Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“.
Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Selain itu kita juga dilarang menjatuhkan airmuka orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu bertengkar dengan saudaranya maka hendaklah beliau menghindari dari memukul di bahagian muka
Dalam mendidik anak-anak, berlemah lembutlah, namun sediakan rotan di rumah (digantung) sekadar untuk mengertak kalau mereka malas beribadat. Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya “ Tiada kebaikan/berkat rumah yang tiada rotan”
Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” supaya akhlak anak jadi baik. Ini kerana “kuah tidak semestinya tumpah ke nasi”. Ada orang jahil yang lahir dari rumah ulama dan ada juga ulama yang lahir dari rumah orang jahil.
"awooaah bor " [allah hu akhbar]
qaleef pandai mengangkat takbir..
tu sampai muncung2 mulut sebut Allahuakbar
letak kat perut [tapi kat bawah sikit]
"awooaah bor " -again-
ruku'
"awooaah bor " -again-
tengok tu muncung dia
sujud -tapi tak berape pandai-
kalau tak pon selalu sujud die terus baring meniarap...
boleh laaaa.....
eeaaahh...terbalik lah qaleef
kekadang..angkat2 takbir "awooaah bor " pastu terus2 bagi salam jer..
pandang kiri dan pandang kanan..
ambooiihh....
qaleef bersedia tuk bersolat..biler denagar masuk waktu azan...
tu penting nyer..aku sebagai mak abah..solat di awal waktu..
supaye akan bagi pengajaran yang baik pada qaleef..
aku nak qaleef tau..biler dengar azan tu sebagai tande mesti menunaikan solat...
qaleef jugak tau...biler tengok mak abah nyer angkat wudu' keluar bilik air..
dan sapu air wudu' tu pada qaleef..
tu sebagai tanda untuk menunaikan solat..
tapi kekadang..lepas mandi..suker sapu gak air kat muka kepala qaleef kasi sejuk..
pastu..die ingat nak solat..terus2 pergi ke sejadah....hahaha....bagus...walaupon salah paham sikit..
yang menakjubkan tuk aku as a human...as a mom..
budak sebesar qaleef jugak tau...
yang lelaki akan pakai songkok dan kain pelekat tuk solat..
dan bukan nyer telekung..
walaupon sebenarnyer...qaleef lebih kerap tengok aku bersolat setiap kali pon dengan pakai telekung..
tapi die boleh tau dengan sendiri..yang telekung bukan untuk dia..
tak pernah sekali pon..die cuba main dengan telekung aku untuk bersolat..
tapi biler pakai songkok atau kopiah abah nyer..
secare otomatik die akan pergi ke ruang solat yang siap sejadah atau terus angkat takbir tuk bersolat...
jauh dari sudut hati aku berpikir..
budak sebesar tu..masih tak didedahkan lagi dengan jantina..
tak tau pon ape itu lelaki dan perempuan..
tak tau pon keadaan fizikal yang berbeza antara lelaki dan perempuan..
tapi dalam sesetengah keadaan..die boleh tau dengan sendiri...
naluri tersebut memang telah ada dalam diri mereka sejak dari dilahirkan...!!
kagum dengan ciptaan Allah mencipta sesuatu yang hebat..
bukan anak aku jer...tapi semua baby kat dunia nih..!! subhanallah....
fitrah anak2 kecil...
Allah menciptakan sesuatu yang hebat tuk kita....
tapi semua tu jugak...
terpulang pada macamane mak ayah mendidik anak tersebut...
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:
مَا مِنْ مَوُلُودٍ إِلاَّ يُوْلَدُ عَلىَ الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتِجُ الْبَهِيْمَةُ بَهِيْمَةً جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّونَ فِيْهَا مِنْ جَدْعَاءَ؟
“Tidaklah setiap anak yang lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orangtuanyalah yang akan menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Seperti hewan melahirkan anaknya yang sempurna, apakah kalian melihat darinya buntung (pada telinga)?”
hah ko...tetibe jadi ustajah....
moga2 qaleef terus di lembutkan hati..di sucikan diri agar terus kekal beribadat dan sujud pada Allah tanpa perlu paksaan sampai saat nyawa ditarik oleh NYA nanti...amiinnnn.......
iyeerr...bebudak ni satu masa..
kalau kite lalai...dan amik mudah..
derang apetah lagi kan...
lama2 hati jadi keras..dan mula meninggal kan ape yang disuruh....
dan buat ape yang dilarang..
bak kate arwah mak aku 'liat nak sembahyang'...uhukkss....
mintak dijauhkan...
bak kate pepatah...'melentur buluh biar dari rebung nyer'
eeearrr....dah lama pulak aku tak bertazkirah...ahaakkss...
p/s :: setiap kali waktu solat...aku mesti tanye pada qaleef...qaleef dah solat asar zohor belum..?? amik kopiah solat sekarang..... -cuba biasakan-