shaquille dan abah sado
cuma kulit dia tanned ikut mama.
nanti nak cerite pasal the journey of pre mature baby nan sorang ni keh.
panjang kisah nya. hope aku semangat nak sharing ngan semua.