Tiber rasa nak update pasal rumah
kalau nak cerite project dekor, make over, renovation rumah ni sejak tahun 2019
memang tak tercerita dah
banyak sangat
n 2021 ni, hampir 70% dekor, interior umah ni dah berubah
even projek tangga yg aku nak cerita ni pon
adalah projek awal tahun 2020. tahun lepas !!
projek masa aku masih lagi mengandung dak chenta
n sekarang dak chenta dah setahun setengah dah pon ahaha
projek ni sebelum PKP lagi
aku rasa maybe dalam bulan 1 or 2. rasa nya lah
tetiba aku rasa nak tutup/naik batu kat bahagian tepi tangga
sebelum ni, pakai rail besi -malas pulak aku nak carik gambar besi rail tu
besi rail yg pemaju kasi tu
tak tau la napa tiber jer nak tukar n tutup habes -naik wall kat situ
sedangkan tak penah pikir or plan pon dari sebelum2 nya bertahun duduk rumah ni
Ni keadaan bila dah tanggal rail besi tu.
100% keadaan ruang tamu ni dah bertukar
dari color cat dan perabot
ni gambar dari atas tangga
dulu2 suka amik gambar dari sudut ni
boleh nampak keseluruhan ruang
lepas naik batu, dah takde dah gambar dari sudut ni
susah jugak lah nak amik gambar keseluruhan macam ni
sebelum naik batu ni, kami ada pecahkan sikit tiles kat bahagian nak letak simen dan bata tu
macam takik la
supaya dia mencengkam sikit
oh ya, kami buat sendiri.
abah sado yg buat ngan adik aku n pekerja aku sorang
nak ikat batu amik masa 2 hari
ikutkan sehari jer tapi tu lah, orang kata bukan tenaga mahir hahaha
ya, ni fes time la kami buat bende2 ni tuk rumah
biasa buat bende simple2 jer
tak la susah pon sebenarnya.
eerrrr aku rasa lah hahahaha
tapi yg membuat nya which is abah sado kau, tu aku tak pasti
tp so far ok jer kot
aku rasa yg susah sangat kat part nak plaster tu jer la
tu memang bebetul kene helok n details
kalau tak, kasar, tak rata or bercapuk, sakit mata jugak nak tengok tuk long terms
bancuhan simen kene betul
sampai ke malam jugak la nak siapkan finishing dia
aku meneman jugak la tak dapat nak buat apa sangat
ngah mengandung time tu
rumah tak lah kecah sangat. sebab buat sendiri maybe
just bhg tangga tu jer
dah siap. kene tunggu beberapa hari sampai simen tampal bebetul keras dan kukuh
baru leh buat wiring dan plaster simen cover
aku nak cerite pasal pemilihan BATU BATA MERAH ni
Bata merah ni lebih mahal sikit berbanding bata putih biasa tu
mahal berapa sen jer pon
pilih bata ni konon sebab nak sejuk la
konon nyaaaa
tapi, rupanya ada kelemahan pakai bata merah ni berbanding putih
n no wonder kenapa kontraktor biasa pakai bata putih jer
bukan sebab murah ke apa
macam aku cakap, beza sikit jer 2-3 sen jer pon
tapi bata merah ni, time nak plaster tu, dia tersangat cepat menyerap air
so, time nak tampal tu agak susah
asyik kene sembur air jer tuk bagi lembab.
kalau tak simen cepat kering dan jadi berketul, berbijik2 nanti
n sebab tu orang kata batu merah ni 'sejuk'
sebab menyerap air lebih cepat
kira kalau nak pakai jugak, memang kene mahir handle time plaster tu.
lebih tenaga n masa
tu ikut pengalaman
n ikut kami tanya pendapat2 orang lebih pakar
lagi satu batu merah ni mudah pecah, dia lembut berbanding batu putih
kami amik masa seminggu - 2 minggu gak kot (tak berapa ingat) nak buat wiring ni
ni kami panggil kawan yg memang biasa buat wiring rumah ni
kire banyak gak la wiring umah ni dia yg buat
bab wiring ni memang kene tenaga mahir
jangan buat main and hagak2 asal boleh jer
kesan dia tuk long terms ya
kami biasa buat wiring rumah, so memang kadang2 ada jer yg timbul masalah
lagi2 pada wiring tambahan
jadi, panggil la kawan2 n orang yg sama setiap kali pon
so dia tau jer mana hujung pangkal bende tu semua
kat mana dia tanam
n tips aku tuk ni adalah : mintak orang wiring tu pilih bahan2 yg elok
tak apa kalau mahal sikit pon.
dan masa buat wiring, rumah berkecah gila lebih teruk dari kau ikat batu sebelum tu
aku memang dah tau siap2 dah
so masa buat wiring ni, aku kosongkan semua
simpan n bungkus perabot2 aku
sebab, senang nanti nak bersihkan rumah
lepas setel wiring,baru tampal.
yg ni gap sebulan ya dari lepas wiring
sebab abah sado kau out station !!
so kene tunggu dia setel kerja dia baru leh buat
kira lama jugak la nak siap kan tangga ni
sebab kekangan masa
aku rasa part paling mencabar dalam buat tangga ni
time menampal simen ni la
kene details kene buat cantik2 kemas2
ngan hal pasal batu merah aku cerita atas tu lagi
lama giler nak siapkan part ni jer
aku tengok pon penat huhu
so, ni la dia hasil nya
aku pon dah pasang wainscoting dah.
ni gambar lepas siap tu
yg wire terjulur tu wire aircond
masa ni tak terus pasang lagi
sofa coklat ni pon dah takde skrang
lantai pon sama
banyak dah perubahan aku buat kat ruang bawah ni
dari depan sampai belakang
serious jimat gila
kos about RM 300 jer lbh kurang
sebelum tu aku tanya2 kontraktor diaorang caj paling murah RM1500
tu pon siap suggest pakai mdf board jer n caj macam tu
kalau naik batu macam kami buat ni lagi tinggi harga nya
ya aku paham jer diorang caj tu
tapi still rasa gila kau hamek huntung berganda kan
sebab tu kontraktor kaya raya hahaha
well, kami suka jer buat bende2 macam ni
bukan pasal nak jimat ke semata
tapi pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat tu
haaaa kau tengok lepas tu, macam2 lagi kiteorang buat kat rumah ni
aku siap2 cakap -kalau abah sado kata nak berenti
aku nak ajak dia daftar kontraktor
boleh amik job renovate rumah orang
ok lah, tu jer aku nak share buat masa ni.
tiber semangat citer pasal rumah
jarang2 ni aku rajin update blog
tapi korang kalau nak tengok hasil ruang tangga ni,
n nak tengok perubahan demi perubahan rumah kami ni
boleh terus gi IG aku @atyfared
jangan lupa terus follow jer hokeh
kalau nak tanya apa2 pon pasal ni semua or berkaitan
pon boleh direct dm kat situ
aku rajin mengapdet kat situ jer semua pasal rumah ni