Pada saat kita memakai jam tangan berharga rm500 atau rm 50,
kedua jam itu menunjukkan waktu yg sama.
Ketika kita membawa beg atau dompet seharga rm500 atau rm50
keduanya sama2 dapat membantumu membawa sebagian barang/wang.
Ketika kita tinggal di rumah seluas 50 m2 atau 5.000 m2,
kesepian yg kita alami tetaplah sama.
Ketika kita terbang dengan "first class" atau "economy class",
kita tetap akan mendarat di waktu dan tempat yg sama
Kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi.
Jadi ketika kita memiliki pasangan, anak, saudara, teman dekat, teman baru dan lama...
Lalu kita berbual, bergurau, tertawa, bernyanyi, bercerita tentang berbagai hal, berbagi suka dan duka, itulah kebahagiaan sesungguhnya.
Hal penting yang patut direnungkan dalam hidup:
1. Jangan mendidik anakmu untuk terobses menjadi kaya. Didiklah mereka menjadi bahagia. Sehingga saat mereka tumbuh dewasa mereka menilai segala sesuatu bukan dari harganya.
2. Kata2 yg terbaik di Inggris:
"Makan makananmu sebagai ubat. Jika tidak, kamu akan makan ubat2an sebagai
makanan."
3. Seseorang yg mencintaimu tidak akan pernah meninggalkanmu kerana walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan menemukan 1 alasan untuk bertahan.
4. Banyak sekali perbezaan antara "manusia & menjadi manusia".
Hanya orang bijak yg mengerti tentang itu.
5. Hidup itu antara
"B" birth (lahir) dan "D" death (mati), di antaranya adalah ada "C" choice (pilihan) hidup yang kita jalani. Keberhasilannya ditentukan oleh setiap pilihan kita.
6. Jika kamu mau berjalan cepat, jalanlah sendirian. Tetapi, jika kamu ingin berjalan jauh, jalanlah bersama sama.
inspirasi dari :: @fedtriyahya [Ig]
Ada 6 doktor terbaik:
1. Keluarga
2. Istirehat
3. Olah raga
4. Makan yg sihat
5. Teman
6. Ketawa
Pelihara semua itu dalam semua tingkat kehidupan & nikmatilah..!
tetibe ayah wassap kata nak datang makan lunch kat rumah tengahari esok nya..
sedangkan aku esok nya dah ada 'appointment' awal dengan shopping mall nak beli purse baru...
purse lama butang dah tercabut..
ritu ada card tercicir.. seb bek ada orang perasan dan tegur...
tapi.. biler ayah tanya "ada hal ker esok "
terus aku cakap.. "free jer..tak gi mana2 pon"
ayah "esok ayah makan tengahari umah ko lah"
ok ayah....datang lah...
demi nak gembirakan ayah...
aku sanggup cancel 'appointment'..
Eeaahh..apesal mithali sangat pulak sekarang ni nih...agagaga
Eeaahh..apesal mithali sangat pulak sekarang ni nih...agagaga
takper.. shopping lain2 kali pon boleh...
masa untuk keluarga lebih utama...
ligat kepala aku pikir nak masak apa..
ayah aku teror masak.. jadi..setiap kali pon..
aku akan nebes nak hidang makan tuk die.. yeaahh..setiap kali pon...
pagi2..lepas amik report card qaleef..
laju2 gi pasar..beli lauk..
yang ada..tak cukup dalam esbok tu..
ayah tak berapa suka makan ayam...
ayah suka makan lauk kampung..
tak yah nak tunjuk hebat sagat ngan ayah jam2 tu masak nasik hujan panas bagai.. hahaha..
so hari tu..kiteorang hidang..siakap stim.. daging black paper... lemak sayur kobis..dan telur dadar..
buah tembikai manis..air sirap jugak..
ingat nak masak ayam panggang tuk adik2..
tapi.. malas nak gi kedai ikhwan [kedai yang biasa aku beli ayam] kebelakang..
ayam kat umah pon dah habes...
sekali ada lu'lu pulak... ingat ayah tak gi amik..hurrmmm..
makan apa yang ada lah...
yang penting.. makan bersama2 tu...nikmat rezki lebih terasa..alhamdulillah..
gambar lauk takde..gambar makan lagi kan takde..
sebab..ngam2 siap masak..derang sampai..
solat jemaah zohor sama2..terus makan..masing2 dah lapar...
lepas tu derang lepak sampai ke petang..
ummie tak de hari tu..ada tamrin...ayah kalau soulmate die takde..
memang mati kutu tu yang kerumah anak2 tu..
alasan.."rindu cucu2"
baik lah...
atok layan cucu2 mandi kolam
layan movie sama2...
dan... ini lah kebahagiaan aku... anak2.. suami.. dan keluarga...therapy terbaik
alhamdulillah.. Moga Allah memanjangkan umur2 mereka yang aku sayang ni..dan di berikan kesihatan yang baik.. serta kebahagian dengan rahmat dari Allah..insyaa Allah..[amin]
[Tarikh :: 07hb November 2015]