Wednesday, December 28, 2016

kenangan qaleef 2016 di sekolah Little Ones Eduworld Pre-School


sepanjang Qaleef 4 tahun 2016 ni..

aku jarang cerite pasal sekolah dan aktiviti qaleef..
tak sempat nak cerite lah..bertangguh2..
sudah nya sampai dah nak masuk sekolah baru dah ni..
aku rasa macam..takde langsung kot aku cerite..
sedangkan.. banyak giler aktiviti qaleef kat sekolah tu..
macam2 sambutan..dan rombongan..yang aku sendiri rasa menyeronokkan..!!
apetah lagi qaleef kan..
sebelum tamat 2016 3-4 hari lagi ni..
baik lah aku cerite..sebelum die masuk sekolah baru..huhu




ni masa awal persekolahan 












antara aktiviti2 kelas qaleef


fes time qaleef naik bas pon kat sekolah ni [tapi tahun lepas]
kire ni masa ni kali kedua qaleef naik bas ikut rombongan dengan kawan2


dari sekolah ni aku belajar tuk percaya pada orang lain [cikgu2] dan percaya pada qaleef sendiri
tuk berdikari [dengan pantauan] tanpa mak pak depan mata bila aku melepaskan qaleef gi rombongan



rombongan awal tahun qaleef ke Putrajaya [naik boat] dan makan KFC ramai2





Hari sukaneka sekolah [14 May 2016]




Pakaian beragam sempena hari kemerdekaan 2016





Rombongan ke Pizza Hut damansara..dan buat sendiri Hawaiian Pizza bawak balik



 rombongan ke Balai Bomba [19 october 2016] tu bergolek2 tu ngan latihan kalau badan terkena api konon nya.. merasa lah qaleef naik kereta bomba dan main air time ni



aktiviti Haji Cilik kat sekolah





sambutan Hari ibu dan besday anak2 yang lahir pada bulan April-May [termasuk qaleef]



dan ni last sekali.. Creativity n graduation days yang mak nya tak dapat nak tengok sekali sebab mak nya admitted spital time nih...sob sob..sedik mak... 
qaleef ada persembahan 4 tahun tarian robot.. siap pakai lipstik..!!



ni antaranya jer tau..
kalau ikutkan..aku nak letak semua aktiviti yang qaleef buat sepanjang kat sekolah ni
memang selambak..program raya..program perjumpaan ibubapa dan guru..
derang gak terlibat meraikan hampir semua sambutan yang ada..
memang besh tengok..lagi2 biler tengok anak gembira..
ada gambar2 atas ni kiriman dari cikgu melalui group wassap kelas..
so boleh lah tengok apa aktiviti anak2..

so far.. aku rasa.. ni antara sekolah pre-school yang bagus kat area Country homes rawang ni..
sekolah nya agak besar..
dan program pre -school bermula dari 3 tahun [tahun lepas qaleef start 3 tahun kat sini jugak lah]

personally.. perkembangan qaleef agak baik kat sini..
aku tak pernah menyesal sekolah kan qaleef kat sini..
hubungan dengan cikgu2 [walaupon bukan cikgu kelas] pon baik semua nya..
dan hubungan dengan parents lain pon ok..lagi2 yang dah biasa jumpa since last year..
takde apa yang kurang..

kalau ikutkan..takde masalah pon die nak bersekolah kat situ sampai 6 tahun..
tapi tu lah.. bile aku cakap aku tukar kan qaleef sekolah..
hanya lah atas sebab2 peribadi..bukan sebab cikgu..bukan sebab pendidikan..bukan sebab kawan2 pon..
aku masih rasa sekolah ni antara sekolah yang bagus..
walaupon rasa sayang pada sekolah ni..lagi2 pada kawan2 qaleef yang agak rapat dan kenal selama 2 tahun..
tapi aku rasa..biar lah qaleef cuba persekitaran baru pulak..kawan2 baru..
sebelum die masuk sekolah rendah yang mungkin akan jumpa balik kawan2 die yang sekolah asal sini..
harap2 qaleef berseronok jugak sama macam selama die bersekolah kat Little Ones ni..insyaa Allah

korang kalau kate mencarik sekolah yang bagus area2 country homes 
memang aku tak teragak2 tuk rekomen kan korang sekolah Little Ones eduworld ni
sebab aku jugak ada pengalaman dan kenangan yang sangat baik kat sini..
so.. insyaa Allah korang pon akan berpuas hati

ni contact number guru besar Little Ones yang sangat baik orang nya
Pn Shima :: 019-236 0684


eeaahh.. korang tau kan qaleef amik kelas Mandarin kat sekolah ni jugak...
bukan tu jer.. kat sini ada kelas takewando jugak..[baru plan nak masukkan qaleef tahun akan datang ni]