ok.. jom start entry trip ke Thailand ni sementara aku masih semangat.. lepas tu tolong doakan aku kental habeskan sampai setel.. hahaha..
maklum lah.. bukan travelogue blogger...cerite pasal jalan2 tak pernah nya habes..uhuhukkss..
sebenarnya trip ke Thailand ni.. betul2 plan last minute..malas nak cerite panjang2 acaner ley tetibe jer nak thailand tu.. tragis jugak lah..
Rabu malam nak gerak.. hari selasa baru booking hotel.. Rabu siang tu baru kemas bag tukar duit bagai..!! tu pon hampir tak pergi sebab orang yang sepatut nya nak gi sekali tu yang teror nak bawak kiterang masuk ke Thailand naik kereta..tetibe cancel.. adooyy...
nak cancel bilik dah tak boleh.. still deducted full dari card nanti..dah la 2 malam tuk 2 bilik.. rugi..
so dalam kelam kabut tu.. kiterang gamble jer jugak.. tawakal.. ngan tak buat homework bagai.. huhu...masa dalam perjalanan 5 jam ke sana baru lah gugel apa yang patut.. dapat lah sikit2 info..
dan bayangkan... dah sampai sana baru kiterang decided samaada nak bawak masuk kereta sendiri yer..
tapi seb bek dah pernah gak baca sikit2 sebelum ni.. kalau nak bawak masuk kereta sendiri.. so tau lah apa yang di perlukan..
SENANG jer sebenarnya yer..in fact.. aku rasa lagi senang dari turun naik sewa kenderaan sana..or naik train.. cuma letih sikit lah drive.. lagi pulak kiterang drive dari Kl kan.. 5 jam jugak lah.. gerak tengah malam.. sampai sana ngam2 subuh.. ada masa dan boleh uruskan PROSES UNTUK BAWAK MASUK KERETA ke Thailand tu.. solat subuh awal waktu dan siap2 mandi sebelum masuk border..[border bukak pukul 6 pagi]
ni aku nak share kat korang step by step macamana proses nak bawak kereta sendiri masuk thailand..
kiterang masuk Thailand ikut border BUKIT KAYU HITAM
DOCUMENT PALING PENTING ADALAH GERAN KERETA @ SURAT PEMILIKAN KERETA untuk buat INSURANS NEGARA THAILAND yang WAJIB di buat sebelum masuk ke Thailand tu
yang COPY jer pon takper..
kiterang tak ada geran.. laki aku tak sempat nak gi bank amik copy..
tapi seb baik ada surat pemilikan kereta.. dan takde masalah langsung pon nak guna..
yang penting mesti TUAN PUNYA KERETA tu ada sekali. tak kisah lah sebagai penumpang ke kan.. tapi mesti ada
kalau Tuan kereta takde.. contoh kereta company ker..kereta sewa ker.. PERLU ADA SURAT KUASA dari pemilik nama kereta tersebut.
KAT MANA NAK BUAT INSURANCE THAILAND ?
macam kiterang masuk ikut Bukit Kayu Hitam tu.. so kiterang lalu PEKAN CHANGLOON.. Kat situ ada banyak kedai2 tepi jalan yang letak sign board besar2 tuk buat insurans kenderaan ke Thailand
kiterang sampai Changloon ni dalam pukul 5.30 pagi.. nampak kedai insurans signboard besar tepi jalan ni terus berenti singgah tuk buat INSURANCE tuk memboleh kan kami bawak masuk kereta kami ke sana. kedai ni memang bukak 24 jam rasanya kot.. terang benderang boleh nampak jelas.. tu kereta kami jer seketui tepi jalan depan kedai..
BORANG LAIN YANG PERLU DI SEDIAKAN/ISI SEBELUM MASUK KE THAILAND
1) Borang Arrival/ Departure (White Card)
- biasa pergi mana2 luar negara mesti ada white card ni
- selit bersama dalam Passport dan bagi kat imigresen nak masuk dan masa nak balik [jangan hilangkan]
2) Borang senarai penumpang (TM Form)
- ada 2 jenis [TM2] bagi untuk di cop masa masuk Thailand dan [TM3] bagi masa nak keluar Thailand
- TM FORM ni ada details senarai penumpang dalam kereta yang nak masuk ke Thailand tu
borang2 tu semua boleh di dapati kat kedai2 insurans.. ni harga kat kedai yang kami pergi kat gambar atas tu.. INSURANS di caj ikut hari.. macam harga kedai ni die letak minima tuk 9 hari dan lagi satu.. ikut jenis kereta gak.. macam kami MPV so caj lebih sikit dari kereta biasa..
aku ada baca harga ni berbeza2 ikut suka kedai tu lah nak caj berapa..so aku tak pasti ni mahal ke murah..kalau rajin ley lah survey awal..
ada orang datang masa kami ngah buat urusan ni.. die just mintak borang insurans jer aku dengar.. bayar pastu terus blah.. mungkin dah biasa masuk kot..
macam kami.. malas nak pening2 tak paham.. terus bayar RM 45 pihak kedai ni uruskan semua tuk kami..termasuk upah mereka lah tu..[kalau tak Rm 37 jer] so mereka sediakan semua sekali termasuk isikan borang2 jugak.. kire kami bayar jer lah..mudah lah tuk kami..huhu..
lepas mereka isi, kami just turunkan tandatangan jer kat WHITE CARD tu..
so dapat Insurance kereta Thailand ni.. letak atas Dashboard kereta sepanjang perjalanan dalam Thailand tu.. Insurance ni pon tak perlu nak serah pada sesiapa selain dari kalau di minta penguat kuasa.. kita akan bawak balik simpan sebagai kenangan nanti2..
dapat INSURANCE THAILAND ni boleh dah lah masuk Thailand tu dengan kereta.
tak nak cerite panjang2 pasal borang tu semua.. sebab sebenarnya mudah jer urusan nya.. tak de lah banayk borang nak penin2 pon.. tak yah pening2 pikir pon.. nanti sampai kat 3 check-point dalam gambar ni.. derang yang akan mintak korang apa yang patut..
untuk yang fes time datang tu.. bila sampai sana nanti.. korang akan tau sendiri acaner.. dan trust me.. tak susah mana pon..
korang boleh amik gambar ni simpan tuk ikut step by step mana nak pergi
ni maklumat kedai Insurance kat Chagloon yang kiterang buat ritu tu.. tuk rujukan korang
CHECK POINT-PERTAMA : IMIGRESEN MALAYSIA
just bagi PASSPORT DAN WHITE CARD
satu kelebihan aku rasa bila bawak kereta sendiri kau tak perlu turun kereta parking langsung pon nak cop passport nak masuk tu..
DRIVE THRU jer yer.. kat sini.. cermin tingkap kereta turunkan semua tunjuk lah muka masing2....pegawai tengok dari luar jer...
takde nak cek2 kereta bawak barang turun jugak pon..tak yah nak turun beratur panjang bawak anak barang sekali.. senang..!!
lepas cek dan cop tu selesai dan boleh terus kan perjalanan ke chck-point ke dua
RAMAI DAN LAMA TAK PROSES ??
mungkin kami pergi time weekdays - Khamis - dan masih awal pagi.. jadi tak ramai orang pon..dan proses sekejap sangat..
dari apa aku pernah baca review.. kalau time cuti or sabtu ahad.. nak masuk sini jammed n banyak kereta beratur.. amik masa agak lama jugak.. so bila pergi time kerje macam kami ritu.. smooth jer lah perjalanan masuk tu.. tak beratur panjang pon.. tak banyak kereta n orang.. or may be masih awal pagi lagi ker kot tak pasti lah pulak [kami masuk sana pukul 7.30 pagi waktu Malaysia]
masuk sempadan Thailand dah..lalu jer dan kat sini derang akan tahan tuk tengok Insurance dan lesen pemandu jer. tak perlu risau.. tak perlu turun atau bagi apa2 dokumen pon selain yang di mintak..tu pon tuk tengok jer..
CHECK POINT KE-2 : Imigresen Thailand.
Kat sini kene serah semua dokumen [TM FORM] dan Passport lagi sekali untuk di cop -macam biasa procedure nak masuk negara orang-
still tak perlu parking kereta.. just boleh Drive thru TAPI semua orang kene turun depan kaunter untuk scan muka setiap sorang.
but still tak leceh nak hangkut barang jalan jauh bagai.. dan aku rasa mudah lah bawak kereta sendiri masuk Thailand ni..
ni masa turun kereta depan kaunter.. tak berani sangat la nak amik gambar.. huhu
setel kat sini.. kejap jer.. masuk balik kereta dan terus kan perjalanan ke CHECK-POINT KE TIGA : KASTAM THAILAND depan sikit jer dari tempat ni..
tapi kat Check Point ke-3.. takde gambar.. abah sado parking kereta kat tempat parking dan hanya dia [OWNER KERETA] seorang jer turun kereta bawak bersama PASSPORT DAN GERAN KERETA sahaja.
yang lain2 boleh lepak jer dalam kereta menunggu..
kat situ owner kereta akan dapat CUSTOMS DECLARATION FORM ni
REMINDER : borang yang satu ni, kau kene serah kan balik masa nak keluar border tau.. WAJIB !!
derang mungkin tak mintak.. tapi ko jangan lupa.. kalau kau lupa, mohon lah patah balik hantar jugak form ni kat kaunter kat border nak keluar tu..
kalau kau tak pulangkan form ni.. kau akan di denda mengikut hari dari hari terakhir insurance kau tamat dan kereta kau akan di BLACK-LIST terus which is tak dapat lah kau nak bawak masuk kereta yang sama tu semula lepas2 ni..
so take note yer pasal ni.. even masa kat kedai insurance kat Changloon tu pon.. derang ingat kan kiterang beberapa kali akan hal ni.
so setel kat 3 CHECK-POINT
kami teruskan perjalanan ke HAT YAI kire2 sejam dari border.. tak singgah mana2 pon sebab driver mengantuk drive dari tengah malam dan nak cepat sampai hotel dengan harapan boleh check in awal kot dapat rehat kejap sebelum berjalan lagi.. [nanti aku sambung pasal hotel penginapan pulak lepas ni]
SUSAH TAK URUSAN NAK BAWAK MAASUK KERETA SENDIRI?
Bagi aku.. alhamdulillah.. semua urusan mudah jer bagi kami.. sangat mudah..
aku rasa lebih mudah dari apa yang pernah aku baca orang review..
mungkin aku pon memang jenis macam ni.. tak berapa kisah akan hal2 macam ni.. so takde lah rasa masalah besar pon..rasa bawak kereta sendiri lagi senang perjalanan tak yah pikir nak hangkut bawak turun barang semua... leceh.. ngan anak2 kecik lagi kan..
tapi kalau ko nak rasa lagi senang.. tak nak pikir pasal borang bagai.. naik jer lah flight.. tu memang mudah..
cuma kau kene sewa kenderaan lain kat sana..tu jer..
macam kami memang nak rasa semua ni.. jadi kami pilih tuk bawak kereta sendiri.. thats all..
TAKUT ??
ni lagi satu.. jangan lah nak menakut2 kan orang.. hahaha..
betul.. masa aku cakap kat orang masuk sana bawak kereta sendiri.. orang akan terus tanya "tak takut ker..?"
tak lah.. takde apa nak di takutkan pon.. keadaan kat sana sama jer macam Malaysia.. lalu kawasan kampung sebelum ke bandar..
may be sebab dah ramai yang menakut2 kan atau cakap bende2 yang menakutkan buat orang lain yang rasa nak pergi fes time tetibe rasa takut macam2 bnde.. sedangkan.. takde bende pon laaaaahhh.. sungguh...
kalau polis korang tengok jaga jalan tu.. sama jer lah macam kat Malaysia ni
ada road block..banyak kali gak kami jumpa..
tapi cuma sekali jer mereka tengok lesen kereta since Ins kami dah siap2 letak atas dashboard kereta..
takde pon rasa tak selamat ke hapa..sepanjang perjalanan tu tenang jer.. tengok permandangan dan culture sana yang sikit berbeza.. tengok kenderaan mereka.. tengok pakaian sekolah mereka.. tengok baju polis askar mereka..tengok macam2 lah yang berbeza...
tak perlu pon nak rasa tak selamat or takut.. bagi aku.. insyaa Allah ok jer.. orang selalu lah cakap macam2.. takut lah.. susah lah.. leceh lah.. tak selamat lah.. dan macam2 lagi bila cakap nak masuk ke Thailand tu.. tapi sebenarnya.. tak langsung pon tau.. [selain jaga diri.. tawakal pada Allah tuk jaga kan kita]
berhati2 tak salah..dan memang patut pon.. yer lah..tempat orang pon kan.. lagi2 yang fes time macam kami ni.. tapi jangan lah sampai bende tu jadi penghalang pada kita.. atau kite rasa negative sangat..
aku pulak jenis redah jer.. tak cuba mana nak tau.. kalau takut2 sila mereput dok jer tempat sendiri tak yah gi mana2 tengok negara orang.. giteeeww kau sound.. hahaha..
n no wonder kalau korang baca review.. ada orang berkali2 masuk thailand ni bawak kereta sendiri.. sebab memang ok2 jer.. insyaa Allah..
PERLU ADA TOUR GUIDE KER UNTUK FES TIMER DATANG?
bagi aku.. tak perlu pon tak apa.... sebab jalan kat sana tak complicated mana pon.. macam Malaysia jer lebih kurang.. buat lah homework sikit2 supaya tak terpinga2 langsung..tau mana nak pergi.. gugel jer belambak orang review pasal Thailand ni.. boleh buat Itinerary sesiap tau mana nak pergi..tempat menarik.. yang penting ada waze or google maps untuk tunjuk arah jalan..
pasal ni.. aku share kat bawah ni ha...
kat sana untuk internet.. aku beli sim card Thailand kat kedai yang sama aku buat Insurance kat Changloon tu.. malas nak carik2 lagi.. since orang kedai tu cakap.. ni 2 telco line yang ok kat sana..
aku amik LINE TELCO DTAC sebab dapat 15 minutes free call.. berguna gak tau free call tu sebab ada gak aku kene call driver TUKTUK tuk pick up kiterang [ni nanti aku cerite saja nak merasa naik tuktuk gak]
5 hari unlimited data.. ok lah tu.. aku kat sana pon 3 jer.. unlimited lak tu kan.. so far aku pakai DTAC Telco ni ok sangat sepanjang kat Thailand tu.. laju jer.. dan sangat2 membantu..
HARGA RM 29.. beli kat Changloon..
tapi aku jumpa dalam perjalanan kat sana.. lagi murah.. Rm 20 dah dapat dah.. ada pernah baca review rm 15 jer.. tapi tak tau lah kat mana nak carik tu.. may be kalau ada rezki datang lagi.. aku beli sim kat sana jer tuk dapat kan harga lebih murah.. tuk fes timer ni.. consider kite belajar..
btw.. aku sorang jer yang tukar sim.. yang lain on wi fi jer.. [lepas tu battery hp kau paling cepat habes...ggrrr]
SIMCARD LINE SANA..PERLU ATAU TIDAK ?
bagi aku..terpulang
cuma untuk aku personally.. sangat penting aku amik simcard sana tuk tengok waze !! dah kata bawak kereta sendiri kan..fes time lak tu..dan tak semua jalan kite paham atau ada tulisan bahasa..
so far sangat2 membantu aku.. langsung tak sesat.. tak buang masa..tak buang minyak.. asal kan tau nama tempat nak di tuju.. just type jer.. lagi satu.. senang aku nak gugel apa2.. tak kisah lah ape bende pon.. tempat best ker.. kedai makan ker yang tetibe kene carik jam2 tu jugak.. review2 orang lain ker [yang tak sempat nak baca sebelum2 ni] dan macam2 lagi lah..
ada orang kata boleh pakai off-line maps.. download sesiap.. so still boleh pakai walaupon tanpa line internet kat sana..pon terpulang.. kalau ko mahir.. jimat tak yah beli simcard sana kan..
kalau takde simcard internet sana..boleh guna wi-fi hotel.. lagi satu.. kedai2 urut kat sana pon ada free wi-fi.. aku tak sure pasal ni..
tapi.. tuk aku yang berjalan anak kecik memang tak boleh lah nak buang masa duduk2 lepak semata nak guna internet..baru terhegeh2 nak gugel itu ini.. terkial2 carik tempat2 penting macam tempat makan ker..
untuk aku ngan anak2 ni.. semua kene pantas.. pantas pikir.. pantas buat keputusan.. pantas bergerak.. lagi pulak kami cakap ni last minute trip.. semalam plan rini dah sampai.. so tak sempat nak buat homework details sangat..so internet sepanjang masa sangat penting kat kami..
tuk aku penting dan satu keperluan.. tapi kalau tanya aku.. tengok lah korang acaner kan.. lain orang berbeza mungkin lain keperluan..tengok bajet jugak..
rasa perlu.. beli lah.. rasa ada cara lain berbeza.. takde masalah.. ikut pengetahuan sendiri.. aku just sharing apa yang aku lalui mengikut keperluan semasa kami kat sana..
MINYAK KERETA ISI KAT MANA ?
perabeh semua aku cerite kat entry ni.. ikut pengalaman.. aku takut aku tak tercerite jer nanti kalau sibuk nak buat banyak2 ntry..
TAKE NOTE yer.. ISI MINYAK DI MALAYSIA sebelum masuk border
kalau ko rasa minyak kat Meysia ni mahal.. minyak kat Thailand tu lagi mahal yer... so isi la sesiap banyak station minyak sebelum masuk border tu..
Petronas kat Changloon ni salah satu nya.. kami berhenti mandikan anak2 kat sini lepas solat subuh kat surau sebelum nya [dekat2 jer]
so isi minyak sekali.. topap.. dari rumah kami [selangor] dah isi penuh dah.. sampai sana tinggal separuh lebih.. so topap lagi rm 60 isi penuh kan balik [kami bawak mpv yer harap maklum] tahan minyak tu tuk perjalanan 3 hari ke Hatyai-Songkla dan masuk balik Malaysia [banyak gak lagi yang tinggal]
saja buat no plat sana sebagai kenangan kereta kami dah sampai sana..
tak buat pon tak apa..
kami buat kat area Floating market harga 90 Bath [lebih kurang rm 9-10 hengget]
aku tak tau mana pergi kaki aku lagi satu.. hahahahaha... dasat lak rasa..
by the way.. gambar ni sebenarnya gambar waktu balik.. berenti tepi jalan ni jer signboard sempat jumpa.. nak carik signboard Hatyai tak jumpa lak.. kalau jumpa pon susah berenti.. malas lah aku aiihh..
ni pon kire boleh lah ni ada bahasa Thailand kan.. Sadao tu satu pekan.. kiterang lalu dalam perjalanan ke Padang besar..
nampak tak ada tanda ke 'PADA BESA' tu..
pergi kami masuk ikut Bukit Kayu Hitam.. balik kami saja nak merasa keluar dari border PADANG BESAR pulak.. experience kat situ nanti aku cerite lain kali lak..lain sikit lah procedure nya..
ok lah... nanti sambung pasal Hotel kami menginap lak yer..
NotatanganAty : THAILAND takde tol.. best giler...!!
ENTRY BERKAITAN :