Monday, May 29, 2017

STEP 1 : DIY pemasangan Wainscoting [Barang2]



hari ni aku gigih kan diri tuk buat entry wainscoting ni.. pheeww...
part by part.. sebab banyak pulak gambar nak share..

ok.. entry ni aku nak cerite pasal barang2 tuk pemasangan wainscoting
macam bahan2 memasak giteewww..




[1] CHAIR RAIL 



pasang kat bahagian tengah2 wall bahagian atas sekali
sebelum tu.. buat garisan sepanjang wall dan masa pasang tu pakai penimbang
ketinggian terpulang pada korang sendiri
tapi tinggi ideal antara 3 hingga 3.5 kaki dari lantai

TAK PERLU PAKAI PAKU.. pakai GUM khas dia jer.. senang..
takde gambar pulak nak tunjuk [tak sempat amik gambar]
sebab letak gam laju2..lepas tu tampal sebab takut kering
letak sikit dalam bentuk zig-zag dan ratakan [jangan biar gam tebal2 sebab nanti terlalu renggang dengan dinding]
atau gam akan terkeluar susah nak tanggalkan nanti




lepas tampal GUM tekan seketika dalam beberapa minit sampai kering dan melekat betul
sebab takut bergerak ke bawah nanti terus ukuran 'lari'
macam gambar atas tu.. nampak tak die menurun ke bawah garisan
sepatut nya kayu tu letak atas garisan tu..
aku tak tekan lama.. die bergerak.. tu yang coklat tu gam nya..



2] BASEBOARD ni untuk bahagian kaki dinding sebagai skirting 


3] SHOE MOLDING ni aku cerite sekali sebab bende ni pasang sekali kat kaki dinding 
lekatkan pada BASEBOARD[2] atas tu
cari yang berbentuk L shape pada bahagian belakang tuk nampak lebih cantik


ok.. nampak tak pemasangan tu

memula tampal [2]BASEBOARD di bahagian belakang terlebih dahulu sebagai skirting
sebab rumah aku ada tile[skirting] asal kat kaki dinding ni.. 
jadi aku letak BASEBOARD sama dengan ketinggian  skirting asal
tu nampak tergantung dan ada ruang sikit kat bahagian bawah sekali

tapi jangan risau..
boleh cover dengan SHOE MOLDING tampal kat bahagian bawah sekali
nampak tak ada bahagian yang aku dah pasang ngan belum tu



so ni bentuk yang dah tampal SHOE MOLDING pada BASE BORD
nampak dan bentuk nya lebih cantik
kalau ada ruang sikit2.. jangan risau..
nanti kite touch-up aku akan cerite kendian yer
sekarang ni kite setel tampal dulu semua bahagian


ni dah siap pasal yang nombor 1, 2 dan 3
ngah buat.. sekali ayah aku kate nak datang berehat kejap masa ummi masuk spital ada minor operation kat spital Selayang
since rumah aku dekat2 situ..instead of ayah aku nak berulang ke Shah Alam tu..
kelam kabut aku mengemas rumah elok2 letak kat kedudukan asal.. hahaha
walaupon wainscoting tak siap lagi..
tapi tak per lah.. aku kemas jer dulu..
yer lah..ayah aku tu dah penat..nak berehat kat rumah anak
datang rumah aku bersepah kang lagi bertambah penat die tengok kan..
biar lah die selesa biler datang tu..
tu yang prefer kemas jer lah dulu..
tu dalam fb aku cakap amik masa lama gak nak siap sebab bertangguh2..
kalau betul2 hadap ni aku rasa dalam 4-5 hari boleh siap dah..
or may be lebih cepat..

ok.. aku terus sambung ke bahagian wall frame [4] tu



[4] WALL FRAME - yang ni complicated sikit
nak pakai bentuk apa ikut lah pekenan korang..
nak cantik pakai ada bentuk tebal sikit
tapi jangan beli yang lebar yer.. beli yang lebih slim size lebih kurang atau sama dengan Shoe Molding

TIPS :: Potong kayu hujung dengan potongan serong 45 darjah
tuk sambungan jadi bentuk kotak frame



aku rasa ni lah paling susah.. hahaha..
dah ukur2 siap sekali tak balance jugak kiri kanan wall..
banyak kali ukur balik dan susun
biler tampal dulu kat dinding..pakau masking tape..
biler nak bukak tampal tu.. tercabut sekali pulak ngan cat asal..
dan lagi satu.. masih tak membantu pon tuk dapat ukuran tepat..
last sekali.. aku hagak2 jer..
beza sikit2 tak perasan sangat pon lagi2 sebab ada bahagian di tutup perabot
cuma.. jangan lah terlampau beza sangat jarak2 nya tu..
tak lawa lak nanti

untuk wall frame ni.. kene ukur kelebaran dinding dulu dan ukur berapa banyak kotak yang korang nak pasang 
jarak cantik antara satu2 frame tu..antara 3 inch hingga 5 inchi
boleh jer nak jarak lagi..
cuma aku share mengikut jarak yang tepat dan lebih cantik

satu frame.. gunakan 4 kayu..size ikut ukuran korang sendiri mengikut size dinding
korang boleh carik contoh2 kat google tuk rujukan size bentuk acaner ko nak

macam aku.. buat 2 size.. ada frame kecik dan frame besar
sebab nak seimbangkan ngan lebar dinding
korang nak buat lebar2 pon takde masalah..ikut pekenan mata korang



semasa proses pemasangan wall frame
lebar wall yang aku pasang wainscoting ni 22.5 kaki
aku pakai 16 frame dengan 2 size berbeza [selang2 besar kecik]
lagi banyak frame..lagi banyak kerje nya..pheewww..
kalau buat lebar2.. laju sikit pasang kot kan.. hahaha




ok lah.. sampai sini dulu..
aku nak kene buat kerje lain ni..
banyak urusan..
nak buat entry ni sambil sharing pasal proses memang amik masa..
so.. nanti aku sambung bahagian 2 pulak yer..

till then.. daaaaaaaa....



notatanganAty :: lupa nak cakap.. kayu ni.. masa beli color coklat asal kayu..
kene gosok dulu atau kalau dah ok boleh terus cat ngan undercot khas tuk kayu.. tuk mudahkan cat..dan cat lagi cantik lepas daripada tu..




NAK TEMPAH / DIY WAINSCOTING CANTIK MACAM AKU PUNYA NI NGAN HARGA MURAH??!!