Showing posts with label Anak :: Diari perkembangan. Show all posts
Showing posts with label Anak :: Diari perkembangan. Show all posts

Friday, November 27, 2020

CHENTA DHUHA : Kronologi kelahiran Pra-matang (Part 2)

 

(bersambung dari entry sebelum)


Masa naik katil nak tido tu, tetibe --ada rasa air keluar.
dia macam terkucir ha macam tu.
aty pon memang betul2 ingat aty terkucir tau. hahaha
nak kata banyak, tak jugak. tapi dia mcm one shot.
so aku bangun n terus gi toilet cek
tengok air jernih n tanpa bau

dalam hati dah terdetik --air ketuban ker ni? 
sebab 2 anak sebelum ni memang jenis pecah air ketuban dulu
so tau rasa dia acaner.
tak la sakit. tapi tau laaaaaaaaaaaa....

lepas tu pikir --tak kot.. ahahhaa.. serious mungkin aku penat n mengantuk sangat
so aku sendiri yang nafi kan.

tukar pakaian semua --aty naik katil balik
masa baring mamai ngantuk tu. rasa keluar lagi. kali ni lagi banyak rasa.
tapi malas nak bangun. serious ngantuk n letih giler..
aku memang dah rasa --sah, air ketuban ni.
tapi tah apesal.. aku leh tido jer macam biasa.
aku siap pikir --leaking jer ni kot. 
esok jer lah pergi balik hospital tu cek air ketuban

sengal kan..ahahaha.
tapi memang tak lena tido sangat sebab leh rasa air tu keluar
aty siap tukar baju semua n sambung tido tuk kali ke dua --tu pon sebab rasa lenjun n sejuk pulak.
kali ke tiga, memang sampai katil semua basah air ketuban dah melimpah ruah.

masa ni dah  pukul 4 lebih. PAGI.

ok, masa ni aku dah rasa contraction agak kuat.
aku sempat tgk jam hp nak kira. 
thats it -10 ke 15 minit sekali. n berulang.
so terus bangun kejut abah sado bagitau air ketuban pecah n aku MUNGKIN akan beranak hari tu.

:: kenapa aku cakap 'MUNGKIN' tu - sebab aku pernah jer baca pengalaman orang air ketuban leaking tapi masih belum cukup bulan nak bersalin, 
so doc akan tahan kat hospital dulu selama boleh.

tapi tetap instict aku rasa nak beranak --sebab dah sakit contraction tu sangat kuat.

so lepas kejut abah sado, aku mintak tolong dia kemas kan bag
giler ah bag aku n baby langsung tak siap apa. mana nak tau aku nak beranak awal kan
baru 31 minggu.
naseb baik aku sempat shopping barang2 penting sebelum ni.
even barang2 aku pon, lengkap jugak la. cuma tak kemas masuk bag lagi

sementara abah sado terkial2 kemas bag --sebab tak tau apa nak di bawak
aku mandi bersih2. shampoo rambut siap2.
dalam bilik air --contraction dah rasa makin kerap.
dah tak tahan sebenarnya.

setel mandi --abah sado pulak mandi. n aku sambung kemas bag.
kejap2 berenti sebab contraction kuat.

sakit. 

tak tahan.

tapi takde pilihan

aku kejut kan qaleef tuk bangun sahur.
kejut kan adik2 tuk panas kan lauk semalam. 
aku memang tak daya nak buat dah.

aku bagitau qaleef pagi tu --"mama nak pergi hospital. mungkin mama tak balik 2 atau 3 malam. mama nak bersalin kan adik dah"

qaleef terkulat2.

aku pesan kat dia macam2 --lebih2 mintak dia tolong sama2 jaga shaquille
and dengar cakap acu/uda nya yang memang ada kat rumah kami sepanjang PKP tu.
aku bersyukur adik2 aku ada masa tu untuk jaga anak2 aku.
aku bersyukur dari satu sisi --Allah mudahkan urusan aku.
aku tak risau nak tinggal kan anak2 aku kat mana waktu aku beranak.
sebab aku tau, waktu tu aku memang perlu kan abah sado ko. dalam keadaan tak terjangka (bersalin awal)

aku kiss qaleef, kiss shaquille --emo.
tapi tak banyak. sebab, sakit contraction lebih kuat dari rasa emo yg ada waktu tu.
mungkin sebab --aku tak risau pasal anak2 kot since tau dieorang ok jer dalam jagaan adik2 aku

aku bagitau jugak kat adik2 aku keadaan aku, yg mungkin akan beranak hari tu
aku pesan macam2. mintak dia jaga anak2 aku. mintak diaorang tolong uruskan rumah dan sebagai nya

lepas solat subuh (masa solat tu pon aku dah terketar2 tahan contraction)
kami terus gerak ke hospital.

subuh2 gelap dan sejuk --tapi peluh merecik walaupon duduk dalam aircond
aku perati kan jam depan mata (jam kereta)
contraction makin kerap --sekerap 4-5 minit sekali

gila..!!

contraction sekuat tu --dan aku masih dalam kereta!!
sepanjang masa aku pegang kuat pada handle kat atas kepala tu. sambil berzikir apa yang patut

kalau tanya aku waktu tu --aku memang dah tak tahan. sakit bukan kepalang

fared bawak kereta sangat2 laju.
tapi tetap rasa perlahan.

sampai jer kat Lobby ward bersalin. aku turun dulu --hanya bawak buku pink/ic dan handphone
Fared tak boleh masuk dek kerana PKP.
dan dia kene daftar kemasukan aku/tolong bawak bag aku kendian.

sebab malam sebelum tu aku dah datang (part 1)
so, aku terus masuk jer. tak perlu nak saringan lagi.
aku cuba jalan selaju boleh pada waktu contraction hilang.
bila contraction datang --aku berhenti pegang rail wall di tempat laluan jalan

sampai kat tingkat atas -ruang pendaftaran/menunggu
TAKDE ORANG. yer serious takde orang beranak menunggu.
tak macam malam sebelum nya tu.
tapi, nurse pon takde jugak --aahh sudah..
aku dah merengkot badan depan kaunter.

rupernya - pertukaran waktu shif

aku nampak sorang nurse dari jauh -aku tak sure dia nurse shif sebelum atau shif baru nak masuk
aku panggil bagitau dia --aku dah nak beranak
dan sebab aku baru jer datang beberapa jam malam tu --so nurse tak tanya apa2 pon
terus suruh aku masuk tukar baju pink dan buat urine test.
masa tu aku memag dah lenjun ngan air ketuban
bila nak buang air -pad dah ada darah !! 

aku bagitau nurse. n baju pink yang aku baru jer pakai tu pon,
dah basah n ada darah di belakang.
terus masuk bilik doctor n cek bukaan n doc update dah 3cm !!

waktu tu aku memang dah redho n bersedia kalau lahir kan anak tak cukup bulan

aku pon dah tak leh tahan contraction tu. nak cepat2 setel




doctor / nurse terus ready kan aku
memula pasang ctg cek heart beat semua tu la
lepas tu sorang-sorang doktor datang cek keadaan aku

bila cek suhu --boleh pulak aku demam panas tetibe
terus macam semua kelam kabut dah kenapa pulak aku demam
macam2 la tanya kat aku. yer lah dah la time tu ngan covid kan
so doctor datang kat aku n bagitau aku tuk terus buat emergency czer.
sebab baby mungkin dah infection since aku demam.
n punca aku demam tu pulak adalah dari air ketuban dah pecah lama n darah dah keluar banyak

keadaan waktu tu --memang kelam kabut.
tapi aku sorang jer tau masa tu.
takde orang lain nak beranak.
mugkin salah satu jalan Allah nak mudah kan urusan aku.

n semua hadap aku serentak
sorang tukar kan baju aku
sorang setelkan drip aku
serentak pulak ngan injection kat punggung untuk matang kan paru2 baby cepat sikit
serious yang tu tersangat2 lah sakit -aku rasa lagi sakit dari inject bius kat tulang belakang tu
seminit gak kot rasa kebas sakit tu nak hilang.
bayangkan keadaan waktu tu
ngan nurse interview aku lagi -macam2 soalan.
yg sepatut nya aku kene setel kan sebelum tentukan tarikh bersalin pon lagi yer.

lepas tu, doctor pulak explain itu n ini
sakit2 tu kene pulak aku turunkan tandatangan untuk kebenaran operation tu
tak boleh laki aku, kene aku sendiri yg sign.
aku ngah sakit2 tu kan. 
pastu ada lagi satu  perkara aku kene bagi kebenaran. tapi tu nanti aku cerite lain post

so keadaan kelam kabut tu --setiap kali contraction aku datang
aku kene mintak semua berhenti sebab aku tak leh tahan
so semua pon stop la beberapa saat.
pastu sambung balik

aku tak jumpa fared lagi tau. 
tapi aku ada kol dia bagitau keadaan aku since nurse mintak fared naik tuk jumpa aku sekejap sebelum masuk OT.

setel semua -- terus bawak aku ke OT
sebelum tu, nurse jumpa kan aku dulu ngan fared tuk aku salam2 mintak ampun maaf bagai
dan bagi barang2 aku macam hp and barang kemas (barang kemas aku lupa nak bukak sebelum gerak tu sedangkan dah teringat dah)

sekejap jer jumpa.

lepas tu terus aku masuk bilik OT.
sejuk sagat dalam tu --aku dah tau dah tu.
bukan pengalaman pertama pon masuk OT untuk bersalin
kira ni kali ke-3
so dah tau procedure

kelakar nya, aku pulak cepat2 mintak doc bius aku
sebab sumpah, aku dah tak boleh tahan nak lurus kan badan atas katil tu masa contaction yang datang makin kerap giler.
n bius tu pon aku dah tak rasa sakit dah
aku rasa lega giler, serious.
sebab few second jer, terus hilang sakit contraction aku tu.

terus aku --buat la apa yg patut.. im ready hah gituuhhh...

memula aku mintak full bius -maksud nya satu badan
aku penat sangat2 dari semalam nya tak cukup rehat
ngan contraction lagi
aku mengantuk
so aku cuma pikir waktu tu aku nak tido n rehat
aku tau --aku tak akan dapat tgk baby pon apetah lagi nak terus skin to skin df dia
so biar lah aku rehat n cukup tenaga tuk keadaan selepas tu.

Tapi. tak di izinkan
since aku tak sempat puasa sebelum kene operation
aku minum air milo beberapa jam sebelum tu (ingat tak aku cerita kat Part 1)
so kira berisiko la kat nyawa aku kalau aku terus tido
takut aku muntah n masuk ke paru2 macam tu la ingat2 lupa dah apa doc bagitau
even masa ngan operation tu aku nak lelap jer, terus nurse kejut2 kan aku
sembang2 ngan aku supaya aku kekal sedar.

kali ni bius cepat jalan (half body)
few second jer memang tak rasa apa2 dah (tak macam shaquille dulu, pisau dah kat perut pon aku boleh rasa)
lepas tu terus rasa perut goyang2.
bila baby dah keluar, nurse yg teman aku tu bagitau -"alhamdulillah baby dah keluar"

dengar lah dieorang cakap timing "10.10am" apetah lagi tuk record

tapi aku tak dengar dia nanges. 
aku tanya nurse "baby saya ok tak?" -banyak kali
nurse cakap "baby tak nanges, doc tengah uruskan sekejap"

a few second tu --baru dengar suara chenta
tapi sangat2 la perlahan. halus hampir pada tak dengar

aku ada mintak izin nak tengok
tapi nurse bagitau baby dah terus ke NICU masuk incubator.
kira tak boleh lama sebab dia kene pakai oxygen.

last sekali aku tanya -"baby saya lelaki ke perempuan nurse?"
nurse tanya balik "awak tak tau lagi ker jantina dia? sebab saya pon tak nampak"

aku diam jer la.
yang penting masa tu aku pikir, baby selamat dan aku sendiri pon selamat

setel.

terus tolak keluar OT. and aku pon tido sebelum di tolak masuk ward.
aku rasa agak lama jugak aku dalam labour room untuk pantauan
aku tak tau pukul berapa n apa keadaan nya
sesekali bila nurse n doctor datang tuk cek keadaan aku, terjaga and lepas tu sambung tido balik
aku betul2 sangat letik n mengantuk
dan aku tau -ikut pengalaman, itu jer lah golden hour aku yang ada sebelum semua routine baru bermula.
ada beberapa kali aku tanya doctor and nurse keadaan baby aku masa tu
tapi, takde jawapan
sebab baby dah diserahkan pada NICU untuk uruskan nya.
aku hanya mampu bertawakkal pada Allah
supaya baby ok2 jer

serious. aku sangat risau kan keadaan baby

aku hanya dapat jumpa baby pada hari kedua jer --itu pon kat NICU
fared jer dapat jumpa untuk azan n iqamat kan dia.
n Fared kata --baby kecik sangat. Tapi, baby ok.

masa tu, aku memang tak yakin sangat ngan jawapan fared
selagi aku belum tengok baby sendiri











and finally --hari kedua aku boleh tengok sendiri baby depan mata.
walaupon, hanya melalui incubator
tak dapat peluk, tak dapat susu kan dia
tapi, aku masih boleh masukkan tangan kat tingkap incubator tu

atas ni gambar Chenta seawal hari kedua kelahiran
bende pertama yang aku ucap kat dia "assalamualaikum sayang, mama datang ni"

aku nak nanges, tapi bukan sebab sedih sangat
aku nanges sebab --demi Allah, bila tengok sendiri Chenta depan mata untuk pertama kali
aku sangat bersyukur sebab Chenta sempurna
dan jujur, selain kecik, dia nampak elok2 jer. macam bukan prem
dia aktif sangat dan positif. Im so proud of her. dia kental. boleh nampak.
aku tak tau macamana nak describes --tapi terus hilang semua kerisauan dan apa yg aku bayangkan

Chenta --ok
aku senyum waktu tu

(kalau sedih pon, aku cuma kesian kat dia sebab terpaksa pakai oxygen tu)

doc datang kat aku - bagitau keadaan baby
and aku sangat lega dengan update dari doctor
keadaan Chenta elok jer. luaran dan dalaman. tiada sebarang complication
like masalah paru2 ker jantung ker atau apa2 yang tak nampak or tak matang

cuma berat dia masih rendah untuk keluar dari incubator
dan dia masih perlu bantuan oxygen sepenuh nya

but still - aku bersyukur.
aku jer tau keadaan tu masa tu. and aku percaya pada instict aku as a mom
Chenta will be ok. insyaa Allah



hari ke-3 kelahiran, tube oxygen pon dah tukar pada tube lebih kecik. n oxygen yg di beri pon dah di kurang kan berbanding 2 hari sebelum nya. alhamdulillah






so bermula lah kisah 27 hari Chenta di NICU dan kami berulang alik setiap hari
nanti aku sambung yer the journey of baby Prem.







Wednesday, November 25, 2020

our latest edition : CHENTA DHUHA

 


Bismillahillazi layadurru ma'asmihi syai'un fil ardi wala fis sama'i wa huwassami'ul 'alim (Dengan nama ALLAH yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan di langit tidak akan berbahaya, DIALAH yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui). 


    Hari ni, aku nak kenalkan latest edition dalam keluarga kami kat sini as kenangan. Walaupon terlewat 6 bulan. ๐Ÿ˜…



CHENTA DHUHA
10 MAY 2020 (SUNDAY) / 10.10 AM
BERAT 1.8KG 
KELAHIRAN PRA-MATANG : 31 WEEKS

yessss..!! its a gurlllll...!!like finally ahahaha..

Pasal kelahiran Pra-Matang Chenta, aku akan cerita kendian yer. atas ni gamabr dia berusia 2 hari
n sebab kan premature tu dia kene pakai oxy macam gambar tu.

Chenta Dhuha lahir sebagai hadiah hari ibu (yg hatuh pada hari yg sama) dan pada 15 Ramadhan dan hari nuzul quran !! menarik sangat tuk kami sendiri ingat hari kelahiran dia. 



1 bulan


2 bulan


3 bulan


4 bulan


5 bulan


6 bulan


Chenta dah nak masuk 7 bulan dah pon. Alhamdulillah, dia membesar sihat seperti yang sepatut nya.
walaupon macam2 kami (aku dan Chenta sendiri) lalui. end of the day --kami semua masih sangat bersyukur di hadiakan anak yang indah ini. 

aku nak sangat shate phase by phase apa yang kami lalui dari kelahiran awal Chenta ni.
insyaa Allah hope aku ada kesempatan masa tuk sharengan korang semua.
panjang.........dan macam2.. hahaha..




Thursday, March 21, 2019

lain anak lain 'ragam nya'...walaupon makpak sama.. inikan pulak anak orang lain..



gituh kau tajuk.. sedangkan sebenarnya.. aku nak cerite pasal potty training dak shaquille ni.. hahaha



sekarang dak shaquille 3 tahun 10 bulan..lebih lewat berbanding qaleef..
sebenarnya.. dah start nak PT dia.. masa umur die dalam 3 tahun setengah macam tu..
tapi tak berjaya..
kire ni kali kedua lah PT dia balik..
tu pon atas diri dia sendiri..
well...
walaupon dah ada pengalaman handle anak sulung dak qaleef dulu potty training..
tapi.. tu lah.. lain anak.. lain perangai nya... lain cara nya..lain cabaran nya..

qaleef dulu pon lewat jugak..3 tahun lebih gak lah..
tapi buat sekali jer.. dalam beberapa hari dia dah ok.. siang dan malam takde masalah..
sekali jer terbabas atas katil.. lepas tu ok jer..
macam senang sebenarnya PT dak qaleef..
takde drama sangat..

dak shaquille ni.. lain pulak kisah nya..
beberapa kali cuba.. 2 kali (jarak waktu beberapa bulan) yang betul2 latih..
dan dah sebulan.. still malam2 kene pakai diapers..!!



masa fes time nak buat PT.. mintak tolong abah sado handle.. masa tu dalam bulan 12 tahun lepas (2018)
abah sado kunci jam setiap 15 minit..
dan ingatkan dia gi kencing setiap 15 minit tu jugak lah..
stress budak tu hokeh..!!
terus dia tak nak buat PT ni...
bila time alarm bunyik jer.. die mebentak2 tak nak gi kencing..
yer lah.. 15 minit sekali kau.. tak sempat digest lagi.. hahaha..

so.. ubah masa 30 minit lak..
pon sama... setiap kali soh pergi toilet soh kencing bila alarm bunyik..
dia tak nak pergi..!!! dia mengaruk2 cakap "adik tak nak kencing lagi !!"
aku pon stress gak lah...
bukan apa.. sebab masa tu baru 1-2 hari.. dia tak pandai control lagi..
and kalau yang 30 minit tu dia tak pergi.. akan drag ke 1 jam baru alarm bunyik tuk gi toilet..
bila aku asyik tanya "adik nak kencing ker?".. sampai 10 kali ... dia jadi stress n membentak..
tak nak layan.. dan buat tak tau..
aku bukan apa.. risau..!!!

haaa tapi tu lah dia anak kedua aku ni punya perangai... lain maciam dia punya pe'el..
susah bagi kerjasama.. ikut kepala dia jer..

sampai lah.. dia terbabas depan peti ais kat dapur.. masa aku dok masak..
tapi tak macamana aku boleh terlupa dia ngah PT..
aku ingatkan tu air peti ais.. hahahaha... tawa dalam tangisan..
dak shaquille pulak.. dah ter kucir tu.. boleh lak dia cakap.."air tumpah nanti adik lap"
tapi die tak terus lap.. dia gi lepak2 kat ruang tamu pulak..
takde lah pulak nak rasa takut or bersalah bagai.. pfffttt...
dah satu hal.. satu rumah kiteorang kene bersihkan..
mungkin ada menitik dari suar basah2 tu..
dan dia pijak2 bawak jalan merata...

dah lah aku banyak kerje masa tu.. penat lain macam.. (sebab tu mintak tolong abah sado)
tapi tak boleh.. abah sado bukan jenis yang aku boleh harap sangat bende2 macam tu..
dia kene aku jugak yang buat..
so dah aku hangin satu badan satu hari tu..
terus aku soh pakai diapers balik...

aku cakap.. tunggu aku yang betul2 ready-free nak hadap semua ni..

betul.. potty train anak ni kite kene fokus.. kene gigih n rajin..
tak ley nak lupa2 bagai...n tak boleh biar or harap anak tu tau sendiri..


sampai lah baru2 ni... dalam sebulan lepas...
tetiba.. dak shaquille sendiri cakap "adik dah besar.. tak yah pakai pampers dah"

aku tanya dia banyak kali "betul ker?"

ada suruh dia pakai diapers gak.. tapi dia sendiri refuse..
and that times aku tau dia dah ready sendiri.. dah prepare mental dia sendiri tuk lalui kencing ikut timing.. and insyaa Allah dia akan bagi kerjesama lebih baik..

sujud syukur mak kau nak... hahahaha..
yer lah.. jimat bajet tuk diapers.. dak shaquille ni jenis maintenance tinggi...
diapers pon pakai Mami Pokko.. sebab tu jer yang sesuai ngan dia..
kalau pakai yang brand lain.. nanti melecet... banyak kali dah cuba.. bila nampak dah lama2 tu ok..
so try pakai yang biasa2 punya murah sikit lah dari MP tu.. macam petpet ker.. drypers ker..
tapi.. nanti jadi balik..nak tak nak.. kene beli jugak balik yang MP tu..
tak kisah sangat pon lah..bukan berkira..  ada jer rezki anak2..
tapi kalau kata tak perlu pakai dah.. kan lagi jimat tu... 

so start lah yang kali kedua ni dalam sebulan lepas...masa umur dia 3 tahun 8 bulan..
kebetulan ada masa agak free... so boleh lah aku fokus lebih sikit..
aku buat hari biasa.. bila berdua jer pagi2.. abah sado dah gi keje.. qaleef dah gi sekolah..
start dari pagi tu dia tak nak pakai diapers dah..
and aku kunci jam dalam 45 minit sekali..
tu pon aku tak suruh paksa2 macam sebelum ni dah..
aku lebih pada.. tanya.. atau ingatkan dia..
"adik nak kencing ker ?" - kalau dia cakap tak nak.. so aku tak paksa dia gi toilet..
tapi bila aku nampak dia minum air lebih..aku akan ingatkan.. atau insist dia gi toilet kencing..

alhamdulillah.. keadaan lebih baik..!!
takde drama.. takde stress atau marah2 macam sebelum ni..dia bagi kerjasama..
berjaya sampai sekarang.. dah tak perlu ingatkan dah..
dia dah tau nak control.. and tau bila rasa nak kencing..
ada sekali jer dia terbabas kat tangga - dan kiteorang terus perasan -
tu pon sebab dia nak main dan asyik tahan2...
sedankan masa tu dah sebulan dah PT dia..
sepatut nya takde masalah pon.. tu kire atas kesalahan die sendiri..




tapi cabarang sekarang is.. waktu malam..

dulu.. masa PT dak qaleef.. sama jugak cara nya..
awal2 pakai kan diapers.. tapi sebelum tido.. soh kencing dulu..
and tengah2 malam kunci jam kejutkan dia soh kencing..
dalam seminggu jer macam tu..
bila tengok diapers kosisten kosong.. terus tak pakaikan dah..
and qaleef pernah kejut aku waktu malam sebab die nak terkencing..
so.. aku yakin sikit lah ngan dak qaleef masa tu..

cuma dak shaquille ni..
aku buat bende yang sama..waktu malam pakaikan diapers..
sebelum tido soh kencing dulu..
tapi waktu tengah malam kejut dia.. jenuh nak bangun..!!
nanti die marah sebab kejut dia soh kencing..pastu melarat2 lak tu mengaruk satu malam..
ada sekali aku tak pakai kan diapers..
terbabas dia malam tu..!!
dia tidur bentang tilam kat bilik aku depan katil..
habes tilam sampai tembus ke carpet..
tak pasal menjemur-basuh carpet berat2 tu.. adooyy...
tu pon dia tak mengaku hokeh..!!
dia cakap air tumpah..
tah mana datang air tah... ahahahaha...

tu aku cakap.. lain sikit anak aku sorang ni..
sejak dari tu waktu malam memang pakai kan diapers jer..
ada masa.. tengok kosong jer diapers dia waktu pagi.. (biasa subuh2 kejut kan dia soh kencing)
tapi ada beberapa kali gak lah tengok ada kesan kencing (mungkin sekali) kat diapers dia..
part tu aku risau tu...

dah sebulan lebih dah ni.. still takde progress waktu malam..
maybe aku kene cakap sikit ngan dia..
dan harap2 dia sendiri akan ready macam sebelum ni..
dia sendiri yang akan refuse tuk pakai diapers..
and harap2 tak amik masa lama..




mencabar sikit lah bahagian Shaquille ni.. cara nya berbeza.. tak boleh paksa2..kene dia sendiri bersedia..
tu kalau ada orang compare kan anak dia ngan anak orang lain..
bagi aku.. antara adik beradik mak pak sama pon.. akan berbeza..
inikan pulak lah lain2 mak pak...
so jangan nak banding2 kan..anak kau ok anak orang tak ok...
and pasal lambat atau cepat sesuatu progress anak sekali pon..
bagi aku.. biarkan.. lain orang lain cara nya..
macam ada anak kawan.. 2 tahun lebih dah free diapers..
jimat duit makpak ko nak.. ahahha..
tapi macam aku sendiri.. tak de isu pon... tak rasa stress ke hapa..
(rasa lagi stress masa paksa2 anak belajar kencing kat jamban tu hari)
since dah anak 2.. ada pengalaman.. so.. tak pedulik sangat pon akan kebanyakan hal..
jaga anak masing2 jer sudah... jauh lagi perjalanan hidup nak bagi didikan bagai tu..
setakat hal kecing pon mau gaduh.. ape ceeerrrr....






Monday, October 01, 2018

Shaquille dan hari pertama persekolahan !!




Shaquille dah pergi sekolah for the first time today !!! pada umur 3 tahun 4 bulan... sama macam qaleef... 

sigh...

kenapa lah anak2 aku ni minat nau nak gi sekolah awal2 sangat macam ni...huhu..

sama macam qaleef.. dulu.. masuk jer 3 tahun.. lepas aku explain kat dia pasal sekolah [sebab die tengok ada banggunan warna-warni -tadika kan macam tu- dan die tngok mcam ramai kawan] die terus teringin nak pergi sekolah.. 3 tahun lebih gak lah umur die masa tu..

shaquille pulak..tau pasal sekolah.. sebab tengok dari abang die.. dah tentu lah tu kan.. sekolah qaleef tu pulak auntie's nya [derang panggil cikgu as auntie] mesra2.. rajin layan shaquille.. [dan budak2 lain jugak] persekitaran nya.. dan may be sebab shaquille sendiri dah familiar sangat ngan persekitaran sekolah tu.. buat dia seronok jugak nak gi sekolah..

selalu cakap kat kiterang "adik dah besar...boleh gi skul" [pelat2..kalau aku tulis cakap pelat die tu orang pon tak akan paham.. haha]

banyak kali sangat... dari awal tahun ritu.. dan makin kerap akhir2 ni..

hari tu.. ada plan nak masuk kan shaquille lepas pertengahan semester.. kire lepas bulan 6 macam tu.. lepas raya...

tapi.. rasa macam.. awal sangat !! 
walaupon die sendiri mintak..

kalau ikutkan kiterang.. nak sekolah kan die 5 tahun nanti.. 
tapi bila die dah start mintak2.. kiterang boleh lah awal kan sikit.. 
masukkan lepas betul2 die 4 tahun [which is pertengahan tahun depan]

tapi tengok kan atas die sendiri.. aku rasa.. nak tunggu sampai bulan 6 tahun depan tu.. macam lama sangat jer..cannot tahan lah hari2 die cakap bende yang sama... 
lagi pulak die macam boring sendiri kat rumah ni.. walaupon aku buat aktiviti sama2 ngan die.. membaca ngan die.. ajar die macam aku ajar qaleef dulu [shaquille dah boleh baca suku kata tau sekarang] 
tapi semua tu tak cukup tuk die.. die nak berkawan !!!

ko bayang kan yer.. pagi2 aku hantar qaleef gi skul.. lepas hantar.. tak keluar gate kawasan sekolah die pon lagi.. die dah tanya.. "bila nak amik abang ?"

kau ghase...


haaaiihh...

kalau kat rumah tu.. sementara nak tunggu abang nya balik beberapa jam.. asyik lah tanya bila nak amik abang die...

kekadang.. aku keluar awal.. kol 10 ker.. ada urusan ker.. nak gi beli kayu ker.. atau nak gi shopping ker.. bila terlepas jalan sekolah qaleef jer.. shaquille bising.. cakap salah jalan.. bukan jalan gi sekolah abang die.. soh pusing amik abang dulu.. siap cakap "siaaaannnn abang"

macam tu lah hari2...

tak lagi kire setiap pagi nak ikut abang die masuk sekolah sama2...sebab dalam tu ramai kawan2.. 





so... 1st October 2018 ni.. kami buat keputusan.. tuk cuba masukkan Shaquille kat sekolah yang sama ngan abang die.. kat Brainy Bunch.. memang excited sangat lah die..!!

malam sebelum nya dah tanya die bebetul "betul ker adik nak masuk sekolah ?"

die cakap nak..

so soh tido awal... supaya bangun awal pagi tak merengek..

pagi2 bangun...die terus suara excited nak mandi cakap nak gi skul hari tu...


memang dah bagitau cikgu besar die dah dari ritu lagi nak cuba masukkan shaquille.. n derang semua ok jer.. [dah kenal shaquille pon..may be sebab tu shaquille pon rasa selesa] aku just bayar monthly jer.. tak de bayar lain apa2 pon.. dah akhir tahun pon kan.. cuma nak belikan sehelai baju sekolah.. insyaa Allah.. aku rasa die akan terus kan persekolahan tahun depan kat sekolah yang sama ni jugak sebab tengok pada perkembangan qaleef yang baik sepanjang 2 tahun kat situ.. alhamdulillah

 


ni gambar pagi tadi.. depan rumah sebelum gi sekolah..
abah sado pon ada sama2 excited nak hantar anak gi sekolah fes day.. hahaha..
kiterang memang macam tu lah.. abah sado ko tu pon sama..sanggup jer tau.. 
selalu teruja ngan anak2.. walaupon sekecil2 perkara..

lepas hantar anak2 gi sekolah.. aku ngan abah sado sarapan berdua.. shopping barang dapur berdua.. lepas tu abah sado asyik tanya "acaner la shaquille kat sekolah tu..?" bila dengar bunyik wassap aku die ingat update anak dia.. hover kan apak nya pon... hahaha

kali ni.. aku ok jer.. aku kenal anak2 aku macamana.. samaada 'boleh' atau sebalik nya.. so aku tak risau sangat pon kat shaquille ni.. walaupon baru fes day.. [bangunan sekolah die ngan qaleef lain2 tau.. sebab shaquille masuk play-school.. maksud nya takde lah abang die ngan die sepanjang waktu sekolah tu] tapi aku ok.. sebab aku tau shaquille pon ok.. aku tau die akan happy.. dia tak akan takut or nangis kalau mak nya takde waktu tu.. satu, maybe sebab pilihan nak kesekolah tu atas pilihan die sendiri.. n 2nd thing is.. die dah sangat familiar ngan sekolah tu sendiri...

lagi satu.. rasa percaya... 

so sebab tu aku rasa aku ok..



balik sekolah tadi.. depan pagar.. tengok die still excited..!! die happy sangat2..!! die cakap "best..ramai kawan..!"

nampak tak... apa yang die nak sebenarnya.. apa yang fes die bagitau kiterang tu.. "ramai kawan" tu lah die sebenarnya yang die seronok kan.. die tak mention pon die main ke hapa.. 

bukan semata2 main.. kalau main.. kat rumah lagi banyak permainan.. lagi banyak dari kat sekolah.. 
tapi dari yang die cerite.. die buat aktiviti ngan kawan.. nyanyi2 joget.. makan ramai2 ngan kawan.. tu yang buat die seronok..!! DENGAN KAWAN2.. tu point die.. which is bende tu die tak dapat kat rumah.. balik2 ngadap lah muka mak die ni ha.. huhu..


"kenapa hantar anak sekolah awal sangat.." "kesian anak" 

masa qaleef dulu.. ada orang argue ngan aku..derang cakap seolah2 aku paksa anak aku bersekolah tuk pandai.. pernah jugak baca status sorang mak kat fb cakap "saja tak nak hantar anak2 sekolah awal2 sebab nak kasi anak main puas2 dulu.. bukan belajar..kesian anak2 stress" n bla bla bla.. 

aku tak bekerja.. maksud nya.. tuk hantar anak seawal 3 tahun.. memang sangat awal tuk sesetengah orang.. kesian kan kat anak bagai.. siap ada pernah orang cakap "hantar anak sekolah cepat2.. kalau tak jadi docter tak tau lah" sarcastic.. 

puuiihh..!!!

tu lah bagi aku mentality orang yang pandai cakap jer lebih.. sedangkan tak tau apa2... ko carik sekolah yang fokus pada nak anak ko pandai membaca jer.. memang tu lah ko dapat.. ko dulu gi tadika pon.. bukan semata ajar ko kenal a-b-c membaca pon kan.. tapi lebih dari tu..!! 

ada orang tak paham.. pikir gi sekolah jer belajar.. [memang lah ada sekolah yang highlight tuk ajar anak membaca seawal 4-5 tahun] tapi sebenarnya ke sekolah tu pon ada pembelajaran secara tak langsung yang anak2 akan dapat..

even macam aku.. aku seronok anak2 aku buat pilihan sendiri tuk bersekolah.. maknanya aku tau.. derang sendiri dah ready.. apa jer yang bakal derang lalui.. tu lah cabaran derang sendiri.. derang akan matang dengan cara mereka sendiri.. aku tak pernah paksa pon anak2 pergi sekolah SEMATA UNTUK PANDAI.. aku sekadar bag dorongan.. tu tugas kite pon kan.. bagi aku.. LEBIH BAIK LAH DARI KO BIAR JER ANAK KO TENGOK TV PAGI PETANG SIANG MALAM.. lepas tu ajet2 tak nak anak stress belajar awal2...biar kan die main jer... 


masa qaleef dulu pon.. atas pilihan die sendiri.. dan.. aku pon bukan hantar sebarangan.. aku tengok perkembangan die macamana.. but im very proud of qaleef.. die sentiasa menunjukkan perkembangan die sendiri.. die pandai bawak diri.. n die sangat happy ngan pilihan die.. aku tak pernah sekali pon paksa.. in fact.. bila aku sekolah kan die.. bukan aku nak die stress belajar pandai2..atau nak die lah yang paling kedepan.. 

tak pon.. sumpah.. 

kalau kata nak kasi pandai.. aku sendiri yang ajar die kat rumah sebelum tu lagi.. masa die pergi sekolah.. die dah tau banyak bende [maksud nya membaca..kenal huruf rumi dan jawi..nombor.. menulis..] dan aku tau..qaleef ok.. takde lah sampai orang cakap stress bagai pon.. anak2 ni bijak sangat yer.. cepat serap.. fresh.. ajar sekali..cepat jer tangkap.. takde nak kene paksa2 sampai stress pon.. 


bila aku hantar die sekolah dulu.. niat aku nak die belajar tuk berkawan..  bermain ngan kawan.. belajar teloransi ngan orang lain.. belajar bekerjasama.. belajar untuk berkomunikasi..sesuatu yang aku rasa lebih baik 'die belajar sendiri melalui persekitaran'

qaleef pelat teruk walaupon dah 3 tahun lebih.. orang lain susah nak paham apa dia cakap.. tapi lepas masuk sekolah.. alhamdulillah.. die mula bercakap ngan lebih baik.. so salah satu perkembangan yang baik jugak lah awal2 dulu.. 

so sama macam shaquille jugak sekarang.. kalau ikut aku memang nak hantar die 5 tahun.. tapi tu lah.. tengok pada perkembangan die sendiri.. bagi aku.. berkawan.. bersosial.. tu pon satu pembelajaran tuk die.. paling penting.. die akan gembira.. aku percaya.. bila anak2 happy.. perkembangan mereka akan jadi lebih baik.. n yet.. brainy bunch pon sekolah jenis montessori.. [tak menekankan anak2 wajib belajar membaca seawal 3 tahun kau..huhu] 
so jangan lah pukul rata.. sekolah kat Malaysia ni semua menekan kan pembelajaran secara conventional..bandingkan pendidikan negara2 lain.. sekarang banyak jer pre-school yang buat ngan cara berbeza..ikut kesesuaian anak kite macamana..ikut apa yang kite mahukan.. tak pernah carik.. tak pernah survey.. tak pernah hantar anak kat sekolah2 macam tu.. tetibe nak pukul rata nak cakap macam2.. 

well, macam aku sendiri..  dari dulu memang aku prefer tuk bagi anak2 aku sekolah yang lebih pada montessori.. instead of pembelajaran secara langsung.. atau secara conventional.. budak2 ni kan main pon kire belajar gak tu tuk perkembangan derang.. back to fitrah mereka sendiri yang suka main.. at the same time.. mereka akan berkembang jugak.. mereka di ajar ngan kaedah berbeza.. 

lagi satu.. ada parents hantar anak sekolah awal sebab mereka bekerja.. ramai aku pernah dengar.. dari derang hantar anak nursery/pengasuh yang takde buat apa.. tido makan tido makan buat sepah stress kat pengasuh jer.. pastu tak berkembang otak nya tu.. main ke bende nya kalau macam tu cara menjaganya kan..  baik lah hantar anak kesekolah.. ada lah jugak aktiviti tuk anak.. dapat gak lah belajar macam2..

betul!! ni aku sokong..tindakan lebih wajar aku rasa.. so semua orang ada sebab berbeza nak hantar anak sekolah awal ker lambat.. sokati lah kan.. tak yah nak ngata2 sangat.. yang bayar yuran pon bukan kau.. 

terpulang pada perkembangan anak2 tu sendiri yer.. dan apa yang parents nak tekan kan.. ingat ni : there are no rights or wrongs in raising kids..semua ni mengikut perkembangan.. even Rasululullah pon pernah cakap.. didik lah anak2 kite mengikut zaman merkea..bukan zaman kita..  macam ni lah pekembangan persekitaran kite sekarang.. mencabar.. so buat lah apa yang korang rasa terbaik tuk anak korang..setiap orang punya cara berbeza.. n aku pasti.. macamana cara sekalipon.. niat dan motif nya hanya satu.. nak anak2 kite jadi orang yang baik.. memberi manfaat pada diri die sendiri dan orang lain jugak satu hari ni.. so.. jangan judge cara orang hokeh..  




dulu.. dan biasa pon..ada orang cakap "sekolah kan awal2.. nanti anak2 boring.. satu masa anak2 tak nak gi sekolah"

qaleef dah buktikan kat aku.. dari umur die 3 tahun.. sampai 6 tahun sekarang ni.. die masih lagi excited nak ke sekolah macam tu hari pertama die setiap kali pon.. betul ni tau.. lagi2 lepas tukar sekolah Brainy Bunch 2 tahun lepas.. perkembangan die bertambah2 baik.. die excited.. aku pon sama seronok tengok dia... well.. die anak sulung kan.. orang kata.. die sentiasa bagi kite pengalaman pertama... 

insyaa Allah.. aku harap.. Shaquille pon sama.. as long as sekolah tu sesuai ngan die.. aku rasa dia akan rasa seronok macam abang die jugak.. kalau tak.. maybe kite kene tengok dari sudut lain.. mungkin ada sebab berbeza.. shaquille baru sehari ke sekolah.. walaupon qaleef dah buktikan.. tapi setiap anak ni berbeza2 walaupon dari didikan yang sama.. 

tapi..sama macam qaleef dulu jugak.. just follow the flow.. tengok perkembangan dari masa kesemasa.. macam qaleef dulu ada masa macam tak berapa happy nak gi sekolah.. perkembangan tak memberansangkan.. so aku cari kat mana solution nya.. aku observed keadaan die.. sekolah die.. kenapa die tak suka.. aku pasti..bukan sebab die malas atau boring nak belajar.. macam aku cakap.. aku tak paksa..tak pernah paksa die.. aku cuma bagi dorongan jer.. [kite kene kenal anak kite dulu macamana, apa yang sesuai ngan die sendiri] so aku decided tukar kan sekolah dengan method pembelajaran berbeza.. [cara belajar nya berbeza] alhamdulillah serasi ngan qaleef.. sampai kan bila aku malas nak hantar gi sekolah [memonteng] qaleef marah aku  sebab tak hantar die.. hahaha.. suka sekolah punya pasal kan.. 

ada lah tu cara pembelajaran sekolah tu buat die happy.. 


well.. aku tak layak nak cakap pasal pendidikan anak2.. aku bukan nya mahir pon.. tak belajar bidang tu pon.. ada pulak kang orang yang lebih pandai.. belajar bidang tu.. nak cakap "eeaahh siapa ko nak cakap pasal pendidikan anak2 ni semua.. bukan pakar pon dalam bidang tu" yup betul..aku tetap hormatkan orang yang berilmu..  tapi ada masa..tak semestinya kite perlu amik bulat2.. dan berguna tuk anak kite.. buat yang mana sesuai ngan perkembangan anak kite.. ko rasa anak ko mampu.. dorongi mereka ikut kemampuan mereka.. 

ilmu tu bukan datang dari university jer.. bukan atas kertas menyatakan ko pakar dalam bidang tu ini.. nope.. ada orang ilmu tu dari pengalaman..persekitaran.. observation.. ada ilmu datang dari anak tu sendiri jugak.. aku sendiri belajar banyak bende dari anak2.. percaya lah.. even dari ilmu formal pon.. tak semestinya betul2 sesuai di-aplikasi kan pada anak2.. sebab aku percaya.. setiap anak2 ni unik.. ciptaan Allah ni sangat istimewa.. dan berbeza2.. cara pendidikan nya jugak..walaupon asas nya sama.. tapi masih perlu tengok kesesuaian pada anak tu sendiri.. kalau tak..mana mungkin budak 6 tahun lain sedang bermain..tapi ada budak umur 3 tahun dah seronok menghafaz al-quran.. kan ?





Wednesday, March 21, 2018

Anak kene Influenza A [H1N1]



kesian dah Shaquille.. tak pasal2 dapat penyakit Influenza A ni.. badan die terlalu kecik nak rasa sakit ni.. 

dokter sendiri pon bagitau.. bila kene Influenza A ni sakit nya macam kene denggi.. badan jadi bisa2 sangat... aku ni tak yah kata demam denggi.. demam biasa kalau teruk sangat rasa bisa2 satu badan tu pon tak boleh tahan.. bayangkan pulak sakit Influenza A ni macamana.. 

sigh....

Influenza A ni penyakit H1N1 yang dulu2 kecoh tu.. selsema babi nama lain nya.. tapi yang aku study sikit pasal ni.. dan dari dokter sendiri bagitau.. bukan lah di sebab kan babi tu sendiri pon.. cuma virus tu di nama kan macam tu.. sekarang aku dengar ada pulak H3N2 macam tu lah..kalau tak silap ar nama nya.. tapi tak tau lah penyakit apa tu.. penyakit sekarang macam2.. memang risau kalau dengar.. lagi2 kalau effected pada anak2 kite..

tapi seb bek lah sekarang dah ada antivirus tuk rawatan Influenza A ni.. masa memula penyakit ni kecoh2 datang.. sampai boleh bawak maut ... sekarang pon kalau tak rawat boleh bawak maut jugak.. cuma nya tak macam memula dulu lah.. sebab sekarang dah ada rawatan dan perubatan yang lebih baik.. 

acaner Shaquille boleh kena ?

untuk oengetahuan...penyakit ni boleh dapat melalui jangkitan udara...


Last week kiterang bawak anak2 jalan naik train.. gi KLCC sebab aku pon ada urusan kerje sikit kat sana.. sehari lepas balik tu tetibe Shaquille demam panas.. aku pikir maybe sebab cuaca panas sekarang ni.. just bagi makan ubat demam dari Klinik Kesihatan yang memang dah sedia ada..[memang biasa stand by] tapi tak kebah2 langsung.. panas nya.. sangat2... so lepas beberapa jam.. ikut timing ubat tu.. aku bagi dia ubat bontot pulak.. memang aku mintak kat spital sendiri tuk standby.. biasa ubat bontot ni kuat sikit lah.. memang lepas tu kebah sikit.. tak panas macam awal2 sebelum..

tapi sekejap jer.. esok nya panas balik.. bawak lah gi klinik..dapat ubat macam biasa.. biasanya lepas 3 hari demam memang kene bawak ke spital.. tapi hari ke-3 tu demam die kebah.. dedar..shaquille pon dah mula boleh bangun nak main ngan qaleef.. 

hari-4 tu die tak demam.. tapi die macam penat.. nak tido jer.. pastu buat perangai.. semua bende salah.. cranky lah senang cerite.. tapi badan tak panas pon.. makan jugak tapi tak banyak.. makan biskut macam tu jer.. susu minum macam biasa.. 

malam hari ke 4 tu die start dedar balik..just bagi ubat jer.. tak panas sangat lah.. lagi pon sebab die macam penat.. die tido jer.. pastu dia ada cakap sakit tapi bila tanya kat mana die tak bagitau pulak.. tapi sekali tu jer lah.. aku pantau jer lah.. since demam die tak panas sangat pon.. dan die pon walaupon macam penat dan lemah.. tapi tak lah lembik.. kekadang dia main2 jugak kat bilik die ngan dak qaleef.. lagi satu aku ada jer bawak die ke klinik hari ke-3 demam tu.. cuma tak lah amik darah..

esok nya die ok.. bangun macam biasa..nampak sihat.. takde nampak lemah macam sebelum.. kiterang siap pergi jemputan kenduri kawen tengahari tu dekat2 situ [cikgu qaleef]..[kalau aku tau awal yang shaquille dah kene influenza ni.. aku tak bawak shaquille gi kenduri siang tu.. sebab tak nak sebarkan penyakit dia tu]
in fact sebelum tu.. dan dalam kereta die ok jer.. maksudnya tak lah nampak die letih ke lemah atau demam.. kalau nampak dia demam atau tanda2 tak sihat memang kiterang tak akan bawak die keluar mana2.. 
shaquille cuma mula tunjukkan tanda2 tak sihat balik masa kat kenduri tu.. mula nak melekap jer.. dok beriba ngan acu dia.. aku suap die makan tapi selera jer banyak gak die makan.. dalam dewan tu ekon..tak la panas.. lepas aku makan.. aku amik dukung dia.. dia nampak penat.. aku pikir die mengantuk sebab dah pukul 1 lebih masa tu.. aku suh tido jer sambil aku dukung..  ada masa die ok boleh amik gambar bagai.. tapi ada masa dia macam penat dan mengantuk..


dan petang tu.....


shaquille demam balik...........



masa tu dah rasa... die bukan demam biasa2 dah ni... sebab on off...paling risau bile teringat yang dia nampak letih...



terus sebelum maghrib tu jugak kiterang ke KPJ..amik darah.. dan malam tu terus kene tahan ward....






ni gambar pagi fes day kat spital.. waktu ni die pucat sangat.. dan lemah.. tido jer dia.. nurse masuk cek dia bagi ubat pon die bukak mata sikit jer pastu tido balik..

dokter Syarifah [paed] datang pukul 10 tu bagitau dia kene Influenza A tapi masih peringkat awal..aku dah risau dah memula sebab pikir anak dah demam on and off lama dah baru aku bawak ke spital.. tapi dokter soh aku jangan risau sangat bila die tengok tetibe aku macam panik.. yer lah.. yang aku tau H1N1 ni penyakit bahaya dan boleh bawak maut...[nauzubillah]
  
tapi waktu ni aku di beritahu, shaquille pon dah mula start dapat rawatan khusus tu dari malam semalam nya tu lagi.. [kire derang dah tau awal la cuma baru bagitau aku waktu lawatan tu]

dokter ada explain pasal sakit Influenza A ni..macamana boleh dapat [which is jangkitan melalui udara aku bagitau tadi] cara rawatan..dan kenapa shaquille nampak lemah penat macam tu..  bila dokter bagitau shaquille rasa sakit2 dalam badan macam bisa2.. atau macam kene denggi tu.. baru aku teringat pasal tetibe shaquille merengek cakap die sakit tapi bila tanya kat mana die tak bagitau... 

kesihan kat anak....




hari kedua masih tak aktif.. tido jer sepanjang hari.. bangun sekejap dalam setengah jam pastu tido balik.. 

sampai nurse pon tanya.. yang shaquille ni kat rumah jenis budak aktif ker atau memang behave macam tu...

memang tak lah kan... tak pernah lah aku tengok anak aku cegini ghuper lemah terbaring..

bila dia terjaga aku ada gak ajak die pergi playrooms or jalan2 kat luar bilik kot2 dia boring.. tapi die refuse.. !! 


shaquille ada jer demam sebelum ni.. tapi demam biasa jer lah.. 2-3 hari ok dah aktif.. dan die tak pernah lagi masuk spital sebelum ni.. tapi tengok keadaan dia sekarang ni memang sangat menyedihkan aku as a mom... macamana sakit pon dia.. kire demam biasa sebelum ni.. tak pernah sekali pon die tak selemah macam ni.. dia langsung tak amik kisah.. kire tak teruja ngan sekeliling dia.. macam kat kpj ni ward kanak2 derang menarik.. comel.. selalu sebelum ni kalau datang sini die eksaited jer.. even kalau demam2 biasa sebelum tu pon die akan nampak semangat sikit.. tapi ni langsung tak.. kau tanya la apa pon.. takde bende yang dia nak..




semalam..pagi dokter datang cek.. kene start amik neb pulak sebab paru2 dia dokter kata dah  ada bunyi lendir - aku pon tak tau apa ke nama nak cerite - which is tak elok lah.. shaquille pon batuk teruk tak hilang2 walaupon dah dapat rawatan.. kalau esok masih ada.. kene tengok lagi dan buat rawatan lain.. kata nya... 





petang semalam dia start nampak aktif... dah mula ketawa.. suara dia pon dah mula kuat balik.. huhu.. kalau tak..lemah jer...ni dia main ngan abang dia.. dan mula nak makan dan minum lebih sikit.. memang lega la sangat tengok perkembangan dia nak banding 6-7 hari sebelum ni... cuma bila lepas amik ubat malam sampai ke tengahari.. masuk air..masuk antibiotic.. ubat Influenza A dan macam2 ubat lain lagi tu dia akan tido jer untuk satu tempoh masa lama...dan tak aktif.. 





ni masih lagi kat spital.. tak tau lah bila discharge.. walaupon nampak perubahan positif.. tapi batuk dia masih teruk.. aku tau selagi tak betul2 baik memang tak ley kuar lagi.. takper lah.. as long as aku tau die dapat rawatan yang baik.. aku ok jer.. sakit ni bukan sakit biasa2... biar lah dia betul2 baik... kat sini pon aku dapat buat banyak kerje.. time die tido rehat lepas rawatan tu aku dapat buat kerje2 aku melalui laptop.. boleh update blog jugak.. kalau boring aku layan movie main game.. hahaha.. cuma kekadang shaquille tetibe terjaga merengek mintak aku peluk dia.. [kekadang die tak nak sapa2 dekat ngan dia] tu jer lah... 





korang doakan tuk shaquille jugak yer.. betul2 sihat.. bila tengok dia tak aktif..sakit dan lemah macam ni.. rasa kehilangan sangat... rindu kat dia yang banyak perangai tu.. dah janji kat anak2 sebenarnya bila dia sihat nak bawak balik kampung.. tapi tak tau lah sempat ke tak ni nak habes cuti sekolah dah.. time cuti ni kalau balik boleh lama2 sikit.. kalau tak balik kampung nak bawak jalan2 pon.. tak berani lak buat masa ni.. macam fobia bila anak sakit macam ni sebab terdedah macam tu lah.. lagi2 water park ker...