Thursday, November 26, 2020

CHENTA DHUHA : Kronologi kelahiran PRA-MATANG PART 1


aku mengandung kan Chenta (our third baby) bulan November 2019
n estimatation Due Date (EDD) adalah pada 15 July 2020

TAPI,

aku bersalin lebih awal iaitu pada 10 May 2020 
pada usia kandungan 31 minggu lebih kurang
dan 2 bulan lebih awal !!

diluar jangkaan and tak pernah terpikir pon since 2 anak aku sebelum ni
elok jer lahir pada masa nya.
semua terjadi agak pantas dan tanpa persediaan.

tapi, tau tak satu kisah yang aku tak pernah share kat mana2 or ngan sapa2 kecuali abah sado.

beberapa bulan sebelum tu,
aku memang pernah mimpi yang aku lahirkan baby premature.
tapi, yer lah. mimpi kan. aku anggap hanya mainan tidur.
dan aku tak pikir kan langsung yang mimpi tu satu tanda tuk aku sendiri.
situasi aku mimpi tu - sama dengan satu situasi masa aku ke klinik Kesihatan untuk first check-up baby lepas lahir
n macam deja-vu bila situasi tu aku pernah lalui dalam mimpi.

ok lah, aku start cerita kronoligi kelahiran Chenta.

09 May 2020 / Ramadhan 14 (Sabtu)
pagi tu, kami semua (aku fared anak2 dan adik2 serta pekerja) awal2 pagi dah keluar untuk uruskan pindah kedai yg aku sewa sejak 3 tahun lepas - ke kedai baru. 
kedai baru pulak - kat tingkat 1 n perlu naik turun tangga
tapi, aku sebenarnya just pantau kerja jer.
aku tak buat apa2 kerja berat pon - but still ada sikit2 aku tolong yg mana ringan2.

aku ingat lagi masa tu - tetiba perut aku start mengeras. sangat tak selesa
aku pikir, sebab naik turun tangga or letih walaupon tak seberapa pon kerja aku buat
sebab kan aku memang tak puasa hari tu (dan hari2 sebelum tu)
jadi aku beli air manis kat kedai runcit berhampiran.
aku ingat maybe sebab aku takde tenaga or baby dalam perut lapar.

bila aku mengadu kat abah sado, dia suruh aku balik dan anak2.
so dia dan yang lain setelkan kerja2 pindah tu kat dieorang jer bulat2.
berterabur ke apa -kendian lah pikir.

balik rumah hari tu --siap2 solat zohor, aku pon tidur dan rehat.
perut masih lagi tak selesa.kejap2 mengeras.
sumpah, masa tu aku tak pikir itu contraction. langsung,
aku tak de rasa apa2 pon (pikir nak beranak ke apa) --TAK
aku cuma pikir, maybe sebab penat or lapar.

LEPAS ASAR -fared balik kata semua kerja dah setel.
masa tu, perut makin tak selesa. makin sangat2 keras dan makin senak. 
tapi aku tak terpikir nak kire timing or sebagai nya 
-sebab mcm aku cakap tadi. aku tak pikir pon yg tu tanda2 contraction !

:: for record - aku pernah rasa contraction sampai 10cm masa anak 2nd aku yer. so aku tau macamana rasa dia yg sebenar. Cuma yang kali ni, aku tak pikir tu adalah contraction -ko paham tak ni hahaha
sebab baru 31 weeks kan. tak lintas dalam kepala ni yg aku akan beranak awal.

aku masih pikir maybe baby stress or lapar or penat
sebab aku pon stress sebenarnya sepanjang minggu tu carik kedai baru 
lepas terpaksa keluar kedai lama dalam tempoh beberapa hari jer.

tapi pelik sebab dah tido rehat pon, perut masih lagi mengeras teruk
so aku turun n mintak tolong adik aku belikan McD --sekali belanja semua bukak puasa haritu.
beli bungkus jer.
sambil2 aku buat persiapan untuk berbuka. hari tu aku buat mee goreng 
tuk abah sado, adik2 aku n qaleef yg berpuasa.
simple2 jer sbb semua tkata tak nak makan nasik
and since ada sekali McD haritu..
dan masa kat dapo ngah menggorent tu, hati aku macam dah tak sedap
sebab aku perasan, baby dah makin kurang pergerakan.
kira dalam beberapa jam jugak la baru boleh rasa.
perut mengeras --memang toksah cerita la.

aku cuba bertenang. duduk bersimpuh dan buat teknik pernafasan beberapa minit.

masa tu, dah hampir sangat dengan waktu berbuka
aku bagitau fared --kalau lepas maghrib ni baby masih tak bergerak
kene pergi hospital.

biasanya --waktu maghrib sampai ke malam, adalah waktu baby paling2 aktif bergerak
tapi masa aku solat maghrib hari tu --tak ada. 
lepas solat, aku mengaji. masa nak tunggu isya' aku baring dan cuba carik pergerakan baby

TAPI, TAK ADA..!!!

tak tunggu lama --aku terus siap dan ajak abah sado pergi hospital
anak2 aku tinggalkan pada adik2 aku.

dalam perjalanan pon, still takde.
aku tak putus2 berdoa supaya baby akan ok jer.
aku cuba panggil dan berinteraksi.
cuba jugak dengar kan ayat bacaan alquran melalu hp kat perut
dan bukak lagu rancak --tujuan nya supaya dia bagi maklum balas.

disebab kan PKP --jalan sangat lengang.
sampai hospital selayang pon, tak ramai orang.
tapi, kali ni, hanya aku sorang jer dapat masuk (sebab kan sop)
cek air kencing --takde tanda darah
dan cek CTG --alhamdulillah jantung baby semua ok.
aku lega sikit kat situ.

cuma nak tunggu tuk jumpa doctor untuk scan tu agak lama.
dalam tempoh masa tu, aku cuba pantau jugak pergerakan baby.
aku sembang2 jugak thru FB dengan kawan2 keadaan diri aku waktu tu.

aku ingat lagi --hampir pukul 11 malam macam tu
tetiba dapat rasa pergerakan baby. slow. tapi cukup buat aku lega.
masa tu masih lagi menunggu doctor.
bila cek CTG, heart beat dan dapat rasa balik gerakan baby
terus aku rasa macam nak balik jer --tak nak tunggu lagi..hahaha
tunggu sangat lama --dalam hati rasa macam menyesal pulak serah diri.
sebab bayangkan, tak ada apa2 pon. baby ok2 jer. 
maybe sebab aku stress. 

itu jer. 


aku takut, bila nurse cakap aku mungkin kene warded at least 24 jam untuk pantauan
semua bergantung bila doc scan lepas tu jer.
giler kau tak nak aku duduk bermalam kat hospital --kalau takde bende
aku berdoa, baby ok2 jer masa scan nanti
dah la takde jaminan terus2 dapat katil sebab dah siap2 nurse bagitau katil penuh malam tu.

well -- sampai masa aku scan tu.
memang baby ok jer pergerakan, heart beat dan air ketuban.
kira takde bende la.
masa tu pon sebenarnya pelan2 aku dah dapat rasa balik baby kerap bergerak.
so doc sendiri bagi aku pilihan samaada aku nak warded (tapi kene menunggu katil) kalau aku nak dipantau rapi.
atau nak balik.
dah tentu la aku pilih nak balik. since doc tu sendiri kata semua ok jer

so, balik la kami ngan tenang.
siap update dalam Fb kat kawan2 - yg aty n baby ok2 ajeewww

aku rasa, kiteorang sampai rumah pukul 2 lebih kurang kot macam tu.
sampai2, abah sado kata nak makan tuk sahur terus.
dia penat sebab seharian uruskan pindah kedai lepas tu bawak aku ke hospital pulak.
so tu dia kata tak nak bangun sahur awal lagi (biasa bangun pukul 4 pagi)
aku ok jer lah. nanti aku just bangun kan adik2 dan qaleef nak sahur.
waktu tu, aku teman fared dengan minum milo panas secawan.
naik atas, mandi2 terus naik katil nak tido.

tapi, masa baru naik katil tu dalam pukul 3 pagi....

TIBA-TIBA..........................................


(sambung next post)