Wednesday, June 12, 2013

PLAYROOM :: Alih atur susunan kedudukan perabot dan barang




aku ni punyer perangai...

memang suka alih2 susunan perabot..
lagi2 selagi tak jumpe yang aku betul2 berkenan...
kekadang..tak sampai seminggu letak...aku dah alih...

tapi tengok gak ar ruang atau bilik tu kan...
kekadang..dah memang tak ley nak di alih..
jadi...7-8 zaman ko biar kan jer letak duduk nyer kat situ -sampai ko tukar barang lain...[ngeeeee...]

tuh..kat playroom dak Qaleef tuh...

aku rase 3 kali gak kot aku mengalih rak Expanded IKEA yang aku beli untuk letak barang menan qaleef termasuk TV kotak..






mula2 letak kat tengah2 bahagian feature wall..[gambar kat atas ni]
dinding tu lebih lebar berbanding dinding2 lain..[playroom ni jenis memanjang]
kiri dan kanan rak..letak bakul mainan..

tivi berada di tengah2..

dari dalam bilik air -qaleef masih sempat melayan cerite kegemaran-
sebab berhadapan dengan pintu bilik air [tapi ade ruang bermain yang luas]


lepas tu cuba alih tolak ke tepi dinding

jadi tivi kotak berada di sudut hujung..
mase ni masih tak ade almari baju biru tuh..
kat dinding utama..masih banyak ruang nampak kosong seperti ade yang kurang..
sebelah bakul aku letak barang menan yang tak boleh disimpan..
tak kemas..

*tak ade pulak gambar keseluruhan dinding dan ruang


masih rase janggal kat mata  -seperti tak memanfaat kan ruang atau nampak serabut sebab terletak di stripe-feature wall






alih ker bahagian dinding yang ade tingkap..

bahagian ni ruang adalah lebih 'pendek' berbanding ruang pada dindidng utama [feature wall]
letak rak Ikea ni..dan letak bakul menan 2 tuh -dah cukup

tivi berada di tengah2...

aku suka...tapi qaleef dari bilik air kejar2 kuar biler nak tengok atau dengar lagu yang dia suka
sebab dari bilik air die dah tak nampak tivi -berada di bahagian tepi-

buat mase ni...mata aku senang ngan keadaan macam ni..

nampak ruang lebih luas..
cuma nya..kalau rak tu bersepah atau tak susun ngan elok..
dari luar [ruang keluarga] dah boleh nampak..
jagi gigih ar mak nyer mengemas setiap kali dak qaleef buat sepah...
dah nama nyer bilik bermain kan...
kalau tak nak dan tak boleh bersepah..ko simpan jer semua menan barang tu dalam kotak letak dalam stor..
kompem lapang mate ko...ngeh ngeh ngeh....



nampak perbezaan sikit..??


ingat tak aku ade beli frame biru ikea lama dah ritu..??
sampai ni..sampai sekarang..gambar tak di cuci weeyyhh..!!
dah kate aku sibuk kan...walaupon gambar dah carik tapi nak singgah kedai tuk cuci tu kemain payah...haaiihh...


sebelum ni...aku gune bakul biru dan jugak merah tuk isi barang menan kecik2 qaleef..
tapi aku tukar ke 2-2 nya kepada bakul biru...-nampak lagi serasi...

aku letak bakul ni kat sebelah rak ikea putih tu...
biasanya..biler qaleef nak main..dia akan tarik satu bakul dan kuarkan semua..
atau korek2 menan yang die rase menarik tuk die main dan bawak keluar..
dalam tu..ade menan2 die dari newborn jugak...memang sengaja aku tak simpan..


ni dinding yang bertentangan dengan feature wall..
tu adalah pintu bilik air... atas nye aku hanya letak jam ikea Rm 2.50
buat mase ni tak rase nak belikan jam lain pon...-yang mungkin lebih sesuai tuk playroom-

sebelah kanan pintu bilik air tu..masih kosong..
sedang mencari idea tuk memanfaatkan ruang -walupon ruang yang kecik-






kedudukan mainan2 ni semua sentiasa berubah2 setiap kali pon..
kekadang kat atas...kekadang kat bawah..
kekadang aku simpan dalam bakul biru ikea tuh...
dan kuarkan menan dalam bakul tu pulak tuk letak atas rak...
tak de lah qaleef borink ngadap menan yang sama jer..
nak beli hari2 menan die tu memang tak dapat la kannnnn......
jadi..ni jer lah care yang aku rase agak ok tuk mengelakkan qaleef bosan ngan mainan yang sama..


bertentangan dengan rak mainan qaleef..dan jugak masih bersebelahan feature wall..
ni wall yang ada pintu keluar masuk bilik..

bakul ikea merah aku beli lama dah...kalau sebelum ni aku letak mainan qaleef..
tapi sekarang aku gantaikan sebagai bakul letak baju kotor untuk qaleef..
memandangkan qaleef kan mandi dan bersiap dalam bilik ni jugak..
dan lagi biasanya...baju qaleef di basuh berasingan..




bahagian dinding ni pendek..
letak bakul dan rak baju serta barang2 qaleef...dah habes guna keseluruhan dinding..
sebelah almari tu pintu keluar masuk ke ruang family/tangga

aku lebih suka kedudukan almari ni kat bahagian sini berbanding tempat asa iaitu bersebelahan pintu bilik air..[yang tempat frame tu]
dari pintu masuk...hanya akan nampak sisi almari sahaja..





buat mase ni...kedudukan perabot semua masih lagi berada di kedudukan begini...
dan aku rase sesuai...
tapi mungkin satu hari nanti..biler bertambah barang..atau ade idea lain yang datang..
susunan akan berubah lagi...mengikut kesesuaian ruang...

belum siap lagi..!!
masih banyak lagi idea dan bende aku nak buat pada bilik ni...
cume baru2 ni mase agak mengekang aku..
jadi...keadaan macam kekal selama beberapa bulan dari pindah tempoh hari..
in syaa Allah...kalau ade ape2 yang aku rase menarik..
pasti aku akan kongsi bersama..
jangan risau hokeh...




p/s :: sedang pikir tentang meja aktiviti dan mini library...