Thursday, April 27, 2017

iLham Dekorasi :: tips untuk orang yang nak tukar langsir rumah raya ni


ok.. chill kejap dari cerite entry percutian ke Sabah
kau kalau nak menunggu entry tu habes.. aku rasa.. mau makan bulan kot...huhu
nak2 raya nak2 puasa ni
nak selit2 cerite pasal dekorasi..

2-3 menjak ni.. ramai tanya pendapat pasa pemilihan langsir..
material.. warna yang sesuai

nak raya yer dak..
tak dapat tukar satu rumah..
tukar langsir pon dah boleh kasi kesan 'baru' pada ruang jugak
aku dah siapkan satu entry pasal dekorasi ubah gaya deko time nak raya dengan budjet yang kecik
tapi tu nanti2 aku publishkan yer..
salah satu nya.. ni aku share.. iaitu dengan menukar langsir

fokus satu-satu
kite cerite pasal langsir..

ada orang tanya aku.. "apa warna/corak trend tuk langsir raya tahun ni ? "

kalau pasal warna.. takde warna khusus nak kata ikut trend
sebab warna langsir bergantung pada warna keseluruhan dan konsep rumah

kang kalau cakap trend color warna hijau kang..
dinding rumah kau warna merah.. 
tak sesuai pulak..

cuma.. sikit2 tips aku boleh share adalah cara untuk pilih warna atau design yang sesuai
mengikut kesesuaian rumah korang sendiri
aku tak boleh nak 'pukul rata' since setiap rumah ada konsep berbeza

TIPS paling penting aku nak kongsi biler kau mula nak mendekorasi rumah..atau satu2 ruang
pilih warna / konsep perabot dulu.. baru pilih langsir !!
JANGAN DAH PILIH COLOR LANGSIR dahulu
baru nak tanya warna SOFA atau warna CARPET yang sesuai dengan langsir
SILAP yer tu
aku selalu baca post pasal ni dalam group2 deko.. banyak kali..
so... tu aku nak share pasal bende ni.. untuk pengetahuan orang lain jugak..
sebab nya.. kite tak tukar perabot tetiap tahun [unless kau memang jenis macam tu dan bajet besar]
ada orang beli pakai perabot bertahun2 dan mungkin berpuluh tahun
dan biasanya jugak.. waktu2 raya.. kite hanya akan tukar warna langsir.. carpet.. cushion..bunga
so.. sebab tu aku cakap.. PILIH PERABOT DAHULU
baru pilih warna langsir..which is bende2 yang kite akan tukar kerap..
setahun at least sekali..
tak-kan setiap kali kau tukar langsir.. kau nak tukar warna perabot kan..

ok.. back tu pemilihan warna tuk langsir
ada beberapa tips..idea.. tuk korang boleh pertimbangkan

first thing paling mudah nak cadangkan..adalah dengan pilih warna selamat
kalau orang tanya aku.. aku biasa akan cadangkan orang pilih mengikut warna basic
warna2 semula jadi
sebab nya.. mudah nak suai padankan dengan warna2 sedia ada biasa ada kat rumah
dengan perabot2..







ni antara warna2 asas basic 
yang lebih mudah 'masuk' dengan apa2 warna dinding sekalipon


selain warna tanah.. boleh pilih warna soft grey..

macam boring jer kan warna2 ni..huhu
tak kan setiap kali pon nak pakai warna2 dull macam ni
ada orang suka pilih warna warni yang ceria..lagi2 time raya

tu kau jangan tanya aku.. hahaha
sebab kalau kau tanya aku tuk warna dinding
aku akan cadangkan Warna paling tepat untuk ruang tamu ialah pastel 
sebab ia senang digayakan dengan apa jua jenis langsir, 
warna....perabot dan perincian lain, 

dan pemilihan warna langsir polos akan nampak lebih eksklusif serta elegan.

kalau dinding kau dari warna asas.. takde masalah nak pilih color langsir apa kau suka
betul ni
kalau didnidng color kelabu contoh nya
tak semesti nya kau hanya boleh pakai warna kelabu semata
melainkan kalau tu memang konsep rumah kau
tapi kalau jenis orang yang suka colorful
warna2 asas macam tu senang nak matching ngan apa2 color lain sekalipon


tapi.. macamane pulak kalau jenis dinding bewarna terang..??
bukan dari warna2 asas maksud nya..

so ni aku nak share sikit pemilhan langsir bergantung pada warna dinding
pasal ni.. agak complicated sikit
yang selalu aku dapat pertanyaan pasal langsir.. adalah berkait dengan warna dinding
macam atas aku tunjuk tu..
korang tengok warna contoh kat atas tu.. dinding nya warna basic
jadi.. takde masalah kalau nak pakai apa color langsir pon
cuma perlu pikir nak 'kawen kan' dengan warna carpet.. cushion.. atau perabot jer
tapi.. lain hal nya kalau warna dinding korang 'lebih bewarna'

korang boleh pilih warna langsir dari beberapa cara
first - kalau warna wall korang dari family warna 'panas'
jadi pilih warna2 sejuk untuk langsir [atau deko items lain]

second - boleh pilih warna yang sama dengan warna dinding [aku akan bagi contoh gambar kat bawah]

third - boleh pilih warna contra tapi matching kan dengan deko items lain [eg : cushion/carpet/shade lamp/bunga/hisan dinding]

contoh macam semalam.. ada akak blog tanya aku melalui IG..
warna wall die royal blue [macam warna bilik tido anak2 aku]
nak pakai langsir warna apa yang sesuai..
ok.. kalau semua wall dalam satu ruang tu warna yang sama..
senang aku nak cadangkan terus warna apa yang sesuai 
tapi..nak matchingkan jugak dengan warna oren pada wall lain

ok.. aku tak dapat bagi warna yang tepat..
tapi aku boleh sekadar bagi cadangan ikut pedapat peribadi
aku tak jumpa warna dinding betul2 royal
aku jumpa warna2 lebih kurang boleh cuba bayangkan..
sebab asas nya adalah sama..


back to basic
pilih warna asas.. atau warna tanah..
which is boleh masuk dengan kebanyakan warna 'panas' dan perabot sedia ada
dan jugak dengan wall yang color orange tu


warna mustard yang sedang trend n popular dari last year n still trend tuk tahun ni
TAPI.. PILIH FABRIC DAN PATTERN sesuai supaya tak nampak sarat
[nanti aku akan share kat entry ni jugak pasal pattern]


bilih pilih warna asas putih mixed dengan biru wall


takde masalah jugak kalau nak pilih warna yang sama dengan warna dinding jugak
maybe boleh pilih yang sikit bercorak atau pon warna lebih gelap sikit
warna2 macam ni sesuai jugak pakai dengan warna dark grey


ni aku bagi contoh color biru
tapi boleh di aplikasikan pada sebarang warna dinding jugak
aku bagi satu-2 contoh lagi yer





wall purple.. langsir nya di 'kawen' kan dengan warna sofa dan cushion



2 contoh dari rumah aku sendiri

macam ruang tamu tu.. takde masalah aku nak pakai warna apa pon sebab based wall nya hitam
tapi aku nak bg contoh yang korang boleh pakai warna yang hampir lebih kurang sama
yang gelap jugak..
tapi.. kene matching ngan keseluruhan ruang
like aku pilih warna gold untuk themed ruang tamu..
so.. aku pilih langsir warna gold chrome macam tu lah lebih kurang

macam bilik tido aku warna hijau
tu kategori warna panas.. sebab warna terang [walaupon lebih menyejukkan bilik]
maksud aku panas sejuk tu.. bukan akan jadikan ruang tu panas atau sejuk
tapi maksudnya.. kategori warna tu sendiri yer..jangan salah paham
macam warna hijau tu.. bukan senang aku nak pilih warna langsir sebenarnya
jadi.. aku pilih warna asas.. warna tanah.. cream..dan kawen kan dengan cadar serta carpet

tapi sebenarnya.. kalau korang nak tau..
aku boleh jugak pilih dari asas warna yang sama..iaitu hijau [aku masih prefer tuk amik yang gelap]
tapi masa tu tak jumpa color tu..
tak jumpa jugak warna emerald based putih yang lebih cantik
nak cepat.. senang cantik selamat..aku pilih warna ni
sampai sekarang tak bertukar2..huhu


lagi satu tips
Jika ruang rumah korang jenis menerima banyak sinaran matahari
elak langsir warna lembut kerana ia akan cepat pudar dan reput
lagi2 kalau korang jenis bukak basuh tukar 2-3 tahun sekali.. 


ok.. sekrang aku nak masuk pasal pemilihan fabrik

TIPS :: PAKAI 2 LINING LANGSIR
1] day curtain
2] night curtain

tak kire macamane ruper tingkap rumah korang 

salah satu sebab.. nak mengelak kan tingkap rumah/pintu jadi telus [transparent]
lagi2 biler lampu di pasang waktu malam
kite tak nampak luar..
tapi orang luar boleh nampak dalam
jadi tu guna nya night curtain

lagi satu..
penggunaan 2 layer langsir akan buat rumah nampak lebih elegant dan mewah !!
aku pernah cerite pasal day/night curtain ni entry 4-5 tahun lepas lagi

untuk day curtain.. biasa kite akan amik yang nipis tanpa corak atau corak minima
day curtain biasa telus pandang-transparent
tapi biler pilih fabrik tuk night curtain
pilih material yang sesuai
jangan pilih terlalu nipis/yang jarang dan ringan..
yang biasa di gunakan untuk day curtain

biasanya kain langsir yang lebih berat sesuai di guna untuk sliding door 
atau tingkap/pintu yang tinggi dan lebih besar
untuk 2 panel tingkap atau untuk satu pintu..
elakkan guna fabrik yang terlampau tebal dan berat
sebab nanti mungkin susah nak melipat/susun dengan cantik

kalau langsir terlalu ringan pulak
nanti tak akan jatuh terletak..atau nampak flowy
sebab.. akan mudah terbang2 lagi2 kalau angin kuat [angin kipas contoh nya]

pilih fabrik yang sederhana..
contoh fabrik jenis sutera dan taffeta yang akan bagi kecan licin
biasanya sesuai tuk ruang formal like ruang tamu
atau langsir jenis kapas atau linen yang biasa orang pakai
tak terlalu tebal atau terlalu nipis
mudah di bentuk..di ikat tepi dan di susun lipat beralun cantik


TIPS LAIN :

aku suka cadangkan orang tuk pilih warna polos.. warna kosong
atau dengan corak yang sangat2 minima
lagi2 Kalau ruang kecil dan perabot serta hiasan banyak
Elakkan menggunakan corak sarat yang berbunga2
sebab nanti boleh menjadikan ruang nampak serabut dan lagi sempit.

nak bagitau ni CORAK DAMASK dengan banyak color DAH OUT DATED yer..
so elakkan tuk masa sekarang
sampai mungkin trend tu may be kembali.. 



harap perkongsian aku ni sikit sebanyak membantu korang tuk pilih langsir raya ni
apa2 pon.. terpulang pada citarasa sendiri..
apa yang korang suka..itu jer..
cuma boleh amik sikit2 tips yang aku share ni sebagai panduan

sebenarnya banyak lagi..
bukan setakat langsir jer kene bagi perhatian
lepas pilih warna langsir yang korang suka
kene pikir tuk bende2 lain yang beberapa kali aku metion kat atas tu
nanti aku share lagi sikit pasal ni..
yang berkait dengan warna dinding.. warna langsir..perabot..sofa..carpet dan sebagai nya..


notatanganAty :: rasa macam nak tukar langsir ruang tamu aku tahun ni..[rasa jer baru..rasa...huhu]