Showing posts with label PERNIAGAAN. Show all posts
Showing posts with label PERNIAGAAN. Show all posts

Friday, October 29, 2021

BILA KAU KENE BERSAING KALAH MATI DENGAN SUPLLIER KAU SENDIRI

 

The only thing yg aku tak leh terima dalam dunia bisnes ni adalah bila -kilang/supplier pon sama sibuk nak me niaga kat open market.

sekaligus menjahanamkan agent2 or reseller mereka sendiri

dah la jual harga takde akidah.
bukan mahal tapi murah giler macam harga yg di beri pada agent dan reseller !!
and ada lebih murah dari yg di beri pada agent !!

giler ke hapa.
tu nama nya tamak. 
berniaga nak huntung sendiri.
N dia bunuh semua agent, stockist n reseller dia !
sedangkan bertahun sebelum ni, agent dan reseller ni la yg amik stock beribu2 ngan dia

langsung takde pikir ker macamana or nak jaga

ni bukan melayu, Chinese or india tau
ni supplier bangsa lain yg tak familiar pon
kilang2 chinese aty sendiri (almost 99% supplier aty adalah chinese) tak penah meniaga open market
even kau nak carik kilang mereka duduk dalam gugel tu pon memang tak akan jumpa
if mereka nak jual sndiri pon,
mereka akan jual sebagai entiti berasingan (nama company lain)
but still jual harga market. mereka lebih mahir berniaga n tau nak jaga nilai pasaran
tu yg aku respect mereka ni semua walaupon berlainan bangsa/agama
and aku banyak belajar meniaga dari mereka jugak'

tapi yg supplier aku cerite ni
tertanya2 gak aku sebenarnya mereka paham ker tak konsep meniaga n nak jaga nilai tu
sedangkan mereka bukan level 'anak2 bilis'
company besar. aku assumed mereka sepatut nya lbh pengetahuan dan pengalaman

kalau mereka jual pada harga market jugak
tak akan jadi masalah besar
kalau kata nak jual murah sikit pon tak de hal
tapi ni jual harga yg di berikan pada agent
50% hingg 70% lebih rendah !!
ko paham tak skrg ni masalah yg timbul kat pada pihak agent, stockist, reseller?

bayangkan agent2 yg dah amik stock banyak
n jual harga market biasa
sekali supplier 'masuk' jual kat platform yg sama 
tapi harga agent.

mampos la semua agent n reseller macam tu gaya

ni bukan pasal tak percaya ngan konsep rezeki
kalau sesama seller (memang ramai je jual bende yg sama)
tapi harga market tak jauh beza.
servis pon berbeza ikut la kretiviti masing2
ada bagi free postage bagai, ada bagi free itu ini bagai
so so far bende2 tu takde isu
memang la ada sejenis yg sukahati 'buang harga'

sanggup amik untung tak banyak (ni pon sejenis peniaga tak paham konsep jahanamkan market)
tapi pasal ni, ikut apa aku belajar, dah pengalaman bertahun2
memang tak akan bertahan lama
yer lah, kalau time barang ngah panas pon - tak kisah  amik untung 1-2 hengget (contoh) asalkan banyak terjual 
penat jer lebih kau akan dapat (mungkin)
kau tunggu time bila nanti barang dah tak berapa nak up
time tu kau nak turunkan harga lagi pon dah tak boleh
sebab kau hanya akan rugi.
kau takkan mudah2 jer nak naikkan harga. lagi2 tu barang siap (bukan bahan mentah)
end up, kau stop terus n tukar biz lain.

itu apa yg biasa aty tengok, belajar dari pengalaman2 orang lain.
dari kawan2 biznes, dari pengalaman sendiri jugak

so berbalik pada kisah supplier tu
aku bandingkan pasal 'main harga' antara sesapa peniaga dengan tibeeerrr supplier masuk open market n jual harga yg agent dapat.

kau nak beat macamana kalau macam tu?
kalau barang dia murah 50%-60% which is tu sepatut nya nilai keuntungan yg kau dapat
dan semua pembeli kau lari kat dia

yes, as pembeli memang la suka lebih murah
memang bukan salah pembeli pon.
tapi aku sembang ni hal SUPPLIER yer.
kau paham tak supplier ni siapa. mereka adalah pembekal.
kalau supplier jual pada harga market tak apa lah jugak
tapi ni................................


sigh

naseb baik aku tak bergantung kat satu supplier ni jer
n so far kilang2 supplier aku pergi, deal bertahun2 sejak awal berniaga
tak pernah lagi la macam ni.
supplier aku ni, baru jer lbh kurang setahun sejak pkp ritu try
saja carik local walaupon untung tak tinggi macam import dari luar. china contoh nya
tapi boleh la sekadar nak back up sales orang kata time pkp

n bila dah jadi macam ni,
aku memang kene terus amik direct dari supplier luar yg boleh beat harga dia
tapi kesian la yg amik dari dia n supplier local. 
sbb kalau dah dia jual harga rendah giler
kau mungkin tak jumpe supplier yg akan bagi kau harga lbh rendah dari tu pon
so nak untung celah mana

well, its ok. bhg tu tertutup
insyaa Allah ada bahagian lain Allah akan beri
asalkan bertawakkal dan berusaha

bengang la ngan supplier tu. tak boleh hadam cara dia buat tu
tapi takde isu besar pon. at least tuk aku
adat meniaga memang macam ni
kau takkan selesa kaut untung gitu2 jer 
mesti ada jer ujian yg datang
buat kite akan sentiasa berusaha lebih keras dari masa ke semasa

tapi, pengalaman tu yg bantu kite acaner nak handle bende2 ni
pengetahuan berniaga tu penting
so korang yg mana meniaga tu, selain pengalaman
carik ilmu meniaga sebanyak2 nya - supaya tak buat bende2 kurang bijak macam supplier aku tu

Ingat, bila kau founder, supplier ke hapa
jangan jadikan kau punya agent ker stockist ker, reseller ker
sebagai pesaing kau
sebab mereka ngah jual barang kau. mereka yg tolong upkan biz kau
mereka bukan musuh
n selalu pegang  untuk sharing rezki sama2 insyaa Allah rezki akan bertambah

and kalau berniaga ngan banyak pesaing2 lain,
tolong la sama2 jaga market, jaga nilai pasaran
jangan la suka2 buang/main harga asal dapat untung sikit tak apa -kau pikir
orang2 macam tu lah yg merosak kan market tu sendiri





sori la lama tak update blog
tiber2 masuk terus merempan pasal bisnes hahaha

selalu aku merempan kat ig n fb jer
tapi ni rasa tiber nak merempan kat blog macam lagi puas pulak

korang boleh follow IG aty @atyfared ok 
kat situ update semasa 

kalau sudi hikhik






Thursday, September 19, 2019

orang tanya : NAK BERNIAGA APA?


aku selalu terima email.. tapi dah lama aku tak share kat sini..
selalu jawap direct jer..

tapi kali ni.. rasa nak reply kat sini..
sebab.. ni antara perkara yang selalu orang share.. atau tanya kat aku..
kire sekali harung la aku jawap yer..
kebetulan malam ni sis rasa free sikit..
nak layan movie kat tv pon takde cerite best..
kain pon dah lipat.. eeahh tiberrrrr.. ahaakkss..




waalaikumsalam....

fes sekali..pasal INSPIRED tu..

jujur nya.. aku segan sikit lah..ahahaha..
rasa tak layak - belum lavel nak menginspirasi kan orang lain lagi..
aku sharing pon atas diri sendiri...dan pengalaman secoet tak seberapa tu jer..
tu pon saja2 nak cerita...
takde niat pon rasa hebat or bangga lalui semua tu..
percaya lah.. kekadang pon aku kelaut jugak..
tu pasal kalau boleh tak nak sharing sangat pasal bisnes ke hapa..
sebab takde apa nak dibuktikan lagi..
orang kata..setakat lepas diri sendiri jer..

still.. alhamdulillah kalau perkongsian aku mampu memberi inspirasi kat orang..
sekurang2 nya.. bermanfaat..  kan...
tak dapat semua.. dapat sikit pon.. jadi lah...





perkara kedua is.. pasal kerja..

macam aku pernah sharing kat entry2 lama... dolu2..
tak semua orang.. nak jadi suri rumah yer..
tak semua orang kau boleh suruh duduk umah jaga anak..
yang penting saling menerima dan hormat pendirian orang lain..
semua orang ada asbab masing2..
ada orang memang suka kan kerja dan kerjaya nya..
aku sendiri hormat wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama seorang isteri dan ibu..
sebab aku dapat bayangkan macamana penat balik kerja.. uruskan anak2 dan rumah tangga pulak..

dan walaupon aku suri rumah..
pantang aku baca status orang cakap "seb bek aku tak kerja jaga anak sendiri"
atau "biar lah susah takde duit janji anak depan mata"
bila satu2 tragedi anak kat taska viral...
(sama pantang nya bila orang dok mengata pasal suri rumah)

ingat satu bende.. SETIAP ORANG.. KISAH NYA BERBEZA.....

dulu mak aku pon bekerja tuk sama2 sara kami adik beradik..
dan aku tetap rasa mak hebat sebagai wanita bekerja..
kalau mak aku tak sama2 tolong ayah aku..
aku pon tak tau macamana aku dan adik2 nak sambung belajar lebih tinggi..
sebab adik beradik kami ramai..
aku setakat anak dua boleh lah cerite sembang anak hantar sekolah swasta bayar bulan2...

kan....

sigh...

ada orang pulak memang kerja sebab sayangkan kerjaya nya...
tak semesti nya pasal duit semata..
yer.. aku jumpa jer orang macam ni..
kat kalangan kawan2 aku.. selain dari penghantar email ni sendiri..

eeahh.. dah kalau semua nak suruh jadi suri rumah..
kau nak beranak.. nak doktor perempuan hadap..mana nak datang nya pulak kan...

kunci nya satu jer.. tak yah sibuk2 pikir kan hal jalan orang lain..
kau hebat.. kau tak..
no such things..!!
kau jer perasan.. ahahaha...


ok.. sebenarnya hal kedua ni tak berapa berkaitan sangat ngan email..
saja aku nak sembang...




so masuk pasal hal bisnes..
aku sharing satu2 yer....

fes.. sis email ni tanya.. nak bisnes apa? yang senang dapat target customers..

just sharing..
aku pernah dengar bisnes talk dari Irfan Khairi (dulu2 popular sebab antara yang terawal buat bis online juta2 melalui internet -sebelum zizan tu lagi)

CARI BISNES YANG KITA SENDIRI SUKA KAN BENDE TU... 

tu IK tu bagitau bila orang tanya.. nak start ngan biz apa.....
cari sesuatu yang berkaitan ngan HOBI kita..

sebab nya.. kalau bende tu kite suka.. kite tak akan begitu mudah putus asa..
dan kite sendiri akan letak kan effort kite kat situ..
walaupon pada waktu biz kite down..
atau walaupon biz tak terus untung juta2.. (macam target orang sekarang)
tapi kite akan ok jer..bertahan dan sentiasa carik jalan tuk bertahan...

teringat lak makcik aku pencinta kucing.. memang giler kan kucing.. sampai segala2 pasal kucing dia tau..
tak kire lah kucen kampung.. kucen sakit.. kucen jalanan.. apetah lagi kucen import..
kau boleh menyembang ngan dia pasal kucen sehari suntuk non stop ngan dia..
satu masa.. dia bukak bisnes pet shop..khusus pada kucen.. ngan kawan baik dia yang cat lover jugak..
memang sesuai sangat la ngan dia..
walaupon biz dia tak dapat sambutan..(atas sebab2 tertentu)
tapi aku tengok dia bertahan jugak..
still pergi kedai 'lepak' ngan kucen2 dia.. layan kucen2 dia ngan baik..
dia happy jer.. walaupon income tak memberangsangkan..
tak pernah rasa stress.. dan sentiasa carik jalan nak majukan biz dia..
sebab dia suka sangat ngan apa yang dia buat...!! tu jer point nya..

tapi.. takper lah.. dia banyak duit lain.. ahahahaha...

cuma.. apa yang aku nak sampaikan.. sebab aku nampak depan mata.. macamana dia bertahan dan tak mudah putus asa gitu2 walaupon ada masa dia tak dapat income pon..

KAU TENGOK ORANG TU JUAL MASYUK.. KAU PON NAK JUAL BENDA YANG SAMA..

Jangan hokeh..!!
kau tengok kawan ko jual minyak wangi untung ribu2..
kau pon sibuk nak jual.. sedangkan langsung tak minat minyak wangi..

kau tengok orang jual produk kesihatan popular hari2 update banyak orang order..
kau pon pikir..kalau kau jual.. mesti ramai jugak yang carik beli n untung banyak..

jangan ikut orang.. jangan jual sebab kau tengok orang jual tu masyuk
sedangkan kau tak tau macamana dia promoted barang dia sampai laku..
yang kau nampak.. seronok untung jer..

aku bercakap melalui pengalaman aku sendiri jugak...

well.. kalau ada pernah baca 9 biz yang aku pernah cuba sebalum ni..
tau lah aku dah buat macam2 jenis biz yang berbeza..

orang kata.. biz pakaian kompem laku.. sebab hari2 orang pakai baju.. kan..
tapi kalau kau tak minat.. kau takde kemahiran..
atau macam aku setakat minat pakai dan ootd..(ahahaha)
so.. susah gak lah nak bertahan..
sebab.. aku dah pernah cuba buat !!!
aku tengok orang buat biz pakaian masyuk giler.. seronok kan..
rasa macam.. eeaahh.. senang jer ni.. aku pon memang suka fashion...
tapi bila dah cuba... baru tau struggled nya macamana..
dan bila kau tak de orang kata 'semangat' tu.. kau akan mudah putus asa...


so.. carik lah bende yang kau rasa 'semangat' nak jual.. kau suka..
which is.. kau betul2 suka.. kau guna bende tu.. or kau ada pengetahuan pasal product tersebut..
satu kelebihan lain.. dah kau suka.. dan kau tau pasal bende kau jual tu..
kau akan lebih seronok berkongsi..
sebab berniaga ni.. lebih pada perkongsian jugak sebenarnya..
dari perkongsian tu lah orang tau dan nak membeli dan jana pendapatan...
walaupon bende tu orang lain dah sharing dulu sekali pon..
kau sendiri kene ada pengetahuan pasal bende tu.. bukan sekadar untung jer tau..
dan bende tu kau akan dapat/cari/tau bila kau suka/guna sendiri bende tu..
kalau kau malu2.. kejap on off.. orang pon tak perasan kau..
pastu orang tanya kau jawap ala kadar.. atau pon tak tau sangat pasal produk tu..
tu yang jadi tu..
tu aku cakap.. bende ni datang ngan semangat..
kalau kau tak tau pasal bende tu.. tapi kau semangat nak jual.. kau suka..
kau akan usaha tuk amik tau.. dan seronok nak sharing jugak.. haaa gituh..

tu pengalaman aku sendiri lah tu...
cari KEKUATAN KITA.. APA PENGETAHUAN DAN MINAT KITA..

and biz aku yang sekarang ni aku jumpa lepas dengar biz talk IK tu lah..
masa tu tak perasan lagi.. tapi kebetulan Allah dorongkan aku..
dan betul..!! bila aku suka sangat ngan apa aku buat sekarang ni..
aku bertahan jer sampai sekarang..dah masuk tahun kedua - hampir tahun ketiga dah..
walaupon ada masa biz aku pon kurang income nya..
dan pernah jugak takde income yer.. jangan tak tau..
tapi aku ok jer.. still nak terus kan.. demi Allah.. aku jujur sharing..
takde sikit pon rasa macam nak putus asa ngan biz aku sekarang ni..

walaupon ada masa struggled giler nak mampuih..
masalah pekerja.. job masuk banyak tapi takde orang nak buat.. haaa pernah yer..
cuma tak sempat nak sharing jer lagi.. n terpaksa harapkan abah sado..
n macam2 lagi lah hal nya..

tapi..tak tau macamana.. aku still ok dan bertahan..
stress sikit2 pasal kerja biasa lah tapi takde sekali pon rasa nak give up..
serious lain dan beza sangat rasa nya tau..

sedang kan work load nya pon lain macam punya penat..
bukan niaga online dari rumah-amik stock-post- macam dulu2 lagi..
kerja aku yang sekarang ni kekadang macam kerja lelaki jer pon ada gak..
tapi aku still suka sangat..
maybe sebab dalamline yang aku suka sangat..
walaupon banyak kali timbul masalah yang bukan kecik2 punya hal..
tapi sebab aku suka sangat ngan apa aku buat sekarang..
aku ok jer.. tak terpikir lagi nak give up.. atau tukar biz..
in fact.. dari situ lah aku kembang-kan lagi biz aku ke cabang lain.. (bidang yang sama)

so kau cakap lah apa jer.. tapi aku rasa.. biz yang paling sesuai ngan kite..
walaupon mungkin berbeza ngan orang lain..
tapi itu lah yang paling sesuai ngan kita.. percaya lah.. aku dah buktikan dari 9 jenis perniagaan yang aku pernah buat...
insyaa Allah..


MACAMANA NAK CARI NICHE DAN TARGET SESUATU BISNES ?

Niche ni sumting yang lebih spesefik untuk biz kita..
contoh kau minat baju.. memang pakar lah dalam fashion designer ni kan..
and kau memang plan nak biz pakaian or boutique..

tapi.. pakaian jenis macamana kau nak jual..??
perasan tak kite kalau gi market..
lalu kedai A.. jual baju muslimah jer..
lalu kedai B.. jual kasut/baju berkaitan sukan jer.. contoh Al-Ikhsan..
lalu kedai C.. jual pakaian dalam wanita jer..contoh La Senza (kategori pakaian la jugak)

haaa nampak tak... niche ni bantu kau lebih fokus nak capat atau kat nak target pada sapa..

contoh kau jual pakaian kanak2 ..
target kau mesti la pada mak pak or kawan2 yang ada anak2 kecik..
tak kan kau nak jual or suruh beli kat orang belum kawen..

macam tu jugak kalau kata bidang masakan..
bukan semua jenis masakan segala masakan timur.. barat.. nasik2.. wastern.. kuih2.. kek.. kau boleh buat dan jual sekali harung..
ada niche dan target tertentu..

kau nak biz makanan...ok.. fine..
so apa niche dan target market kau?
paling penting yang atas aku dah bagitau..
apa yang kau suka.. apa kemahiran kau.. apa kemampuan kau..
ye la.. makanan banyak jenis makanan nya kan..
so.. kata lah kau suka baking.. buat kek.. or pastry..
tu lah niche kau..
daripada niche tu lah kau akan dapat target kau siapa..


kita hanya akan tau.. bila kita dah jual bende tu..

bende ni aku just boleh sharing secara general jer.. since lain orang.. lain biz nya..
n dah tentu lah lah lain target nya...

apa yang penting.. kau kene tau dulu apa yang kau nak jual..
so baru kau boleh tau siapa target kau..



n yang last sekali.. takde masalah pon nak gajikan orang lain..
kalau ada untung atau duit lebih tuk gajikan pekerja.. then tu lebih baik..

semua orang beniaga pon.. yang mana start kecik2 tu.. mesti akan rasa nak ada pekerje atau TEAM WORK sendiri..
rasa macamana jadi bos.. orang lain buat kerja tuk kita..

in fact..aku sendiri pon gajikan pekerja tuk buat kerja kat bengkel..
dan termasuk tuk reply wassap/amik order...

kenapa penting nya ada TEAM BEKERJA lain?
bayangkan macam aku punya bisnes.. kata lah aku kerja sendiri2..
kata lah tetibe aku sakit.. tak ley nak kerja..
so otomatik.. kerja aku pon tak jalan.. kalau kerja tak jalan.. income pon akan stop
dan biz pon boleh telungkup...kan sayang tu..
nak start balik bukan mudah..
so kat situ lah penting nya ada pekerja... ada orang lain kau boleh harapkan..
lagi satu.. bila kerja di bahagikan.. kerja akan sistematik.. dan kite akan lebih fokus pada kerja kite sendiri..
takde lah aku terkejar2 buat itu buat ini.. penat..

TAPI.. tengok jugak lah kerja dan biz kita tu acaner..
kalau ada modal besar.. terus ada biz fizikal macam kedai..boutique.. pejabat.. or sebagai nya..
memang perlu la ada team lain.. ada pekerja.. ada orang yang akan run biz kita..
logik nya.. kalau kita tak ley buat.. dan tak upah orang lain.. macamana biz nak berjalan.. kan?

well.. bagi aku.. amik pekerja tu satu cerite lain..
bergantung besar mana biz or modal or duit kau nak bayar..
dan bergantung keperluan..
ada duit.. segala macam pakar kau boleh hired..
persoalan nya.. tu kalau modal/untung lebih..
kalau berniaga online kecik2.. untung rm 2-3 k jer sebulan.. berapa kau nak bayar perkerja pulak.. haaaa.. gituuu....

personally.. kite sendiri bila nak start berniaga..lebih2 lagi peniagaan kecik..
baru nak start.. baru nak carik rentak..
its ok kalau kite rasa susah dulu.. perkara tu biasa.. (ni aku cakap tuk orang yang takde modal besar dari awal yer) macam aku berniaga dulu2..
biasa nya bermula dari kita seorang/sendiri atau dengan orang yang joint biz ngan kita..
contoh aku.. aku run ngan abah sado..laki aku sendiri..
biz aku yang ni pon.. 5 bulan pertama.. memang kami jer uruskan semua...memang penat dari segi tenaga dan masa... tapi.. kami ok dan berusaha jugak la..
kami kerja keras..tuk rolling modal dan nak nampak untung..
bila sampai satu masa.. baru aku carik pekerja sebab work load makin bertambah...
tapi.. bila ada pekerja ni.. aku pikir lagi kene gigih carik kerja sebab nak bayar gaji pekerja..
haaa.. macam tu la.. ada pro contra nya..

beniaga ni tak semudah kita bayangkan..
semua nya kita akan rasa melalui pengalaman..
kekadang nampak macam orang lain senang jer kaya raya..
tapi.. sebalik tu.. takde orang tau jerit perih nak berjaya tu..
yang penting.. jangan mudah putus asa...


apa2 pon.. aku sekadar berkongsi sikit pengetahuan aku yang ada ni..
macam aku cakap.. tak layak pon nak sharing sangat pasal bende2 ni..
tapi.. apa aku tau.. aku bagitau..
dan aku mintak maaf sangat2.. kalau perkongsian aku ni ada menyinggung hati.. atau tak betul..atau tak tepat..atau terkurang kat mana2..


by the way.. sori jugak letak gamabr takde kene mengena.. hahahahahaa..
saja nak buat pertion.. part by part..
tak tau nak letak gambar apa.. gambar sendiri pon boleeeeeyyy...



























Wednesday, July 31, 2019

anak2 meyusahkan kite tuk bekerja dari rumah ?



Aku peniaga sejak 7 tahun lepas... 

bermula dari meniaga online kecik2.. sampai lah meniaga (online) untung belas2 ribu sebulan..
dan sampai la aku ada kedai(bengkel) fizikal sendiri sekarang
dan buat interior designer / consultant sekarang ni..

dari qaleef umur setahun.. sampai lah mengandung anak kedua.. 
dan sampai lah anak dua dah 4 tahun lebih saat ni...
aku boleh dikatan as half -fulltime housewife- half working mom.. or senang cerite.. bekerja dari rumah..
kerja.. berniaga.. dan uruskan anak2/rumahtangga sepenuh nya dalam masa yang sama..

jadi.. bahagian mana yang aku tak rasa..?
dan apa alasan orang nak bagi.. kalau aku dah buktikan...

betul.. memang ada orang pernah cakap "senang lah nak meniaga/bekerja dari rumah..anak2 dah besar2..anak saya kecik2.. nak gerak mana2 pon susah"

bagi aku.. anak2 bukan alasan langsung.. 
aku kalau nak buat.. aku buat jer jugak.. tak kira lah apa pon bende nya.. 
selagi Allah izinkan.. 
n bagi aku.. anak2 lah aku selalu menjadi asbab tuk aku menjadi lebih baik.. insyaa Allah..
kalau bukan sebab qaleef dulu... aku mesti masih kat 'situ'
terikat dengan masa 8-5 bekerja untuk orang lain..
dan mungkin gaji aku pon.. 'setakat' tu jer...

so hari ni.. saja nak sharing macamana aku meniaga-bekerja dari ngan anak2 ni...
cara pengurusan masa dan macamana aku jana duit sendiri.. 
maksud nya.. walaupon ada anak2 yang sedang nak membesar dan perlukan perhatian..
tapi aku mampu dan berdikari dari segi kewangan..
walaupon aku masih kuli.. tapi.. aku jugak bos..



masa aku memula sekali ter-jebak dalam perniagaan online.. tahun 2013.. secara tak sengaja..
masa tu qaleef baru nak setahun.. (arwah mak ijan pon ada lagi masa tu)
aku meniaga educational wooden toys.. -sesuai ngan niche aku masa tu yang selalu dan suka sharing pasal pendidikan anak2..
aku tak pakai modal sendiri pon.. aku cuma perlukan kegigihan dan usaha masa tu..

macamana aku buat.. berniaga tanpa modal..?
aku bukak pre order..
customer bayar dulu.. dan aku akan bagi tempoh masa tuk penghantaran..
dapat duit cust tu lah aku rolling sebagai modal..
kepercayaan sangat2 penting..dan aku bersyukur aku dapat kepercayaan tu..walaupon bukan mudah..

fes batch.. aku dapat untung rm 500-1k.. syukur dah tu... rasa banyak dah (walaupon tak sebanyak gaji aku bekerje sebelum tu pon)
tapi aku syukur ngan rezki Allah bagi..(rasa syukur tu sangat penting yer)
dan sentiasa meningkat setiap kali pon..
dan dari duit untung aku simpan sikit2 (tak harap abah sado pon) tuk beli barang simpan stock..
tu pon sikit2 yer..
sekali beli kuar modal 2-3 ratus jer.. bukan banyak pon barang aku dapat..
dan aku kene berulang alik dari rawang ke Klang tuk beli stok..

yang tu aku cakap.. perlukan kegigihan dan usaha..
aku tak duduk2 jer tuk dapat duit/untung..

memang memula dulu.. aku amik barang kat GM Klang.. 
Gm pon baru jer onz.. tak ramai orang tau lagi..
n waktu tu pon GM kalau jual barang harga borong.. memang murah.. (tak macam sekarang)

bayangkan.. rumah aku kat rawang..
aku kene amik stok barang kat Gm Klang.. perjalanan ke sana 45-50 minit sehala lebih kurang tuk aku amik barang..
ngan bawak anak kecik lagi kat sebelah.. qaleef masa tu belum pon setahun..
walaupon mak aku masih ada kat sana..tapi aku tak pernah tinggal qaleef tuk orang lain jaga while aku bekerja..
aku bekerja pon.. aku bawak jer qaleef merata... tolak la stroller sendiri carik barang apa nak di jual..

time amik stok banyak2... mintak lah tolong pekerje kedai tolong bawak kan (pakai trolley) ke parking kereta bawah..
-penting jalinkan hubungan baik ngan dieorang semua.. aku jadikan kawan2 tuk aku.. belanja kfc kalau datang..borak2 tanya kabar family anak2 dia (beli jiwa)-
alhamdulillah.. semua berjalan lancar..
walaupon penat sangat2.. bukan setakat diri sendiri.. tapi libatkan anak jugak..
tapi aku tak nak malas... 
memang kalau kata malas.. baik aku duduk jer lepak2 umah layan anak tengok tv.. nak belanja sikit2 mintak jer lah kat abah sado..bukan dia tak mampu... 
tapi aku nak buat jugak.. tuk diri aku sendiri..

aku pon tak tau kenapa aku ghajin sangat masa tu..ahahaha
maybe sebab.. berbaloi kot..
untung masa tu 2-3 ribu (dan makin meningkat) duduk2 umah takde komitmen apa.. memang banyak la... 
key word nya cuma kene rajin...tu jer..

dengan anak kecik jugak.. aku sendiri bungkus barang malam2... 
kejap2 anak bangun nak susu.. aku kene berenti buat kerje.. dan sambung balik sampai kelewat malam..
esok nya bawak anak kecik tu sekali ke pos laju hantar barang ber-bag2.. 
sangkut kat bahu.. tangan kiri pegang bag (ikea) isi barang.. tangan kanan pegang qaleef yang kecik lagi (sebab tu agak nya Allah izinkan Qaleef bejalan awal-seawal 9 bulan)
barang berat.. penat..selekeh..
but aku tak dulik semua tu..
seminggu 2-3 kali macam tu menghantar barang ke Pos laju yang jauh nya 20 minit dari rumah..

dan... aku buat semua tu sama2 ngan qaleef..!! 
dia la kehulu kehilir ngan aku sentiasa.. ikut mak nya buat kerja..
dia tak paham..ada masa dia penat.. menanges.. meragam...
semua tu salah satu cabaran..
tapi aku tak pernah rasa nak berhenti..
dan tak pernah anggap anak sebagai halangan...
aku terus kan..............................

tapi semua tu hanya permulaan jer..
bila aku makn mahir dan pandai handle.. semua ok jer..
semua jadi mudah... 

satu masa.. lepas dah bina hubungan ngan kedai.. ngan tokey.. senang sikit kerje aku..
kekadang sikit2.. aku buat dropship jer.. dieorang tolong pos kan tuk kita..
tak perlu lah aku gi ulang alik amik stock.. semua dia buatkan..
tapi kene pandai carik kedai sikit la..
sebab dropship ni biasa untung tak berapa banyak..
tapi macam aku cakap.. kalau hubungan tu baik.. dieorang ok jer.. (ikut pengalaman)
masih tetap menguntungkan..!!
bisnes macam ni sesuai tuk orang yang takde kenderaan.. 
but still awal2 kene gak usaha kuar mencarik jumpa peniaga..
or sekarang memang dah banyak yang bukak tuk joint as dropship.. tanpa modal..
carik jer lah.. still.. paling penting..kene rajin usaha.. carik jalan..




tahun ke 2 aku meniaga online.. aku mengandung anak kedua pulak..
aku masih lagi terus kan berniaga online.. kali ni bukan setakat barang2 aku kene amik kat GM klang..(bukan 1-2 jenis barang.. apa jer boleh try.. aku try dan tengok boleh jual or menguntungkan atau tak)
sambil2 tu..aku dah berniaga Ephyra  (supplement kecantikan)  dan kerja aku bertambah bila aku kene amik stock Ephyra kat KL -setiap 2 minggu
(sebab modal lebih kurang RM 6-7k setiap kali nak amik stock so dapat amik sikit2 dalam 10-15 ctn jer setiap kali pon)

income masa tu 5 angka sebulan... ephyra dan barang2 dari GM... 
tapi aku bukan duduk2 saja rilek2 dari umah dapat duit sejepuk macam tu yer..
aku buat dengan usaha.. ngan penat lelah..ngan tenaga.. ngan masa aku sendiri..
(ngan pertolongan dan sokongan abah sado jugak)

even masa sangat sarat mengandung pon.. aku tak pernah stop.. aku lagi rajin giler bekerja..
kehulu kehilir.. amik stock merata.. pos barang hari2..
bawak qaleef dan bawak perut..

aku bekerje sampai sebelum aku masuk labour room nak beranakkan shaquille..serious...(sebelum aku contraction)
aku bersalinkan dia 26 May.. bayangkan masa tu.. time gaji.. ahahaha..
memang setiap kali time gaji tu lah aku paling sibuk n paling banyak order..
tapi time gaji bulan tu.. aku nak beranak pulak..

rezki...........................

sebelum aku betul2 sakit nak beranak tu.. aku masih boleh reply wassap..
aku layan jer cust macam biasa.. 
cust repeat order ephyra (regular cust) transfer duit hari tu..
untung aku satu malam.. cecah 5 angka..untuk ephyra jer.. (selalu tak lah satu malam dapat banyak cegitu)
sedangkan aku dah nak beranak sangat dah tu..-tunggu masa jer-
mashaa Allah.. rezki shaquille betul hari tu.. 
aku sebenarnya bukan kire sangat pasal duit tu..
tapi.. dalam keadaan aku ok sebelum tu..
orang wassap nak beli.. aku layankan jer lah kan.. sambil2 berzikir nak beranak..
meniaga online.. cegitu lah... mengaji satu surah.. berenti.. layan customers..
sebelum betul2 sakit.. takde bende nak buat sangat.. masuk lah income jugak..
bila sakit tu baru lah aku stop.. sampai beranak...
and aku mintak tolong abah sado uruskan penghantaran barang while aku kat spital..
(kalau ingat jugak time tu arwah tina meninggal dunia yang banyak gak kisah nya)

apa aku sharing ni.. bukan nak kata aku kejar duit tak kire keadaan..
tapi aku nak bagitau.. semua tu bukan halangan tuk aku carik duit sendiri dari rumah..
aku nak bagi contoh...kalau aku boleh buktikan yang anak2 dan keadaan diri aku bukan halangan..
kenapa orang lain tak boleh...
ada anak kecik.. aku sarat mengandung.. bukan kekangan tuk kite sebenarnya..
yer memang lah penat.. memang la susah hangkut anak lagi.. uruskan bisnes dan rumahtangga ngan anak masih kecik lagi masa tu.. kurang rehat.. kurang tido.. 
tapi kalau kite nak.. kite akan buat jer..
pandai2 lah adjust masa.. jangan suka nak buang2 masa macam tu jer..
aku tak suka..aku rasa nak tido siang lama2 sangat pon dah rasa membazir masa..
kalau bukan tuk jana income pon.. aku akan buat aktiviti aku suka..
yang penting.. rumahtangga.. anak2.. makn minum dan segala keperluan tak terabai..
carik masa tuk diri sendiri.. 
yang selalu jadi masalah.. kalau kite tak nak.. malas sebenarnya nak hadap 'kesusahan' tu...
tu yang banyak nau alasan tu..




walaupon anak dah 2 dan  cabaran nya lain pulak...
shaquille baby lagi.. qaleef pon baru 3 tahun..
orang kata 3 tahun tu.. besar mana lah tuk memahami semua tu kan..
memula jer rasa huru hara.. tapi aku tak nak putus asa.. lama2 ok jer..
aku carik lak jalan lain.. -sebab masa tu aku tak sampai hati nak hangkut shaquille yang masih sangat baby pergi tempat2 macam tu penat2-
macam2 lah aku buat..
alhamdulillah aku dapat bantuan dan sokongan dari abah sado..
n sebab dah berpengalaman.. dan biasa.. ada masa.. aku panggil van pos laju jer datang collect barang kat umah..
tapi.ada jugak masa aku berangkut shaquille dalam car seat n berdukung time post barang..
waktu tu pulak.. aku kene urus masa tuk hantar-amik qaleef sekolah..
ni biasanya bila abah sado takde gi out station..

still.. tak pernah berhenti... tak pernah merungut..

sampai la sekarang...perniagaan makin besar.. aku makin advanced..
tapi semua tu tak datang sendiri..
semua tu datang ngan kepayahan.. penat.. cabaran... anak2.. masa2... dan semua yang korang rungut kan kat aku tu..
aku dah rasa dah lalui sendiri...
sebelum anak2 aku tu besar (macam orang pikir anak dah besar senang lah nak bisnes) aku dah lalui dulu dah semua step by step tu..

cikgu aku..hanya pada pengalaman...
modal aku hanya dari zero..

tak di nafikan lah.. bila anak2 dah besar sikit ni.. memang lebih mudah urusan..
anak2 pon dah sekolah... walaupon separuh hari (tuk si Shaquille)
n pandai urus diri sendiri (sikit) memudah kan kerja aku..
dah tak risau sangat...
dieorang pon dah paham kerje mak dia...
but still.. sebelum anak2 besar macam ni.. aku dah lalui macam2 jugak...

well... masih lagi tak berjaya mana pon...
nak sembang kencang pon malu..
cuma aku just sharing..pengalaman aku berniaga - bekerja dari rumah ngan anak2 kecik...
which is.. setiap bende tu ada jer cabaran nya..
dan aku tak nak jadikan alasan semua tu...

nanti kalau ada anak 3 insyaa Allah kalau ada rezki.. cabaran nya lain pulak..
setiap perancangan Allah tuk kite.. pasti ada asbab nya..
Allah masih tak izinkan aku ber-anak kecik lagi.. pasti ada aturan nya..
aku dapat jer rasa..
orang lain jer yang tak tau..


well.. tuk suri rumah..

berdikari.. amik lesen kereta.. dan jangan takut.. (aku geram betul kalau ada yang cakap.. takut bawak kereta.. takut salah jalan..takut itu..takut ini.. adoooyyy)

kalau bukan tuk tolong asben korang..
buat lah tuk tolong diri sendiri...
aku pon mula dari bende kecik2.. bisnes kecik..
kalau tak boleh buat macam aku.. cer usaha buat dropship.. takde perlu modal pon..
cuma perlu USAHA... KEGIGIHAN DAN MASA..
tu jer yang penting..
kau kalau ada modal beribu pon.. ada masa belambak pon.. ada segala kemudahana..
tapi kalau MALAS..taknak berusaha.. tak ley buat apa...


"orang perempuan belajar tinggi-tinggi dan jadi suri rumah itu biasa... Tapi suri rumah yang berpendidikan tinggi dan berpendapatan tinggi tu luar biasa"





Friday, February 15, 2019

bayaran untuk MASA DAN TENAGA tu yang kekadang orang tak perasan...



Harini.. pagi2 lagi.. aku dah stress pasal kilang kayu (tuk wainscoting) naik kan harga... 
urut dada aku.. terus macam berpusing kepala macam stress tu ko tau tak.. sebab tekujat..hahahah.. (dramatik)

sebenarnya memang die orang dah memo.. tapi aku yang tak baca-tak perasan.. (my bad)
so bila tadi membeli kayu.. BANYAK GILA.. tengok kene bayar extra 10% dari sebelum..
eeahh..tak jadi aku nak gi shopping kat The Curve tadi.. ada bende nak beli sebenarnya.. 
serious.. cannot terus.. balik umah.. singgah kedai 2 hengget jer.. hahaha... 

well... 10%.. nampak sikit jer.. tapi kalau dah ko biasa beli barang beribu2.. terasa gak lah berbezaan harga tu.. 

bila aku merungut2 manja.. kerani kilang yang buat bil aku tu cakap.. "akak naik kan lah harga kat customers akak"

eh eh... kau hengat senang ker nyah oooii...

aku ramai customer yang jenis tanya tahun lepas.. tapi tetiba datang nak proceed buat payment..
ada yang kata.. bajet dah cukup..
then.. tetibe kau cakap.. ooh harga dah lain.. dah naik... 
kau ghase...? haaaa... 

aku pernah turun kan harga... 
tapi belum pernah naikkan lagi harga.. 
dan tak terpikir pon sebenarnya...dan kalau boleh nak elakkan pon.. isshh... 

aku baru jer plan nak buat promotion ramadhan-raya start bulan depan ni ha..
dah lepas setahun ber-operasi.. nak lah jugak buat promosi harga discount tuk customers.. kan.. 
dah jadi macam ni.. tak tau lah acaner eh..

pikir acaner nak kekalkan harga.. dan kualiti yang sama... 
tapi dalam masa yang sama.. nak balance kan modal-untung-dan kos2 lain macam sewa kedai.. gaji pekerja.. bil elektrik bengkel bagai tu... belum bende2 kecik lain macam kos transportation semua tu.. 

sigh...


eahh... ko ingat berniaga senang ker... 

korang kalau kata ada plan2 nak order tu.. order la dari sekarang.. 
tak kisah lah nak pakai raya ni ke hapa.. 
sebab..kot2 lah.. kot2.... harga berubah ker kan.. hukhuk... 







ni lagi satu... anak2....dan kaitan ngan kerja.. 

2-3 menjak ni.. aku rasa kesian sangat2 kat anak2... 
kesian bukan sebab abaikan derang.. tinggalkan derang sebab kerje ke hapa...
tapi.. kesian sebab aku kene menghangkut kehulu-kilir ikut aku bekerja !!

walaupon bukan lah hari2 dan bukan selalu..(cuma dalam sebulan-2 ni bila order bertambah banyak) tapi still.. tak patut pon derang lalui semua tu..

kerja aku sekarang.. walaupon boleh nak kata aku kerje dari rumah..
tapi.. aku jugak banyak gi site.. 
gi kilang kayu.. gi kedai hardware... gi site visit (rumah customers menukur atau menhantar barang)... 

kekadang kan.. lepas amik qaleef balik sekolah kol 4 petang.. terus jer aku bawak dia sekali ke rumah customer..
bukan dekat2..dan kekadang pergi 1-2-3 rumah sekaligus.. beratus2 KM..sampai kajang.. semenyih.. negeri sembilan...
kekadang ngan qaleef tak mandi.. tak tukar baju sekolah.. tido dalam kereta.. balik pukul 11-12 tengah malam..
balik mandi.. terus tido.. esok pagi2 kene gi sekolah cam biasa..

rasa nak nanges tengok anak2 macam tu..!!! kesian sangat2... rasa bersalah gila2 tak tau acaner nak cakap..

walaupon dapat spends masa ngan anak sama2 sepanjang hari..
still memenatkan tuk die orang..
aku pon penat.. apatah lagi budak2..

tu kalau boleh.. aku elakkan sangat2 tuk datang umah customer ukur2 bagai..
hantar tu ok lagi lah..
tap tu lah.. kekadang..macam bahagian tangga contoh nya..
memang kami kene ukur sendiri.. sebab ukuran tuk tangga.. tricky nya lain macem.. 
salah ukur.. salah degrees.. akan buat salah potong kayu dan nanti mungkin senget frame tu tak selari dengan anak tangga
atau kayu boleh jadi tak bersambung..

tu lah... ada orang buat satu rumah.. nak buat termasuk tangga..
nak tolak pon serba salah..
bila terima.. kene lah bekorban sikit.. 
bisnes kecik2.. orang kata tak ley memilih.. dan kene lah usaha lebih sikit..
mana tau ada rezki dapat pekerja lebih ramai.. boleh gantikan tuk buat semua tu.. insyaa Allah
so permulaan.. kami kene survived sendiri dulu..


dan tu pon.. ada orang argue.. "datang ukur pon nak caj ker ??!!"

habes tu... minyak.. tol aku gi ulang alik sapa nak bayar.. yang kekadang bukan nya dekat2 sebelah taman.. 
beratus KM dari rumah aku sendiri...
dan sebenarnya... paling penting tuk aku.. 
MASA.. TENAGA kami tu sendiri... tak berbaloi kekadang kadar kami caj tu..
ngan masa... tenaga penat kami bekerja tu.. lagi terpaksa angkut bawak anak2 sekali.. 
kakadang satu hari suntuk kami kat luar.. tuk rumah customers...

bukan merungut.. paham.. dah kerje.. ni part of kerja lah..

tapi bila kami caj tu pon..kene lah paham kenapa.. 
kalau aku bagi free..macam aku cakap.. kekadang tak berbaloi ngan penat dan masa yang kami guna..
lebih baik aku bagi masa tersebut tuk aku habeskan pada anak2 aku... kat rumah atau berjalan mana2..lagi berbaloi..

betul kan...

dari penat2.. tak dapat apa2..



sama jugak lah ngan order/harga wainscoting ni sendiri..
ada orang argue pasal harga bagai.. siap compare-kan ngan harga bahan mentah (kayu) 
kalau kat aku senang jer.. dah kalau rasa nak harga ikut bahan mentah tu semata..
apa kata buat jer sendiri.. usaha.. dan penat sendiri.. masa pon..masa sendiri..
tak perlu nak bayar penat.. masa.. tenaga.. orang lain..
kalau upah orang.. dah tentu2 lah ko rilek2 dan penerima upah tu akan amik upah tambahan pulak.. 
dah kalau aku tak caj apa2.. (like upah perkeje.. penat.. masa.. tenaga.. bil2 api tuk mesen potong kayu dan mesen mengecat barang order customer.. elektrk lampu kipas.. amik kire sewa kedai bagai tu..belum cakap caj2 tersembunyi minyak/tol/masa tuk gi beli kayu atau tools bagai tu) -  laki aku gi kilang kayu.. topap TnG.. bawak balik resit nak claim ngan company... eaaahh mesti lah kene kira..
kalau aku tak kira.. buta2 bagi harga barang jer... 
bukan berniaga nama nya.. tu nama nya buat amal jariah yer kawan2..hahaha..

keakadang tak paham macamana orang pikir... tetibe nak cerite pasal harga kayu ko beli kat kedai tu ngan aku... eeahh... 
malas nyah nak layan chuools...
bukan sombong.. tapi malas nak bergaduh tambah dosa aku jeeww..


sebab tu aku buat semua ni secara DIY.. sebab nak jimat kan customer sendiri..
tak nak caj2 tambahan lain.. kalau boleh jimat.. seboleh nya aku soh jimat..
bukan nak kire aku berkira atau kau tak kisah membayar.. (betul.. ada orang tak kisah pon nak membayar) 
tapi.. kalau boleh memang aku nak elakkan.. atas diri aku sendiri..

tu biasanya.. memula aku akan galakkan bakal cust tuk ukur sendiri kalau boleh..
yang wall lurus2 tu memang aku soh ukur sendiri jer.. senang jer.. 
kalau tak tau.. aku boleh ajar.. sampai pandai.. 
aku tak kisah orang tanya banyak2 kali pon.. tak perlu rasa bersalah..
aku lagi suka.. sebab boleh dapat ukuran yang tepat.. 
memudahkan kerja aku jugak.. dapat maklumat lengkap.. 
laju jer buat kerja nanti.. 
nak bincang apa2 bagi aku.. better dari peringkat awal..
dari peringkat sebelum sebut harga.. waktu tu nak macamana pon tak apa..
boleh bincang.. dan aku boleh explain bebetul.. 
kalau ada perubahan size atau harga..
kalau dah siap potong.. dah siap semua.. tetibe baru nak complain..
haaaa... kat situ lah selalu leh jadi problem..


sama jugak bila time amik/hantar barang
keakdang memang aku bagi free jer penghantaran.. tengok lah order cust banyak mana.. like order rm 4-5k keatas.. aku bagi lah free transportation..
tapi kalau ada yang dekat2 pon aku caj.. orang cakap.. alaaa dekat jer.. pon nak caj..
no... bukan pasal dekat atau jauh.. tapi masa.. tenaga tu jugak..
so aku suka.. dan galakkan cust amik sendir.. kan lebih jimat..

pernah ada cust merungut pasal caj transportation..  biasalah tu.. aku paham..
dan tak lah marah.. semua orang nak jimat..
biasanya aku explain.. dan aku galakkan dia amik sendiri..amik sendiri memang lagi Jimat...
tapi ada orang... bila tau jer nak amik kat mana (which is rawang) dia sendiri pon kata "jauh nyaaaa..!!"
then..?? wat do expects kami nak hantar tanpa caj...?
haaa nampak tak.. 
nak datang tu jauh penat..masa minyak tol.. sama bahagian nya..
kalau korang rasa macam tu.. sama jugak macam pihak peniaga.. 

dan kalau nak tau.. aku caj..under rate... aku pernah jer tanya bisnes2 lain.. 
yang berkaitan ngan trasportation..penghantaran barang
biasa caj flat rate.. rm 300-500 tuk sekali penghantaran..
pernah aku tanya hantar dari shah alam to Pj jer pon.. 
tapi caj Rm 300.. 
sebab apa..sebab hantar pakai lori.. ibarat macam ko sewa lori tu.. 
walaupon harga barang ko kurang dari tu pon..its real.. 
dan aku paham jer.. 

contoh lain..  macam SSF... aku bagi contoh yang aku familiar la senang... 
biasa beli barangSSF yang tak muat masuk kereta.. so kene lah lori mereka hantar...dari sungai buloh ke rumah aku yang 15 minit jer perjalanan.. caj nya rm 100-200..
tak ley la nak merungut.. kalau tak acaner barang nak sampai kat rumah aku ni kan.. 
sama macam Ikea jugak..ada caj transportation nya sendiri cuma ikea aku tak sure.. sebab tak pernah lagi.. yang pernah guna khidmat tu.. tau lah kan..

so.. kalau korang nak jimat ngan caj tersebut....kene lah usaha amik sendiri..
kalau tak boleh.. pls consider masa tenaga orang lain yang perlu di bayar.. gitteewww... 

dan sebab tu jugak lah.. 
kenapa wainscoting siap pemasangan harga akan jadi 2-3 kali ganda dari harga barang (DIY)
derang bukan semata2 caj barang.. tapi MASA DAN TENAGA tu...
kekadang amik masa berhari2 ulang alik datang siap kan..
tenaga pekerje lagi (yang perlu di bayar gaji)
so.. nak jimat.. DIY jer.. macam konsep yang aku ketengah kan.. 


macam tu lah die dugaan2... deal ngan manusia ni.. 
aku belajar banyak sangat2 untuk bertoleransi.. berbincang ngan kesabaran... 

tapi jujur.. alhamdulillah..aku still bersyukur selalu dapat /ramai customers aku yang baik sangat2.. kekadang terus jadi kawan..

tapi tak nafikan.. keakdang dalam 20 orang customers tu.. ada lah sorang dua.. ada perangai sendiri jugak.. 
ada masa berjumpa jugak ngan orang2 yang agak menguji..
banyak kerenah dan ragam.. biasalah manusia.. ada perangai sendiri.. 
kat situ lah kene sabar sikit.. layan kan jer.. 

ada customers yang sombong.. sombong ni.. dia macam.. act like a bos..
marah2 maki2 kita.. dia rasa duit dia bayar kita tu beri dia kuasa.. 
pernah yer aku berhadapan ngan orang macam ni.. 

bila cakap pasal berurusan ngan orang ni.. memang macam2.. 
yer lah.. aku sendiri pon bukan setiap masa ok jer.. kekadang hilang gak sabar..
ada masa time2 penat tu lah nak macam2... 
sampai kekadang rasa macam nak bergaduh la lawan balik.. hahaha..
tapi.. tak.. pengalaman aku berniaga deal ngan orang melalui online bertahun2..
banyak mengajar aku.. lebih pada..ignore jer..malas nak layan sangat.. 

lagi satu.. jangan kedekut nak mintak maaf walaupon bukan salah kau..
ada orang jenis ego.. rasa diri jer betul.. dan kekadang ngan kemaafan tu boleh melembutkan hati dia.. dia nak kite mintak maaf.. tu jer.. pastu senyap.. 


yup.. dari pengalaman2 ni lah.. aku banyak belajar.. 
aku memang tegas akan sesuatu.. dah di beri syarat.. ada sebab2 nya.. 
tapi bukan tak boleh bertoleransi.. semua bende boleh bawak berbincang..

yer lah.. ada cust keras kepala boleh tahan gak.. memandai2 pon ramai jugak.. hahahaha.
dah di buat elok2.. tapi sendiri nak ubah kedudukan.. or size..
kalau tak effected pada pihak kiterang.. which is tak di persalah kan..
atau tak de nak mintak2 ganti free..
kami ok jer.. sokati korang..
aku dah bagitau.. bagi manual.. kalau tak nak ikut.. tu terpulang.. kami pon ok jer.. rumah korang kan.. 

ada yang degil2 tu.. like.. aku cakap tak boleh bende tu..
tapi buat jugak..
tu aku tak bertanggungjawap.. aku dah bagi dalam terms dan condition.. awal2 lagi... 
kalau jenis malas baca.. jangan salahkan orang lain kata tak bagitau awal bagai..

contoh macam... aku bagi size standard.. yang sesuai ngan harga..
kalau kata.. nak ubah size dan sebagai nya... harga akan berubah.. 
so bagitau awal2.. kami tak de masalah nak ikut ukuran customer..
bukan semata2 ikut kami jer..
tapi.. bila harga berubah... kene lah jugak terima..
jangan lah kata nak harga yang sama.. (harga mengikut design serta size yang tersedia) tapi tetibe bila barang dah sampai umah korang.. baru bagitau sebenarnya nak size sekian2... tinggi sekian2.. 
cakap awal2.. tu penting.. 
n yet.. aku dah explain awal..siap bergambar...like half wall macamana.. full wall acaner.. bezanya.. baca atau tak jer.. size kayu acaner korang akand apat.. ketinggian acaner tuk sekian2 harga..(trust me.. satu hari aku terima lebih kurang 100 wassap tuk 'tanya' jer..bayangkan aku nak explain satu-satu)

so.. sebab tu aku buat terms and cond.. awal2 masa deal.. kene paham terma syarat sekian2 tu..
still.. boleh jer bertoleransi.. bincang macamana.. ikut kehendak pelanggan.. 
dan dengan caj2 tertentu.. 
dan paling2 penting... KERJASAMA 2 HALA..
kekadang ada customer tak nak bagi kerjesama..  malas nak layan permintaan kita..
sedangkan.. kite ni nak buat tuk rumah die.. nak bagi yang cantik2.. elok2..



yang nak cepat tu pon satu hal lain jugak..
ko dah tanya lama.. berbulan2..
lepas tu senyap.. part ni aku tak kisah pon.. biasa lah tu tanya2 harga dulu..
tak pernah pon aku paksa orang membeli...
even tak pernah tanya balik pon.. hahaha.. 
aku dah bagi harga..dah explain.. dia nak buat atau tak.. pandai2 lah carik balik nanti.. 

tapi tu lah.. yang tetibe datang balik.. cakap nak buat payment..alhamdulillah rezki.. 
TAPI..ada jenis.. nak barang cepat.. which is kekadang kurang seminggu pon.. (biasa jadi  yer ni) -estimated kami siapkan dalam 7-10-14 hari bekerje...bergantung size order..
kalau 10 kaki tu.. 2-3 hari pon keakdang dah siap.. tp still kene ikut que order.. 
bila aku terima.. dan ingatkan terus buat payment dalam tempoh sebelum esok nya.. supaya boleh terus proceed kerja...
tapi tak.. buat payment 2-3 hari lepas tu..
and still nak barang ontime -cepat dari estimated time kami.. !! hahahaha.. ketawa dalam tangisan aku di buat nya... 

aku jenis.. kalau orang tak buat deposit.. aku tak kan start apa2 kerja langsung... cakap mulut jer tak ley di pakai yer.. 
aku tak nak buang masa.. dah buat2 ukuran..drawing plan bagai..tapi sebenarnya..customers tak jadi.. diam jer..part tak jadi aku tak kisah.. tak marah langsung pon.. 
tapi.. semua tu MASA yer.. masa..so nak elak buang masa.. macam tu lah..
dapat payment baru terus process...  

ada customer jenis.. oohh tak apa.. take ur time.. yang penting buat elok2.. tak yah rushing... 
tu sujud syukur... heheh..
tu penting nya tolak ansur.. pastu berbincang.. pastu kesabaran.. bukan satu hala jer.. tapi 2-2 pihak sekali..

ko layan buruk pon.. aku akan usahakan tuk layan baik..
kalau ko layan baik.. pihak kami akan usaha bagi lebih baik lagi..insyaa Allah..

kerja aku bukan setakat amik order.. payment.. pack barang.. hantar.. bagi tracking.. dan ucap terima kasih..pastu tak ingat dah...
tak... hubungan tu.. akan jadi satu tempoh sangat panjang kekadang tuk sesetengah customers..
so penting aku jaga hubungan dari awal...
banyakkan sabar..
kalau dapat customer yang sikit menguji.. aku anggap tu bahagian aku..
ada lah tu.. Allah nak 'beri' atau 'uji' aku.. atau.. ada lah tu kifarah tuk aku kan..mungkin aku pernah buat perkara yang sama pada orang lain.. hurrrmm..
so.. positif jer lah...




eeahh.. aku bukan merungut tau pasal customers aku.. saja nak bercerita acaner kerja aku...
kekadang sesak dada aku ni ha melayan kerenah.. 
mau tak sakit dada pening kepala stress.. sebab menahan marah.. heheh..
aku ibarat 'front desk'.. apa2 kene thru aku dulu... so.. kene selalu positif.. 
kalau kene marah ke hapa.. aku buat derk jer.. aku explain jer elok2..
kalau dari kesilapan kiterang sendiri.. aku terima jer.. dan aku mintak maaf..
kalau perlu ganti.. aku tak akan berkira nak ganti.. aku cuma pikir nak bagi yang terbaik.. dan yang cantik2 macam customers harapkan dari kiterang sendiri..
sebab aku paham.. bende tu 'besar' letak kat wall rumah..
yang kite nak pandang selalu.. semua orang mengharapkan jadi cantik.. 
jadi aku pon usaha jugak tuk itu..
tak pikir amik untung je semata...



penat bebel... hahahaha... korang kalau ada yang berminat nak tempah..tak kisah lah cermin biasa ker.. diamond mirror ker.. wainscoting ker..  boleh hubungi kami terus.. (tapi jangan expects aku yang reply setiap masa tau..kekadang orang lain..so jangan terus2 "ATY..nak tanya waisncoting".. hahaha..tapi ok lah.. aku tau lah korang reader or followers aku.. mesra tu lain sikit lah.. heheh.. )










FACEBOOK 

INSTAGRAM