Friday, December 08, 2017

apa beza dan kelebihan SUSU KAMBING DENGAN SUSU LEMBU/SOYA..??


ada orang masih tak tau apa kelebihan Susu Kambing selain daripada makanan sunnah.. ada yang tanya, apa bezanya dengan susu lembu.. apa beza khasiat nya sampai SUSU KAMBING DI ANGGAP SUSU KEDUA TERBAIK SELEPAS SUSU IBU ?

terlebih dahulu.. apa yang aku tulis ni..hanya sekadar perkongsian..untuk memburukkan susu lembu aatu susu2 lain yer, sekadar nak berkongsi pengetahuan since ramai lagi yang tak tau kehebatan susu kambing ni..

Aku tak cakap susu formula lembu/soya untuk kanak2 yang terdapat kat pasaran tu tak cukup bagus.. anak aku sendiri minum jer susu kotak based on susu lembu..aku sendiri pon kan.. cuma nya.. apa aku nak share ni adalah apa kebaikan susu kambing yang LEBIH LAGI berbanding susu lembu/soya..maksudnya dari segi khasiat..kebaikan.. dan selebih nya terpulang pada kite sendiri nak pilih yang mana.. bagus..atau lebih bagus.. dan terpulang jugak pada selera masing2..tapi jika korang nak bertukar selera kepada susu kambing, apa salahnya. Susu kambing sekarang pon dah di formulakan macam susu formula lain yang terdapat kat pasaran tu.. takde dah rasa hamis bagai..rasa pon sedap sangat sekarang ngan pilihan rasa yang berbeza.. sama cuma Harganya di pasaran mungkin lebih mahal, tetapi padanlah dengan khasiat yang ia bekalkan pon kan.. [ni pon selalu orang tak perasan..jangan berkira kalau kite memang tau bende tu adalah terbaik]

Kot korang nak tahu apakah perbezaan di antara susu kambing dan susu lembu, sehingga ramai yang kata susu kambing adalah pilihan yang lebih baik. Pasti susu kambing ada kandungan dan khasiat yang lebih, kan?
so... aku nak share sikit nih..





KANDUNGAN GIZI YANG LEBIH TINGGI BERBANDING SUSU LEMBU

  • Proteinnya 2.1 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat besi 2 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Garam galian 2 kali ganda
  • Selenium yang paling tinggi


Perbezaan Di Antara Susu Kambing Dengan Susu Lembu


Fakta 1: Susu Kambing Bersifat Alkali (Melawan VIRUS)

Ianya mempunyai kandungan pH beralkali sama seperti susu ibu berbanding dengan susu lembu, ia didapati bersifat asidik. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan,kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.  

Fakta 2: Susu Kambing Mudah Hadam  

Walaupun kandungan sesetengah nutrisi yang terdapat di dalam susu kambing adalah banyak berbanding dengan susu lembu, namun ianya lebih mudah untuk di cerna. Hanya 20 minit sahaja diperlukan untuk hadam manakala susu lembu mengambil masa dua jam. 
Susu kambing mempunyai molekul protin dan lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet kanak-kanak dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yang halus serta sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer dan gastrik.  

Fakta 3: Tidak menyebabkan ALAHAN  

Susu kambing memiliki 35% asid lemak jika dibandingkan dengan 17% dalam susu lembu. Protein amat penting dalam pembesaran badan. Namun, kajian menunjukkan bahawa orang yang alah kepada susu lembu adalah disebabkan oleh satu protein yang dikenali sebagai Aplha-S1-casein. Dan Susu kambing kurang kandungan protein ini, membawa maksud orang yang alah kepadanya kurang menerima kesan, sesetengah tidak mengalami alahan langsung.
Sifat susu kambing yang mudah hadam juga membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yang cirit birit dan alahan kepada susu lembu dan susu tepung. 

Fakta 4: Susu Kambing Mengandungi Asid Lemak Yang Baik  


Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid kaprik dan kaprilik) yang mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.  

Fakta 5: Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir 

Susu kambing tidak membentuk lendir sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia. 

Fakta 6: Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium  

Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.  

Fakta 7: Susu Kambing Kaya Dengan Bahan Bioorganic Sodium  

Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodium didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).  

Fakta 8 dan seterusnya: Susu Kambing, Keajaiban Untuk Kebaikan Kesihatan  

Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dalam badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.  

Kandungan potassium dan kalsium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normaldan mengawal fungsi hati yang normal.  Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit lelah, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.  Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis). Susu kambing juga mengandungi faktor anti barah. 

fakta 9 : TIDAK MUDAH BERUBAH KHASIAT JIKA DISEJUK BEKU

Jika disimpan sejuk atau sejuk beku dalam peti ais, khasiatnya dan kualitinya tidak berubah.
Ini kerana susu kambing mengandungi komponen yang stabil dan tahan lasak.
Bayangkanlah kalau anda membuat aiskrim daripada susu kambing, tentu nikmat dimakan sewaktu cuaca panas! Sesuai juga untuk diberikan kepada anak-anak kerana khasiatnya masih kekal.

FAKTA 9 : SESUAI UNTUK SEMUA


Susu kambing boleh diminum oleh semua peringkat umur dari bayi dalam kandungan hinggalah orang tua. Jadi, anda tidak perlu membeli susu khas untuk anak-anak.
Malah, wanita hamil turut digalakkan minum susu kambing untuk mengelakkan anak daripada terkena demam kuning apabila dilahirkan.
Kalau semuanya boleh menikmati susu yang sama, kan lebih jimat?



KELEBIHAN SUSU KAMBING




1. Menguatkan Tulang

 mengandungi kandungan kalsium yang tinggi sekaligus dapat memastikan bahawa kita menerima kadar kalsium yang stabil Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan kita daripada mendapat osteoporosis, ataupun tulang rapuh.

2. Ciri-Ciri Anti Radang

Salah satu sebab orang lebih menyukai suka kambing berbanding susu lembu adalah kerana ia tidak mendatangkan keradangan mahupun sakit perut [yang macam sebu] seperti mana susu lembu.
Hal ini kerana susu kambing mempunyai satu enzim aktif yang boleh mengurangkan kesan keradangan yang berlaku di dalam perut. Kajian sedang dijalankan, mengkaji adakah kesan anti keradangan ini boleh memberikan kesan positif kepada anggota badan yang lain. Apa yang pasti, ianya baik kepada perut dan usus anda!

3. Tingkatkan Kecekapan Pengambilan Nutrien

Salah satu kebaikan utama susu kambing ini adalah kandungan kimia di dalamnya yang mempunyai banyak persamaan dengan manusia, berbanding dengan susu lembu.
Pada asasnya, manusia adalah ciptaan yang perlukan susu daripada ibunya semasa dilahirkan, seperti lembu dan kambing. Tetapi memandangkan susu kambing mempunyai kandungan yang hampir sama dengan susu manusia, badan kita akan menerima banyak khasiat daripada susu kambing.
Pada masa yang sama, ia boleh mengurangkan tekanan kepada sistem penghadaman kita.

4. Tingkatkan Metabolisma Badan

Memandangkan susu kambing mempunyai kadar nutrisi yang lebih padat berbanding susu lembu, anda akan menerima khasiat yang lebih banyak jika meminum susu kambing, walaupun anda minum kedua-duanya dengan kuantiti yang sama.
Satu cawan susu kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak.
Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.

5. Kesihatan Jantung

Terdapat sekurang-kurangnya 2 kali ganda asid lemak di dalam susu kambing berbanding susu lembu, membawa maksud pengawalan kadar kolestrol adalah lebih baik dengan pengamalan susu kambing.
Dengan mengawal kadar lemak asid di dalam badan, kita boleh mencegah atherosclerosis, strok (angin ahmar), sakit jantung dan beberapa masalah jantung yang lain.
Kandungan potasium yang tinggi di dalam susu kambing boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah. Hal ini kerana postasium merupakan satu nutrisi yang boleh melegakan saluran darah di dalam sistem peredaran darah.

6. Meningkatkan Sistem Imuniti Badan

Nutrisi yang memainkan peranan di dalam sistem imuniti badan adalah selenium. Ia terdapat di dalam susu lembu, tetapi tidak sebanyak yang terdapat di dalam susu kambing.
Dengan pengambil susu kambing, anda secara tidak langsung telah meningkatkan daya tahan diri terhadap penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan batuk.

7. Mencepatkan Pertumbuhan

Susu kambing mengandungi kandungan protein yang tinggi, iaitu satu komponen yang penting dalam pertumbuhan dan pembesaran badan. Protein boleh dikatakan sebagai satu blok untuk sel, tisu, otot dan tulang.
Dengan menjamin pengambilan protein yang stabil sepanjang pembesaran, kita boleh membesar dengan kadar yang optimum dengan kesihatan yang baik.

8. Mengurangkan Berat Badan

Walaupun susu kambing mengandungi kadar lemak asid yang lebih banyak berbanding dengan susu lembu, tetapi sebenarnya ia mengandungi kadar lemak yang lebih kurang.
Perkara ini membawa maksud bahawa susu kambing boleh membantu orang untuk mengurangkan berat badan, tanpa menjejaskan kesihatan mereka.



yang atas ni kelebihan SUSU KAMBING SECARA UMUM yer.. bayangkan, susu kambing sendiri..tanpa tambahan khasiat lain pon dah cukup hebat khasiat dan kebaikan nya.. ini kan pulak SUSU KAMBING ETSUMEL dengan tambahan khasiat lain seperti OAT DAN MAKANAN SUNNAH seperti KURMA, KISMIS, MADU, HABATUS SAUDA, MANNA GUM DAN DELIMA  yang setiap satu nya mempunyai khasiat yang tersendiri ! bertambah HEBAT lah kan ! 


tapi..apa2 pon..SUSU KAMBING ATAU SUSU LEMBU, PILIHAN MASING-MASING
Susu lembu atau susu kambing, ia turut bergantung kepada penerimaan tubuh badan masing-masing.
yang penting tau apa khasiat dan berikan yang terbaik untuk anak kita termasuk diri kita sendiri jugak. Insyaa Allah



Bantu tumbersaran si manja dengan SUSU KAMBING ETSUMEL DENGAN TAMBAHAN KHASIAT OAT PERTAMA NYA DI MALAYSIA.  Di perkaya dengan DHA dan kebaikan makanan sunnah, 100% Organik dan tinggi nutrisi yang sentiasa akan menjadi pilihan semua ! 

BUKAN SETAKAT BERKHASIAT TAPI SANGAT SEDAP !

DAPATKAN HARGA PROMOSI SEKARANG SEHINGGA AKHIR TAHUN NI JER YER!!


WHATS APP : 011-23451742 UNTUK PERTANYAAN LANJUT