Friday, March 30, 2018

Tidur lebih lena dan berkualiti dengan Goodnite® Anti Static Mattress


korang tau tak katil yang aku beli masa nak dekat2 kawen tu patah.. hahahaha.. korang jangan pikir bebukan hokeh.. sebelum ni elok jer.. pakai dah lebih kurang 8 tahun hokeh..  cuma dah sampai masa lah tu.. abah sado pon makin berat.. eaahh.. pitam la mak dia baca ni nanti kene kecam.. hahaha.. lagi satu.. bila ank makin bertambah.. dan  makin besar2 ni.. suka nau buat aksi2 gymnastics derang atas katil.. mana lah katil tu tak retak kat tengah2 bahagian batang kayu tu.. 2-3 kali paku kan dah.. sekali haritu time2 abah sado takde die patah lagi.. terus aku cakap.. jom lah tukar katil baru jer lah.. katil macam tu pon dah tak sesuai tuk kiterang yang ada anak2 lelaki super aktif.. huhu

dah alang2 nak tukar katil tu.. teringin lah pulak nak tukar katil dari queen ke king terus kan.. bila gi hotel tido katil lebar2 rasa best jer luas.. lagi pulak shaquille masih tido ngan kiterang menyelit kat tengah2.. melasak pulak tu ya hampun.. dah tukar size katil.. harus lah tukar size tilam sekali...





dan sebab kata nak tukar size katil tu .. kene lah carik tilam baru.. so last week kiterang berjalan pergi ke Export Furniture Fair kat KLCC yang berlangsung dari 9-12 march 2018.. nak tengok tilam sebab masa tu tau Goodnite ni ada bukak booth ritu.. sekarang mereka ada keluarkan Goodnite Statfree Love Series 



kalau nak tau STATFREE yang di gunakan pada Goodnite Love Series Matress berfungsi diperbuat daripada serat karbon ultra halus yang mampu menarik elektrik statik yang terkumpul di dalam badan dan menghantarnya ke udara pada voltan serendah 4000 volt yer which is ianya mampu melegakan  ketegangan mengalir dari badan seseorang semasa mereka berbaring di atas katil ni, sekaligus membolehkan seseorang itu dapat kualiti tidur dan rehat yang lebih baik.. !!

tengok material pon best kan.. kain selesa.. ni baring atas ni pon sejuk jer tau.. serious.. Goodnite memang tak pernah mengecewakan

tengok pilihan2 Goodnite Statfree Love Series kat bawah ni..setiap satu nya ada fungsi yang berbeza..





FOREVER LOVE


TRUE LOVE


dan yang ni jadi pilihan aku iaitu ETERNAL LOVE.. besh giler baring atas ni i tell youuuuu.. 


nak sembang pasal tilam ni.. bagi aku personally.. pemilihan tilam sangat penting..jenis tak kisah nak melabur lebih sikit kat tilam elok yang berkualiti macam Goodnite ni.. aku tak suka yang jenis2 pakai setahun-dua jer lepas tu dah boleh rasa keras2 spring terkeluar sakit badan dan terganggu tido.. untuk orang yang ada anak2 kecik mudah penat dan kerap duduk mengadap kerje / laptop mudah sakit belakang.. jadi kene pastikan waktu tido / rehat aku tu betul2 berkualiti walaupon sekejap.. orang kata kalau tak cukup tido.. atau tido tak lena.. boleh effected gak lah kat mood sepanjang hari.. betul kan ni.. sebab tu aku  pastikan pelaburan aku tu berbaloi tuk jangkamasa panjang..boleh pakai lama pon yer jugak..   dan bagi aku tilan Goodnite ni antara pilihan terbaik.. 

in fact.. macam tilam kawen lama aku tu pon.. kalau nak tau.. memang aku beli tilam brand Goodnite jugak.. sebab tau kualiti nya macamana.. tu elok jer tahan sampai sekarang.. tu sekarang kata nak tukar beli tilam baru pon.. pilih GOODNITE jugak..



ni harga tuk setiap tilam Goodnite Statfree Love Series mengikut size [king & queen]
untuk ETERNAL LOVE dan FOREVER LOVE akan dapat macam2 FREE GIVE product Goodnite yang berbaloi sangat..





ICE SLEEP - yang terbaru sekali keluaran Goodnite dengan effect lebih sejuk !
sesuai sangat lah tilam macam ni tuk cuaca kat Malaysia ni yang membahang ni kan..





ciri2 IceSleep 


korang  yang mementingkan keselesaan.. kualiti.. lagi2 yang nak kawen baru nak membeli perabot tu.. aku rasa beli tilam Goodnite ni sangat berbaloi tuk jangkamasa panjang.. boleh pakai sangat2 lama.. dan paling best sebab tilam ni sendiri selesa dan boleh pakai lama...insyaa Allah puas hati..  boleh try mana2 Goodnite Statfree Love Series.. bagi aku semua pon ok.. tapi yang penting tengok dan ikut keperluan badan kita sendiri.. kot jenis rumah panas jer memanjang tido malam berpeluh2 tak ley tahan.. boleh jugak kalau nak try IceSleep tu kan..