Monday, January 18, 2016

TIPS :: Membeli saiz permadani yang tepat mengikut kedudukan perabot dan ruang




"assalamualaikum Pn Aty, saya baru berpindah dan sedang proses mendeko rumah baru.. banyak bende saya nak tanya dan minta pendapat Pn Aty.. tapi untuk masa sekarang.. boleh tak Pn Aty bantu saya bagi pendapat atau tip untuk langsir dan jugak macamacane saya nak cari carpet.. saya nak tau bekaitan warna..design..bentuk dan saiz yang bersesuaian mengikut ruang serta tema di rumah saya.." Email pembaca


eeerrr...banyak nyer soalan.. heheh...
tak mampu nak jawap semua..
pasal langsir tu.. aku pernah share [ukuran yang sesuai] lama dah dulu..
cube carik kat bawah label 'langsir' tepi tu..[punya lah malas aku nak carik satu2 kan..hahaha..maap lah yer]

tapi aku tertarik dengan permintaan pendapat mengenai carpet tu...
lebih pada saiz ruang yang tepat tu..
aku nak jawap mengenai tu dulu...sebelum yang lain2 nya...
dan pasal bentuk warna tu insyaa Allah.. aku akan share kendian...
tak janji la..tapi kalau sempat nak ulangkaji cepat..aku akan share..

so.. pasal saiz carpet tu..
biasanya...orang tak peduli sangat pasal saiz permadani..
orang lebih fokus pada warna..dan design yang di sukai...
tapi.. sebenarnya.. ada beberapa perkara lain lagi selain tu perlu di amik kire..
berkait ngan apa yang aku nak share ni..iaitu berkait saiz..
sangat penting untuk memilih SAIZ PERMADANI YANG TEPAT
mengikut kedudukan perabot dan jugak saiz ruang..

so ni..aku nak share pendapat...sikit jer lah..
tak pandai pon.. aku pon tau daripada sikit pengalaman sendiri yang sukaaaaaa sangat membeli permadani... 
dan jugak melalui pembacaan..
so aku kongsi ngan korang jugak..
harap2 bermanfaat..

berbalik pada email..
memandangkan aku tak tau saiz ruang...
kedudukan perabot..
jadi aku akan share secara basic...secare umum...

sebenarnya.. ko nak beli carpet pon..
memang kene tengok ruang dan kedudukan perabot..
kebanyakan orang.. salah beli saiz..tapi tak perasan..
end up... nampak sikit kekurangan.. sikit mencacatkan permandangan..

sekarang.. fungsi permadani bukan setakat nak 'alas kaki' jer..
tapi jugak sebahagian daripada DEKORASI..

perlu amik tau.. ada ukuran2 tertentu mengikut ruang dan susun atur..
percaya tak ukuran saiz carpet pon boleh membantu mengubah dekorasi keseluruhan...
dengan permadani boleh jugak nampak satu ruang yang kecik menjadi besar dan sebalik nya..

tu lah penting nya sebelum nak membeli carpet..
pastikan kedudukan perabot..dan sais ruang yang nak di-cover..
jangan beli terlampau kecik..!! a
ngam2 hanya tuk alas di bahagian kaki...atau ngam2 letak bawah meja kopi[untuk ruang tamu ]
tuk meja makan pon macam tu.. saiz ngam2 tuk bawah meja makan-sama saiz ngan meja makan
tak cover tuk kerusi dan ruang lebih sikit...
ada pernah orang cakap..membazir nak cover sampai bawah sofa atau bawah katil...
bukan boleh di pijak pon..
silap tu sebenarnya..
jangan kan 'asal ada' kekdah nya..

setiap satu ni..ada fungsi dan kesan pada dekorasi serta keindahan satu2 ruang tu sebenarnya..
jadi.. jangan amik mudah akan perkara ni..
ruang akan lebih cantik jika saiz carpet di plih dengan betul..

saiz yang tepat ada biler dapat cover kebanyakan ruang dan dalam kedudukan perabut..

paham tak maksud aku ni..

ok2.. aku share gambar kasi mudah nak paham..






contoh penggunaan saiz carpet untuk ruang tamu
line BIRU tu lah..saiz permadani yang bersesuain dengan ruang tersebut..


keadaan akan lebih cantik dan elok jika saiz carpet lebih besar dan menyeluruh untuk cover semua peletakan perabot seperti sofa


kesilapan yang biasa di lakukan..bila carpet di pilih terlalu kecik saiz nya..



boleh nampak dengan jelas saiz carpet yang tepat dan bersesuaian yang sepatut nya kite pilih tuk satu2 ruang






antara contoh yang lebih real saiz carpet dan peletakan perabot yang betul 


yang atas ni untuk ruang tamu...
sama jugak keadaan dengan penggunaan carpet di dining area [kawasan meja makan] 
dan jugak bilik tidur..





 boleh nampak tak perbezaan saiz permadani yang bersesuaian untuk meja makan..
jangan beli-pakai yang telalu kecil untuk meja makan yang lebih kurang sama saiz nya


untuk meja bulan pon macam tu jugak..
kalau nak pakai yang bersaiz bulat jugak [permadani] pilih yang besar sedikit daripada meja makan

macam contoh kat bawah ni








contoh2 permadani untuk meja makan bentuk bulat




contoh saiz permadani untuk ruang meja makan



atas ni gambaran2 atau saiz yang bersesuaian untuk ruangan meja makan..
aku tau...mesti ada antara korang yang tak terpikir kan pasal saiz pemadani kat meja makan ni
perlu lebih besar dari pada meja makan tu sendiri jugak penting..
lebih pada dekorasi dan kesesuaian... untuk mencantikkan lagi ruang tersebut..
biasa orang letak permadani kat meja makan untuk tetamu sahaja atau ruang dapur kering..

tu secara general la..
standard orang sekarang memang suka letak permadani kat meja makan..
aku pon letak jer..
tapi... dek kerana ada anak sebesar dak qaleef tuuuuuuuuu..
yang jenis nak makan suap sendiri [qaleef kate..'solap']
tapi yang jatuh ke bawah lagi banyak dari yang masuk mulut..
memang buat masa ni.. aku tak letak sebarang alas atau permadani kat ara meja makan tu..
atas faktor kebersihan..dan lebih mudah nak di uruskan..
aku prefer tuk letak time2 nak raya atau kalau ada jemputan tetamu.. heheh..
kalau tak...memag jenuh nak jugak..
yang si adik nya pulak.. jenis ngah aktif merayap satu rumah..[tanpa walker]
jadi aku risau kan bende2 kecik macam tulang ker aku tak perasan..
atau semut..
jadi.. demi anak2.. tak per lah sementara tak ber alas dulu..

sebenarnya.. ada jer permadani yang sesuai..
yang mudah di uruskan..senang nak bersihkan-sapu..
kurang bulu nya..
tapi..takper.. hal ni..aku kongsi kendian keh..insyaa ALlah..
rini nak cerite pasal saiz jer dulu..



ok.. sekarang nak share pulak saiz permadani untuk bilik tido pulak..
bagi aku yang ni agak menarik..

biasanya... kite tak akan letak permadani sehingga bawah katil kan..
typical rumah melayu akan letak pemadani di hujug katil atau depan meja solek..
atau paling tak pon hanya pada kawasan lapang tanpa ada peletakan perabot di atas nya..
konsep nya...tak macam untuk ruang tamu dan meja makan..
sesuai dengan fungsi letak permadani tu sendiri hanya tuk elakkan tapak kaki sejuk 
atau lebih tepat..nak kasi sedap kat kaki..
kalau letak kat bawah katil-perabot..
pikir hanya akan jadi tempat perangkap habuk..sukar nak di bersihkan..
betul tak..??

eeerrr.. aku pon pikir macam tu jugak..hahahaha..
atas faktor tu lah biasa kita tak buat seperti yang sepatut nya...
aku share gambar saiz dan kedudukan permadani yang tepat untuk bilik tido yer
yang sepatut nya...





tapi kedudukan permadani pon boleh bergantung pada saiz bilik..saiz katil dan kedudukan katil
macam atas ni ada beberapa kedudukan permadani mengikut keadaan..
contoh untuk katl saiz king/queen dan letak kat tengah2 [macam bilik tido kiteorang]

1. best for standard room
2. best ever carpet
3. best for large space
4. besh of budget

macam aku.. ruang bilik dan permadani sedia ada bersaiz besar
tapi tak suka letak betul2 bawah katil macam no 3 tu
jadi No. 2 sesuai dan paling ok..
atau mungkin boleh jugak guna konsep susunan no.4









tapi bagi aku..apa2 pon.. bergantung pada budget..kesesuaian saiz dan keadaan..
ini hanya pendapat dan idea professionalism dalam bidang ni
dan aku hanya kongsikan seperti yang sepatut nya...
yang mana sesuai boleh di aplikasikan di rumah sendiri..
macam aku cakap sebelum ni..
kekadang.. perkara2 kite tak perasan atau anggap remeh ni akan memberi impak yang besar untuk satu2 ruang..
cuba lah dulu...
dan harap perkongsian ringkas ni membantu..insyaa Allah...