Wednesday, October 26, 2016

busy kan anak dengan BUSY BOOK


permainan..aktiviti tuk anak2 ni pon..
berubah2 mengikut peredaran masa jugak hokeh..
makin lama makin canggih..
ingat tak..dulu2 popular sangat wooden toys..
sekarang..masih ada lagi..mainan lebih kurang macam tu..
tapi lagi cantik..dan lagi canggih..
lebih menarik perhatian kanak2..
dan lebih perbagai...

kalau flash card pon.. memang betul2 'flash' lah canggih nya..
ko beli card.. ko download apps...
gambar dari dalam card jadi real..!! mak kagum hokeh...hahaha..




tapi korang tau tak..ada lagi satu bende tuk aktiviti anak2 yang ngah popular sekarang ni..??
iaitu BUSY BOOK..
fes time aku terima BUSY BOOK ni tuk qaleef.. aku impress giler..!!
sebab... cantik..!!
terus kagum ngan orang yang buat nya..
sebab.. kemas dan sangat2 details..ffuuhh.. 

apa itu BUSY BOOK ni..??

kalau korang yang belum tau pasaL BUSY BOOK ni..
mey aku share sikit..

BUSY BOOK ni dah biasa di gunakan sebagai salah satu pendidikan di negara barat..
dan sekarang..dah menjadi trend kat Malaysia jugak..
ada orang panggil.. CLOTH BOOK atau SOFT BOOK sebab ianya di perbuat daripada kain felt
biasa jugak dengar orang panggil QUITE BOOK 
sebab Buku ni boleh buat anak-anak anda senyap sebab diorang duk bz buat aktiviti dalam buku tu

tapi..apa pon gelaran nya..
tetap membawa maksud yang sama..


BUSY BOOK terdiri daripada helaian muka surat yang mengandungi aktiviti yang melekakan kanak-kanak. Atau aktiviti yang boleh mem'busy'kan diri kanak-kanak. Salah satu FUNGSI Busy Book bisanya digunakan untuk membuat kanak-kanak senyap agar tak buat bising terutamanya ketika mak ayah sedang hadiri majlis keramaian or makan di restoran MENGGANTIKAN PENGGUNAAN GADGET SEPERTI SMARTPHONE 

Tapi dalam masa yang sama, Busy Book juga dapat meningkatkan skill motor halus (fine motor skill) dan menjana perkembangan otak anak anda dengan melakukan aktiviti-aktiviti dalam Busy Book tersebut yang kebanyakkannya memerlukan kemahiran dan kekreatifan berfikir.

betul !!
dari kan kite nak leka kan anak2 kite dengan gadjet..
aku rasa.. penggunaan BUSY BOOK ni lebih baik dan sesuai tuk anak2 kite..
so... tu lah die objektif BUSY BOOK ni..
nak kan anak2 'busy' dengan sesuatu yang lebih sesuai..
Bagus untuk fine motor skill dan juga meningkatkan daya pemikiran anak2..
dengan penggunaan jari2.. mampu meransang pergerakan motor2 halus dan kasar anak2..
sekaligus mampu buat otak mereka jugak berkembang lebih baik..!!
lagi pulak.. BUSY BOOK ni datang dalam setiap helaian dengan aktiviti yang berbeza2..
ada content2 yang tertentu..
sama macam aktiviti2 seharian yang mereka suka buat..
dan datang dengan page yang lebih bewarna warni..!!
sekaligus meransang penglihatan dan mata anak2...insyaa Allah..





jujurnya.. aku kagum sangat2 dengan hasil seni orang yang buat BUSY BOOK ni..
kreatif giler..!! sangat2 kemas...dan details..!! 
remeh dan cerewet tuk aku..
tapi sangat2 cantik dan menarik..
memula aku rasa macam material nya tak tahan..
tapi lepas berbulan2 ulang kali anak guna buat aktiviti..
aku boleh cakap.. BUSY BOOK ni tahan lasak gak..dan tak membosan kan..



aktiviti lekat2 mengikut warna..
by that time boleh kenal kan anak pasal traffic light ni..
merah tuk berhenti.. hijau tuk jalan..dan kuning jugak..
kat sini..boleh tengok samaada anak2 boleh bezakan setiap warna atau tidak



qaleef sedang cuba memasukkan butang di lubang nya..




bukak tutup zip.. ikan2 tu pon boleh di bukak dan di tampal semula..



sepit baju..!! paling2 susah tuk qaleef buat memula dulu..
banyak kali die cuba ulang2 buat..dia jadi leka hadap ni sampai boleh..
dan dia belajar fokus selain pergerakan jari dia tuk bukak penyepit baju tu..



ini antara yang qaleef suka.. die duka masukkan2 tikus [pada kepala tali] 
mengikut urutan nombor..
kalau susunan tali berselirat.. aku suh dia bukak balik dan betul kan mengikut yang sepatut nya..
bila dah sampai kat last nombor dan keluar tuk masuk rumah color pink tu
dia rasa macam satu kepuasan dan kemenangan..bersorak tunjuk kat kiteorang..


yang ni paling penting kat aku..
aku memang nak die belajar ikat tali kasut sendiri.. sebab penat lah ikat tali kasut dia..hahaha
tapi heran nya.. aku masih nak jugak belikan kasut jenis tali2 ni..
kang bila jalan2 terbukak tali nya..
dah kene berenti ikatkan balik..berkali2 !! stress gak..
so.. aku ajar die ikat tali kasut kat sini jer dulu.... 
qaleef tak suka sangat.. tapi.. setiap kali die hadap BUSY BOOK ni..
die masih tetap akan buat jugak..dan leka..


tu kaki shaquille..!! die nak pakai kasut tu..!!
comel sangat ni...eeahh..terpuji pulak.. ahaaakkss..





nampak tak.. kenapa aku cakap BUSY BOOK ni sangat menarik..
ko tengok aktiviti2 tu pon dah teruja sangat kan..
anak2 apetah lagi..
jujur ni.. qaleef memang suka sangat BUSY BOOK yang dia dapat ni tau..
kekadang aku tengok..die hadap sorang2 jer buat semua..
senyap jer dalam bilik sorang2 buat...
macam aku cakap lah...BUSY BOOK ni buat dia leka..

sesuai tuk budak umur 3-4 tahun keatas..
untuk shaquille belum lagi..
tapi..aku selalu akan buat sama2 dengan dia..
baru die seronok dan paham konsep kekdah nya..

bagus sangat tau BUSY BOOK macam ni...
bagus sangat2 yer... jauh lebih baik dari korang leka kan anak2 dengan gadjet..

dan sebagai mak yang memang gemarkan aktiviti2 tuk anak2 yang lebih pada keseronokan dalam belajar..
[aktiviti HOMESCHOOLING]
aku memang rekomen sangat kat korang yang ada anak2 umur2 macam tu [3 tahun keatas]
tuk beli kan at least sebijik buku aktiviti macam ni..
insyaa ALlah..anak2 akan seronok jugak...
macam qaleef !! -rasa macam nak tambah koleksi tuk qaleef lagi nanti..

korang kalau rajin..
boleh lah buat sendiri..macam aku yang tak berapa nak gigih nak hadap bende2 tersangat2 details macam ni..
aku prefer beli jer..hikhikhik...
kalau korang nak beli..
boleh contact no akak ni ;


WHATS APP :: 0132551566 [PN LIZA]


atau nak tengok lebih banyak lagi design menarik..
kompem korang rambang mata nanti..
ada macam2 lagi aktiviti2 lain dalam satu2 BUSY BOOK nih yang akak tu buat..
boleh tengok kat FACEBOOKBUSYBOOK by UMMI 
jangan lupa LIKE dan FOLLOW yer...





NotatanganAty :: korang boleh request nama anak tau kat depan Busy Book ni...