Wednesday, January 14, 2015

TIPS :: menghadapi anak demam






[gambar sekadar hiasan]



saja2 rini nak share info pasal anak ni..
kot2 berguna kat mak2 yang mungkin tak pernah tau walaupon anak dah nak masuk yang ke-6
hehehe..kot lah.. kot...
aku dulu masa awal2 qaleef demam..
masa baby2 sangat dulu...
risau..panik dan tak tau apa nak di buat..
sampai sekarang.. masih lagi risau..
tapi dah tau dah la apa nak di buat kalau anak demam..

jadi.. ni aku share gak sikit2 pengetahuan penting
sumber yang aku dapat dari Tips Wanita&Info Keluarga kat FB
harap bermanfaat gak kat korang semua..
insyaa Allah...



Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk…. samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku…. anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru…




okeh...tu sumber dari Fb..

nak share sikit2 lagi petua2 atau info2 tambahan lain


- sentiasa pastikan suhu anak tak kire masa siang dan lebih2 lagi waktu malam

- sejukkan bahagian kepala dengan towel lembab..atau petua lain letak asam jawa dan bunga raya -bekesan tau..!! [insyaa Allah]

- kalau macam qaleef yang tak suka nak letak 'bende' atas kepala die.. jadi aku akan sediakan semburan air [spray] dan sembur sikit2 kat kepala die kasi sejuk..usap pelan2 sambil selawat dan baca alfatihah..lagi efektif aku rasa...

- sebenarnya.. aku ada baca tak elok letak cool fever kat kepala..seelok2 nya letak kat belakang badan atau celah2 pelipat [seperti lengan dan belakang lutut] -tempat2 yang suhu terperap [gambar lama tu dan aku baru tahu]

- bagi anak yang demam makan ais krim !! ni petua aku dapat dari sorang doktor.. die cakap.. kite ni.. selalu larang anak makan ais krim time risau demam makin teruk atau batuk selesema..tapi sebenarnya.. ais krim tu membantu menyejukkan dalam badan anak yang panas tu - aku dah praktikkan..memang sangat berkesan..[alhamdulillah] 

- jangan di pakaikan baju seluar [atau pakaikan pakaian yang sesuai yang berlubang2/tidak tebal]
jangan di selimutkan anak tu.. jangan di pakai kan stokin macam orang dewasa konon2 nak bagi peluh2 keluar satu badan...biarkan haba badan kanak2 tu bebas keluar

- lagi satu cara [doktor] - pakaikan stoking yang lembab [di rendam dan di perah] pada malam hari-[kenapa di kaki ??] Kerana kaki kita mengandungi kepekatan kelenjar peluh yang lebih tinggi daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.
ada petua supaya di letakkan garlic bersama tapi di double kan stoking tu [ada care nya..cube cari petua ni-pernah baca sebelum ni-

- seelok2 nya mandikan sebelum subuh [seperti saranan Rasulullah] mandikan bermula dari kaki baru naik kat kepala -sambil berselawat syifa'
kalau anak tu 'pasrah' rendam anak tu beberapa ketika dalam bath tub [dalam 10 minit]

- bagi anak yang tak susu badan.. bagi anak minum air masak banyak2 atau susu supaya anak kerap buang air besar atau kecil - dan lagi biler badan anak tu panas.. die akan kekurangan air dalam badan yang akan menyebab kan dehydrate atau keadaan anak lebih teruk.. 



kalau suhu anak terlalu tinggi dan tak kebah2.. segera lah bawa ke hospital..
amik darah.. tuk kesan apa2 kemungkinan lebih cepat..


selebih nya.. banyak kan berdoa dan berselawat..
mak ayah banyak kan beristighfar dan renung kembali akan kesilapan diri sendiri...
jika anak kerap sakit demam.. 
seorang ustaz pernah cakap dalam satu ceramah aku pernah baca
agak kite sebagai orang tua.. banyakkan bertaubat serta bersedekah..


amalkan selawat shifa' [insyaa Allah]
segala penyakit dan musibah datang nya dari Allah
dan penyembuh nya juga dari Allah..








notatanganAty :: kalau pembaca nak perbetulkan atau menambah lagi apa2 yang kurang..
sangat2 di harapkan..




- boleh share entry ni untuk sama2 beroleh pengetahuan.. segala ilmu dan maklumat juga hasil perkongsian dari sumber2 lain jugak- sama2 kite memperoleh manfaatnya [insyaa Allah]













IKLAN







DAPATKAN PACK EPHYRA DENGAN HARGA KASIH SAYANG

dengan harga LEBIH MURAH...


DI SINI !!!





+



PREMIUM PACK [30 SACHETS [SEBULAN]

 :: FREE BOTOL SHAKER
:: FREE BAG EPHYRA
:: FREE SKIN BAR EPHYRA 
[LIMITED TIME ONLY]
:: FREE KALENDAR 2015 
[LIMITED TIME ONLY]
:: FREE POSTAGE SEMENANJUNG


TRIAL PACK 10 SACHETS

FREE KALENDAR 2015 EPHYRA
FREE POSTAGE SEMENANJUNG






PASTIKAN ORIGINAL !!




banyak nya bende FREE..!!!
jangan lepas kan peluang ni tau..
sebab SKIN BAR EPHYRA tu dalam tempoh masa terhad sahaja tau !!!




WHAT'S APP / SMS :: 019-2085089
[untuk urusan jual beli sahaja]
EMAIL :: nurha_abdul82@yahoo.com