Showing posts with label PREGNANCY::Diary IBU. Show all posts
Showing posts with label PREGNANCY::Diary IBU. Show all posts

Saturday, January 02, 2021

Pengalaman/Kenangan/hikmah mengandung-beranak time PKP

Suka nak sembang pasal kelahiran Chenta sebenarnya.
sebagai kenangan --yang Chenta lahir pada zaman PKP
Pkp yang fes tu tau. yg real Pkp vibes haahaha
pkp yang waktu tu semua memang betul2 takut nak keluar rumah
pkp yang even orang pergi kedai beli barang, balik rumah barang2 siap letak luar dulu jemur brg nya
pkp yang roti gardenia cukup laku gils
pkp yang semua kedai2 n company terpaksa ditutup
pkp yang jalan sunyi n sangat lengang
pkp yang semua orang duduk rumah jer

yes.. pkp tu. pkp 1.0 orang panggil since skrng ada pkp 2.0 pulak.
waktu tu la chenta lahir.
walaupon terawal dari sepatut nya. sangat awal

TAK TAU JANTINA ANAK - TAK DAPAT SCAN SBB KLINIK TUTUP 

aku sedar aku mengandungkan Chenta bulan 11 tahun 2019 (dah masuk 2 bulan)
masa tu kat China dah start virus corona n covid-19 dan mula merebak seluruh dunia
keadaan makin teruk setiap masa. Kes2 makin banyak n meningkat.
Sampai kan Malaysia sendiri kene lock down pertengahan March 2020
still remember cuti awal sekolah seminggu time tu.
n tetibe pengunguman untuk PKP (perintah kawalan pergerakan) di jalankan
start with 2 minggu -dan bersambung2 sampai la kesudah ni ha tak habes2 lagi even dah masuk 2021 hahaha

masa tu aku dah mengandung around 4-5 month rasa nya tak berapa ingat sangat
n sebab kan PKP tu, aku tak dapat buat details scan dan tak tau lagi jantina anak ! serious !
sbb appoiment tuk details scan tu di batal kan since PKP n klinik tutup.

5 bulan memang patut nya dah nampak. Sempat bebeapa kali scan sblm pkp.
tapi everytime pon, baby tak nak tunjuk.
memang ada hint. doc scan tu cakap "macam gegel" tapi tak nak confirm kan selagi tak clear
kami sndiri memang dah excited sangat
tapi still 50-50 since doc sndiri pon 50-50
nak beli2 baju gegel pon tak berani 
kene tunggu buat details scan dulu beberapa minggu lagi tuk lbh clear.

Tapi bila time nak buat details scan tu, PKP pulaaaakkk
dah la tak siap apa lagi tuk anak.baju hapa tak beli
sebab tak boleh keluar rumah. tak leh gi shopping
pulak tu, sbb tak tau jantina anak, nak shopping online pon rasa tak best.
lepas tu ada lak issue nak shopping barang dari china ni hahaha.
orang lah ni --menakut2 kan. konon virus dari china tu melekat sekali kat barang hah gituh.

so sudah nya kami hanya tau jantina anak yang betul2 kompem masa kandungan dah masuk 6 bulan.
dalam bulan april.
aku beranak bulan 5 (masa kandungan 7 bulan -baby prem)
naseb bek sempat jugak lah shopping sikit2 tu pon masa PKPB (bersyarat)
aeon jusco pon dah start bukak balik. so dapat lah sikit sebelum terberanak tu.

PENGALAMAN KAT KLINIK KESIHATAN KERAJAAN - CHECK UP 

tu pasal scan gender. lagi satu pasal Check up kat KK time PKP ni pulak
yang aku aku rasa best hahaha.
sebab ? nak pergi tu, jalan sangat lengang ! best giler 
tenang.. sunyi. aku jarang2 keluar time pkp.
kira gi KK tu seronok sangat sebab dapat keluar.

lepas tu pulak, masa kat KK pon tak sampai sejam dah setel semua yer
yer tak sampai sejam. 
nurse cakap --ramai tak datang appoinment sbb pkp ni. 
memang salah satu kenangan jugak tu
fes time rasa best pergi check up kat KK hahaha

tapi, aku pergi sendiri jer.
sebab time PKP waktu tu, memang asben or anak2 ke tak leh masuk sekali
seorang pada satu masa.
tapi aku ok jer. 

TERBERANAK AWAL DAN PENGALAMAN KAT HOSPITAL KERAJAAN

tu mengandung and check up waktu PKP
ni nak cerite TERBERANAK pulak
TER la sebab bersalin awal masa kandungan 31 minggu (7 bulan)

walaupon masa tu dah tukar dari PKP ke PKPB
tapi memang still ketat giler SOP
aku tak boleh beranak kat mana2 aku suka (konon nak beranak kat hosp Shah Alam)
tapi tak boleh keluar dari kawasan n kene pergi hosp yang paling dekat
even hosp Sg Buloh tak boleh pergi yer time tu sebab hosp tu di buat pusat untuk kuarantin
so aku pergi hospital selayang jer memang tu jer pilihan yg ada
private (KPJ RAWANG) tak leh pergi sebab aku high risk 
and aku tak pernah check up situ pon

sampai hosp Selayang, sakit2 tu pon aku kene pergi jalan naik sendiri.
fared tak leh msuk langsung. nak teman ke hapa memang tak boleh
sama macam KK la.. sorang jer leh masuk, hanya pada satu masa
sedangkan dah sakit giler gigil tahan contraction tapi pandai2 la ko nak jalan
boleh jer guard/nurse front desk kat lobby tu nak tolakkan wheel chair -ada tanya jugak rasa ritu
tapi aku kata aku ok lagi - boleh jalan urus diri sendiri

memang bersalin waktu PKP tu kau kene betul2 berdikari
kene kuat n urus semua sendiri. fizikan dan mental
syukur jugak sebab ni bukan fes time bersalin kat situ
and bukan la anak pertama.
maksud nya, walau tak sengaja terbesalin awal
tapi auto prepare la mental tu. dah tau apa keadaan nya.

bersalin pulak emergency czer - so tak leh nak laki kau teman bagai
cuma lepas bersalin tu jer la mmng rasa struggled giler
sbb bersalin kali ni sakin lain macam tak boleh handle
tapi kene urus sendiri. nak bangun fes time tu
nak minum or makan lepas tu -memang pandai2 la kau
takde orang nak tolong not even nurse
kalau ada pon sikit2 jer - biasa la tu kan huhu

kalau fared bawak apa2 tuk aku macam makanan or pakaian
just hantar kat lobby n guard yg akan bawak naik bagi kat aku

waktu melawat fared boleh masuk tapi sehari ada satu masa jer n tu pon tak lama
macam masa 2nd day datang nak bawak aku gi jumpa baby pon
kene ada kebenaran dari nurse kat ward, baru fared boleh naik

aku tak berapa ingat details sangat tapi memang berbeza la keadaan nya waktu tu
sepanjang 28 hari berulang ker hosp setiap hari since chenta kat NICU
memang kene patuh banyak SOP

cuma yang paling best waktu tu --parking senang dapat hahahahahaha
serious. selalu dapat parking depan2 pintu lobby jer.
heran nya, hari yang aku nak bersalin tu, takde lak orang !! kosong
yer ar, hal bersalin ni kan. bukan kau boleh tahan2
tak kira lah pkp ker tak.
tapi macam sekali harung lak pkp ni ngan orang nak bersalin pon tetiba takde..
takut ke apa tah masing2.

lepas beberapa hari baru aku nampak penuh balik sampai menunggu2 kat luar dek kerana tak cukup katil
haaaa heran kan. huhu
tapi waktu tu still macam aku jugak. kene patuhi SOP
still berasalin sendiri2 (tanpa husband or family)
kawasan lobby still lengang sebab tak boleh ramai2 kat kawasan hosp -kene halau balik
tu yang parking senang dapat agak nya tuh

HIKMAH DAN KELEBIHAN AKU DAPAT BERSALIN TIME PKP

well, walaupon mengandung n bersalin waktu PKP ni berbeza
dia macam berada diantara best dan tak best
ada pro n contra nya

tapi still bagi aku ada banyak hikmah nya. terlalu banyak untuk aku personally

1) adik2 aku ada tinggal ngan kami sepanjang PKP --jadi masa emergency nak bersalin tu, aku tak risau langsung nak tinggalkan anak2 aku qaleef and Shaquille ngan pakcik2 dieroang. Tau adik2 aku boleh jaga n handle ngan baik. Memang bahagian tu sikit pon aku tak risau. Tak macam sebelum tu aku susah hati pikir akan hal tu. Sebab biasanya abah sado memang akan handle aku sepenuh nya. sebelum tu aku dah siap2 pikir --takper lah kalau aku pergi drive sendiri urus sendiri and abah sado jaga anak2 kat rumah-- serious ni. yer lah kot adik2 aku kerja ker tak boleh nak tolong jaga. 

tapi tu lah, walau dalam keaadan macam tu (terbesalin awal) tapi Allah mudah kan pulak urusan lain. Allah hilangkan terus kerisauan aku sepenuh nya. Even sepanjang aku berulang alik ke hospital since chenta kat NICU, memang takde masalah ngan anak2. alhamdulillah Allah hadirkan adik2 aku tuk jaga anak2 aku sepanjang time PKP tu sampai la adik2 aku kembali bekerja macam biasa. 

syukur tak tau acaner nak cakap la. Hebat betul perancangan Allah tuk kami

2) Fared cuti tuk urus/jaga aku bersalin sampai berpantang sampai setel pantang --TANPA SYARAT ! maksud nya tak ditolak cuti, tak ditolak gaji dan tak ganggu langsung kerja dia sebab time tu PKP and company dia tutup (work from home). Jadi memang dia sentiasa ada uruskan kami dari mula sampai setel. sampai aku betul2 sihat n kuat. Anak sebelum ni dia hanya boleh cuti 1 minggu jer tuk uruskan aku (tapi last time aku amik confiment lady tuk uruskan waktu berpantang aku). Kali ni memang 100% fared uruskan aku (pasal confinement tu aku cerite kendian) 

so dalam keadaan PKP ni, lega sangat Fared ada 24/7 sama2 lalui semua tu ngan aku. sebulan lebih yer. hujung2 pantang tu jer dia dah start kerja. itu pon sebab kene ke site


Bagi aku, 2 ni hikmah terbesar di sebalik apa yg jadi (mengandung dan bersalin waktu PKP)
even struggled tp banyak yg Allah mudahkan tuk aku personally
apepon, semua ni jadi kenangan
pkp masih lagi berlangsung saat ni (PKPB)
n kes tak pernah turun pon malah makin meningkat makin teruk dari PKP sebelum ni
so untuk yang preggy n bakal melahirkan anak dalam masa terdekat
take care ok. Ikut jer sop. kalau bersalin hosp kerajaan, memang banyak bende berbeza
kene kental n kuat semangat ok. kene lebih berdikari n kene banyak sabar
isnyaa ALlah semua ok jer. 
dan semoga semua dipermudahkan. Amin









Thursday, November 26, 2020

CHENTA DHUHA : Kronologi kelahiran PRA-MATANG PART 1


aku mengandung kan Chenta (our third baby) bulan November 2019
n estimatation Due Date (EDD) adalah pada 15 July 2020

TAPI,

aku bersalin lebih awal iaitu pada 10 May 2020 
pada usia kandungan 31 minggu lebih kurang
dan 2 bulan lebih awal !!

diluar jangkaan and tak pernah terpikir pon since 2 anak aku sebelum ni
elok jer lahir pada masa nya.
semua terjadi agak pantas dan tanpa persediaan.

tapi, tau tak satu kisah yang aku tak pernah share kat mana2 or ngan sapa2 kecuali abah sado.

beberapa bulan sebelum tu,
aku memang pernah mimpi yang aku lahirkan baby premature.
tapi, yer lah. mimpi kan. aku anggap hanya mainan tidur.
dan aku tak pikir kan langsung yang mimpi tu satu tanda tuk aku sendiri.
situasi aku mimpi tu - sama dengan satu situasi masa aku ke klinik Kesihatan untuk first check-up baby lepas lahir
n macam deja-vu bila situasi tu aku pernah lalui dalam mimpi.

ok lah, aku start cerita kronoligi kelahiran Chenta.

09 May 2020 / Ramadhan 14 (Sabtu)
pagi tu, kami semua (aku fared anak2 dan adik2 serta pekerja) awal2 pagi dah keluar untuk uruskan pindah kedai yg aku sewa sejak 3 tahun lepas - ke kedai baru. 
kedai baru pulak - kat tingkat 1 n perlu naik turun tangga
tapi, aku sebenarnya just pantau kerja jer.
aku tak buat apa2 kerja berat pon - but still ada sikit2 aku tolong yg mana ringan2.

aku ingat lagi masa tu - tetiba perut aku start mengeras. sangat tak selesa
aku pikir, sebab naik turun tangga or letih walaupon tak seberapa pon kerja aku buat
sebab kan aku memang tak puasa hari tu (dan hari2 sebelum tu)
jadi aku beli air manis kat kedai runcit berhampiran.
aku ingat maybe sebab aku takde tenaga or baby dalam perut lapar.

bila aku mengadu kat abah sado, dia suruh aku balik dan anak2.
so dia dan yang lain setelkan kerja2 pindah tu kat dieorang jer bulat2.
berterabur ke apa -kendian lah pikir.

balik rumah hari tu --siap2 solat zohor, aku pon tidur dan rehat.
perut masih lagi tak selesa.kejap2 mengeras.
sumpah, masa tu aku tak pikir itu contraction. langsung,
aku tak de rasa apa2 pon (pikir nak beranak ke apa) --TAK
aku cuma pikir, maybe sebab penat or lapar.

LEPAS ASAR -fared balik kata semua kerja dah setel.
masa tu, perut makin tak selesa. makin sangat2 keras dan makin senak. 
tapi aku tak terpikir nak kire timing or sebagai nya 
-sebab mcm aku cakap tadi. aku tak pikir pon yg tu tanda2 contraction !

:: for record - aku pernah rasa contraction sampai 10cm masa anak 2nd aku yer. so aku tau macamana rasa dia yg sebenar. Cuma yang kali ni, aku tak pikir tu adalah contraction -ko paham tak ni hahaha
sebab baru 31 weeks kan. tak lintas dalam kepala ni yg aku akan beranak awal.

aku masih pikir maybe baby stress or lapar or penat
sebab aku pon stress sebenarnya sepanjang minggu tu carik kedai baru 
lepas terpaksa keluar kedai lama dalam tempoh beberapa hari jer.

tapi pelik sebab dah tido rehat pon, perut masih lagi mengeras teruk
so aku turun n mintak tolong adik aku belikan McD --sekali belanja semua bukak puasa haritu.
beli bungkus jer.
sambil2 aku buat persiapan untuk berbuka. hari tu aku buat mee goreng 
tuk abah sado, adik2 aku n qaleef yg berpuasa.
simple2 jer sbb semua tkata tak nak makan nasik
and since ada sekali McD haritu..
dan masa kat dapo ngah menggorent tu, hati aku macam dah tak sedap
sebab aku perasan, baby dah makin kurang pergerakan.
kira dalam beberapa jam jugak la baru boleh rasa.
perut mengeras --memang toksah cerita la.

aku cuba bertenang. duduk bersimpuh dan buat teknik pernafasan beberapa minit.

masa tu, dah hampir sangat dengan waktu berbuka
aku bagitau fared --kalau lepas maghrib ni baby masih tak bergerak
kene pergi hospital.

biasanya --waktu maghrib sampai ke malam, adalah waktu baby paling2 aktif bergerak
tapi masa aku solat maghrib hari tu --tak ada. 
lepas solat, aku mengaji. masa nak tunggu isya' aku baring dan cuba carik pergerakan baby

TAPI, TAK ADA..!!!

tak tunggu lama --aku terus siap dan ajak abah sado pergi hospital
anak2 aku tinggalkan pada adik2 aku.

dalam perjalanan pon, still takde.
aku tak putus2 berdoa supaya baby akan ok jer.
aku cuba panggil dan berinteraksi.
cuba jugak dengar kan ayat bacaan alquran melalu hp kat perut
dan bukak lagu rancak --tujuan nya supaya dia bagi maklum balas.

disebab kan PKP --jalan sangat lengang.
sampai hospital selayang pon, tak ramai orang.
tapi, kali ni, hanya aku sorang jer dapat masuk (sebab kan sop)
cek air kencing --takde tanda darah
dan cek CTG --alhamdulillah jantung baby semua ok.
aku lega sikit kat situ.

cuma nak tunggu tuk jumpa doctor untuk scan tu agak lama.
dalam tempoh masa tu, aku cuba pantau jugak pergerakan baby.
aku sembang2 jugak thru FB dengan kawan2 keadaan diri aku waktu tu.

aku ingat lagi --hampir pukul 11 malam macam tu
tetiba dapat rasa pergerakan baby. slow. tapi cukup buat aku lega.
masa tu masih lagi menunggu doctor.
bila cek CTG, heart beat dan dapat rasa balik gerakan baby
terus aku rasa macam nak balik jer --tak nak tunggu lagi..hahaha
tunggu sangat lama --dalam hati rasa macam menyesal pulak serah diri.
sebab bayangkan, tak ada apa2 pon. baby ok2 jer. 
maybe sebab aku stress. 

itu jer. 


aku takut, bila nurse cakap aku mungkin kene warded at least 24 jam untuk pantauan
semua bergantung bila doc scan lepas tu jer.
giler kau tak nak aku duduk bermalam kat hospital --kalau takde bende
aku berdoa, baby ok2 jer masa scan nanti
dah la takde jaminan terus2 dapat katil sebab dah siap2 nurse bagitau katil penuh malam tu.

well -- sampai masa aku scan tu.
memang baby ok jer pergerakan, heart beat dan air ketuban.
kira takde bende la.
masa tu pon sebenarnya pelan2 aku dah dapat rasa balik baby kerap bergerak.
so doc sendiri bagi aku pilihan samaada aku nak warded (tapi kene menunggu katil) kalau aku nak dipantau rapi.
atau nak balik.
dah tentu la aku pilih nak balik. since doc tu sendiri kata semua ok jer

so, balik la kami ngan tenang.
siap update dalam Fb kat kawan2 - yg aty n baby ok2 ajeewww

aku rasa, kiteorang sampai rumah pukul 2 lebih kurang kot macam tu.
sampai2, abah sado kata nak makan tuk sahur terus.
dia penat sebab seharian uruskan pindah kedai lepas tu bawak aku ke hospital pulak.
so tu dia kata tak nak bangun sahur awal lagi (biasa bangun pukul 4 pagi)
aku ok jer lah. nanti aku just bangun kan adik2 dan qaleef nak sahur.
waktu tu, aku teman fared dengan minum milo panas secawan.
naik atas, mandi2 terus naik katil nak tido.

tapi, masa baru naik katil tu dalam pukul 3 pagi....

TIBA-TIBA..........................................


(sambung next post)

Monday, April 27, 2020

3rd pregnancy journey : morning/all day sickness (mabuk) teruk giler !!





aku ni.. bekerja sendiri..
n agak sibuk.. keluar jumpa org.. jumpe supplier.. carik beli brg.. kire jenis tak duduk diam la.. even kalau bukan pasal kerje pon.. aku memang akan ada jer kerje nak dibuat.. tak pon ada jer nak merayap mana2.. or bawak anak gi macam2 aktiviti.

selalu sibuk kehulu kilir..
uruskan kerja dan anak2 sendiri..
maksud nya.. kerja.. tapi anak2 sekolah still aku hantar amik..
still masak tuk setiap kali waktu makan..
memang kene pandai2 lah urus masa..

dan lagi satu..aku jenis tak reti duduk diam..
kalau aku takde kerje.. lapng contoh takde site job ke hapa..
aku mula lah pening.. n aku akan carik kerje..
biasa waktu tu aku suka lah dapat buat kerja2 kat rumah kan..
aku akan buat la apa2 yang boleh..
aku tak suka duduk2 buang masa tak buat apa.. nanti aku akan stress..
sebab tu ko tengok aku tetibe mengemas tu ini.. mengecat bagai..
asal kan ada kerje..

senang cerite.. aku jenis lasak..

jadi, aku tak tau acaner nak ikut nasihat doctor supaya ‘bed rest’
bila kata aku mengandung semula (sbb nak elak keguguran lagi).

N jugak sebenarnya punca keguguran aku yg last time tu..

So sbb tu doktor nasihatkan aku tuk bed rest jer jgn bergerak banyak (tuk next pregnancy) walaupon aku mungkin rasa aku kuat.. sihat.. or tak mabuk..

Aku pernah cuba konon nya sblm betul2 mengandung..
tapi sumpah tak boleh !!
Baru sehari kepala aku dah sakit.. badan lemau rasa tak buat apa2.. .

takdir nya, Rezki aku.. Allah izinkan aku mengandung lagi.. alhamdulillah..
untuk sekian kali nya -lepas beberapa kali keguguran-

so aku tau.. kalau kali ni aku betul2 nak kan baby tu..
aku kene bed rest.. kene rehat.. tak leh gi bekerja langsung..
walaupon aku tak tau macamana aku nak buat (bed rest) tu !!..


TAPI,

NAK TAU ACANER ALLAH URUSKAN PERKARA TU TUK AKU?
Allah nak aku rehat n kandungan aku terjaga..??

Allah bagi aku mabuk yang sangat2 teruk sejak dari kandungan aku 4-5 minggu sampai la ke 12 minggu !!
Start dari aku balik Krabi sampai masuk 3 bulan - habes trimester pertama -

Dan sepanjang tempoh  tu.. kesihatan aku sangat teruk.. teruk yg aku pon tak tau la nak cerite acaner.. aku hanya mampu tidor baring sepanjang hari.. even aku tak mampu nak urus diri sendiri pon.. aku betul2 tak larat.. asal makan jer muntah.. berdiri jer pening n akan muntah.. makan minum semua abah sado yang uruskan hidang suap.. dia yg pimpin mandi kan aku.. sikatkan rambut.. potongkan kuku aku.. dia buat segala2 kat rumah ni termasuk aku n anak2.. .

Aku hanya usaha bangun waktu solat jer.. tu pon aku terpaksa pendekkan solat (buat yg rukun wajib sahaja cth sekadar baca fatihah tuk setiap rakaat) sbb tak leh berdiri (or duduk) lama.. pernah beberapa kali.. dah sampai rakaat akhir.. aku muntah.. lepas muntah still kene solat blk walaupon lembik dah badan..

paling teruji bila time solat isya tu kekadang aku tak mampu nak buat pon (aku akan drag awal pagi) sbb kekadang aku mcm tak tau apa bende aku baca.. rakaat berapa pon aku tak leh ingat.. ada masa aku tumbang.. tu waktu aku paling2 lemah.. so darikan tau tak sah solat.. jadi aku drag jer solat aku waktu awal sblm subuh.... (aku tak rasa aku leh solat baring pon) sebab aku mesti akan terus tido bila baring..

And waktu subuh jer..aku rasa aku ok.. mcm takde rasa mabuk lagi..  aku boleh solat ngan sempurna siap sunat n wirid panjang.. boleh mengaji satu muka surat.. lebih dari waktu tu.. aku memang hanya rehat tido baring atas katil.. mabuk dan muntah.. tgk tv pon tak..hp aku pon tak tau tah mana2.. caj ke tak caj ker aku tak peduli..

Masa tu aku mmng langsung tak peduli keadaan aku.. apetah lagi keliling aku.. rumah bagai.. (masa ni memang kesian sgt kat anak2) tp seb bek ada adik bongsu aku tolong aku.. n uruskan anak2 bila abah sado keje..

Well... Allah sayang aku.. tu la cara dia bagi aku rehat n kandungan aku terjaga baik.. aku sendiri tau.. kalau Allah tak buat cara macam tu.. aku mesti degil jugak tak kental hati nak duduk diam lagi2 time anak2 cuti sekolah.. kekadang walaupon aku tak sihat mcm tu pon.. aku selalu usaha nak bangun tuk anak2.. kekadang aku soh abah sado bawak aku gi taman sbb nak teman anak2.. (walaupon dpt kejap jer) bayangkan malau aku sihat acaner lak.. tah mana2 jer aku pergi lagi dan abaikan kandungan aku. .

N untuk pengetahuan.. sepanjang 6 kali pregnant termasuk yg gugur..

NI LA PERTAMA KALI AKU MABUK/MORNING /ALL DAY SICKNESS SANGAT2 TERUK DAN SANGAT LAMA..

selama ni kalau aku pregnant.. sikit2 tak sihat.. demam sikit2.. setakat elergic bau.. setakat kembang tekak.. moody.. tu jer.. tp aku still leh bergerak ke sana sini..

masa qaleef aku bekerje mcm biasa.. leh duduk dlm kereta berjam2 takde bende.. blk kampung or gi bercuti..

even masa shaquille pon setakat 2 minggu pertama tau mengandung tu jer..
tu pon sebab demam...

TAK PERNAH lagi sampai aku langsung tak leh gerak bangun or muntah non stop/setiap kali makan macam kali ni yer..

Alhamdulillah.. masuk 13 minggu.. dah makin ok.. dah larat nak buat rutin kerja umah blk mcm biasa (kecuali memasak sbb masih tak leh tahan ngan bau).. dah tak la rasa lemau lagi (kecuali waktu petang-malam)

Dah boleh solat ngan sempurna.. mengaji setiap kali lepas solat mcm sebelum2 ni.. lega sgt.. dah boleh kuar jalan2 dekat2. Dah boleh masuk bengkel balik tuk tgk2 kerje.. dah rasa mcm biasa la.. ada mood nak wangi2 balik ๐Ÿ˜…. (Kalau tak hantu kak limah tu pon helok lagi ghuper dia)

Sepanjang waktu tak sihat.. aku banyak muhasabah diri.. sesungguhnya.. kite manusia lemah.. bila sakit macam tu.. memang hilang segala kuderat dan hanya harapkan bantuan org lain tuk kita.. kau tak kn pikir dah harta ker rupa ker.. apa yg kau ada.. kau hanya nak diri kau sihat jer..

tapi dalam satu sisi lain.. aku tetap gembira.. amik dari sudut lebih baik.. sebab nya jelas.. Allah sedang tunjukkan kasih sayang dia pada aku.. walaupon ngan cara berbeza ๐Ÿฅฐ Allah jaga aku dan kandungan aku dengan cara ni..

BAIK NYA ALLAH........

tapi kalau kau tanya aku lah kan.. serik tak ?

memang aku cakap.. aku serik giler.. ahahaha.. aku punya serik sampai aku cakap kat abah sado..
ni last la ni aku mengandung.. tak kire lah jantina anak laki ke perempuan..
cukup lah ni last aku mengandung.. aku memang give up giler lagi2 time tu..
beranak czer.. even pernah rasa sakit nya kontraksi beranak normal tu pon..
aku tak serik macam ni yer..

aku serious..



dulu2 kan.. aku teringat masa aku dalam satu temu bual kat tv1 pasal pregnancy ni..
aku pernah cakap kat pengacara tu.. (tak ingat apa soalan dia)
tapi aku jawap.. aku suka time aku mengandung..
even setiap kali pon..
aku suka sebab 2-2 kali pregnancy aku rasa aku berseri.. ahahahaha...
tapi tak untuk kali ke ni...
aku tak tau mana pergi semangat melawa aku yer..
2 gambar atas aku share ni.. gambar last aku amik time mengandung 3 bulan..
gi berjalan naik bukit tinggi celebrate besday konon nya..
perut pon tak nampak lagi..n ni jer lah gambar2 mengandung yang aku ada..

maybe nanti raya insyaa Allah ada gambar perut sikit kot..heheh.. harap2 helok la muka aku..
kesian adik baby kot tanya mana gambar masa mengandung kan dia.. nan hado..

aku bukan tak happy yer ngan pregnancy kali ni..jangan salah sangka..
pregnancy ni paling2 kami tunggu n harap kan..
paling susah nak dapat.. paling struggle...

cuma tu la.. keadaan berbeza.. dari semua sudut...buat nampak macam aku banyak merungut..
tapi tak pon.. aku bersyukur sangat ngan rezki Allah bagi ni..
finally.. after 5 tahun lebih kurang (dari dak shaquille)
aku dapat merasa nikmat mengandung balik..Allah bagi aku rezki yang satu ni..
aku ngan abah sado ingat memang tak akan dah.. ingat anak kami 2 tu jer lah..
yer la.. umur aku pon bukan muda lagi.. sikit lagi nak masuk 40 yer..
ngan banyak risiko.. ngan asyik gugur nya... Allahu...
so bila tau mengandung yang ni... abah sado memang jaga aku sangat2 elok..
selama ni tak mengandung pon dia dah over protective kat aku ni ha..bayangkan pulak la time mengandung ni ha kan..
memang makan berhidang atas katil jer la manjang lagi2 time mabuk ritu tu..

apepon.. walaupon dah masuk timester terakhir (masa entry ni ditulis)
aku tetap amik langkah berjaga2.. kami memang still risau.. n takut nak amik mudah..
jangan macam2.. susah nak dapat sorang ni.. huhu




















Saturday, April 11, 2020

berkahir lah susah TTC journey aku selepas 5 tahun....... alhamdulillah..



Mashaa Allah.. lama nya menghilang dan tak berupdate !! 
dah 4 bulan lebih masuk tahun 2020
dah macam2 bende jadi tahun ni..
last update bulan 11 2019 cerite pasal KRABI yang tak habes..

soriiiiiiiiiiiiiiiii....

bukan sesaja.. sebenarnya excited jer nak habeskan / share pasal KRABI tu..
tapi.. tu la... balik jer dari KRABI jumaat 8hb Nov 2019 

aku.............




mengandung....




alhamdulillah..




ni gambar pertama aku pregnant masa birthday aku 31 Dec 2019
amik gambar buat kenangan
3 bulan lebih kurang time ni..


bukan baby Krabi yer.. ahaha.. cepat nau tu..
5hb Nov 2019 hari pergi Krabi tu.. sepatut nya aku period.. 
tapi tak datang..

aku ni jenis regular Period.. memang datang ontime lah kire..
n kalau kata nak datang period tu.. memang boleh rasa awal..
kire banyak symptom..
tapi lain pulak waktu tu..
memang macam rasa.. aku pregnant..
tapi.. sebab kan masa tu gak lah nak ke Krabi tu..
so.. aku tak terus cek.. n tak pikir sangat..
tapi still risau gak lah sikit..
yer lah.. kalau betul preggy.. nak berjalan melasak pulak tu..
tapi.. semua dah prepared pon kan..hari yang sama tu..

cuma aku bagitau abah sado kau siap2..
aku tak period macam sepatut nya..
n instinct aku memang rasa aku mengandung 
bukan sebab mengharap sangat..
tapi sebab aku kenal badan aku macamana.. 
aku tau sangat kalau aku nak period tu acaner..

dan lagi satu.. 
tak tau kenapa.. n macamana -yg ni fes time lah jadi-
seminggu sebelum aku sepatut nya datang period tu..
tetibe aku macam pening mabuk nak muntah kepala berpusing2 tak pasal..
masa tu nak amik shaquille balik sekolah..
sampai aku tak leh keluar.. terus baring kat sopa ruang tamu..
n mintak tolong cikgu dia hantar balik umah..

so bila lewat period tu.. teringat terus kejadian yang ni..

n sepanjang kat Krabi tu.. aku memang tak datang period jugak.. n takde sebarang symptom period jugak
so aku just amik langkah berjaga2 jer..
still malas nak cek lagi..walaupon pharmacy tuk beli beli UPT tu dekat hotel tu jer.. 
nak tunggu balik Malaysia dulu..
lagi pon.. baru berapa hari jer pon lewat..

kat Krabi.. masa atas boat gi island hoping..
ada disediakan nenas..
semua orang kata sedap giler nenas tu..manis..
abah sado n anak2 makan..
2 kali gak kot rasa nya.. 
tapi memang aku tak berani langsung nak amik.. 
rasa sikit pon tak nak.. 
tapi ada buah lain macam tembikai di sediakan.. aku makan tu jer..
aku tak nak amik risiko langsung..
nenas dah la buah paling2 aku sensitif nak makan..
boleh bagi kesan kat period aku..
apetah lagi kalau betul aku pregnant kan..

Jumaat tu.. 8hb Nov - kami balik Malaysia..
sampai dalam pukul 3-4 petang macam tu
sebelum sampai rumah..
aku ajak abah sado singgah pharmacy tuk beli UPT.. 
aku bertahan 5 hari lewat period tak buat..
tapi.. bila dah beli UPT tu.. tak tahan nak tunggu esok pagi nya test.. ahahaha
petang tu jugak aku buat..

n terang benderang.. laju terus keluar.. DOUBLE LINE..

seperti dijangka..

alhamdulillah..

tapi sebab penat sangat2.. baru balik Krabi tu kan..
aku tak bagitau abah sado pon..
tak macam sebelum2 tu.. ahahah
aku just letak UPT yang double line tu kat atas sinki..
dengan harapan dia akan tengok sendiri.. 
sebab malas nak cakap banyak.. sebab asyik mengandung gugur mengandung gugur jer..
penat nak excited lebih2.. heheh..

dari petang-maghrib ke isya'
abah sado tak cakap apa2 pon..  aku pikir dia tak perasan..
tapi nak tido malam tu.. die pegang perut aku n tanya "sayang mengandung yer?"

aku jawap ha ah jer..

ahahahaha... penat weeyyhhh... tak sempat nak rasa excited sangat..
lagi satu.. maybe sebab memang dah dapat rasa kot..
n dah bagitau abah sado awal pon.. yang aku mungkin mengandung sebelum tu..
bagitau dia supaya sama2 beringat jangan nak lasak2 sangat..
kami kat Krabi tu sewa motor sepanjang bercuti tuk berjalan..


ni gambar masa aku pregnant 2 bulan lebih..
masa ni aku ok-tak berapa ok sangat la..


masa awal2 aku update pasal Krabi tu..
aku memang dah tau lah aku mengandung..
tu laju2 aku update hari2.. siap buat schedule entry..
sebab tau.. nanti mesti terus hilang mood..

tapi.. aku tak pikir sampai aku akan morning sickness teruk sangat preggy kali ni...
serious..
aku mabuk yang maha dasat yang tak pernah aku rasa dari previous pregnancy 
lepas minggu kedua balik Krabi tu..
kire... ikut kan masa tu dah 6 minggu macam tu..
dan aku mabuk 2 bulan tak leh buat apa..
makan tido muntah jer kerja aku... melepek... 
so.. memang tak sempat nak habeskan entry Krabi tu... 

itu lah kesah nyaaaaaaaaaaaaa.... 

tak tau aku cerite ni sebab nak cerite pasal aku mengandung..
atau sebab aku nak bagitau korang kenapa aku tak sempat habeskan entry Krabi... ahahaha...





kami bagitau anak2 awal jugak.. mula2 nak rahsiakan dulu..
sebab kesian masa last yg aku gugur tu.. shaquille macam frust giler..
pastu agak lama dia asyik tanya pasal baby dalam perut.. still usap2 perut walaupon dah takde masa tu..
so.. takut jadi macam tu lagi.. konon nya tak nak bagitau..
tapi.. tak leh tahan.. nak tengok reaksi anak2..
so esok lepas cek UPT tu.. terus bagitau jer.. 


alhamdulillah.. mabuk aku hilang bila aku masuk jer timester ke dua..lega rasa..
tu fes time rasa teruk.. memang aku tak tahan sebenarnya..
aku hanya mampu bangun solat jer la.. tu pon baca yang wajib2 jer..
selebih nya.. tak kire makan ke tak makan ker..
memang muntah memanjang..
aku tido jer sepanjang2 hari siang sampai malam.. ahahaha..
serious.. aku tak sanggup rasa time tu...
diri aku pon tak terurus..
abah sado yang uruskan semua tuk aku.. bawak aku mandikan aku.. syampoo kan rambut semua..
makan pon dia bawak naik ke bilik atas katil..
tetiap malam aku hanya boleh makan buah jer semata..
seb bek ada adik aku mahir tinggal ngan aku..
so die yang masakkan tuk anak2.. tolong jaga budak2 tu.. (masa tu cuti akhir tahun)
aku memang ngan dunia aku jer.. tak mampu nak pikir or buat banyak bende..



well... aku dah masuk 27 minggu dah pon minggu ni.. hampir 7 minggu..
lepas hilang mabuk tu.. semua ok jer..
baby sihat.. aku pon sama sihat..
ni dah masuk 3rd trimester pon..
aku dah start shopping barang baby...


doakan aku n baby yer..
sampai bersalin nanti di berikan kesihatan yang baik
dan dipermudahkan urusan.. insyaa Allah..











x

Friday, July 05, 2019

PENGALAMAN : beza gugur secara alami/sendiri dan DnC




haritu... 
Allah izinkan aku mengandung lagi.. alhamdulillah.. 
tapi.. Allah bagi rasa tu sekejap jer.. ngam2 11 nak ke 12 minggu.. 
aku keguguran...yerp.. hampir 3 bulan...

aku ok.. aku redho..
walaupon kami semua (termasuk anak2) memang mengharap sangat..seronok terima kabar berite ni..
tapi.. Allah lebih tau apa yang terbaik tuk aku dan kami semua..
aku terima ngan hati terbuka..
aku letak kan hati aku hanya pada Dia.. 
dan aku pasti.. itu adalah terbaik... 
ada lah tu... Dia ngah plan kan sumting tuk aku..sapa tau kan..
wallahi.. aku ok... 

baru2 tu jer lah.. sikit.. 
manusia kan.. tak kan lah langsung takde hati perasaan sedih bagai kan..
of cos lah rasa terkilan masa tu..
tak tau acaner nak bagitau abah sado dan anak2..rasa tu lah bende paling berat masa tu..
melebihi keadaan aku sendiri.. 

well.. sebenarnya.. bukan nak cerite pasal mengandung tu..
cuma nak share ngan korang semua..
pengalaman aku keguguran secara sendiri/alami..

masa fes time dulu.. sebelum qaleef.. masa anak sulung.. baru lepas kawen..
aku pernah gak gugur sekali..
umur2 macam ni gak kot rasanya.. 
tapi.. masa tu scan.. tau baby takde heart beat dah.. kire dah takde lah..
and terus lalui proses DNC kat spital..

bila confirm nak kene gugurkan baby..
so.. doctor terus buat kan appointment ke Spital besar..
dan proses saaaaaangat lah panjang...

biasa lah hospital kerajaan kan..
kau datang hari tu.. kau menunggu dan cek satu hari suntuk..
buat appointment lagi tuk admit pulak..
dah admit.. macam biasa lah..
cucuk sana.. cucuk sini.. cek sana.. cek sini.. 
scan bagai.. jolok lagi... stress tau.. 
macam2 lah lagi proses nya... 
pon belum terus buat yer...
kene puasa.. pastu kene tengok doc free.. 
(aku dapat pengalaman ngeri kat spital time tu menunggu dan menunggu..penat kau puasa 48 jam sampai laki aku nak bawak aku keluar gi spital lain-kau jangan main2 ngan orang lapar yer.. ahahaha)

masa DnC.. kau di tidurkan.. dah tak ingat dah acaner dia tidur kan aku.. ahahah..
tapi tak sedar apa langsung..
so.. LANGSUNG TAK RASA SAKIT..
sedar2.. dah selesai... tak de lah rasa bisa2 ker..cucuk2 ker..
takde langsung..
cuma bahagian dalam tu jer lah yang kite tak tau..
cuma kalau kata pasal kesakitan tu.. memang tak rasa..
esok nya dah boleh dis-caj.. lepas 3-4 hari duduk spital... 
jalan lah macam biasa... 
takde lah macam orang beranak tu pon..
cuma.. pantang jer lah macam sepatut nya..

just aku cakap secara fizikal nya.. takde rasa apa..kecuali letih.. itu jer..


BERBEZA SANGAT NGAN KEGUGURAN SECARA SENDIRI/ALAMI

gugur sendiri ni orang kata yang tetibe bleeding tu...
maksud nya.. kau tak ready or prepare or kau tak tau yang kau akan keguguran..

alaaa macam kau tengok dalam drama tuuuuu...
jatuh tangga tetibe beleeding..
atau etibe kau tengok kaki kuar darah sambil pegang2 perut.. haa cegituh..

tapi lebih kurang la...

nak share pengalaman aku yang kali ni aku lalui proses gugur sendiri... tanpa DnC... 

ni bukan aku buat sendiri maksud nya..
cuma.. keadaan ni berlaku tetibe dan tak melalui proses spital..

seminggu sebelum kejadian..aku dah pergi spital tuk cek kandungan..
memang dokter kata kandungan macam ada problem..
cuma.. tak dapat nak pasti kan betul2 keadaan aku waktu tu..
dokter tak dapat nak decide lagi samaada aku perlu DnC.
dan aku perlu datang lagi satu appoinment tuk cek ngan pakar (biasa lah.. gomen kan.. bukan ley main terjah jer-semua pakai appoinment)
dan appoiment tu pulak.. 2 minggu dari tarikh aku datang fes time tu..
(tapi dah dapat rasa dah..kandungan dah tak ada masa tu)
cuma sebab tak rasa sakit.. takde bleeding..takde apa..
so.. dokter pon tak cakap apa2 sangat.. 

tapi.. tak sampai pon 2 minggu..
lebih kurang seminggu lepas aku cek kata kandungan problem tu..
aku dah pon keguguran masa kat rumah...

kisah nya macam ni..

pagi tu elok jer aku gi tengok wayang.. sorang2 time anak2 sekolah..
takde rasa apa pon.. rilek jer lah.. takde lah kata kau melompat tak pasal ker pon kan..
tapi takde lah rasa badan lain macam.. sakit perut ker bagai..
even takde pon kata nak rasa sengugut bagai tu pon.. 

balik dari amik Shaquille sekolah tu..
dah setel semua anak makan..aku pon makan..
aku baring2 lepak2 kat katil..sambil borak2 ngan shaquille sebelum tunggu zohor..

masa tu lah tetibe rasa perut memulas macam nak period pain.. macam senggugut..cramp..contraction nak beranak bagai tu..
eeahh semua lah aku nak describe... 
dan pinggang rasa macam nak patah..!!
sakit nya pinggang tu.. macam masa nak beranak tu.. 
tapi masa tu tak lah rasa contraction kuat sgt..
(jangan cakap aku tak tau rasa walaupon beranak czer.. tapi aku merasa semua tu yer..)

ok.. masa rasa sakit tu.. memang dapat rasa dah..
aku akan keguguran..waktu tu... baby akan keluar.. 
tapi.. tak tau kenapa tak de lah rasa panik sangat.. sebab macam aku cakap.. dah tau..
(dah puas nanges dulu dah pon sebelum tu..)
so time tu.. aku just 'menikmati' rasa sakit tu.. takde bleeding pon lagi aku cek memula tu..
just sakit beralu2 tu jer.. 
shaquille lak baru jer tido masa tu..

so aku wassap abah sado kau yang masa tu kat site.. kerje...
bagitau keadaan aku (dia pon dah mental prepared dah pasal ni)
dia tanya aku ok ker tak..aku jawap jer lah aku ok.. -sebab aku betul2 ingat aku ok dan akan ok-
aku ingat aku akan lalui macam period tu jer.. ahahaha..
(sebab pernah lalui sebelum ni.. dan tak lah rasa teruk sangat pon siap boleh drive bagai)
cuma aku tak pikir nak terus gi spital ke hapa time tu sebab aku dapat rasa..
kalau apa2 jadi time aku driving.. lagi susah keadaan aku nanti..
prefer tunggu abah sado.. (abah sado gerak balik dari site dah la)

masa masih baring atas katil sambil belek hp..
dalam 10 minit rasa sakit perut memulas2 tu.. 
aku rasa tetibe seluar aku basah dan rasa ada air.. 
aku terus bangun.. tapi tengok takde darah atas katil..(risau lak kene katil jenuh nak bersih kan)
cuma yang aku tengok.. seluar aku dah basah separuh.. 
aku tak tau tu apa.. tapi aku rasa maybe air ketuban..
ahahahaha.. kalau dokter2 or pakar perubatan baca ni.. jangan gelak yer kalau salah..
sungguh aku tak tau..!!

cuma.. basah seluar aku tu.. memang macam air ketuban (ikut pengalaman anak sebelum)
jernih..(aku pakai seluar cerah time tu)
cuma.. tak lah sebanyak air ketuban beranak tu..
just basah takat seluar jer.. tak meleleh2 or menjejeh2 pon..
cuma lepas beberapa saat aku cek tu.. baru nampak kesan air bercampur darah..

dan masa tu lah start rasa sakit perut macam nak beranak menjadi2..!! contraction.. !!
sakit la.. tapi tak lah kuat giler2 macam betul2 kau rasa nak beranak tu..
sakit tapi boleh tahan..
tapi still rasa sakit.. maybe lebih pada sengugut macam tu..
datang terus ngan rasa nak pitam.. gelap mata.. 
kire middle contraction macam tu.. ke mild jer.. ahahaha.. tak tau acaner nak describe tah...

ok..masa tu.. baru aku rasa panik giler..
masuk terus bilik air kat bilik aku tu.. tengok kat pentot ada darah ketul2 macam hati ayam tu..
tapi besar....
aku berdiri yer masa tu..
and sungguh.. aku tak tau apa nak buat..
nak duduk kat jamban ker.. atau nak duduk kat lantai ker..
atau nak berdiri ker.. nak tunggu ker.. 
atau macamana..!! sumpah.. tak tau.. tak sempat pikir ngan keadaan sakit perut tu lagi..

tapi sempat lak aku amik gambar.. ahahaha..
aku amik gambar tuk tujuan hospital.. dan bagi kat abah sado..
tak sempat pikir panjang sangat.. dalam beberapa saat jer.. aku duduk jer terus kat jamban..
dan semua keluar... keluar berketul2..banyak giler dan besar2.. 
memang darah meleleh2 melimpah ruah tak tau acaner nak cerite..
masa tu still sakit perut lagi..cuma dah kurang...

lepas beberapa ketika rasa dah habes..
aku terus bangun dan pakai pad..(naseb baik ada stock) - pad memang aku simpan dalam almari dalam bilik air ni.. 
so tak perlu banyak bergerak sangat..
aku just bersihkan diri kat shower..
yang kat toilet bowl tu aku biarkan jer tak pump..
sebab tak tau nak buat apa..
darah tak henti meleleh2 kat kaki..
cuma tak ketul2 dah lah..

abah sado kol aku masa tu.. risaukan keadaan aku.. (dia terus balik cuma amik masa sejam gak lah nak sampai umah)
dia kata jangan pump.. boleh pulak soh aku amik dari dalam jamban tu.. adoooyy...

aku ok sikit.. sakit perut dah hampir takde.. 
cuma kepala dah start berpusing macam nak pitam.. mayb sebab darah banyak kuar..
tapi memang ada plastik (untuk tong sampah) dalam almari tu..
so aku buat jer lah.. korek tengok memang banyak lah ketul2 macam daging ke hapa tak tau lah aku..
aku pon tak sempat nak belek bagai. tak pikir dah pon..
nak cepat setel jer.. masuk plastik ikat letak tepi terus.. biar lah abah sado yang uruskan lak lepas tu..

aku terus baring.. 
macam letih giler...
aku cuma rasa tak ley banyak gerak..
bila aku bergerak jer.. even bangun katil jer.. 
darah memang keluar macam air terjun.. ahahaha..
tapi serious ni tau.. 
aku tukar pad setiap minit.. sampai licin pad aku..
n habes kebocoran kat comforter bagai.. 

kau sorang2.. bayangkan lah..

kejut kan dak shaquille mintak tolong dia amikkan air kat bawah..
seb bek lah boleh harap..selalu kejut2 gitu memang die akan meragam..
tapi aku bagitau.. aku sakit time tu.. aku perlukan pertolongan dia..
dan dia ok.. 
kalau tak mati kering agak nya sebelum abah sado amik..
makan sekali ubat tahan sakit.. (memang selalu ada tuk migrain aku dalam laci bilik)

wassap kawan aku bagitau.. (since dia tau keadaan aku dari awal)
dia tak kasi tido.. sebab takut aku terus tak sedar diri nanti..
soh aku bertahan.. walaupon mata dah berpinar..
yer lah darah habes banyak dah masa tu..
memang betul.. rasa bahaya lah bila keadaan ni berlaku..

aku kol hospital besar.. tanya apa boleh dia bantu..
dia soh aku datang spital.. ke emergency terus..
nanti dieorang akan bagi rawatan..
aku cakap darah banyak.. dia cakap nanti ada ubat tuk bentikan.. 
dalam masa yang sama kene masuk air.. kalau aku pucat ke hapa ker kan..
sempat lah pulak die explain sikit2 rawatan..
ada injection bagai... tak ingat dah apa bende nya tah..
aku cakap lah.. giler ker hapa nak aku drive dalam keadaan macam tu ke spital..
eeeahh.. tak.. yang 'giler' tu aku cakap dalam hati jer...
tapi betul la.. tak kan aku nak drive pulak..
kang matik sebab eksiden tak pasal jer..
dah kau pitam kan..
ngan dak shaquille lagi..

so pihak spital nak arrange ambulans tuk amik aku..
bagi aku no tipon direct ke ambulans.. 
yang penting.. wajib datang ke spital waktu tu.. 
aku cakap.. OK..... jer.. 
tapi aku tak kol pon..

aku pikir.. kalau aku kol ambulans.. ngan abah sado ko takde..
anak aku macamana pulak..
haa mak-mak.. macam tu la.. macamana pon anak jugak dipikirkan dulu yer..
sebab anak tak boleh ikut masuk emergency nanti.. sapa pulak nak jaga... bahaya pulak..

takper.. aku ok jer lagi tuk bertahan.. masa tu dah rasa tak lama dah abah sado nak balik..
aku pon dah minum air banyak.. makan ubat tahan sakit.. rasa ok sikit dah.. 

dalam 40 minit macam tu... pelan2 sakit perut tu hilang sepenuh nya.. 
sakit pinggang belakang pon hilang..
tak tau lah kesan makan ubat tahan sakit kot tu..
darah still banyak.. cuma tak sebanyak masa awal 20 minit pertama tu..
n rasa aku ok sikit dah..
cuma tak ley bangun jer la..
bangun jer..melimpah ruah..huhu..
bangun jugak sekejap2.. tuk gi toilet tukar pad pentot n seluar..
setiap kali pon memang akan tembus habes terus..

sampai lah abah sado sampai.. dan uruskan semua tuk aku..


gituh kisah aku gugur sendiri.. 
nak cerite.. sakit nya tu memang beza sangat masa gugur DNC tu dulu.. lain rasa..

kalau cakap.. gugur sendiri ni memang sakit nya sikit lagi nak sama ngan sakit nak beranak..
kire half sakit macam tu..
sebab rasa sakit belakang.. rasa kontraksi.. rasa cramp perut.. rasa nak muntah.. nak pitam semua ada lah..
yang dasat nya sebab berlaku masa aku sendirian.. 
which is.. kalau apa2 jadi lebih teruk time tu..
berisiko tuk keadaan aku sendiri.. 
(walaupon ni bukan kali pertama.. tapi yang fes time tu.. aku terus bleeding sikit dan pergi klinik-dapat ubat..serta rawatan susulan.. dan masa tu kandungan pon awal sangat lagi..nak banding ngan yang ni dah hampir 3 bulan)

aku just sharing..
lain orang..lain keadaan nya yer..
macam aku cakap.. ni bukan kali pertama gugur secara sendiri.. 
cuma bezanya tu lah.. masa memula tu proses nya agak mudah..
yang 2nd time ni yang sakit lain macam..
aku pernah tengok arwah mak ijan kau dulu gugur lagi teruk..
sampai berguling2... menanges2 sakit.. 
kire aku macam kategori ok lagi.. boleh bertahan.. takde lah rasa nak nanges pon..
(nanges sebelum tu cuma sebab sedih kehilangan)

aku macam mak aku.. tak nak gi spital kalau boleh.. ahahaha..
sebab tak suka proses tu..
walaupon sebenarnya.. proses tu tak lah menyakitkan..
cuma yang malas tu.. proses sebelum tu jer.. huhu..

orang selalu risau DNC tu... bila cakap jer.. semua seriau.. sakit bagai..
tapi tak pon sebenar nya.. risiko sangat kurang.. sakit langsung tak ada..
dan aku rasa dari sudut perubatan.. proses tu lebih baik...lebih selamat..
keadaan kau di pantau.. kalau apa2.. hilang darah ker.. pengsan ker hapa..

berbanding macam apa aku lalui ni..
yang fes tu aku bertuah lah.. ok lagi boleh drive..
tapi yang 2nd time ni.. nak gerak pon tak ley.. bayangkan kalau abah sado ko out station..
lagi jauh nak balik.. mati kering dah kot aku time tu.. huhu..
tak kelakar hokeh.. 
sangat berisiko pada aku.. 
(tapi kalau keadaan memerlukan.. ada jer kawan2 jiran2 dekat2 sini insyaa Allah aku boleh harapkan)

cuma satu perkara.. satu sudut yang aku rasa aku ok...

aku terlepas proses hospital yang sangat panjang tu.. (bende yang aku tak suka-tapi terpaksa hadap)
aku tak perlu nak tunggu pendaftaran.. nak tunggu katil.. nak tunggu cek..nak tunggu buat tu lagi..
nak tunggu itu.. dan ini.. proses yang kekadang amik masa 2-3 hari or lebih ikut pengalaman sendiri..
yerp.. aku tak perlu lalui semua tu.. (tanpa sengaja)

macam keadaan aku ni.. kau dah gugur kan.. penting amik gambar darah2 tu.. bawak bukti..
dieorang lebih tau bende2 tu semua..
kau gi cek.. dia scan2 tengok ko ok ke tak....
tengok mata kau..lidah kau.. muka kau ok tak pucat bagai.. 
kalau tak perlu masuk air..then tak perlu tahan ward.. 
amik ubat boleh terus balik.. cuma kene repeat cek jer lah lepas tu tuk pastikan betul2 bersih perut kau tu..

so far tu jer lah pengalaman aku..
macam aku cakap..
jangan sama kan.. n jangan takut tuk lalui kalau dah takdirnya takde rezki.. 
sakit nya berbeza..
ada orang sakit nya sikit.. ada orang sakit nya banyak..
even proses kat spital nanti pon berbeza2..
mengikut pengalaman aku sendiri lah.. 

takde gambar nak share.. tak tergamak nak share gambar pon.. ahahahaha...













Tuesday, October 30, 2018

perasaan dan pengalaman aku lalui proses TTC

TTC : TRYING TO CONCEIVE 

atau nak senang cerite.. cubaan tuk mengandung.. 
lebih tepat nya tuk aku sendiri.. cubaan tuk mengandung semula untuk anak yang ke-3

gituh..

terus terang cakap.. ni fes time aku lalui tempoh TTC yang agak panjang..hampir setahun..!!
dan bermain ngan kesabaran.. perasaan...
sebab tu aku rasa aku nak cerite kat sini..pengalaman aku.. perasaan aku...


bulan ke-2 aku kawen.. aku terus mengandung.. [masa hari nikah-kawen dulu aku period..huhu] so lepas tu aku terus mengandung..
tapi.. keguguran lepas baby masuk 3 bulan kot lebih kurang.. tak berapa ingat dah.. 
tahun tu 2010

lepas tu.. aku mengandung semula bulan 8 tahun 2011
nampak macam amik masa lebih kurang 6-7 bulan kan..
tapi sebenarnya.. aku memang berpantang time tu..plan nya dalam 3 bulan jer..
tapi lepas tu aku tukar kerje kat damansara..3 bulan tempoh percubaan aku tak ley lah mengandung kan..sampai aku dapat confirmation lepas 3 bulan tu.. baru lah aku ready nak mengandung balik.. 
memang kami planning lah kire..

tapi, orang yang tak tau.. [terutamanya sedara2 aku dan belah2 abah sado] ingat aku susah mengandung.. lambat lekat.. dan macam2 lagi... 
yer lah.. sebab dah nak setahun kawen masa tu tak mengandung2 lagi..
sedangkan.. tak pon.. alhamdulillah.. bila aku kata aku ready jer nak mengandung bulan tu.. terus aku mengandung lepas tu.. 
Allah permudahkan... takde pon aku kene 2-3 bulan pon..

ada kesah sebaliknya jugak tau.. 
sebelum puasa-raya tahun tu [2011] aku rasa macam.. eeaahh.. nak raya.. nak balik kampung..
mesti ramai akan tanya.. kalau aku tak mengandung lagi time tu.. jenuh gak nak jawap..hahaha.. 
nampak tak... tekanan nya...
memang.. orang keliling tu lah yang bagi tekanan..
bukan kat aku jer.. tapi aku yakin.. kat semua orang lagi2 yang masih takde anak.. 

tapi rezki aku lah.. nak jer.. terus mengandung.. 
walaupon ikut kan plan asal.. cakap kat abah sado.. lepas2 raya konon nya..
sebab tak nak lah time puasa-raya tapi melepet jer takde mood awal2 pembawakan budak... 
tapi sebab pikir nak hadap pertanyaan orang tu..terus laju2 proceed.... 

lahir lah dak Qaleef Eeman seketul


anak kedua pulak...


lepas qaleef 2 tahun.. kiterang plan nak tambah anak lagi.. 
terus proceed.. 

dan sama jugak.. alhamdulillah.. terus aku mengandung..walaupon yang 2nd time ni tak mengharap sangat.. orang kata takde sebarang tekanan.. tapi alhamdulillah.. Allah masih mudahkan urusan kiterang tu.. 
walaupon tak jangka secepat tu..[hahahahahahaha] ingat nya lepas proceed akan amik masa 2-3 bulan lagi konon nya.. tapi sama jer macam qaleef.. Allah terus kasi...

qaleef 3 tahun jer.. dapat dah adik sorang... dak Muhammad Ash-Shaquille seketul lagi..


sampai lah dak shaquille masuk 2 tahun... tahun 2017...

ok.. masa ni terus terang cakap.. walaupon memang rasa nak anak sorang lagi..
tapi bukan time tu.. bukan tahun tu.. saja nak gap kan masa panjang sikit.. 
malas pon yer gak.. jujur ni aku cerite.. 

so konon nya.. aku plan tahun akan datang nya.. [tahun ni lah.. 2018]

lepas tu... tahun tu aku plan nak fokus ngan satu bisnes ni [bisnes susu kambing].. so langsung tak pikir nak mengandung ke hapa.. pulak tu..shaquille dalam phase buat perangai.. kuat mengamuk.. nak kan perhatian.. memang agak menguji aku jugak lah.. 
saamada aku.. atau abah sado.. memang takde mood nak tambah anak time tu..serious ni... terus terang cakap.. ada masa..memang pikir.. tak akan tambah dah kot.. cukup setakat 2 orang.. keadaan waktu tu tak mengizinkan.


tapi.. semua tu sementara jer.. bila rasa semua dah ok... tenang... shaquille pon dah ok.. lebih mudah nak urus die.. 

dalam akhir tahun 2017 macam tu.. 

kiterang pon ready.. terus plan... tuk tambah anak yang ke-3 pulak..


dan..

masa ni lah Allah uji kami....


first month TTC..... takde.....

ok.. tak kisah lagi...sebab baru fes month TTC tu... 


masuk 2nd month TTC... 
pon takde jugak..

time tu dah agak kecewa sikit..
sebab dah konpiden tahap gaban dah kan.. 
yer lah.. sebelum2 ni.. ko nak terus dapat.. 
sekali ni tak dapat2.. 

dia macam ni tau..
bila time ko dah betul2 ready.. ko memang nak kan bende tu..
dan tak dapat.. waktu tu memang ko rasa kecewa giler..
walaupon anak ketiga ke hapa.. atau walaupon sebelum2 tu ko kata ko tak kisah ker ko tak nak ker hapa..

nampak tak.. macamana Allah uji kami..
bila sebelum tu ko asyik cakap ko tak nak.. dan betul2 Allah tak nak kasi ko...

lepas bulan ke 2-3 macam tu..still takde jugak..
tapi masa tu pon.. abah sado kerap takde sebab out station jauh2 lama2 tak balik2.. 
jadi aku ok jer time tu..tak mengharap sangat pon.. macam nak rilek kejap.. 
lagi pulak ada lah selang seli bende lain jadi.. ngan shaquille tak sihat dan siap masuk spital agak lama.. 
lepas set up pulak bisnes baru [Decoreca] tu... aku agak lasak.. aktif.. hadap habuk kayu.. dan kerje berat [sebab kekadang kena hangkut kayu sendiri]

berlanjutan jugak lah sampai 2-3 bulan lebih macam tu..

sampai lah dak shaquille masuk 3 tahun... tahun 2018 ni.. 
aku tetibe macam panik.. plan sepatut nya tahun ni nak ada anak dah kan.. at least tengan mengandung ke hapa..
kawan2 lain semua dah lepas sorang-sorang mengandung-beranak..
lepas tu.. pikir pulak.. tahun depan aku dah 36 tahun [ikut besday aku 31 dec yer]
rasa macam... alaaaaa.. tak dapat lah aku nak ada anak sampai 4 orang kalau dah macam tu..
so.. tetibe segalanya jadi macam.. RUSHING..!! TEKANAN..!! kat diri aku sendiri..

plan balik ngan abah sado start sebelum puasa ritu.. TTC..
tapi still tak ada..!! 
next month nya pon.. tak ada..

sampai lah masa entry ni ditulis... 
esok lusa masuk bulan November dah..
maknanya.. dan lebih kurang setahun aku TTC....

setiap kali ..mengharap.. dan kecewa bila period datang on time.. 

setiap kali tu jugak mintak maaf kat abah sado walaupon die ok jer..
tapi aku tau.. die pon mengharap... sebab kami2 sama2 usaha untuk itu..
time aku subur... sanggup lah die tak pergi out station yer... huhu

dan aku tau.. macam ni lah perasaan orang2 yang sedang TTC tu..
yang aku kerap baca status2 kekecewan mereka..
ada yang masih langsung takde anak walaupon bertahun2 kawen..
aku yang lalui untuk anak ke-3 ni pon rasa tekanan.. kecewa.. sedih nya macamana..
apetah lagi mereka yang dah menunggu sangat2 lama.. 
[semoga Allah mengurniakan rezki atas mereka]
aku pasti.. mereka pon sanggup berusaha dan ikhtiar macam2 cara tuk dapatkan nya..
[dan simply orang lain down kan mereka.. kejam!]
aku pon macam tu jugak.. usaha ngan macam2 cara..
dalam tempoh ni.. aku banyakkan solat taubat...
double triple kan bersedekah dari sebelum.. 
aku jugak berurut betulkan mana yang tak betul.. 
buat scan.. in case kalau apa2 yang menghalang aku dari mengandung lagi [fibroid ker apa ker kan]
jaga pemakanan... amik vitamin yang membantu.. 
yeaahh macam2... tu salah satu cara aku berusaha...

period aku stabil.. bila cek kat hospital.. takde masalah pon sebenarnya nak mengandung balik..
alhamdulillah..semua dalam keadaan baik..
tapi.. rezki Allah tu.. urusan Allah semua tu..
aku anggap jer sebahagian dari kifarah dan ujian dari Dia.. 
dan kami redho.. 
satu masa.. kami tolak perasaan mengharap.. atau kecewa selepas berusaha..
aku pasti.. Allah sedang rancang kan tuk kami sesuatu yang lebih baik.. insyaa Allah..
kami serahkan hati kami bulat2 untuk DIA.. 
dan kami tak akan berhenti berusaha...Insyaa Allah...



doakan yang baik2 jugak tuk kami yer...