Tuesday, October 25, 2016

'AKU'







aku suka cerite boboboy..upin ipin tu..
cerite malaysia..tapi berkualiti..

tapi..yang tak gemar nya..
penggunaaan bahasa 'aku' dan 'kau' di kalangan mereka..
which is..masih lagi kanak2...
masa memula qaleef tengok cerite2 tu..
aku perasan gak qaleef ada sebut perkataan tu..
tapi..saja2 sebut..mungkin tak tau penggunaan tuk apa..
aku risau.. tapi tak melarat.. so.. aku anggap.. just fine.. nothing worst..

tapi kan..perasan tak..
tah kenapa pulak eh kalau anak2 bahasakan 'aku' 'kau' ni
walaupon ngan kawan2 sebaya..
rasa macam takde adab pulak..
sedangkan.. untuk kite.. takde pulak timbul isu tu..
bercakap ngan kawan2 jugak kan..dan rasa lebih 'mesra'
berbanding penggunaan tuk bebudak...
rasa nya kebanyakan parents pon macam tu..
ada rasa macam satu perasaan 'insecure' dengan penggunaan ganti nama 'aku  dan kau' ni kan...
macam jahat jer bunyik.. macam tak baik kalau nak guna..
kenapa eh...

kalau dengan ayah aku dulu..
masa darjah2..kalau cakap aku kau..lagi2 ngan adik beradik..
memang kene tepok mulut ni rasa tebal jer lepas tu..pijau.. 
die tak bagitau pon kenapa..tapi aku tau..cakap aku kau tu adalah satu kesalahan besar..!!
tak berani dah cakap..kalau terlepas cakap..
laju2 pandang muka ayah kalau2 die terdengar..
kang kene tepuk lagi kang..huhu

sekarang.. masa aku pulak tuk jadi pendidik pada anak2.. qaleef kan dah bersekolah..
dah berkawan.. bergaul ngan macam2 latar belakang asuhan..
tak perasan sejak bila..tetibe aku terdengar die bahasakan diri dia 'aku' dengan kawan2 sebaya..
dan aku tak pasti die belajar dari kawan2..
atau daripada tv series aku mentioned kat atas tadi tu..
since die masih tengok lagi sampai sekarang ni..

tapi..aku tak nak biarkan melarat..
dalam kereta.. masa amik dia balik dari sekolah..
selalu memang akan bersembang ngan dia akan macam2 perkara[hal qaleef sendiri]..
jadi aku amik kesempatan tuk tegur qaleef elok2 akan hal ni..
aku tak nak terus tepuk mulut qaleef macam ayah aku buat dulu2 [walaupon berkesan]
cuma aku prefer tuk bercakap terlebih dahulu...tengok die paham atau tak..
aku tak kasi dia bahasakan 'aku' dan 'kau' lagi pada kawan2 dia lagi..
aku ada bagitau kenapa.. secara mudah tuk dia paham

aku pasti..sebenarnya.. die tak tau pon yang semua tu menjadi satu kesalahan
atau 'undang2 seorang budak' yang tak membenarkan kanak2 membahasakan diri 'aku dan kau' tu.... ahaakkss..
tapi..as a parents.. aku rasa..terlalu kasar tuk membahasa kan diri macam tu untuk seorang kanak2..
dan jujurnya.. aku tak suka pon bila anak bahasakan diri macam tu pada orang lain..
walaupon pada rakan sebaya..

so.. dia ok..alhamdulillah..
aku consider dia paham..
sebab aku dah tak pernah lagi dengar sejak aku tegur tu..

dan beberapa kali jugak..
aku dengar die pernah tegur 'kawan bermain' dia -yang baru kenal
akan hal ni..[contoh kat taman ker]
biler ada antara mereka yang bahasakan diri 'aku' dan 'kau'
qaleef akan tegur "tak baik cakap aku kau... cakap 'saya' 'awak' la"
budak tu terkulat2 kene tegur ngan qaleef.. hahaha..
as long as qaleef cakap dengan baik dan sopan..
aku senyum jer dengar..


dalam kereta.. aku nyanyi pelan2 penuh perasaan
"hancur...hancur aku....
bila bila saja..hancur hancur aku...."
lagu Estranged Feat Fazura

tetibe qaleef tegur..

"mama... tak baik lah cakap 'AKU' "









krik krik krik...................................





terpaksa mama ko tukar lirik.....

mencabar hokeh dengan pemikiran 'naive' anak2 ni...ppffttttt....

















5 comments:

AZLIANA KASIM said...

sama la.. masa dulu2 dia kecik maybe xfaham lg, selalu kena tegur, then terpaksa la tukar lirik lagu.. hehe

reen shazarina said...

Sama lah anak saya jugak.. Baru 3 tahun tapi dah ber aku kau.. haiihh.. susah jugak sebenarnya kan..

Bahasa melayu ni ada dua perkataan maksud yang sama.. aku/saya, awak/kau.. tu yang susah tu nak fahamkan budak2.. Bukan nak kondem bahasa melayu tapi kalau english ada I dengan You je.. So takdelah rasa macam tak sedap nak cakap.. Nak ajar budak pun senang nak explain..

Kalau jadi camni.. kita pun kena biasakan cakap awak dan saya.. kalau tersasul, budak-budak dengar.. Tu yang ditegur nya kita balik.. Setakat ni anak saya tak pandai lagi nak tegur balik.. Kalau borak ngan kawan-kawan selamat lagi la.. hehehe..

eima said...

hahaha
hat last tu kelakar ...
betui tu ... anak2 aku pun sama .... tk dgr lg diorg ckp aku ... tp aku penah dgr budak yg nk nk kawan dgn alisha dlm kolam ...dok sebut aku kau ...tp alisha ttp sy awak

maryjane lisa said...

kak saya setuju.. dulu tak perasan sangat.. one day anak ada sebut 'aku jugakkk' bila saya suruh dia buat sesuatu. Ya allah mana ko belajar nakk ;p terbiasa dgr dialog boboiboy lettew. langsung pesan dgn dia berkali2.. tak elok bahasakan 'aku'. umur baru 4 tahun... next year nak school... takmo la pengaruh rakan sebaya... ai tak rela.. :D

wani ezryl * said...

tak tau la anak sy mcm mn kalau dh masuk sekolah. baru 3 tahun. setakat ni dia bahasakan diri dengan namanya sendiri. sy pun smpai skrg xpakai 'aku'. pakai 'saya'/'kita' aje. hihi