Wednesday, October 12, 2016

peniaga On-line :: betul ker susah nak bukak current account atas nama syarikat kat bank..??


recall balik entry aku pasal soh peniaga2 kecik atau peniaga2 online
bukak account tuk syarikat..
dan asingkan dengan personal account..

akan hal tu..
ramai yang mengadu/bagitau kat aku..
susah nak bukak current account atas nama syarikat..!!

memang betul pon..
tu aku tak nafikan..

memang agak complicated..

TAPI..sebelum korang berputus asa..
mey aku share sikit akan hal ni..
dan pengalaman aku sendiri..
dan sikit tips..kot la membantu korang..

2 account bank yang aku galakkan sangat korang bukak
lagi2 beniaga secara atas talian [online]
adalah CIMB BANK dan MAYBANK

sebab.. 2 account ni pon yang paling banyak orang buat transaction payment..
kalau bank lain tu.. ada jugak..
tapi jarang2 sangat...
dan.. aku tak galakkan bukak terlampau banyak sangat kat setiap bank..
susah nak manage..!!
but so far.. 2 bank ni jer pon dah ok sangat..

tapi tu lah..
masalah nya..

sebab kan 2 bank ni agak 'popular'..
jadi.. derang macam eksyen sikit.. hahaha..
series ni..
memang agak complicated biler ko kate nak bukak current account [atas nama perniagaan]
kat 2 account bank ni..
lagi2 kalau ko takde fizikal kedai..
maksud nya.. setakat meniaga online jer lah..
macam2 bende derang nak..
selain dari SSM dan COP SYARIKAT..[2 bende paling utama]

ok..aku share pengalaman sendiri jer lah eh..
senang nak cerite..

bank pertama :: CIMB

bagi aku mudah sikit berbanding Maybank
tapi..tu 3-4 tahun lepas..[2013]
aku dah bukak satu current account atas nama syarikat
masa tu..memang mudah..sangat..
walaupon syarikat baru berdaftar [dengan SSM]
tapi takde masalah nak bukak pon..
just bawak 
- SSM [copy] 
- IC
- cop syarikat jer [yang ada no. pendaftaran SSM]
- termasuk duit deposit Rm 2000 [masa tu]

so.. dalam masa 2 hari..
setel account aku di daftarkan..
dapat satu card bank dan satu buku cek dari CIMB
[card bank ni ko kene request..supaya mudah ko buat transaction dar atm machine jer]
kalau ko tak nak buku cek [sebab ko kene bayar tak silap aku Rm 15 tuk satu buku]
awal2 ko kene cakap yang ko tak nak -kalau ko tau ko tak akan guna

untuk pengetahuan...aku dah ada saving account jugak dengan CIMB [sangat lama]
kedua2 akaun tu..[current dan saving] aku masih guna sampai saat ni..
setiap transaction perniagaan..dan payment dari pembeli..
aku guna account perniagaan..
dan tuk kegunaan peribadi.. aku akan gunakan akaun peribadi..
macam aku cakap sebelum ni.. setiap bulan..
aku akan transfer sejumlah amount sebagai gaji untuk diri sendiri ker akaun saving CIMB aku yang lagi satu tu..
lebih mudah tuk aku manage..


okeh...

tapi... tu cerite 3-4 tahun lepas yer..
memang mudah nak bukak current account dengan CIMB time tu..

TAPI - baru2 ni... aku nak bukak lagi satu current account dengan CIMB..
atas nama syarikat yang berlainan..

tapi.. dah tak semudah 3-4 tahun lepas..

sekarang..[tak pasti sejak bila]
kalau NAK BUKAK CURRENT ACCOUNT ATAS NAMA SYARIKAT
kene ada INTRODUCE tau...
introduce person ni.. adalah orang yang dah ada current account dengan CIMB jugak
dan dah melebihi setahun..serta aktif [ada transaction dan tak pernah ada cek tendang]
kire sebagai orang yang rekomen korang tuk bukak akaun dengan bank tersebut..

kalau ko dah ada..
ko hanya perlu dapatkan borang tuk bukak current account dari CIMB tu terlebih dahulu..
bawak balik.. 
dan mintak introduce ko ni isi nama/ic [kat bahagian tertentu] dan tandatangan..
kalau ko gunakan syarikat orang lain..
perlu ada cop syarikat introduce tu jugak

tu jer...

masalah nya timbul..yang selalu orang cakap susah tu..
biler nak mencarik introduce tu sendiri...

untuk aku.. alhamdulillah.. untuk akaun yang baru aku bukak [baru2 ni]
aku just gunakan account syarikat sendiri jer [yang 3-4 tahun lepas aku dah bukak aku cerite atas tadi tu]
so.. takde masalah aku nak bukak current account kat CIMB ni..
setel dah..
sama macam sebelum..lepas 2-3 hari..
aku datang balik tuk amik buku cek dan card bank

setel....

bank kedua :: MAYBANK

haaaa... bank ni memang complicated lebih sikit..

yang account perniagaan aku yang sama aku pernah bukak dengan cimb 3-4 tahun lepas tu..
aku tak dapat bukak dengan MAYBANK pon..
sampai ke sudah..
sebab.. masa tu...aku tak jumpa sapa2 orang yang boleh jadi Introduce person tuk aku..

sama jer macam CIMB [syarat sekarang]
perlu dapatkan introduce person tu dulu
dan orang tu [samaada personal atau account syarikat]
mesti ada akaun tersebut dengan maybank melebihi setahun..
dan aktif tanpa cek tendang jugak..

sama jer kan...

dah sebab takde /malas nak carik dan uruskan lagi..
jadi aku just guna account saving personal aku jer tuk urusan perniagaan/pembayaran dari customers

takde masalah since aku dah ada account syarikat dari bank CIMB..
walaupon ada 'messy' sikit..
sebab perbelanjaan personal bercampur2 ngan pebelanjaan syarikat
[susah kat part nak catat rekod tuk bisnes account]
tapi alhamdulillah.. account syarikat dari CIMB tu membantu aku..
tuk proses pembelian fixed asset atas nama syarikat..
[cuma account ni jer yang di audit dan declared kan kat LHDN]
kire yang saving account dari MAYBANK plus CIMB..[dan bank2 lain]
membantu aku kuatkan lagi tuk buat pinjaman bank tersebut..
*part ni aku dah share kat entry sebelum..macamane peniaga online boleh beli rumah atau sebarang aset lain 

cuma nya..biler baru2 ni..yang aku bagitau kat atas..
aku nak bukak lagi satu syarikat baru khusus tuk bidang lain
[kire re-branding semula pernigaan sedia ada]
melalui sikit pengalaman..
dan nak mudahkan kerja aku..
aku perlu buat lebih proper..untuk plan jangka masa panjang
kene asingkan jugak akaun maybank ni kepada akaun personal dan akaun tuk perniagaan

tapi...maybank... tetap complicated...tetap banyak hal nya..
walaupon dah ada introduce person/syarikat tu
but since ni perniagaan online..
derang minta pulak ko print page pernigaan ko..pffftttt.....
which is.. kalau ko buat melalui IG...atau Fb..atau website..
ko kene lah print page perniagaan ko tu..
menandakan ko aktif berniaga..dah ada product yang ko jual tu..
pihak bank[tempat yang aku pergi tu]..tak nak consider apa2 selain dari tu..
walaupon ko kate selama ni ko biasa pakai saving[personal] account ko..
dan duit dalam saving ko 5 angka sekali pon..
derang tak peduli..!!
dia cuma nak bukti tu jer...

nyampah tau tak...
teringat pulak muka pegawai bank yang aku hadap time tu..

yer lah..aku ada problem kat situ.
bisnes baru aku ni..masa aku pergi daftar nak bukak current account..
belum berjalan pon lagi...
semua masih dalam production..
walaupon dah ada page..
tapi masih takde barang jualan..
[barang jualan yang ko declared dalam SSM mesti sama dengan barang2 yang ada dalam page FB/IG ko]

contoh..macam aku ada akaun FB nama PINK GARAGE
dan dalam SSM aku daftarkan tuk jualan barang2 maianan kanak2..wooden toys n sekian2 barang yang lebih pada toys n kids..
tapi.. dalam page FB pink garage tu [kot lah aku nak ubah page sedia ada]
aku jual product EPHYRA..
cannot hokeh..cannot..
nanti bank rejected terus...
sebab tak 'tele' kate nya..[kire macam menipu]

haaaa.. tu aku cakap..agak complicated..

saja lah aku nak bukak awal2 sementara free..
sementara barang masih kat production lagi..
tapi tak boleh lah pulak...

leceh..!!

so... aku kene tunggu page [ig/fb] siap letak product nanti baru boleh datang dan bukak current account dengan Maybank ni..

TAPI....

lepas tu..seseorang yang ada pengalaman..[bekerja bank jugak]
cadangkan aku tuk pergi cawangan lain..
bile aku mintak pendapat dia..

so... aku pon pergi MAYBANK cawangan lain pulak..
[aku namakan cawangan ke-2]
alhamdulillah... walaupon amik masa seminggu [lebih lama dari aku jangka kan]
tapi permintaan aku nak bukak current account dengan MAYBANK berjaya jugak akhirnya...
yang cawangan bank sebelum tu..tah apa2 jer pulak..
macam2 ko mintak..
sedangkan.. cawangan bank latest ni.. ok jer..
pegawai nya pon baik jer layan...

kat cawangan ke dua ni..
aku just bagi dokumen2 penting biasa..

- INTRODUCE PERSON [tandatangan/cop pada borang yang di sedikan]
- SSM COPY
- IC
- DEPOSIT RM 2K atau lebih [kalau ko nak terus masukkan paid-up capital tuk bisnes ko]
yang lain sikit.. cuma die mintak business card [yang masih dalam proses sebab sedang siapkan logo syarikat]

tu jer...

takde die mintak print2 tu..print2 ni bagai..
tak sama ngan cawangan bank yang pertama tu walaupon bank yang sama..[MAYBANK]

jadi...
apa aku belajar dari situ..
sebenarnya..
bergantung pada manager bank tu sendiri..
tak semua pengurusan nya sama walaupon under bank yang sama..

macam kawan aku yang kerja bank tu cakap lah..
biasanya bank ni kejar sale..target derang..
so kalau orang nak bagi derang sale..tak kan derang nak tolak..
macamane pon..derang akan cuba tolong..
supaya korang akan jadi customers derang..

tapi..macam aku cakap la..
tak semua nya yer..
ada cawangan2 bank yang kerek ni..macam yang jadi kat aku tu..
payah jugak lah..
even..walaupon ko kate nak deposit 5 angka dalam akaun tu..
janji dapat bukak current account..
tapi.. kalau takde dokumen2 yang derang mintak tu..[yang print2 page tu]
nan hado jugak lah jawap nya.. cannot.. bermaksud..cannot.. huhu
[deposit tu boleh jer kuarkan balik dan guna bila2 masa pon..kire tak kisah lah nak masuk berapa pon kan..]

sedangkan aku rasa bende2 remeh jer..dan dengan alasan2 remeh

tapi heran nya..kenapa bank yang sama..cuma cawangan yang berbeza..masih boleh jer bukak eh..

haaa.. tu lah aku cakap tu..
bergantung pada bank tu sendiri..

macam baru2 ni ada orang share cerite kat aku..
dia nak bukak akaun kat CIMB yang aku kate/rasa macam lebih senang tu
tapi.. pegawai bank tu mintak itu ini..banyak soal la senang cerite..
pulak tu..siap mintak peniaga onlien ni sediakan surat KPDNKK [yang bukan mudah nak buat]-dia pon takde surat tu..
tapi.. dia usaha jugak dengan cara lain pulak..
akhirnya.. dia dapat jer bukak current account syarikat kat CIMB tu dengan deposit Rm 50 sahaja..!! [sepatut nya rm 1k]

see...
nampak tak apa aku sampaikan kat sini..
tak yah la ko give up kalau ko rasa bank ni macam2..
ada jer jalan nya..
yang penting..ko jangan putus asa..dan usaha..
tak boleh cara ni.. buat cara lain pulak..
tu apa yang aku belajar dan pengalaman sendiri..
dan dari apa pernah aku dengar share dari kawan2 lain..

cuma.. part INTRODUCE tu..
memang WAJIB yer..korang kene carik jugak..
yang tu memang no excuses..
tak yah kate nak jumpe pegawai..
dari ko kate nak amik nombor kat pintu bank tu pon..
derang akan tanya dan cek sesiap pasal hal ni..
kalau takde..dari awal die dah reject...

so far.. yang banyak2 ngadu kat aku tu..
masalah nye cuma part INTRODUCE ni jer lah..
yer lah.. ko nak carik orang ko kenal ada semua ni.. bukan mudah jugak..
kalau ada pon..mungkin jauh..[tapi ko boleh jer pos mintak die cop/tandatangan]
tapi  tak semua orang nak simply tolong sebagai introduce tau..
ko kene paham tu..satu perkara..
tak boleh simply kite nak cop syarikat atau bagi tandatangan bank pada orang lain..
lagi2 pada orang yang tak kenal langsung..
kalau kawan2 tu..kenal2 jugak..takde masalah pon dan tak kisah..
tapi ni kes..ko tak kenal langsung..
tak tau apa background..apa die jual bagai...tak tau mana die duduk tinggal
atau kat mana perniagaan nya pon..

sebab..apa yang aku pernah tanya pada bank..
selain hal tandatangan tu..[tandatangan untuk urusan bank ni adalah sangat rahsia yer]
tapi ada jugak risiko lain..
lagi2 kalau terjadi penipuan dari account yang kite jadi introduce tu..
well.. ko tau lah kan..kes2 online ni..scam.. macam2 sekarang ni..
[tu pasal dulu2 tak perlu ada introduce..sekarang dah kene ada]

tuk korang yang ada masalah ni..
usaha jugak lah carik..
tak semestinya orang tu ada syarikat..
kalau orang tu ada current account nama sendiri [personal] pon boleh jugak guna sebagai introduce person
asalkan die ada current account lebih dari setahun dan aktif

harap...entry aku kali ni membantu..
NAK BERJAYA..KENE USAHA..
apa2 lagi yang korang tanya..[ada yang email]
mana aku boleh share..insyaa Allah.. aku jawap pelan2..
dan aku akan jawap kat blog ni jer..
sama2 boleh dapat manfaat yer..insyaa Allah




notatanganAty :: ko kene baca betul2 setiap satu perkataan dan ayat atas ni..memang pening sikit sebab complicated..tapi insyaa Allah ada manfaat nya..




3 comments:

anayiraf said...

saya dah buka currentc account di cimb...buku cek dh dpt & bab bizchannel cimb pun dh settle...tp sy tak dpt la pulak kad bank mcm yang akak ckp...mmg dpt kad bank ea??

eima said...

COMPLICATED .... BERPELUH AKU BACA

nisa nass said...

Sy pun ada current accnt dgn cimb dan ada atm kad utk current accnt.lama dh buka since 2008/09 rasanya...maybe anayiraf kena request dkt caw bank yg buka accnt tu kot.