Friday, February 24, 2012
charges nursery kat tempat korang berapa..??
lebih kurang sebulan lebih nak beranak...
aku rase-mase sesuai dah mase ni nak gi survey nursery kat area umah aku...
ni pon tak larat sebenarnyer..
tapi biler lagi...
lepas tolak sebulan ni-beranak-pantang 2 bulan-kerje balik
tak kan nak carik waktu aku ngah berpantang kan..
bukan tak boleh...tapi macam leceh la pulak nanti kan..
ngan anak kecik..tak de pengalaman lak tu..
kompem penin nanti...
kenapa hantar kat orang..??
nape tak nak benti keje jer jaga anak sendiri..??
betul...laki aku pon soh aku benti...
tu nanti2 ar aku cerite...-lain n3
sekarang nak share pengalaman aku carik nursery baru2 ni..
aku dah survey 4 bijik nursery betul2 kat area umah aku kat Country homes tu..
tapi masih belum buat keputusan..
ade saje pro contra nya..
kalau tak dari aku..dah tentu ar dari laki aku-yang terlebih cerewet biler pasal anak dia..
ciri2 nursery yang aku carik ::
1] paling utama-islamic nursery dan berdaftar
-sebab aku nak anak aku terjaga pemakanan nya..aku percaya hati yang bersih datang jugak dari rezki yang halal dan bersih
-mahu anak aku diserap ngan nilai2 islamic terlebih dahulu-mahu anak yang berakhlak baik
2] nurseri yang mampu menyediakan pendidikan dan aktiviti
-aku tak mampu tuk bersama didik anak aku 24 jam sehari suntuk-jadi aku mengharapkan nursery yang aku pilih boleh jugak serapkan ilmu pada anak aku..tak de ar hanye sekadar penjaga hanya jaga-menidurkan-dan memberi makan/susu
3] mahu penjaga yang bertauliah
-bayar lebih tak per-asalkan keselamatan anak terjamin
4] persekitaran yang bersih dan memberansangkan
5] tak mahu nursery yang terlalu ramai budak dan baby
6] mampu handle EBM..
susah kan nak memenuhi kateria2 tu semua..
bukan tak ada..aku pernah jumpe nursery yang ade semua ciri yang aku nak tu..
tapi...jauh sangat..!!! kat shah alam tuuuuu.....[yang aku tahu]
aku tinggal kat country homes[rawang]-kerje kat damansara area
tak kan aku nak pusing ke shah alam dulu setiap hari pergi dan balik kan..
alamatnyer..balik umah badan dah letih-nak melayan anak pon dah tak mampu..
jadi..tak de maknenyer hantar anak kat nursery terbaik pon kalau mak pak nyer tak mampu nak tengok dan bersama tengok anak membesar
jadi pilihan terhad-hanya cari di kawasan umah kat rawang ni..
1] nursery yang pertama
:: dah pekenan sebab bercirikan islamic
:: orang yg jaga dan owner-berpakaian muslimah dan nampak boleh dipercayai
:: persekitaran menarik-rumah bunglo 2 tingkat besar
:: laluan pergi dan balik kerja-senang nak hantar dan amik
:: tapi dah penuh..!! terhad 5 orang baby jer dalam satu masa....
-KAMI DITOLAK
2] Nursery yang kedua
:: merupakan cawangan pada nursery yang pertama
:: islamic nursery
:: persekitaran luar nampak besar-umah teres 2 tingkat
:: jauh sikit-perlu melencong ke taman lain yang bukan laluan utama
:: tapi biler tengok dalam umah-kosong..!!
-tak de carpet atau alas..nampak baby depan mata aku minum susu terlentang atas simen tak beralas bantal atau tikar apetah lagi tilam...!! kesian aku tengok budak tu..tak sanggup lak pikir kalau die biar anak aku nanti terlentang minum susu atas lantai simen tanpa alas bantal langsung..!!
-TERUS KAMI TOLAK nak hantar anak kat situ
3] Nursery yang ke tiga
:: betul2 dalam kawasan taman rumah aku
:: tak nampak ciri islamic nya
:: 2 unit umah yang diasingkan-sebijik untuk baby [0-2tahun] dan sebijik lagi untuk kanak2 besar sikit-jadi tak nampak crowded
:: tengok daripada papan tanda-aktiviti2 menarik disediakan untuk kanak2 tu mengikut umur-manarik perhatian kami
:: persekitaran-luar dan dalam-masih ok dan boleh diterima
:: TAPI-pembantu penjaga adalah budak lepasan SPM dan sorang warga indonesia.
- dapat tahu..pembantu SPM akan berhenti selepas dapat kerje lain
- selalu bertukar pembantu penjaga-jadi owner risau tak cukup kakitangan
- HATI TAK MAHU MEMPERTIMBANGKAN-NAK TOLAK DAN TAK NAK PIKIR LAGI
4] Nursery ke-empat
:: paling dekat dengan rumah-jalan kaki pon sampai
:: tak nampak ciri islamic nyer...
:: masuk dalam nursery-memang menarik mata dan hati..
:: tempat cantik dan penuh ngan aktiviti
:: naik tingkat atas-bilik diasingkan mengikut range umur
:: penjaga-nampak seperti boleh diharap [pandangan kasar]
:: satu kekurangan-TERLALU RAMAI BUDAK..!!
TAPI MASIH BOLEH DIPERTIMBANGKAN
hah..pening...??
memang pening...ade saje yang lebih dan kurang nya kan...
kami belum buat keputusan lagi..
insyaallah biler lapang lagi dalam mase terdekat ni-kami nak carik lagi kat taman2 sebelah pulak..
jauh sikit tak per-asalkan baik tuk kami dan anak...
rate harga kat area Rawang ni masih lagi aku rase murah berbanding kat area Damansara Pj dan shah aLam yang cecah Rm400 untuk baby kurang 2 tahun..
kat tempat korang rate harge nursery berapa...??