(bersambung dari entry sebelum)
Masa naik katil nak tido tu, tetibe --ada rasa air keluar.
dia macam terkucir ha macam tu.
aty pon memang betul2 ingat aty terkucir tau. hahaha
nak kata banyak, tak jugak. tapi dia mcm one shot.
so aku bangun n terus gi toilet cek
tengok air jernih n tanpa bau
dalam hati dah terdetik --air ketuban ker ni?
sebab 2 anak sebelum ni memang jenis pecah air ketuban dulu
so tau rasa dia acaner.
tak la sakit. tapi tau laaaaaaaaaaaa....
lepas tu pikir --tak kot.. ahahhaa.. serious mungkin aku penat n mengantuk sangat
so aku sendiri yang nafi kan.
tukar pakaian semua --aty naik katil balik
masa baring mamai ngantuk tu. rasa keluar lagi. kali ni lagi banyak rasa.
tapi malas nak bangun. serious ngantuk n letih giler..
aku memang dah rasa --sah, air ketuban ni.
tapi tah apesal.. aku leh tido jer macam biasa.
aku siap pikir --leaking jer ni kot.
esok jer lah pergi balik hospital tu cek air ketuban
sengal kan..ahahaha.
tapi memang tak lena tido sangat sebab leh rasa air tu keluar
aty siap tukar baju semua n sambung tido tuk kali ke dua --tu pon sebab rasa lenjun n sejuk pulak.
kali ke tiga, memang sampai katil semua basah air ketuban dah melimpah ruah.
masa ni dah pukul 4 lebih. PAGI.
ok, masa ni aku dah rasa contraction agak kuat.
aku sempat tgk jam hp nak kira.
thats it -10 ke 15 minit sekali. n berulang.
so terus bangun kejut abah sado bagitau air ketuban pecah n aku MUNGKIN akan beranak hari tu.
:: kenapa aku cakap 'MUNGKIN' tu - sebab aku pernah jer baca pengalaman orang air ketuban leaking tapi masih belum cukup bulan nak bersalin,
so doc akan tahan kat hospital dulu selama boleh.
tapi tetap instict aku rasa nak beranak --sebab dah sakit contraction tu sangat kuat.
so lepas kejut abah sado, aku mintak tolong dia kemas kan bag
giler ah bag aku n baby langsung tak siap apa. mana nak tau aku nak beranak awal kan
baru 31 minggu.
naseb baik aku sempat shopping barang2 penting sebelum ni.
even barang2 aku pon, lengkap jugak la. cuma tak kemas masuk bag lagi
sementara abah sado terkial2 kemas bag --sebab tak tau apa nak di bawak
aku mandi bersih2. shampoo rambut siap2.
dalam bilik air --contraction dah rasa makin kerap.
dah tak tahan sebenarnya.
setel mandi --abah sado pulak mandi. n aku sambung kemas bag.
kejap2 berenti sebab contraction kuat.
sakit.
tak tahan.
tapi takde pilihan
aku kejut kan qaleef tuk bangun sahur.
kejut kan adik2 tuk panas kan lauk semalam.
aku memang tak daya nak buat dah.
aku bagitau qaleef pagi tu --"mama nak pergi hospital. mungkin mama tak balik 2 atau 3 malam. mama nak bersalin kan adik dah"
qaleef terkulat2.
aku pesan kat dia macam2 --lebih2 mintak dia tolong sama2 jaga shaquille
and dengar cakap acu/uda nya yang memang ada kat rumah kami sepanjang PKP tu.
aku bersyukur adik2 aku ada masa tu untuk jaga anak2 aku.
aku bersyukur dari satu sisi --Allah mudahkan urusan aku.
aku tak risau nak tinggal kan anak2 aku kat mana waktu aku beranak.
sebab aku tau, waktu tu aku memang perlu kan abah sado ko. dalam keadaan tak terjangka (bersalin awal)
aku kiss qaleef, kiss shaquille --emo.
tapi tak banyak. sebab, sakit contraction lebih kuat dari rasa emo yg ada waktu tu.
mungkin sebab --aku tak risau pasal anak2 kot since tau dieorang ok jer dalam jagaan adik2 aku
aku bagitau jugak kat adik2 aku keadaan aku, yg mungkin akan beranak hari tu
aku pesan macam2. mintak dia jaga anak2 aku. mintak diaorang tolong uruskan rumah dan sebagai nya
lepas solat subuh (masa solat tu pon aku dah terketar2 tahan contraction)
kami terus gerak ke hospital.
subuh2 gelap dan sejuk --tapi peluh merecik walaupon duduk dalam aircond
aku perati kan jam depan mata (jam kereta)
contraction makin kerap --sekerap 4-5 minit sekali
gila..!!
contraction sekuat tu --dan aku masih dalam kereta!!
sepanjang masa aku pegang kuat pada handle kat atas kepala tu. sambil berzikir apa yang patut
kalau tanya aku waktu tu --aku memang dah tak tahan. sakit bukan kepalang
fared bawak kereta sangat2 laju.
tapi tetap rasa perlahan.
sampai jer kat Lobby ward bersalin. aku turun dulu --hanya bawak buku pink/ic dan handphone
Fared tak boleh masuk dek kerana PKP.
dan dia kene daftar kemasukan aku/tolong bawak bag aku kendian.
sebab malam sebelum tu aku dah datang (part 1)
so, aku terus masuk jer. tak perlu nak saringan lagi.
aku cuba jalan selaju boleh pada waktu contraction hilang.
bila contraction datang --aku berhenti pegang rail wall di tempat laluan jalan
sampai kat tingkat atas -ruang pendaftaran/menunggu
TAKDE ORANG. yer serious takde orang beranak menunggu.
tak macam malam sebelum nya tu.
tapi, nurse pon takde jugak --aahh sudah..
aku dah merengkot badan depan kaunter.
rupernya - pertukaran waktu shif
aku nampak sorang nurse dari jauh -aku tak sure dia nurse shif sebelum atau shif baru nak masuk
aku panggil bagitau dia --aku dah nak beranak
dan sebab aku baru jer datang beberapa jam malam tu --so nurse tak tanya apa2 pon
terus suruh aku masuk tukar baju pink dan buat urine test.
masa tu aku memag dah lenjun ngan air ketuban
bila nak buang air -pad dah ada darah !!
aku bagitau nurse. n baju pink yang aku baru jer pakai tu pon,
dah basah n ada darah di belakang.
terus masuk bilik doctor n cek bukaan n doc update dah 3cm !!
waktu tu aku memang dah redho n bersedia kalau lahir kan anak tak cukup bulan
aku pon dah tak leh tahan contraction tu. nak cepat2 setel
doctor / nurse terus ready kan aku
memula pasang ctg cek heart beat semua tu la
lepas tu sorang-sorang doktor datang cek keadaan aku
bila cek suhu --boleh pulak aku demam panas tetibe
terus macam semua kelam kabut dah kenapa pulak aku demam
macam2 la tanya kat aku. yer lah dah la time tu ngan covid kan
so doctor datang kat aku n bagitau aku tuk terus buat emergency czer.
sebab baby mungkin dah infection since aku demam.
n punca aku demam tu pulak adalah dari air ketuban dah pecah lama n darah dah keluar banyak
keadaan waktu tu --memang kelam kabut.
tapi aku sorang jer tau masa tu.
takde orang lain nak beranak.
mugkin salah satu jalan Allah nak mudah kan urusan aku.
n semua hadap aku serentak
sorang tukar kan baju aku
sorang setelkan drip aku
serentak pulak ngan injection kat punggung untuk matang kan paru2 baby cepat sikit
serious yang tu tersangat2 lah sakit -aku rasa lagi sakit dari inject bius kat tulang belakang tu
seminit gak kot rasa kebas sakit tu nak hilang.
bayangkan keadaan waktu tu
ngan nurse interview aku lagi -macam2 soalan.
yg sepatut nya aku kene setel kan sebelum tentukan tarikh bersalin pon lagi yer.
lepas tu, doctor pulak explain itu n ini
sakit2 tu kene pulak aku turunkan tandatangan untuk kebenaran operation tu
tak boleh laki aku, kene aku sendiri yg sign.
aku ngah sakit2 tu kan.
pastu ada lagi satu perkara aku kene bagi kebenaran. tapi tu nanti aku cerite lain post
so keadaan kelam kabut tu --setiap kali contraction aku datang
aku kene mintak semua berhenti sebab aku tak leh tahan
so semua pon stop la beberapa saat.
pastu sambung balik
aku tak jumpa fared lagi tau.
tapi aku ada kol dia bagitau keadaan aku since nurse mintak fared naik tuk jumpa aku sekejap sebelum masuk OT.
setel semua -- terus bawak aku ke OT
sebelum tu, nurse jumpa kan aku dulu ngan fared tuk aku salam2 mintak ampun maaf bagai
dan bagi barang2 aku macam hp and barang kemas (barang kemas aku lupa nak bukak sebelum gerak tu sedangkan dah teringat dah)
sekejap jer jumpa.
lepas tu terus aku masuk bilik OT.
sejuk sagat dalam tu --aku dah tau dah tu.
bukan pengalaman pertama pon masuk OT untuk bersalin
kira ni kali ke-3
so dah tau procedure
kelakar nya, aku pulak cepat2 mintak doc bius aku
sebab sumpah, aku dah tak boleh tahan nak lurus kan badan atas katil tu masa contaction yang datang makin kerap giler.
n bius tu pon aku dah tak rasa sakit dah
aku rasa lega giler, serious.
sebab few second jer, terus hilang sakit contraction aku tu.
terus aku --buat la apa yg patut.. im ready hah gituuhhh...
memula aku mintak full bius -maksud nya satu badan
aku penat sangat2 dari semalam nya tak cukup rehat
ngan contraction lagi
aku mengantuk
so aku cuma pikir waktu tu aku nak tido n rehat
aku tau --aku tak akan dapat tgk baby pon apetah lagi nak terus skin to skin df dia
so biar lah aku rehat n cukup tenaga tuk keadaan selepas tu.
Tapi. tak di izinkan
since aku tak sempat puasa sebelum kene operation
aku minum air milo beberapa jam sebelum tu (ingat tak aku cerita kat Part 1)
so kira berisiko la kat nyawa aku kalau aku terus tido
takut aku muntah n masuk ke paru2 macam tu la ingat2 lupa dah apa doc bagitau
even masa ngan operation tu aku nak lelap jer, terus nurse kejut2 kan aku
sembang2 ngan aku supaya aku kekal sedar.
kali ni bius cepat jalan (half body)
few second jer memang tak rasa apa2 dah (tak macam shaquille dulu, pisau dah kat perut pon aku boleh rasa)
lepas tu terus rasa perut goyang2.
bila baby dah keluar, nurse yg teman aku tu bagitau -"alhamdulillah baby dah keluar"
dengar lah dieorang cakap timing "10.10am" apetah lagi tuk record
tapi aku tak dengar dia nanges.
aku tanya nurse "baby saya ok tak?" -banyak kali
nurse cakap "baby tak nanges, doc tengah uruskan sekejap"
a few second tu --baru dengar suara chenta
tapi sangat2 la perlahan. halus hampir pada tak dengar
aku ada mintak izin nak tengok
tapi nurse bagitau baby dah terus ke NICU masuk incubator.
kira tak boleh lama sebab dia kene pakai oxygen.
last sekali aku tanya -"baby saya lelaki ke perempuan nurse?"
nurse tanya balik "awak tak tau lagi ker jantina dia? sebab saya pon tak nampak"
aku diam jer la.
yang penting masa tu aku pikir, baby selamat dan aku sendiri pon selamat
setel.
terus tolak keluar OT. and aku pon tido sebelum di tolak masuk ward.
aku rasa agak lama jugak aku dalam labour room untuk pantauan
aku tak tau pukul berapa n apa keadaan nya
sesekali bila nurse n doctor datang tuk cek keadaan aku, terjaga and lepas tu sambung tido balik
aku betul2 sangat letik n mengantuk
dan aku tau -ikut pengalaman, itu jer lah golden hour aku yang ada sebelum semua routine baru bermula.
ada beberapa kali aku tanya doctor and nurse keadaan baby aku masa tu
tapi, takde jawapan
sebab baby dah diserahkan pada NICU untuk uruskan nya.
aku hanya mampu bertawakkal pada Allah
supaya baby ok2 jer
serious. aku sangat risau kan keadaan baby
aku hanya dapat jumpa baby pada hari kedua jer --itu pon kat NICU
fared jer dapat jumpa untuk azan n iqamat kan dia.
n Fared kata --baby kecik sangat. Tapi, baby ok.
masa tu, aku memang tak yakin sangat ngan jawapan fared
selagi aku belum tengok baby sendiri
and finally --hari kedua aku boleh tengok sendiri baby depan mata.
walaupon, hanya melalui incubator
tak dapat peluk, tak dapat susu kan dia
tapi, aku masih boleh masukkan tangan kat tingkap incubator tu
atas ni gambar Chenta seawal hari kedua kelahiran
bende pertama yang aku ucap kat dia "assalamualaikum sayang, mama datang ni"
aku nak nanges, tapi bukan sebab sedih sangat
aku nanges sebab --demi Allah, bila tengok sendiri Chenta depan mata untuk pertama kali
aku sangat bersyukur sebab Chenta sempurna
dan jujur, selain kecik, dia nampak elok2 jer. macam bukan prem
dia aktif sangat dan positif. Im so proud of her. dia kental. boleh nampak.
aku tak tau macamana nak describes --tapi terus hilang semua kerisauan dan apa yg aku bayangkan
Chenta --ok
aku senyum waktu tu
(kalau sedih pon, aku cuma kesian kat dia sebab terpaksa pakai oxygen tu)
doc datang kat aku - bagitau keadaan baby
and aku sangat lega dengan update dari doctor
keadaan Chenta elok jer. luaran dan dalaman. tiada sebarang complication
like masalah paru2 ker jantung ker atau apa2 yang tak nampak or tak matang
cuma berat dia masih rendah untuk keluar dari incubator
dan dia masih perlu bantuan oxygen sepenuh nya
but still - aku bersyukur.
aku jer tau keadaan tu masa tu. and aku percaya pada instict aku as a mom
Chenta will be ok. insyaa Allah
hari ke-3 kelahiran, tube oxygen pon dah tukar pada tube lebih kecik. n oxygen yg di beri pon dah di kurang kan berbanding 2 hari sebelum nya. alhamdulillah
so bermula lah kisah 27 hari Chenta di NICU dan kami berulang alik setiap hari
nanti aku sambung yer the journey of baby Prem.