Wednesday, December 02, 2020

The Journey of Pre-mature baby : Bermula lah kisah 27 hari di NICU

 

yer, Chenta kene tinggal di NICU dari lahir selama 27 hari

27 hari --tuk sesetengah orang, tak la lama sangat kan untuk baby prem tak cukup bulan ni
ada penah baca, berbulan2.
ada sorang kawan kat FB yg bersalin baby prem jugak --3 bulan anak dia kat NICU !

sebenarnya, berapa lama baby prem ni kene duduk kat NICU
adalah bergantung pada banyak sangat keadaan
tak semesti nya kene sampai baby cukup bulan 36-40 minggu -sebab chenta discharge sebelum 36 weeks tau
kalau orang cakap --tunggu sampai baby cukup berat 2kg
yang ni pulak masa Chenta discharge berat dia baru 1.9 sumting

sebenarnya --dari apa yg doc explain, semua bergantung pada keadaan perkembangan baby tu sendiri
so, kita ni sendiri kene jugak 'tolong' dia
haa macamana nak tolong ni -- hari ni aty nak share sekali dalam perjalanan sepanjang 27 hari kat NICU ni.


  •  10 May 2020 - aty bersalin kan Chenta. Chenta terus ke NICU  duduk dalam incubator dan pakai oxygen.



  • 11 May 2020 - 2nd day, baru aku dapat tengok baby. tak boleh tak boleh keluar incubator. oxygen dia pakai pon masih tinggi ngan tube besar. tak boleh dukung tak boleh kiss. cuma boleh pegang dia melalui tingkap incubator jer (rujukgambar) Usap2 badan dia bagi ransangan. n bercakap dengan dia sbb dia kenal suara mak dia since dalam kandungan lagi. 
  • berat baby turun dari 1.8kg ke 1.6kg which is doc kata normal untuk baby prem lepas lahir. nothing to worry tapi kene kejar berat dia setiap hari. Kira dah tak boleh jatuh lagi dah berat dia. kira dah tak bagus la pekembangan dia macam tu.
  • hari ke 3, 4, masih sama. berat pon masih sama. tapi doc update oxygen dia makin dikurang kan lagi dari hari sebelum. Aku dah discaj pada hari ketiga tu. Tinggal Chenta jer kat NICU tu dengan kawan2 prem yg lain (ramai yer) . Tapi, hari2 aku datang tengok dan bagi sokongan kat dia. Dengan bagi sentuhan dan bercakap. 
  • 17 May 2020 - skip to hari ke 8 kelahiran, aku datang macam biasa. aku memang tak pernah skip tuk datang jumpa baby. biasa aku akan datang waktu melawat (time pkp) pukul 1 sampai pukul 5-6 petang. Pukul 2 lebih tu, sampai2 aku akan borak2 ngan dia. Pegang2 urut dia sambil selawat syifa'. Lepas tu, pukul 3, akan siap2 kan dia tuk tukar pampers, lap2 badan dia, bersihkan tempat tido dia dalam incubator tu dan timbang berat dia. Setiap hari, aku la buat sendiri semua tu. Nurse ramai lah kat dalam tu. tapi nurse akan buat pada baby yang mak dia tak dtng uruskan. Macam aku sendiri, aku memang nak baut semua tuk Chenta. waktu tu, aku akan dapat pegang dia bila nak angkat timbang. Best la. aku suka. 
  • Lepas setel timbang, dalam pukul 4 mcm tu, aku akan bagi susu pulak melalui tube (susu badan yg aku pump). Letak dalam picagari dan masukkan melalui tube. Still dalam incubator yer. Ada teknik dia aku kene belajar n buat sendiri. Lepas menyusu, aku akan teman dia sampai dia tetido dan baru aku gerak balik rumah jumpa anak2 lain pulak
  • Tapi, sebelum balik hari tu --nurse bagitau aku tuk datang lebih awal esok nya tuk buat KMC (KANGAROO MOTHE CARE). maknanya, aty dah boleh peluk dia skin to skin !! Allahu excited nya nak peluk dia tuk pertama kali. Tujuan KMC ni selain tuk bonding mama baby, ianya untuk membantu menaikkan berat badan baby lagi. Insyaa Allah.



  • 18 May 2020 - hari ke 9 kelahiran punya la excited bila nurse kata boleh dtg tuk peluk2 baby, kemain pagi aku datang hahaha. Sedangkan nak buat KMC tu ada timing nya yer. bukan sebarang waktu. Nurse la ni bagitau soh datang awal jer, tapi tak cakap pukul berapa ggrrr...
  • Pukul 2 petang baru boleh start KMC tu. Ni gamabr pertama aku dapat peluk2 Chenta. Perasaan aku waktu tu, hanya Allah jer yang tau. Lepas 9 hari baru dapat peluk dia. Rasa nak nanges tacing giler. Pakkal nurse dah tegur awal supaya jangan nanges dekat baby (maybe sebab nampak aku macam nak nanges) . Sebab baby boleh rasa kalau kita sedih. Tapi aku bukan sedih pon sebenarnya. Aku terlalu bersyukur masa tu. Dia pon kemain lena masa aku peluk tu. Lepas dari tu, letak balik kat incubator dia --menanges. Hahhaha. pandaaaiii.. 
  • Sempat mak bebel sikit kat dia "tu la, sapa soh keluar cepat2 sangat" hahahah --yer, kesian sebenarnya. Terpaksa berpisah. tak dapat tido dalam pelukan mak malam2.
  • Dan pada hari ni jugak, oxygen baby di bukak - alhamdulilah. Tapi masih tak dapat susu kan direct lagi and dia masih lagi perlu duduk dalam incubator.



  • 19 MAY 2020 DAY 10 : Lain betul kalau tengok Chenta masa baby ni dengan sekarang. Sangat2 lain hahaha. Setiap hari aku datang lebih awal hanya untuk peluk dia lama2. Kalau datang lambat, nanti sekejap jer sebab nanti kene letak dalam incubator balik tuk bersihkan dan timbang berat badan dia. Lepas tu pulak kene bagi dia susu melalui tube. tak boleh angkat peluk dah selepas tu.





  • 20 MAY 2020 DAY 11 : Ni lain pulak sedangkan beza sehari jer dari semalam nya kan hahaha. Routine masih di terus kan. Hari2 aku datang tuk buat KMC dan uruskan dia, sampai la dia tertido balik. Aku tak pernah skip walau pon sehari. Memang ada hari aku rasa penat sangat2. Kadang abah sado kata, takper biar hari tu dia datang hantar susu dan tengok Chenta. Tapi i kenot la. Tak sampai hati. Lagi pulak lepas dapat peluk2 dia ni. Sehari tak jumpa rinduuuuuu sangat. Jangan kan kata sehari. Bila balik tu pon dah rasa rindu kat dia. Tak sabar2 nak jumpa dia lagi esok nya



  • 21 MAY 2020 DAY 12 : Alhamdulillah berat dia makin hari, makin bertambah. Dan makin cepat. Perkembangan dia setiap hari sangat penting tau. kalau la hari tu naik berat banyak, excited sangat2. kami ni asyik menghitung hari bila la dia dapat keluar balik rumah jumpa abang2. So sebab tu hari2 aku gigih datang tuk bagi sokongan kat dia supaya berat badan dia cepat naik and dia ok2 jer. Aku sabar kan diri walaupon dalam keadaan aku yang sepatut nya berpantang. Dapat bayangkan tak macamana renyah nya aku time tu. Ada masa aku menangis sebab terlalu penat. Sangat penat. Tapi aku sekalipon tak nak mengalah. Aku tetap akan datang ke hospital dari tengahari sampai lah ke lewat petang. Aku tak pernah putus berdoa, supaya aku tetap kuat mental dan fizikal. Untuk Chenta


  • 22 MAY 2020 DAY 13 : Alhamdulillah, nama Chenta Dhuha dah siap di daftar kan. Takde kisah istimewa pon di sebalik nama ni. Aku cuma suka kan nama Dhuha tu dari bertahun lama nya --cuma sebab tak dapat2 anak perempuan hahaha so simpan jer lah. Nama Chenta tu pon aku jugak yang pilih. cuma sekali terdetik lepas scan n tahu jantina anak. Terus bagitau abah sado dan dia ok jer. So, itu lah nama yang kami hadiahkan untuk dia. 



  • 24 MAY 2020 DAY 15 : Selamat Hari Raya Aidilfitri sayang anak mama !! Mama mengaharap sangat sebenarnya Chenta dapat balik sebelum raya tuk raya sama2 ngan semua. Tapi keadaan Chenta masih tak mengizinkan mama bawak balik ke rumah. Jadi hari ni, walaupon raya, mama tetap datang jumpa Chenta. cuma hari ni tak dapat buat KMC sebab mama lambat datang. Tapi tetap di izinkan tuk pegang riba Chenta sambil bagi susu. 





  • 25 MAY 2020 DAY 16 : Akhir nya, Chenta dapat keluar dari Incubator bila berat dia melepasi 1.66kg. Lega dan lebih senang tengok dia atas baby cot jer. Gambar atas ni, akumasih lagi buat routine KMC. Yang bawah nya tu, aku ngah bagi Chenta susu (EBM) dari tube. masa ni masih tak dapat menyusukan Chenta secara direct lagi.


  • 26 MAY 2020 DAY 17 : Hari yang ditunggu2. Semalam nurse bagitau aku tuk start next phase iaitu DAY CARE. Kira aku akan menyusukan Chenta secara direct. Finally, hari ni aku dapat direct feeding Chenta !! excited nya..!! excited giler masa nurse / doc bagitau semalam sebelum balik tu. walaupon lewat 17 hari, Tapi, aku tetap happy dengan semua pahse2 dan perkembangan Chenta. bila dah masuk phase ni, Maknanya jugak --dah tak lama lagi Chenta akan discaj. Ada 2 phase lagi aku kene ikut. So far berat Chenta makin hari makin naik mendadak. program KMC tu memang sangat membantu.
  • Alhamdulillah, hari ke 17 hari ni, first time aku Df Chenta, dia sangat la pandai hisap. Allahu seronok nya tengok. Siap nurse puji dia. Aku nak nanges time tu. tacing sangat perasaan tau. So dari pagi sampai petang, aku kene df dia 4 kali. Pukul 9 pagi, 12 tgahri, 3 petang dan 6 petang. In between waktu tu, aku kene mengepam tuk supply susu pada Chenta sebelah malam nya tuk 4 kali demand sebelum aku datang esok nya. ha... Dapat rasa tak acaner penat n struggle nya aty. Sebab tu, Chenta masih ada tube sbb waktu aty tak ada kat situ, Chenta still kene minum susu pakai tube. 




  • 30 MAY 2020 DAY 21 : After 5 days aku df Chenta, hari ni, kami ke next phase iaitu menyusukan Chenta pakai botol pulak. Walaupon aku takde plan nak bagi chenta susu botol lepas2 ni (ikut pengalaman anak sebelum/since lebih selesa anak df jer) tapi tetap kene buat jugak sebab nurse/doc nak tengok berapa banyak Chenta mampu minum susu (ebm) dalam tempoh tertentu. Kalau Df kan tak tau berapa banya dia minum. So kene la tengok melalui botol. Nurse letak 20ml --and tengok Chenta dapat habes kan ker tak. Puting botol semua pihak hospitalsediakah khas memang tuk baby prem.
  • Masa ni aku rasa paling mencabar la nak pastikan dia minum ikut timming diberi. Sebab kalau dia minum sikit jer, lambat lah lagi progress nya nak ker next phase. Hari pertama, memang letih giler. Chenta minum sikit dan tido lebih. So asyik kene pastikan dia berjaga jer supaya dia minum susu habes kan. Dalam masa yg sama, kita tak boleh paksa dia. Sebab takut dia penat and akan effected pada berat badan dia. 



  • 31 MAY 2020 DAY 22 : Chenta dah tubeless !! baru dapat tengok bebetul bentuk muka Chenta tanpa gangguan. alhamdulillah. Muka dia pon dah makin nampak berisi dari sebelum ni. 





  • 3 JUNE 2020 DAY 25 : Semalam, nurse bagitau mintak aku prepare barang2 untuk ROOM IN dengan baby. LAST PHASE sebelum Chenta boleh discaj. Ini la yang aku tunggu2. Sikit jer lagi. So hari ni, pagi2 datang macam biasa. bag letak dalam kereta dulu. Dalam pukul 2, nurse soh aku angkut barang sebab dah dapat katil. yaaeeeyyy !!! Tujuan room in ni sebab nurse/doc nak tengok or pantau la kite ni ok ker tak handle baby prem ni ha gituh. Dalam masa sama, dieorang ajar macam2. Macam ada khursus gitu. Ajar buat latihan penapasan bagai. 

  • 5 JUNE 2020 DAY 27 : Dan akhirnya --hari ni adalah hari nya. setelah 27 hari di NICU, pukul 10 lebih masa pakar buat round n check, Chenta di benarkan discaj !! aku punye las seronok giler tak tau nak cerita la. Sebenarnya, tak jangka akan keluar haritu. Sebab, hari sebelum nya, ada doc lain datang n cakap maybe hari isnin nya (lagi 3 hari) baru leh keluar. Tapi rezki kami, sebab hari tu yang round adalah doc yang selalu nampak aku datang hari2 jumpa Chenta. Dia familiar ngan aku Lebih2 lagi, dia suka sebut nama CHENTA. hahaha.. so maybe sebab dia namoak komitmen aku selama tu, pada usia Chenta 34 minggu dan dengan hanya berat 2.9 plus sahaja --Chenta di benarnya kan keluar. Syukur sangat. Laju2 bagitau abah sado soh datang amik kami. Tak sabar2 nak jumpakan Chenta dengan abang2 nya. 


dan ni la gambar pertama abah sado dengan Chenta. Dan kalau nak tau, ni jugak kali pertama selepas 27 hari, abah sado dapat pegang Chenta tau.



Well, berkahir la journey 27 hari kami kat NICU. alhamdulillah lepas apa kami lalui sama2, berbaloi rasa nya untuk semua. Lega sangat dapat balik rumah dan habeskan baki sisa pantang aku kat rumah.