The only thing yg aku tak leh terima dalam dunia bisnes ni adalah bila -kilang/supplier pon sama sibuk nak me niaga kat open market.
sekaligus menjahanamkan agent2 or reseller mereka sendiri
dah la jual harga takde akidah.
bukan mahal tapi murah giler macam harga yg di beri pada agent dan reseller !!
and ada lebih murah dari yg di beri pada agent !!
giler ke hapa.
tu nama nya tamak.
berniaga nak huntung sendiri.
N dia bunuh semua agent, stockist n reseller dia !
sedangkan bertahun sebelum ni, agent dan reseller ni la yg amik stock beribu2 ngan dia
langsung takde pikir ker macamana or nak jaga
ni bukan melayu, Chinese or india tau
ni supplier bangsa lain yg tak familiar pon
kilang2 chinese aty sendiri (almost 99% supplier aty adalah chinese) tak penah meniaga open market
even kau nak carik kilang mereka duduk dalam gugel tu pon memang tak akan jumpa
if mereka nak jual sndiri pon,
mereka akan jual sebagai entiti berasingan (nama company lain)
but still jual harga market. mereka lebih mahir berniaga n tau nak jaga nilai pasaran
tu yg aku respect mereka ni semua walaupon berlainan bangsa/agama
and aku banyak belajar meniaga dari mereka jugak'
tapi yg supplier aku cerite ni
tertanya2 gak aku sebenarnya mereka paham ker tak konsep meniaga n nak jaga nilai tu
sedangkan mereka bukan level 'anak2 bilis'
company besar. aku assumed mereka sepatut nya lbh pengetahuan dan pengalaman
kalau mereka jual pada harga market jugak
tak akan jadi masalah besar
kalau kata nak jual murah sikit pon tak de hal
tapi ni jual harga yg di berikan pada agent
50% hingg 70% lebih rendah !!
ko paham tak skrg ni masalah yg timbul kat pada pihak agent, stockist, reseller?
bayangkan agent2 yg dah amik stock banyak
n jual harga market biasa
sekali supplier 'masuk' jual kat platform yg sama
tapi harga agent.
mampos la semua agent n reseller macam tu gaya
ni bukan pasal tak percaya ngan konsep rezeki
kalau sesama seller (memang ramai je jual bende yg sama)
tapi harga market tak jauh beza.
servis pon berbeza ikut la kretiviti masing2
ada bagi free postage bagai, ada bagi free itu ini bagai
so so far bende2 tu takde isu
memang la ada sejenis yg sukahati 'buang harga'
sanggup amik untung tak banyak (ni pon sejenis peniaga tak paham konsep jahanamkan market)
tapi pasal ni, ikut apa aku belajar, dah pengalaman bertahun2
memang tak akan bertahan lama
yer lah, kalau time barang ngah panas pon - tak kisah amik untung 1-2 hengget (contoh) asalkan banyak terjual
penat jer lebih kau akan dapat (mungkin)
kau tunggu time bila nanti barang dah tak berapa nak up
time tu kau nak turunkan harga lagi pon dah tak boleh
sebab kau hanya akan rugi.
kau takkan mudah2 jer nak naikkan harga. lagi2 tu barang siap (bukan bahan mentah)
end up, kau stop terus n tukar biz lain.
itu apa yg biasa aty tengok, belajar dari pengalaman2 orang lain.
dari kawan2 biznes, dari pengalaman sendiri jugak
so berbalik pada kisah supplier tu
aku bandingkan pasal 'main harga' antara sesapa peniaga dengan tibeeerrr supplier masuk open market n jual harga yg agent dapat.
kau nak beat macamana kalau macam tu?
kalau barang dia murah 50%-60% which is tu sepatut nya nilai keuntungan yg kau dapat
dan semua pembeli kau lari kat dia
yes, as pembeli memang la suka lebih murah
memang bukan salah pembeli pon.
tapi aku sembang ni hal SUPPLIER yer.
kau paham tak supplier ni siapa. mereka adalah pembekal.
kalau supplier jual pada harga market tak apa lah jugak
tapi ni................................
sigh
naseb baik aku tak bergantung kat satu supplier ni jer
n so far kilang2 supplier aku pergi, deal bertahun2 sejak awal berniaga
tak pernah lagi la macam ni.
supplier aku ni, baru jer lbh kurang setahun sejak pkp ritu try
saja carik local walaupon untung tak tinggi macam import dari luar. china contoh nya
tapi boleh la sekadar nak back up sales orang kata time pkp
n bila dah jadi macam ni,
aku memang kene terus amik direct dari supplier luar yg boleh beat harga dia
tapi kesian la yg amik dari dia n supplier local.
sbb kalau dah dia jual harga rendah giler
kau mungkin tak jumpe supplier yg akan bagi kau harga lbh rendah dari tu pon
so nak untung celah mana
well, its ok. bhg tu tertutup
insyaa Allah ada bahagian lain Allah akan beri
asalkan bertawakkal dan berusaha
bengang la ngan supplier tu. tak boleh hadam cara dia buat tu
tapi takde isu besar pon. at least tuk aku
adat meniaga memang macam ni
kau takkan selesa kaut untung gitu2 jer
mesti ada jer ujian yg datang
buat kite akan sentiasa berusaha lebih keras dari masa ke semasa
tapi, pengalaman tu yg bantu kite acaner nak handle bende2 ni
pengetahuan berniaga tu penting
so korang yg mana meniaga tu, selain pengalaman
carik ilmu meniaga sebanyak2 nya - supaya tak buat bende2 kurang bijak macam supplier aku tu
Ingat, bila kau founder, supplier ke hapa
jangan jadikan kau punya agent ker stockist ker, reseller ker
sebagai pesaing kau
sebab mereka ngah jual barang kau. mereka yg tolong upkan biz kau
mereka bukan musuh
n selalu pegang untuk sharing rezki sama2 insyaa Allah rezki akan bertambah
and kalau berniaga ngan banyak pesaing2 lain,
tolong la sama2 jaga market, jaga nilai pasaran
jangan la suka2 buang/main harga asal dapat untung sikit tak apa -kau pikir
orang2 macam tu lah yg merosak kan market tu sendiri
sori la lama tak update blog
tiber2 masuk terus merempan pasal bisnes hahaha
selalu aku merempan kat ig n fb jer
tapi ni rasa tiber nak merempan kat blog macam lagi puas pulak
korang boleh follow IG aty @atyfared ok
kat situ update semasa
kalau sudi hikhik