Tuesday, November 24, 2020

KISAH AKU DAN BRACES : bila terpaksa skip banyak kali routine check up

Lately, tetiba rindu pulak nak update blog --setelah sekian sangat lama.

seb bek la memang sejenis salin password. so takde masalah nak bukak huhu.
kalau tak, terkubur la semua.

kenapa eh malas nau nak update.
sedangkan kat IG n FB pon sejenis suka tulis panajng2 macam kat blog jugak
kat IG tu lagi laaaa.. bukan boleh telebih panjang pon.
ada had nak tulis tu.
tapi still, malas jugak nak update blog.
so far, kalau tengok dalam last post pon --still ada yang nak baca.
tgk ada lebih kurang 4k review. kira ramai lah tu tuk orang yang dah tak aktif ni kan..hahaha
tak masuk lagi yang post2 lama orang still carik

sebenarnya -kekangan masa.
kat FB/IG tu.. tulis thru hp jer. baring2 sambil susukan anak nak tido kan dia
sempat la nak update satu post bergambar.
kat blog ni, tak gheti la nak update pakai hp.
walau pon pakai hp canggih.. ahahaha.. orang kata ghugi biaq pi lah.
so bila nak update blog, kene bukak lappy.

lappy --memang la bukak hari2.. tapi buat kerja.
giler kau, keje aku banyak weyh.. banyak giler.

well.. still berharap, lepas ni aku akan lebih rajin menulis kat blog ni.

tuk permulaan.. nak sembang pasal kesinambungan kisah 'AKU DAN BRACES'
tak ingat la last ritu bila update.
tapi dalam tak sedar, aku dah pakai braces ni 17 bulan !! lebih kurang setahun setengah.


ni gambar latest aku pakai bulan Nov ni
kali ni aku pilih getah color hitam.




walaupon kata dah satu setengah tahun pakai, and tinggal setengah tahun jer lagi kalau ikutkan
tapi, since aku banyak kali skip appotment, so maybe aku akan pakai mungkin lebih lama dari 2 tahun sepatut nya. 

bukan saja2 nak skip yer.
bulan 12 dan bulan 1 - aku mabuk mengandung yg teruk.
jadi memang tak dapat bergerak kemana2 apetah lagi nak buat2 gigi braces bagai ni
mau aku tebelahak kat depan dentist
so skip 2 bulan.

bulan 2 tu aku dah ok sikit - so datang buat macam biasa.
tu pon still macam mual2 lagi. tapi nak datang jugak buat sebab dah tak selesa giler 2 bulan tak servis

lepas tu pulak --bulan 3 tu skip lagi dek kerana PKP.
klinik tutup terus 2 bulan.
so skip lagi 2 bulan (bulan 3 dan bulan 4)

bulan 5 - dah boleh beroperasi.
elok aku buat appoitment tuk bulan 5 tu hari isnin
sekali hari ahad sehari sebelum tu --aku terberanak.. hahahahaha

drama giler kaaaaannnn...

so aku start dapat ikut routine balik - akhir bulan 6
bayangkan aku skip 5 bulan !! lama giler yer.
so gigi tak banyak pergerakan.
tu ko tengok tak banyak perubahan pon dari last time aku share gambar tu
ada gigi masih tak rapat (dia jadi jarang sebab haritu ada cabut baby graham tuk bagi ruang)

tak berakhir kat situ bila selangor lagi sekali kene PKPB pulaaaakkk..
start bulan 10.
since klinik ni luar daerah aku. so memang bulan 10 hari tu tak dapat buat jugak.
so total 6 kali aku skip.

bulan 11 ni baru dapat buat tu pon akhir bulan.
klinik actually bukak jer macam biasa.
cuma aku kene tunggu abah sado off site (dia keje) tuk jaga anak2 kat rumah
aku tak leh nak pergi klinik hangkut semua anak2 kan. 
lagi2 dak chenta tu. kene ada orang jaga.
tu yang lagi bertambah lambat.

harap lepas ni takde lah aku kene skip2 lagi.
bayangkan setengah tahun (6 bulan walaupon tak berturut) aku skip tu
lama tau.. gigi tak bergerak dan takde progress.
so kene la tambah lagi setengah tahun or lebih.
ikutkan kan sepatut nya - bulan 6 tahun depan ni dah setel dah.
tapi tu la.. tak tau lah tu acaner. follow jer lah 
yang penting.. bila braces tanggal nanti, berbaloi ngan harga dan masa yang telah di bayar gituh.

ok lah. tu jer nak share. 
kot sok lusa rajin, nanti kite sembang lagi yer. 

korang --take care.