Monday, August 13, 2012

susu kambing adalah susu terbaik SELEPAS susu ibu..????






amaran :: baca betul2 hokeh... SELEPAS... maknenyer susu ibu tetap terbaik tuk ko bagi pade anak ko..




betul..???


aku baru jer tahu...




abang aku tetibe cakap "ty..kalau ar ko tak dapat susukan badan lagi kat anak ko..dan ko terpakse bagi susu formula kat anak ko..ko bagi lah die susu kambing" -aku terkejut...betul ker..??

fes time dengar...dari abang aku pulak tu.. 
-abang aku jugak menyokong susuan penuh susu ibu pada anak-jangan tak tau..abang aku pon tau kene beri susu ibu sepenuh nyer pada anak paling kurang 6 bulan..walaupon die tak de anak lagi..kemain lagi die bercerite ngan aku pasal susu ibu ni -macam aku tak tau-
okeh..may be sebab die belajar agama dan al quran..
beri anak susu ibu sampai 2 tahun kan adalah mengikut syariat-ade dalam alquran..
tapi pasal susu kambing tu..aku ingat abang aku nak promote susu hi-goat yang di jual...huhu
so..aku tak pikir sangat..
dan lagi..sebab aku tak terpikir kan lagi pasal susu lain since masih ade rezki susu badan tuk qaleef..[alhamdulillah]

lepas habes abang aku cakap..

aku terbace pulak kat FB wall member kate "susu kambing susu ke-2 terbaik selepas susu ibu"

terkejut lagi...sebab baru jer dengar abang aku sebut...

terus hati tertanya2...
maknenyer susu kambing lebih baik dari susu yang di hasilkan oleh lembu..?? -tapi aku tak de jawapan



jadi kenape banyak jual susu formula yang dihasilkan susu lembu kat kedai2 dari susu kambing tuk baby..??



nak tau jawapan..aku gi carik dan bace segale maklumat yang ade...



ko tau kan minuman susu kambing tu sunnah nabi...
aku suker minum susu kambing dari kecik....-tak ingat ayah aku dapat mane..
tapi memang original nyer susu kambing..-bau hanyir sikit..tapi sedap..!!

sekarang dah tak minum original nyer...
selalu minum hi-goat susu kambing...sedap gak...rase belemak manis sikit


'Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum...'



mase anak aku demam kuning ritu...
bapak aku soh minum susu kambing..
aku tak tau keberkesanan-nyer...tapi aku minum jer jugak..-sebab sedap..huhu

lepas tu aku bace forum2..dan kat blogger2 lain...
pon ade kate..minum susu kambing mase mengandung...
untuk elakkan anak kene demam kuning..
ni ko..mase mengandung minum soya memanjang -soya sebenarnyer tak elok tuk ibu mengandung..-ko tau??
haaa..cer mintak jawapan kat en google..insyaallah ko akan dapat tau samaada baik atau tak untuk ibu mengandung...



share bende menarik sangat2 yang aku baru jumpe..


Dalam kajian saintis barat, mereka mula sedar tentang kebaikan kambing berbanding lembu. Antara produk yang banyak dikaji adalah susu kambing. Dalam satu kajian di University of Granada, Doctor Javier Díaz Castro telah berjaya membuktikan bahawa susu kambing lebih baik daripada susu lembu. Susu kambing berupaya untuk menghalang penyakit ferropenic anemia (kekurangan zat besi) dan seterusnya membatu dalam menguatkan tulang. Beliau telah membuktikan bahawa susu kambing mampu memulihkan kembali mencit yang mengalami simptom ferropenic anemia selepas pengambilan susu kambing. [INFO]




kredit dan terime kaseh pada BLOG MENJANA MINDA POSITIF   atas perkongsian ilmu kat bawah ni..



Mari kita lihat 10 kebaikan susu kambing berbanding susu lembu.

  1. Susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu kerana kedua-duanya bersifat alkali disamping komposisi yang menghampiri antara satu sama lain. Manakala, susu lembu pula bersifat asid.Oleh itu, susu kambing sangat sesuai bagi merawat ulcer dan gastrik.
  2. Susu kambing memerlukan 20 min untuk dihadamkan sedangkan susu lembu mengambil masa 2jam. Ini disebabkan susu kambing mempunyai molekul lemak yang 1/5 lebih kecil dari susu lembu. -penting untuk bayi
  3. Tidak terdapat mukus (phlegm) didalam susu kambing oleh itu ia sangat sesuai untuk pensakit asthma dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
  4. Susu kambing mempunyai lebih banyak kandungan kalsium (32.6%) berbanding susu lembu (29.7%) dalam kuantiti yang sama. Kalsium penting dalam melindungi usus besar daripada bahan penyebab kanser, membantu menguatkan tulang akibat faktor usia atau monopous, mengurangkan simptom pening dan migrain serta melancarkan proses metabolisma dan fungsi organ tubuh badan.
  5. Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
  6. Kandungan potassium & calcium yang tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
  7. Susu kambing mempunyai keupayaan untuk melembutkan sistem usus dan membantu mengatasi masalah sembelit. -sangat sesuai tuk bayi
  8. Susu kambing didapati mengandungi kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan dan mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).
  9. Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning. jugak sangat sesuai tuk bayi
  10. Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi dalam susu kambing dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).


dan lagi aku jumpe info menarik gak untuk aku share bersama
kredit dan terime kasih pada INFO


Manfaat #1 : Manfaat Ibu Hamil
Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana  ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar.Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.
Manfaat #2 : Manfaat Ibu Menyusu
Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.
Manfaat #3 : Bayi dan Kanak-Kanak
Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.






sebahagian maklumat yang aku ley share..
lagi bagus kalau ko boleh carik lagi banyak maklumat 
haaa...bagus kan rupernyer susu kambing ni..
aku pon baru tau nih...
tapi ko kene ingat...susu kambing ni cume terbaik SELEPAS susu ibu tau...
maknenyer tetap susu ibu tu terbaik...-jangan konpius pulak...

eeerr...aku tak suruh ko tukar susu..
ko buat ar pilihan sendiri ape yang baik tuk anak ko key..
mungkin sesetengah badan atau anak tak ley terime susu kambing ni..
tapi percaye ar susu kambing sedap tau...

aku nak susukan anak aku selama boleh..-insyaallah dan semoge dipermudahkan.. 
tapi macam abang aku cakap ar...
kalau ar satu mase nanti aku terpakse buat pilihan lain selain susu ibu..
insyaallah aku akan cube beri susu kambing pada qaleef..
dan harap die boleh terime susu kambing berbanding susu lembu...
kite hanye mencuba..berusaha..selebihnyer serah pada Allah...



ade orang cakap susu kambing tak sesuai tuk baby kecik baru lahir..
tapi sekarang..aku perasan ade susu kambing ni dibuat susu formula tuk baby..
tapi tak pasti ar sesuai ker tak..
aku dah lame tertarik sebenarnyer pada satu susu kambing ni..
popular gak ko..selalu tengok iklan kat dalam majalan pa&ma..
sekarang dah kuar kat tivi pulak..
susu kambing KARIHOME...
ramai yang kate susu karihome ni sgt elok utk bby...terutama utk bby yg mempunyai masalah sensitif pada perut,paru2 dan kulit dan jugak athma....malah bby yg mudah kna jangkitan batuk,selsema pun elok guna susu ni [info]

tapi susu ni aku rase agak mahal..
range dlm RM80-RM89 utk 900gm...
eerr..sebenarnyer aku tak tau pon harge susu2 formula lain..
susu formula mahal kan....??
 ape2 pon..aku hanyer berkongsi ilmu dan maklumat..
kalau ko nak tau lebih atau ape yang aku cakap ni tak betul..
sila beritau.. aku sendiri masih mencarik maklumat tentang kebenaran susu kambing adalah susu terbaik SELEPAS susu ibu- dan aku hampir pasti..


share ngan aku pasal ni lagi plzzz... bagi aku sangat menarik tuk aku amik tau...



p/s :: aku bukan nak meniaga susu kambing tau...