Tuesday, April 12, 2011

TIPS :: Dekorasi warna dan idea bilik tidur menarik dan romantik

bagi aku biLik dan ruang tamu sama penting.. 
Jangan hanya biarkan ruang tamu dihias cantik untuk tatapan tetamu...
bilik tidur juga perlu menarik untuk diri sendiri dan pasangan...
tak kira samaada bujang dan lelebih lagi yang dah berkahwin...


bagi aku biLik bukan sekadar untuk tidur...
tapi untuk merehat kan diri..
biLik terkumpuL 'segala rahsia'..
jadi jangan lar biarkan biLik tu jadi sekadar tempat untuk tidur dan bersalin pakaian...
atau stor tempat simpan barang...
[semata2 nak biarkan ruang tamu cantik.. segale barang2 lain bersusun dan disimpan dalam biLik tidur..jika terpakse pon.. cari lar ruang storan yang lebih sesuai dan tidak mudah tuk dilihat]


aku nak kongsi tips mendekorasi bilik tidur agar nampak lebih cantik dan menarik.


1] cat bilik dengan warna2 menarik. trend sekarang lebih kepada warna2 poLos :: putih, coklat dan cream . warna2 ini akan menjadikan biLik lebih warm dan redup. Atau pilih sahaja warna2 yang diri sendiri suka agar senang mata nak memandang. 
jangan piLih warna2 terang seperti merah terang atau orange.. 
penggunaan warna memainkan peranan penting pada mood semulajadi manusia.


warna2 seperti PINK atau purple akan menaikkan mood yang lebih romantik lelebih lagi untuk orang yang baru berkahwin.






2] piLih perabot yang bersesuaian dengan konsep yang diinginkan. Pastikan katil dan meja sisi ditempatkan di ruang yang sesuai. [elakkan meletak katil bertentangan dengan pintu masuk lebih2 lagi jika pintu tersebut menghadap ruang tamu]
ia bergantung pada keLuasan bilik.
TIPS semasa memilih dan mahu membeli perabot :: 
 - pastikan saiz perabot bersesuaian dengan ruangan bilik
 - piLih almari yang mempunyai ruang storan yang lebih fleksible dan luas. 
   [jangan masukkan 2-3 biji almari berlainan dalam sesebuah bilik]

3] matchkan warna langsir dengan warna dinding[feature wall] dan juga cadar.
jika biLik kecil pilih langsir oLos atau dengan corak motif yang lebih keciL.



4] jika ingin memasang wall paper pada dinding biLik, pilih kemasan yang lembut ringkas dan elakkan corak terlalu sarat dan hanye akan menjadikan suasana kamar menjadi sesak dan tidak menarik.

contoh :: warna gold dan silver akan menjadikan ruang lebih nampak mewah


5] jika mahir dengan penggunaan warna, bilik akan nampak lebih ceria dengan konsep bewarna warni. Namun, jika salah memiLih, akan membuatkan biLIk bertambah sempit dan serabut. Lebih2 lagi jika biLik berada dalam keadaan bersepah..!!

biasa nya warna2 sebegini sesuai untuk bilik tidur kanak2 agar lebih ceria.



6] penggunaan cadar  yang sesuai. piLih kemasan yang lembut dan ringkas serta elakan corak terlalu sarat kerana akan menjadikan suasana kamar menjadi sesak dan tidak menarik.
contoh warna pilihan :: polos/warna natural




jika bilik tidak ada air-cond, jangan sesekali gunakan cadar jenis satin atau yang jenis berkilat2.. cantik dipandang.. tapi jika salah pemilihan akan membuatkan tidur korunk tak kana lena sepanjang malam dek kerimasan dan kepanasan..




7] untuk biLik lebih 'selesa'.. letak bau2 yang nyaman.. kalau tak rajin nak bakar lilin selalu.. korunk ley guna auto spray yang banyak jual kat market tu... selain masa nye boLeh dilaras mengikut kehendak.. biLik akan sentiasa wangi pada bila2 masa....


8] nak kesan dramatik..?? jangan Lupa gunakan letak kan lampu pada side table katil untuk pencahayaan katil yang lebih tenang dan lembut dan santai...








9] sesekali guna dan bakar lilin beraroma. tapi pastikan ianya dikawaL... lelebih lagi kaLau mengunakan kipas ceiling...jangan pulak di sebabkan mahu mood romantik rumah korunk pulak terbakar...
penggunaan lilin juga kadangkala bilik akan menjadi 'panas' dan lebih berbahang....!
namun bau aroma semulajadi akan membangkitkan mood yang tenang. piLih bau yang sesuai.






1o] jika dinding kosong dan poLos letak sedikit hiasan deko yang menarik seperti frame bunga atau gambar perkahwinan diatas kepala katil atau tempat yang sesuai. frame besar akan menjadi titik tumpu untuk sesebuah biLik. namun jangan letak disekeliling biLik lebih2 lagi pada bilik yang keciL.










11] PALING PENTING :: bilik jangan dibiarkan tak berkemas dan besepah..!! kalau perabut ribu riban pon.. n kaLau dah dihias cantik pon.. namun kaLau baju berterabur dan cadar tak dikemas.. tetap akan jadi tak cantik..!!