Kat Bali.. ko akan jumpa bende ni banyak giler.. kat jalan..kat depan2 kedai..rumah..kat hotel..merata2..tapi kat lantai yer... atas jalan..
bende ni aku tak pasti apa..tapi pernah baca macam 'tangkal' atau guna tuk upacara sembahyang agama derang la..
kire macam tuah ke hapa macam tu.. ko jangan saja2 pijak atau langkah pulak kalau nampak..lagi2 kalau orang tu ngah pandang ko.. kire macam biadab ar..
kire macam tuah ke hapa macam tu.. ko jangan saja2 pijak atau langkah pulak kalau nampak..lagi2 kalau orang tu ngah pandang ko.. kire macam biadab ar..
kat sana.. ko jangan risau kalau ko takde cash nak tukar duit..kat area2 pekan/bandar kuta ATM MAYBANK dan CIMB ada banyak.. kalau kat bandar dia..ko boleh jumpa BANK MAYBANK jugak..
kalau ko nak kuar duit kat ATM ni..kene caj dalam Rm 12 [duit m'sia] sekali pengeluaran
tapi.. bukan kuar duit Malaysia kite tau.. kuarnya duit Rp.. duit Indonesia..
TIPS aku.. kalau ko nak tukar duit.. better ko ada cash sesiap duit Rm.. dan tukar kat Money Changer kat sana..lebih sikit ko akan dapat intead of ko kuarkan [dah siap2 tukar] melalui ATM machine
ok..kalau ko tak paham takper.. nanti ko dah pergi..ko tau lah..hahahaha..
senang cerite.. TUKAR DUIT KAT MALAYSIA jer sesiap.. atau bawak cash dalam RM dan tukar kat Money exchange kat sana..[better than ko kuarkan duit dari ATM] -melainkan terdesak
kat Bali.. ko akan jumpa bende2 [makanan] yang biasa tapi dengan perisa2 yang takde kat Maysia ni..
contoh OREO perasa coconut ni..nan hado kat sini..so.. must try..
ada banyak lagi sebenarnya..tapi susah nak amik gambar biler dapat kat tangan anak2 dah..puufftt..
contoh macam AIS-KRIM lapisan biskut oreo yang popular sangat kat sana..
dan lagi.. sebelum ko beli..pastikan ada tanda cop halal dari Indonesia [macam cop halal Jakim M'sia tu]
so..boleh makan tanpa waswas
kat sana..ada satu malam tu..kiteorang makan Maggi cup perasa BAKSO..!!
yang memang tak de jual kat Maysia ni
banyak lah aaiih sebenarnya makanan2 yang lebih2 kurang jer ngan Malaysia tapi datang ngan perasa lain dan unik
lagi satu.. harga nya lebih murah [contoh OREO ni sendiri] berbanding harga kat Malaysia
abah sado suka tengok bende ni..die kata rapi macam rambut..hahaha
kat sini.. rata2 ko akan tengok permandangan banggunan senibina yang macam ni.. pagar2 macam ni hampir setiap rumah dan sepanjang jalan ko akan jumpa..
aku jatuh cinta ngan reka bina banggunan2 derang yang memang sangat2 'ke-BALI-an'
unik dan sangat cantik.. sangat berbeza dengan ciri2 Bali yang ada kat Malaysia yang aku rasa dan 'bercampur' dan tak ori..
aku tak minat ngan perabot BALI sebenarnya..tapi pandangan aku berubah sikit biler tengok sendiri yang ASLI kat Bali ni sendiri..
aku jatuh cinta..sampai kan aku request kat abah sado : Boleh tak nanti kite buat pagar rumah kite ala2 macam ni ? -yang gambar bawah sekali pagar batu hitam tu [insyaa Allah kalau ada rezki beli tanah dan buat rumah-yang masih dalam perancangan] -tapi idak lah letak patung2 bagai tu semua..
Abah sado jawap :: Kat Meysia tu..nak buat pagar batu biasa2 pon mahal..ni kan pulak nak buat pagar macam ni....
krik krik krikkkkkkk..................................
ni dewa kesatria masyarakat kat sini.. ada supir cerite..tapi aku lupa..hahaha..
macam lambang Bali ni sendiri lah..
ni kat bandar KUTA bebetul ni.. Roundboard nak pergi/balik Airport Ngurah Rai
kat sini.. ko akan jumpa patung2 macam ni hampir setiap masa..kat mana2..merata..
ada yang comel macam atas ni.. tapi ada yang menakutkan dengan gigi taring mata terkeluar bagai..
dan biasanya akan jumpa dengan warna batu asli..iaitu hitam macam batu sungai..
masa mula2 tengok..macam takut gak lah..tapi lama2..tu jadi permandangan biasa kat aku..dan anak2..
dan tu lah unik nya Bali ni sendiri..
kalau patung2 tu di balut dengan kain..tu mrupakan patung dewa..dan ada nama dewa nya sendiri
rata2 air yang dihidangkan kat sini [so far kat tempat2 yang aku singgah makan]
akan terselit buah Bali..kalau kat Meysia..ko order fresh orange.. hiasan nya mestilah buah orange kan..tapi kat sini.. ko order belimbing ker..manggo ker..tembikai ker.. hiasanya tetap buah Bali..
well... kat Bali pon kan...
KANTOR POS ni kire macam Pos Malaysia lah.. postage nya lebih murah..
kat sini.. kau akan jumpa kedai/gerai jual BALI GULING bersepah..!!
ibarat macam ko tengok ayam golek kat Malaysia ni..
macam tu lah BABI tu di panggang bergolek kat sana.
tak pon macam gerai nasi ayam gantung ayam seekor..haaa macam tu lah babi ni seketul besar tu di gantung elok jer depan gerai 3-4 ekor
derang panggil BABI GULING..
macam tu lah BABI tu di panggang bergolek kat sana.
tak pon macam gerai nasi ayam gantung ayam seekor..haaa macam tu lah babi ni seketul besar tu di gantung elok jer depan gerai 3-4 ekor
derang panggil BABI GULING..
masa nak naik KINTAMANI.. sepanjang jalan..aku tengok orang tempatan bawak baby sekor2 yang dah mati dok bergulung dalam dawai.. derang nak bawak turun ke bandar tuk dijual
so.. kat sana..bende2 ni semua adalah permandangan sangat2 biasa..[kembang tekak aku tetibe teringat]
memang di jual tepi2 jalan.macam jual sate tu...
ni jer aku sempat snap masa dalam perjalanan..sebenarnya..banyak kali jer ko nampak..tapi tak teringat nak amik gambar..
yang ni tetibe teringat sebab nak share ngan korang kat sini ha...
kat sini..kalau ada upacara2 keagamaan..memang kene bagi priority pada mereka..jalan akan di sekat dan kite kene lencong jalan ke tempat lain..kata supir tu..kekadang amik masa sampai sehari jalan2 raya tu di tutup..[tak perlu permisi majlis pon]
masalah nya.. bukan lorong2 depan rumah macam dalam taman tau..
ni jalan raya utama yang memang lalu lintas sesak tu...huhu..
kire..nak cakap.. agama mereka kat sini agak kuat.. kene bagi penghormatan lebih
dan lagi satu.. majlis kawen mereka..bukan setakat hari sabtu ahad macam kat tempat kite ni..
majlis macam kenduri tu..tak kira masa atau hari..
masa aku datang sini..hari bekerja biasa.. tapi ada jer majlis2 perkahwinan sedang berlangsung -nampak masa dalam perjalanan tuk ke satu2 tempat-
dan lagi satu.. majlis kawen mereka..bukan setakat hari sabtu ahad macam kat tempat kite ni..
majlis macam kenduri tu..tak kira masa atau hari..
masa aku datang sini..hari bekerja biasa.. tapi ada jer majlis2 perkahwinan sedang berlangsung -nampak masa dalam perjalanan tuk ke satu2 tempat-
sempat aku snap gambar budak sekolah menengah balik sekolah..
derang pakai baju batik seluar sampin batik sebagai pakaian sekolah..
dan hanya ber-selipau jepun..!!
tapi lain sekolah..lain corak nya..ada sebelum tu.. aku tengok baju batik nya semua kaler coklat..
aku tak sure mungkin ikut sekolah atau mungkin ikut umur [samaada sekolah rendah atau menengah]
lagi satu..kat sini..cuti sekolah hanya sekali seminggu iaitu hari ahad sahaja..sabtu sekolah macam biasanya yer..
dan derang takde cuti2 penggal/atau semester pertengahan sampai 2-3 kali setahun..
derang cuma cuti seminggu sahaja pada akhir tahun sebelum naik kelas semula..
jalan kat bahagian2 dalam Bali [selain dari Bandar Kuta] macam ni lah keadaan nya..
sempit dan bersimpang siur.. dan ni adalah jalan utama yer..
aku ingat kan supir ikut jalan dalam..
tapi tak sebenarnya.. memang ni lah jalan2 yang ada dan lebih kurang sama tuk ke satu2 tempat perlancongan yang ada..
tu yang aku cakap..sepanjang jalan ko akan biasa nampak patung2 dan pagar2 dan banggunan2 unik tu..
dan lagi satu..pasal kenderaan mereka.. sepanjang kat sini..aku perhatikan..hampir semua kereta yang ada adalah kereta2 baru..macam suzuki..innova.. grand livina..susah nak jumpa kereta2 lama..
dan kebanyakan nya adalah jenis MPV..paling popular kat sini jenis toyota.. nissan dan Suzuki
memang biasa ko akan jumpa..
kereta mewah macam BMW atau Merc..susah nak jumpa kat sini..[biasa akan jumpa kat bandar Kuta jer tu pon tak sebanyak macam kat Malaysia]
sebenarnya kiteorang rasa..kat sini mungkin macam sesetengah negara yang melupuskan kereta2 lama [kereta yang melebihi 6 tahun keatas]-tak sempat tanya supir akan hal ni
dan lagi..kereta kat sini..lebih murah [walaupon kereta mewah].. dan tempoh pembiyaan hanya setakat 6 tahun [instead of malaysia yang maksima 9 tahun]
pasal motor pulak.. hampir 80% penunggang kat sini guna motor skuter..
supir kate..lebih laju.. haha..ko jangan tanya aku pasal ni..
ada gak lah abah sado tanya2 pasal hal ni [pasal laju tu] tapi aku pon tak ingat apa reason nya..
tapi memang ko akan tengok skuter jer lah tak kisah lelaki ke pempuan yang bawak..
lepas tu..derang selamber jer letak bag handbag besar2 kat bawah kaki tu..-letak sesaja-
aku tanya supir akan hal ni..[dan pernah baca akan hal ni]
kat Bali ni.. kadar jenayah adalah hampir pada zero peratus..hampir pada takde..!!
derang sangat menjaga akan hal ni.. selain isu pengeboman dulu2 kat bandar Kuta tu..
kat sini..memang susah nak dengar kes jenayah [katenya]..so no wonder..
yer ar.. aku pelik gak lah bag letak saja2 celah kaki terbukak cegitu jer..
kalau kat meysia..bag ko silang kat tangan leher ko pon kalau boleh nak dipenggal tuk ragut bag ko tu..puuffttt...
biler lah Meysia ni nak zero jenayah macam kat Bali..eeah.. katenya Malaysia masih aman giteeww.. fineeeeeeeeee....
ookkkeeeeyy... ni malu sikit nak tunjuk kat korang..uhuhukkss..
tapi aku share lah #uniknyaBali ni kan.. ko jangan pelik kalau tengok cenderahati berbentuk kemaluan lelaki bersepah jual..berlonggoh2 jual dalam bentuk keychain atau perhiasan..
kat sini.. kemaluan lelaki ni merupakan salah satu barang pemujaan agama masyarakat derang.. so kire bukan satu kesalahan atau macam takde bende yang dimalukan pon.. huhu..
kat sini.. kemaluan lelaki ni merupakan salah satu barang pemujaan agama masyarakat derang.. so kire bukan satu kesalahan atau macam takde bende yang dimalukan pon.. huhu..
sepanjang2 kat Bali ni..aku hanya jumpa 1 jenama setesen minyak ni jer iaitu PERTAMINA
dan harga minyak kat sini..adalah MURAH..ok..tu jer aku nak bagitau..
dan ni satu2 nya mesjid yang aku jumpa tersegam kat BALI ni..[masa ni tak silap aku dalam perjalanan kiteorang ke Pantai Pendawa] -tak singgah pon..amik gambar dari dalam van jer..
tengok..macam masjid kat Melaka kan kan..
unik nya..masjid ni di bina bersebelahan dengan tample untuk agama Hindu dan jugak Church
kire berderet 3 biji besar2 macam ni..
supir cakap.. derang berkongsi parking..tapi masing2 menghormati agama dan budaya lain jugak..tak gaduh2 lah kirenya.. masjid ni ramai time solat jumaat.. macam tu jugak church ramai hari ahad..
ok..pasal waktu solat.. yang ni huru hara sikit masa fes day tu..
aku tanya supir..masa die hantar ke hotel tu.. subuh pukul berapa..??
supir cakap.. sama jer dengan waktu meysia..
so aku assumed pukul dalam 5.30 pagi keatas..
langsung tak pikir lebih pon lagi..
tapi sebenarnya..timming nya adalah lebih pada sabah sarawak sana nun..!!
pukul 5.30 dah terang benderang..!! macam pukul 8 pagi..
pukul 8 pagi kat sana..matahari dah mencanak terik..macam pukul 11 kat sini..
so..dah aku dengar cakap supir tak pikir panjang..
subuh hari fes tu.. jadi lah subuh gajah..pffttt..
jam aku memang biasa bunyik pukul 5.30 pagi..tuk siap bangun subuh waktu meysia..
sekali biler bunyik kol 5.30 pagi tu..aku terkejut tengok terang benderang bilik nya..cahaya matahari dah masuk bilik melalui tingkap..
tengok jam..baruk kol 5.30 pagi..
kelam kabut lah bangun solat subuh terang2 macam tu..huhu..
tu jadi subuh gajah tu..
yer lah.. subuh kan sebelum terbit fajar..so walaupon jam baru pukul 5.30 pagi..tapi dah terang macam tu..maknenya..dah jadi subuh gajah lah tu..
rupernya.. solat subuh kat sini [time tu]
pukul dalam 4.25 pagi macam tu..
tu pon..sebab dengar bunyi azan melalui app hp abah sado..
fes day tu tak dengar ke hapa tah..
hp mati kot.. ke telinga dah kene kencing dek setan..
rasa nya sebab fes day tu sebab off data internet..
so.. app pon tak run..tak sync..tu tak update tu..
2nd day tu..dah macam biasa.. waktu azan kat hp ikit timing tempatan..
senang kat kiteorang kot leka2 tak perasan kan..
membatu jugak biler kat Bali ritu..
zohor dalam pukul 12 macam tu.. kiteorang selalu jama'kan dengan asar..
macam tu jugak maghrib..kat situ dalam pukul 6 dah senja gelap dah...
aku rasa sangat banyak bende unik menarik kiteorang tengok kat Bali ni..
tapi tak teringat dah ni..
nanti kalau ada..aku update jer tambah kat sini..
dapat amik gambar macam ni pon sikit2 jer tuk kenangan...
dan tuk di blog-kan..
next entry aku share tempat shopping pulak yer...