ritu.. masa makeover bilik ke-3 tingkat atas ni jadi bilik kerje sepenuh nya.. aku ada bagitau ada ruang belajar anak jugak..
Ni baru gigih nak cerite.. sedangkan dah berbulan dah aku buat.. hahaha.. biasa tu.. biasa....
ada sebab kenapa aku buat ruang study anak kat bilik kerje ni.. selain dari aku cuba manfaatkan ruang walaupon tak lah besar mana.. macam kau tengok gambar atas ni.. meja ni letak antara tingkap dan pintu bilik air [yang jarang sangat guna]
kalau nak tau..bilik ni tak lah besar mana.. takde ruang extra pon nek letak kat tempat lain.. kalau ada pon, satu ruang kat bahagian pintu masuk..tapi aku letak rak tuk letak produk aku.. dan kalau nak letak kat bahagian wall yang ada frame2 gambar bawah rak tu.. agak menganggu laluan..lagi pon.. aku packing2 barang semua kat carpet bawah tu jer.. so..aku nak ruang luas selesa lebih sikit..
ikut kan aku.. sebelum ni..sebelum meja tu alih situ..rasa lagi lapang mata aku memandang.. hahaha.. tenang takde banyak contra color barang anak.. terus bilik kerje aku yang sebenarnya based on white n black color jadi warna warni dari barang2 sedia ada anak.. tapi takper lah.. ok jer.. buat2 tak perasan jer selalu nya..dan paling penting..asalkan kemas tersusun.. [kecuali rak buku kat satu sudut lain yang.......... hurrrmmm.. malas aku nak cerite..penat kemas jer hari2.. tapi pelik pulak kang kalau aku tak kasi anak2 amik buku2 kat situ..hahaha] so redho jer lah..demi mu anak kata nya.. eeahh.. lama tak guna ayat ni..giteeeewwwww..
tapi..macam biasa lah.. kat mana kite buat kerje..kat mana kite duduk.. kat situ lah anak2 nak bersemut dok hurung kan.. kesian lak bila time2 aku sibuk.. qaleef study menulis ke hapa kat carpet jer.. sebab nak jugak dok dekat2 ngan mak nya ni ha.. boleh jer buat atas meja kerje aku sekali..tapi kekadang meja kerje aku ni penuh ngan macam2 bende..dan agak terganggu lagi2 kalau penuh2 ngan color2 pensel dia tu..
so.. sebab tu lah aku terus decided terus alih meja study dia kat bilik kerje ni sekali.. nak kasi lengkap.. pasangkan jer rak buku terus.. so.. qaleef seronok ada ruang dia sendiri kat bile work mama abah.. !! lagipon.. aku rasa lebih mudah nak pantau study dia.. [qaleef ada jadual belajar dan aktiviti dia sendiri]..sebelum ni.. bila aku bizi2 kat bilik kerje.. tapi dalam masa yang sama kene pastikan dia belajar.. agak leceh tuk aku.. dan dia jugak.. setiap kali dia nak tanya sesuatu.. dia kene berulang alik ke bilik kerje tuk tunjuk kat aku.. ada masa..aku terpaksa bawak masuk lappy dan kerje2 aku kat bilik dia dan belonggok pulak atas meja kerja derang..hahaha..pakai kerusi ikea yang kecik tu..sakit pinggang lenguh kaki !! tapi sebab nak kene tengok2 anak.. terpaksa lah jugak kan.. macam tu lah mak2 ni.. kesian kalau tengok anak2 main sendiri..atau buat kerje sendiri2..
jadi.. bila dah dalam dalam satu ruang bilik kerje ni.. aku rasa lagi efficient.. senang sambil buat kerje..sambil tengok anak..takde lah rasa anak tu terabai..anak pon seronok.. walaupon ruang anak tak lah besar mana...tapi percayalah.. tengok reaksi happy dia.. dah cukup buat aku rasa berbaloi !! bila aku cakap ruang tuk anak.. so..maknanya dia tau.. die akan lebih selesa berada dalam 'dunia' dia.. mungkin perasaan berbeza dari sebelum ni yang asyik menumpang meja kerja kiterang atau pon buat kat atas carpet jer..
alaaaa...sama macam kau ada ruang meja kau sendiri kat office tu lah kan.. haaa.. dapat imagine tak...
dan bila aku cakap.. aku alih meja study dia dalam bilik kerje kiterang ni bermaknanya jugak.. sekarang bilik anak2 totally jadi bilik tido.. dan bilik bermain derang..
rak buku dia semua dah beralih kat bilik kerje ni jugak.. menarik nya.. bilik ni bukan sekadar bilik kerje..tapi jugak tempat letak buku2 termasuk buku2 kiterang dalam rak yang sama.. nanti aku sharing sudut tu pulak yer... besh kalau ada bean bag kat dalam bilik ni.. abah sado cakap lagi best kalau letak tv seketul kecik tuk main game..!! well.. boleh jer dipertimbangkan..menarik gak lah.. tapi kene pikir stock2 barang aku nak letak mana.. hahaha.. [maybe akan pikir cara lain nanti]
seronok kau ada satu bilik khas macam ni.. dulu aku terpikir nak buat bilik ni sebagai bilik wardrobe.. tapi.. end up aku rasa.. bilik kerje lebih praktikal tuk aku yang bekerja dari rumah..yang berniaga.. bersepah kerja ke hapa..semua dalam bilik ni.. tak bawak keluar [kalau ada pon sesekali lah aku bawak lappy aku kerje depan tv] bilik ni sangat berfungsi bukan jer kat aku.. kat abah sado..tapi kat anak jugak..
sebab tu aku selalu galakkan korang bagi satu ruang tuk anak2.. ruang mereka sendiri.. tak perlu besar pon..tak perlu nak nampak mewah pon.. tak perlu nak nampak sempurna pon..walaupon sekadar meja lipat duduk beli kat tesco.. tapi asalkan anak2 sendiri tau.. tu adalah ruang mereka..barang mereka..mesti derang lebih suka.. tak kisah kalau mungkin kat ruang tamu sekali pon.. rumah korang kan.. sokati korang lah nak letak mana.. kalau ada bilik tido khas mereka [walaupon mungkin berkongsi ngan adik badik lain] tapi.. at least ada..lebih menarik.. cuba buat dulu.. dan tengok reaksi dan perkembangan anak2 macamana keh..
tau tak.. apa aku observed dari semua ni.. aku tengok anak2 lebih berdisiplin.. qaleef lebih seronok setiap kali buat kerje dia.. dia tau kat mana nak simpan barang2 sekolah dia.. barang2 belajar dia.. dia kene pastikan meja dia di kemas setiap kali lepas guna.. kekadang.. aku tak perasan.. aku tengok tv kat family area [dekat jer pon] tengok lampu kipas bilik kerje terpasang.. dan aku tau..qaleef ngan ralit membaca sendiri kat meja dia..
dan satu2 nya bilik paling2 terang dalam rumah ni.. bilik kerje ni lah..hahaha.. ada 4 lampu boleh di pasang serentak/ atau berasingan !! cerah bijik mata kau nak membaca ker buat kerje..
aku tak sure kalau aku nak cat bilik kerje ni atau tak.. terpikir nak pasang wall paper.. tapi.. sebab banyak rak dan almari dah dipasang.. macam leceh sikit lah kalau nak buat.. lagi pon.. rasa macam tenang jugak lah bilik cerah ni.. dan ni lah antara wall yang tak pernah di cat lagi.. dari asal pemaju lah ni kire nya.. so far ok jer lah.. cuma.. kot kalau nak kasi menarik tu jer lah.. tapi aku bizi sikit sekarang ni.. ngan bisnes baru nak naik ni kan.. so..kalau nak cakap tu..bukan dalam masa terdekat ni lah senang cerita.. but.. sapa tau kan.. hahahaha.. perangai aku.. aku sendiri susah nak jangka..
notatanganAty : Bilik tidur anak2 apa cerita pulak..??