Tuesday, October 03, 2017

Jom beraktiviti sambil beramal dengan ZUMBA WITH BABY For Breast Cancer !!





sempena Pink October yang merupakan bulan for 'Breast Cancer Awareness' , butik pakaian ibu mengandung dan menyusu yang terleak di Shah Alam iaiti FURBY MOMS akan menganjurkan satu program aktiviti sihat dan menyeronok kan iaitu Charity Zumba with Baby for Breast Cancer yang memilih konsep BABY WEARING DANCE yang sesuai dilakukan oleh ibu-ibu yang telah melahirkan anak. Besh kan..!!

Baby wearing dance sebenarnya dah lama diperkenalkan di luar negara oleh kelab-kelab komuniti ibu dan bapa sebagai aktiviti riadah bersama anak-anak mereka. Cuma di Malaysia, aktiviti ini masih tiada pendedahan. Oleh itu, objektif utama Furby Moms ingin menjalankan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan Baby wearing dance kepada rakyat Malaysia sambil beramal [Charity Program]. Sebahagian daripada yuran penyertaan akan disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Menarik !! aku memang galakkan korang tuk joint aktiviti macam ni..  korang tau tak yang menari bersama bayi kite sendiri akan memberi pengalaman yang luar biasa dan menyeronokkan !! Lagi2 kepada ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama atau yang ada baby kecik. Satu perkara, aktiviti macam ni dapat mengeratkan hubungan di antara mereka dan lagi dapat keluarkan peluh dengan cara yang menyeronokkan..!! 

aku nak tanya..banyak mana program yang menganjurkan aktiviti riadah yang akan melibatkan kite dan baby kecik kite sekali ?? jarang sangat kan ada.. kite ni selalu rasa ada anak kecik jadi macam satu kekangan pulak tuk buat aktiviti2 riada macam ni.. nak tinggal anak, tak sampai hati.. nak di bawak kang, tak boleh ber-aktiviti.. so.. ni lah masa nya.. ni lah program nya yang korang boleh berseronok dengan cara yang sihat !! 








TARIKH
22 OKTOBER 2017 [AHAD]

MASA
9.00 PAGI

TEMPAT
THE VENEU SHAH ALAM

PEMBELIAN TIKET

DAFTAR AWAL UNTUK DAPATKAN HARGA TICKET PADA HANYA RM 35 !!
[Regular Ticket Rm 40]

 korang jugak  akan dapat Goodies bag dan Cash voucher dari Butik Pakaian FURBY MOMS 




FOR LADIES ONLY !! 
Jangan lupa tuk pakai mengikut theme PINK & WHITE

Dari segi ASPEK KESELMATAN, Jangan risau sebab aktiviti tarian ini akan diketuai oleh Izzat Bin Zin, Zumba Instructor (ZIN) yang bertauliah dan masih aktif. Pihak penganjur telah memastikan keahlian ZIN tersebut di laman sesawang www.zumba.com yang merupakan laman web rasmi pertubuhan tersebut. Disamping itu ZIN tersebut mempunyai pengalaman lebih 3 tahun dalam bidang ini.

Kanak-kanak 3 tahun dan ke atas atau yang melebihi berat badan 10 kilogram adalah tidak digalakkan untuk dikendong. Sebab nya nanti, berat badan anak yang berlebihan akan buat ibu-ibu sukar untuk bergerak. yer lah.. ni kan konsep BABY WEARING DANCE.. so ibu2 menari zumba perlu memakai baby wearing yer..sambil kending baby.. 

Masa aktiviti berlangsung, pihak penganjur akan memastikan pegawai bertugas daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan bersedia di lokasi program bagi tujuan keselamatan. So.. takde apa yang nak di risaukan lagi !! pergi lah berseronok dengan aktiviti sihat macam ni.. 

Promosi besar-besaran mengenai program ni dah bermula dari 20 september haritu lagi melalui risalah2, database, bunting, medium laman sosial [FB/blog/telegram/whatsapp dll], Media coverage. Dan selepas program, aktiviti ni akan di siarkan dalam majalah2 tempatan !!

So.. apa tunggu lah.. daftar sekarang..!! hanya 400 peserta diperlukan..!! jangan ketinggalan yer...


boleh beli tiket -------------->>> DI SINI
atau boleh tengok2 kat www.furbymoms.com

untuk maklumat lanjut boleh hubungi ainfurbymoms@gmail.com atau di talian 013-861 4402.