Saturday, January 02, 2021

Pengalaman/Kenangan/hikmah mengandung-beranak time PKP

Suka nak sembang pasal kelahiran Chenta sebenarnya.
sebagai kenangan --yang Chenta lahir pada zaman PKP
Pkp yang fes tu tau. yg real Pkp vibes haahaha
pkp yang waktu tu semua memang betul2 takut nak keluar rumah
pkp yang even orang pergi kedai beli barang, balik rumah barang2 siap letak luar dulu jemur brg nya
pkp yang roti gardenia cukup laku gils
pkp yang semua kedai2 n company terpaksa ditutup
pkp yang jalan sunyi n sangat lengang
pkp yang semua orang duduk rumah jer

yes.. pkp tu. pkp 1.0 orang panggil since skrng ada pkp 2.0 pulak.
waktu tu la chenta lahir.
walaupon terawal dari sepatut nya. sangat awal

TAK TAU JANTINA ANAK - TAK DAPAT SCAN SBB KLINIK TUTUP 

aku sedar aku mengandungkan Chenta bulan 11 tahun 2019 (dah masuk 2 bulan)
masa tu kat China dah start virus corona n covid-19 dan mula merebak seluruh dunia
keadaan makin teruk setiap masa. Kes2 makin banyak n meningkat.
Sampai kan Malaysia sendiri kene lock down pertengahan March 2020
still remember cuti awal sekolah seminggu time tu.
n tetibe pengunguman untuk PKP (perintah kawalan pergerakan) di jalankan
start with 2 minggu -dan bersambung2 sampai la kesudah ni ha tak habes2 lagi even dah masuk 2021 hahaha

masa tu aku dah mengandung around 4-5 month rasa nya tak berapa ingat sangat
n sebab kan PKP tu, aku tak dapat buat details scan dan tak tau lagi jantina anak ! serious !
sbb appoiment tuk details scan tu di batal kan since PKP n klinik tutup.

5 bulan memang patut nya dah nampak. Sempat bebeapa kali scan sblm pkp.
tapi everytime pon, baby tak nak tunjuk.
memang ada hint. doc scan tu cakap "macam gegel" tapi tak nak confirm kan selagi tak clear
kami sndiri memang dah excited sangat
tapi still 50-50 since doc sndiri pon 50-50
nak beli2 baju gegel pon tak berani 
kene tunggu buat details scan dulu beberapa minggu lagi tuk lbh clear.

Tapi bila time nak buat details scan tu, PKP pulaaaakkk
dah la tak siap apa lagi tuk anak.baju hapa tak beli
sebab tak boleh keluar rumah. tak leh gi shopping
pulak tu, sbb tak tau jantina anak, nak shopping online pon rasa tak best.
lepas tu ada lak issue nak shopping barang dari china ni hahaha.
orang lah ni --menakut2 kan. konon virus dari china tu melekat sekali kat barang hah gituh.

so sudah nya kami hanya tau jantina anak yang betul2 kompem masa kandungan dah masuk 6 bulan.
dalam bulan april.
aku beranak bulan 5 (masa kandungan 7 bulan -baby prem)
naseb bek sempat jugak lah shopping sikit2 tu pon masa PKPB (bersyarat)
aeon jusco pon dah start bukak balik. so dapat lah sikit sebelum terberanak tu.

PENGALAMAN KAT KLINIK KESIHATAN KERAJAAN - CHECK UP 

tu pasal scan gender. lagi satu pasal Check up kat KK time PKP ni pulak
yang aku aku rasa best hahaha.
sebab ? nak pergi tu, jalan sangat lengang ! best giler 
tenang.. sunyi. aku jarang2 keluar time pkp.
kira gi KK tu seronok sangat sebab dapat keluar.

lepas tu pulak, masa kat KK pon tak sampai sejam dah setel semua yer
yer tak sampai sejam. 
nurse cakap --ramai tak datang appoinment sbb pkp ni. 
memang salah satu kenangan jugak tu
fes time rasa best pergi check up kat KK hahaha

tapi, aku pergi sendiri jer.
sebab time PKP waktu tu, memang asben or anak2 ke tak leh masuk sekali
seorang pada satu masa.
tapi aku ok jer. 

TERBERANAK AWAL DAN PENGALAMAN KAT HOSPITAL KERAJAAN

tu mengandung and check up waktu PKP
ni nak cerite TERBERANAK pulak
TER la sebab bersalin awal masa kandungan 31 minggu (7 bulan)

walaupon masa tu dah tukar dari PKP ke PKPB
tapi memang still ketat giler SOP
aku tak boleh beranak kat mana2 aku suka (konon nak beranak kat hosp Shah Alam)
tapi tak boleh keluar dari kawasan n kene pergi hosp yang paling dekat
even hosp Sg Buloh tak boleh pergi yer time tu sebab hosp tu di buat pusat untuk kuarantin
so aku pergi hospital selayang jer memang tu jer pilihan yg ada
private (KPJ RAWANG) tak leh pergi sebab aku high risk 
and aku tak pernah check up situ pon

sampai hosp Selayang, sakit2 tu pon aku kene pergi jalan naik sendiri.
fared tak leh msuk langsung. nak teman ke hapa memang tak boleh
sama macam KK la.. sorang jer leh masuk, hanya pada satu masa
sedangkan dah sakit giler gigil tahan contraction tapi pandai2 la ko nak jalan
boleh jer guard/nurse front desk kat lobby tu nak tolakkan wheel chair -ada tanya jugak rasa ritu
tapi aku kata aku ok lagi - boleh jalan urus diri sendiri

memang bersalin waktu PKP tu kau kene betul2 berdikari
kene kuat n urus semua sendiri. fizikan dan mental
syukur jugak sebab ni bukan fes time bersalin kat situ
and bukan la anak pertama.
maksud nya, walau tak sengaja terbesalin awal
tapi auto prepare la mental tu. dah tau apa keadaan nya.

bersalin pulak emergency czer - so tak leh nak laki kau teman bagai
cuma lepas bersalin tu jer la mmng rasa struggled giler
sbb bersalin kali ni sakin lain macam tak boleh handle
tapi kene urus sendiri. nak bangun fes time tu
nak minum or makan lepas tu -memang pandai2 la kau
takde orang nak tolong not even nurse
kalau ada pon sikit2 jer - biasa la tu kan huhu

kalau fared bawak apa2 tuk aku macam makanan or pakaian
just hantar kat lobby n guard yg akan bawak naik bagi kat aku

waktu melawat fared boleh masuk tapi sehari ada satu masa jer n tu pon tak lama
macam masa 2nd day datang nak bawak aku gi jumpa baby pon
kene ada kebenaran dari nurse kat ward, baru fared boleh naik

aku tak berapa ingat details sangat tapi memang berbeza la keadaan nya waktu tu
sepanjang 28 hari berulang ker hosp setiap hari since chenta kat NICU
memang kene patuh banyak SOP

cuma yang paling best waktu tu --parking senang dapat hahahahahaha
serious. selalu dapat parking depan2 pintu lobby jer.
heran nya, hari yang aku nak bersalin tu, takde lak orang !! kosong
yer ar, hal bersalin ni kan. bukan kau boleh tahan2
tak kira lah pkp ker tak.
tapi macam sekali harung lak pkp ni ngan orang nak bersalin pon tetiba takde..
takut ke apa tah masing2.

lepas beberapa hari baru aku nampak penuh balik sampai menunggu2 kat luar dek kerana tak cukup katil
haaaa heran kan. huhu
tapi waktu tu still macam aku jugak. kene patuhi SOP
still berasalin sendiri2 (tanpa husband or family)
kawasan lobby still lengang sebab tak boleh ramai2 kat kawasan hosp -kene halau balik
tu yang parking senang dapat agak nya tuh

HIKMAH DAN KELEBIHAN AKU DAPAT BERSALIN TIME PKP

well, walaupon mengandung n bersalin waktu PKP ni berbeza
dia macam berada diantara best dan tak best
ada pro n contra nya

tapi still bagi aku ada banyak hikmah nya. terlalu banyak untuk aku personally

1) adik2 aku ada tinggal ngan kami sepanjang PKP --jadi masa emergency nak bersalin tu, aku tak risau langsung nak tinggalkan anak2 aku qaleef and Shaquille ngan pakcik2 dieroang. Tau adik2 aku boleh jaga n handle ngan baik. Memang bahagian tu sikit pon aku tak risau. Tak macam sebelum tu aku susah hati pikir akan hal tu. Sebab biasanya abah sado memang akan handle aku sepenuh nya. sebelum tu aku dah siap2 pikir --takper lah kalau aku pergi drive sendiri urus sendiri and abah sado jaga anak2 kat rumah-- serious ni. yer lah kot adik2 aku kerja ker tak boleh nak tolong jaga. 

tapi tu lah, walau dalam keaadan macam tu (terbesalin awal) tapi Allah mudah kan pulak urusan lain. Allah hilangkan terus kerisauan aku sepenuh nya. Even sepanjang aku berulang alik ke hospital since chenta kat NICU, memang takde masalah ngan anak2. alhamdulillah Allah hadirkan adik2 aku tuk jaga anak2 aku sepanjang time PKP tu sampai la adik2 aku kembali bekerja macam biasa. 

syukur tak tau acaner nak cakap la. Hebat betul perancangan Allah tuk kami

2) Fared cuti tuk urus/jaga aku bersalin sampai berpantang sampai setel pantang --TANPA SYARAT ! maksud nya tak ditolak cuti, tak ditolak gaji dan tak ganggu langsung kerja dia sebab time tu PKP and company dia tutup (work from home). Jadi memang dia sentiasa ada uruskan kami dari mula sampai setel. sampai aku betul2 sihat n kuat. Anak sebelum ni dia hanya boleh cuti 1 minggu jer tuk uruskan aku (tapi last time aku amik confiment lady tuk uruskan waktu berpantang aku). Kali ni memang 100% fared uruskan aku (pasal confinement tu aku cerite kendian) 

so dalam keadaan PKP ni, lega sangat Fared ada 24/7 sama2 lalui semua tu ngan aku. sebulan lebih yer. hujung2 pantang tu jer dia dah start kerja. itu pon sebab kene ke site


Bagi aku, 2 ni hikmah terbesar di sebalik apa yg jadi (mengandung dan bersalin waktu PKP)
even struggled tp banyak yg Allah mudahkan tuk aku personally
apepon, semua ni jadi kenangan
pkp masih lagi berlangsung saat ni (PKPB)
n kes tak pernah turun pon malah makin meningkat makin teruk dari PKP sebelum ni
so untuk yang preggy n bakal melahirkan anak dalam masa terdekat
take care ok. Ikut jer sop. kalau bersalin hosp kerajaan, memang banyak bende berbeza
kene kental n kuat semangat ok. kene lebih berdikari n kene banyak sabar
isnyaa ALlah semua ok jer. 
dan semoga semua dipermudahkan. Amin