dari awal buat playroom Qaleef..
Meja aktiviti adalah salah satu idea yang aku nak buat..
nak letak kat playroom qaleef...
Harga :: Rm 119
Harga :: Rm 39
Harga :: Rm 99
antara pilihan2 aku kat IKEA
dah banyak kali aku ke IKEA dan rase jam2 tu jugak nak amik terus beli..
tapi tah kenapa...
setiap kali pon mesti terpikir2..
perlu atau tidak meja aktiviti untuk qaleef yang masih beum cecah 2 tahun..??
praktikal..??
atau sekadar puas kan hati...
berguna...??
atau sekadar nak mencantik kan bilik...
dan lagi...aku pikir...sempit tak playroom qaleef tu nanti..??
risau akan amik space untuk bermain qaleef..
tapi..tu ar napsu kate ko kan..
nak cantik kan playroom qaleef pon salah satu faktor gak..ngeeeee...
selebih nya aku nak gunakan untuk biasakan qaleef sendiri..
setiap hari...[kebiasaan nya] aku akan bukak buku membaca ngan qaleef..
atau mengajar qaleef dengan flash card..
[belajar guna flash card aku hanya guna kerusi jer...suruh dia duduk diam atas kerusi dan fokus pada flash card yang aku tunjuk untuk few minutes..care tu lebih berkesan]
jadi..meja aktiviti tu mungkin akan di gunakan jugak untuk qaleef bermain..
tapi macam biasa..
praktikaliti tetap asas penting untuk aku..
tak guna kalau cantik lengkap..
tapi akhirnye sia2 kalau tak di gunakan nya..
memandangkan qaleef baru jer mencecah setahun..
aku tak suker barang terlebih..yang tak berguna...
nanti aku rase semak...
nak beli tu memang boleh jer beli kan..
biler2 mase jer aku rase nak beli..aku akan terus kan niat..
tapi sebab tak nak ulang kesilapan demi kesilapan..
aku amik mase yang agak panjang tuk berpikir...dan membeli...
sebagai penyelesaian jawapan samaada perlu atau tak buat masa ni...
aku letak satu meja kecik sedia ada aku beli lama dah tuk kegunaan sendiri kat playroom qaleef..
meja putih 4 segi ni pon IKEA nyer jugak..
tu meja kerja aku -biasanya tuk aku on9-
meja ni lebih kecik sikit berbanding meja aktiviti yang aku nak beli kat atas tu..
dan aku letak kerusi pink sedia ada jugak...
memula letak...aku dah rase sikit amik ruang..
okeh..mungkin sebab aku letak kat tengah2...
dan..ruang bermain tuk qaleef jugak secare otomatik jadi lebih terhad...
memandang kan qaleef sedang aktif berjalan dan berlari..
jadi aku rase sikit kekurangan kat situ...
qaleef perlukan ruang yang luas..dan meja aktiviti tu seakan menganggu perjalanan qaleef
walaupon bagi aku dari segi ruang adalah gagal -sebab amik ruang untuk qaleef berlari-
tapi aku tetap teruskan niat percubaan untuk satu hari..atau selama yang boleh..
untuk beberapa ketika..aku letak kan mainan blok ni atas meja..
dan biasanya akan menarik perhatian qaleef..
dengan sendiri dia tarik kerusi dan duduk main dengan mainan atas meja..
lebih kurang 10 minit [atau kurang] aku rase agak berkesan dan berguna meja aktiviti nih..
hati tetibe teruja nak gi IKEA jam2 tu jugak belikan meja aktiviti idaman kalbu..
tapi...
hanya untuk beberapa minit jer..!!!
lepas tu perasaan teruja terus hilang...
biler qaleef mula memanjat sendiri atas meja tu..
aku terus CANCEL...!!
tak praktikal dan agak berbahaya untuk qaleef..
tu ko tengok..sipi2 jer dia duduk..pusing sikit terus tergolek...
jadi...aku terus amik keputusan tuk tak menyediakan meja aktiviti tuk playroom qaleef..
sekurang2 nye buat mase ni atau sampai qaleef cecah 3 tahun..
mungkin tengok keadaan qaleef sendiri..
biler2 masa aku rase dia bersedia untuk menggunakan meja aktiviti..
baru aku akan beli..
tapi buat mase ni...a big NO..!!
dan terus aku berhenti dari terpikir pasal meja aktiviti IKEA idaman kalbu tuh...
itu lebih baik dari sekadar hanya nak nampak macam besh jer kate ko kan...
tu kerusi pink sedia ada tu pon..
sekarang..qaleef main tarik kehulu kilir guna nak memanjat meja cermin aku..geram hokeh..!!
ggrrr...
tu pon nak kene simpan..
time belajar jer baru bawak keluar...
kalau tak..dapat bayangkan tak...*pitam
p/s :: meja aktiviti cancel...jadi pikir untuk mini library pulak...masih lagi berpikir2 idea....