seperti yang di janjikan [kat IG] aku nak share pasal produk kecantikan terbaru kat pasaran
iaitu Deeja Cosmetic yang mampu memberikan anda keayuan semula jadi sepantas 5 hari dan kulit tampil lebih flawless, cerah sekata, gebu, sihat dan berkilau secara semulajadi..
dengan Ekstrak bahan2 semulajadi dan berkualiti tinggi, set DEEJA COSMETIC ni mampu merialisasikan penampilan yang korang mahukan..
lebih yakin dengan diri sendiri..
menarik nya set Deeja Cosmetic ni datang dalam pack 5 dalam 1..!! lengkap..
dan complete set ni untuk penggunaan 1 bulan..wooww.. kecik2 cili api nama nya ni...
DEEJA COSMETIC ni sesuai dan mampu merawat masalah kulit wajah seperti :
- Jeragat
-Kulit kusam
- Lebam bawah mata
- Kulit kering
- Jerawat dan Berminyak
- Kulit sensitif
- Tona kulit tak sekata
- Parut
pendek kata..sesuai tuk semua jenis kulit..
1. SABUN PEMBERSIH MUKA
ini mengandungi khasiat Air Mawar, Susu dan juga Beras. Ianya membantu untuk membersihkan kulit wajah dengan mendalam dan menyingkirkan sel-sel kulit mati
2. TONER NANO
dipakai selepas mencuci muka. Ambil kapas bersih dan titiskan 2-3 titis dan tepuk atau sapukan dikawasan wajah secara lembut. Ianya berfungsi untuk melembabkan kulit sepanjang hari , mengecilkan liang pori yang besar dan juga menjadikan kulit lebih segar dan terasa bersih untuk melakukan aktiviti harian. Toner Nano ini juga dapat mengimbangi pH kulit kita. Kandungan utamanya ialah Aloe Vera dan Air Mawar. [tu pasal dia wangi semacam jer]
3. KRIM SIANG
mempunyai kandungan Minyak Biji Anggur dan Serbuk Mutiara serta memberi perlindungan secara optimun dengan kandungan SPF nya yang tinggi untuk memberi perlindungan dari sinar UV. Yang bestnya, kalau setakat nak bermake-up nipis mahupun untuk urusan harian biasa seperti ke pejabat atau bayar bil kat kaunter, pakai je krim siang ni. Confirm korang tetap rasa confident gitu. Rasa macam pakaifoundation tapi dengan sekadarnya sahaja. Muka tetap nampak bermaya kerana efek dari tona kulit yang sekata dari krim siang ni.
4. KRIM MALAM
dipakai pada malam hari sebelum tidur. membantu untuk merawat kulit yang rosak, mencegah jerawat dan memudarkan jeragat. Dalam masa yang sama, ianya juga berfungsi untuk memulihkan cela pada kulit agar kulit kembali berseri. Ramuan utama ialah minyak Jojoba yang memang bagus tuk kulit kita
5. KRIM NANO [malam]
krim ini berfungsi untuk memberi nutrisi dan memulihkan struktur kulit pada waktu malam selepas seharian kulit terdedah dengan sinaran matahari dan juga kotoran. Ianya juga membantu untuk mengembalikan keanjalan kulit, memberi kelembapan kulit dan juga menjadikan kulit sehalus kulit bayi.
5 set inilah saling bekerjasama membantu memulihkan masalah kulit wajah
bukan wanita jer boleh guna SET DEEJA COSMETIC ni tau..lelaki pon sesuai jugak..
gunakan dengan teratur dan disiplin mengikut step by step yang mudah..
insyaa Allah kesan penggunaan akan dapat dilihat dalam masa 1-2 minggu sahaja tau..
yang aku pakai ni.. sebenarnya KRIM NANO yang di pakai waktu malam selepas cuci..pakai toner..dan pakai krim malam..
hanya pakai sedikit sahaja dengan sapuan nipis sebagai lapisan kedua..
macam krim kunyit jer kan..tapi bukan sebenarnya..dan tak lah muka jadi kuning pon..
so korang..Nak wajah gebu..tanpa jeragat..flawless, glowing, halus dan sentiasa cantik and bila kulit cantik hati mesti happy nak apply make-up pon nampak smooth jer kan.. hatus lah try dulu SET DEEJA COSMETIC 5 dalam 1 ni yer..
dijual dengan harga
RM 85.00 (SM) RM 90.00 (SS)
yang penting..berdaftar dengan KMM
Untuk maklumat lanjut :
Facebook : Deeja Cosmetic HQ
Intagram : @deeja_cosmetic_hq
Call /Whatsapp Hotline : +60196945950