Tuesday, August 17, 2010

rumah ker yang bersaLah..??

SANTAI... :)

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. 
Habis bertengkar, 
secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas
barang-barangnya ke dalam beg.

" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak
pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak
tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. 

Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
"Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak
ikut awak keluar dari rumah ini ! "

MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan??

7 comments:

♥S@R@♥ said...

hehe kelakar la plak..

mungkin la kot sbb duduk umah tu lama sngt agknya...& rumah tu mcm tu gak dr mula duduk sampai la 15thn..hehe

♥S@R@♥ said...

eh penambahan..tp yg sbenar salah org yg duduk dlm rumah tu la kan..hehe

thezaila said...

rumah x salah... org dalam rumah bersalah

farahfatihah said...

adoiii sengal tul suami tu!

syanaim said...

::hahha..lawak dialog tu..btw org yg bermasalah..haish..mcm3 hal skrang ni..::

Diebalychouzz said...

buat lawak je.. rumah tu tak pernah pun bersuara.. hehehe boleh pulak salahkan rumah ek..

Nora a.k.a Aira said...

rumah tak salah !! kalo rumah tu boleh bercakap dia mesti kata i'm guilty okeh :p hehe