aku sedih tengok anak2 kecik baya2 qaleef pegang cekedis twistis..
slamber makan masuk mulut....
aku sendiri yang kertu ni pon..
berkire nak makan tu semua..
bukan tak suka..
tapi.. hurrrmm...
ko tau tak peting nya menjaga pemakanan tuk anak..??
ni aku bukan nak cakap pasal khasiat pemakanan..
tapi lebih pada 'penjagaan dalaman/hati'..
jangan kan kate anak kecik..
kite ni sendiri kene jaga semua tu tau..
sebab dari makanan jugak boleh 'menggelap' kan hati..
kalau 'orang2 agama' cakap -keras nak terima ilmu nanti-
dulu aku ingat..
setiap kali nak exam.. ada 'orang2' akan nasihatkan aku tuk jaga pemakanan..
jangan makan 'jajan2'..jangan masak asam2...
jangan makan bukan2..
dari aku kecik.. mak aku larang aku beli makanan ringan dari lori luar pagar sekolah yang di jual oleh orang bukan islam..
nampak macam 'perkauman' bukan..??
tapi.. ada sebab nya..
kalau lah aku boleh 'bercakap' tentang hal ni pada korang tanpa menyentuh isu2 sensitif..
pasti dah lama aku nak bagi pencerahan tentang semua ni..
bukan semua orang boleh terima..
bukan semua orang boleh paham..
masa aku belajar tajwid -satu masa dulu-
bila lidah aku agak 'keras' tuk membetulkan tajwid aku sendiri..
pasti ustaz yang ajar aku tu akan tegur.. -makan apa sampai keras lidah tu- uhukkuhukk...sentap kene sound...
tapi aku amik sebagai ilmu dan teguran...
dan ustaz tu akan nasihatkan aku tuk jaga pemakanan setiap kali habes dari kelas tersebut..
kat sekolah mak aku dulu -sekolah pendidikan agama-
guru besar sekolah tu..melarang keras anak murid nya membawak makanan2 seperti jajan..gula2 atau yang dirasa kan yang tak patut tuk anak muridnya makan..
kalau die nampak.. die tak ada kompromi terus rampas dan buang..!! -mak aku cerita-
mungkin bagi mak bapak murid tu.. akan sentap dengan tindakan guru besar dan guru2 kat situ..
tapi mereka ada sebab..yang mungkin susah nak di paham kan pada orang yang memang tak amik tau akan semua tu..
dah di beritau..
tapi tak semua orang boleh terima dan betul2 amik sebagai perkara baik..
ada yang masih memandang remeh akan semua tu...
hanya tak kasi anak bawak 'bekal2 tersebut' kat sekolah..
tapi tak kat tempat lain..
ko paham tak apa yang aku sampaikan ni..
haaaiihh.. kalau lah aku boleh berterus terang dalam berkongsi semua ni..
kalau ko pergi pusat2 tahfiz al-quran...atau sekolah2 pondok agama..
cube korang tanya sendiri macamane derang menjaga pemakanan derang semua..??
korang nak tau tak.. ayam pon derang tak beli sebarangan kat pasaraya tau..
sebab mungkin cara penyembelihan nya [pernah menjadi isu sebelum ni]
derang betul2 menjaga kesucian makanan..apa yang masuk dalam badan yang menjadi darah daging..
kfc atau segala fast food tak penah sentuh...
derang sangat berhati2 dalam pemilihan makanan..
bukan 'pemilih makanan'..tapi leih menjaga hati...menjaga lidah..
supaya mudah menghafaz... lembut hati untuk mengaji..
aku sendiri tak berani nak bagi sebarang makanan sebagai hidangan -contoh nya sebgai pemberian tuk majlis kesyukuran atau tahlil arwah-
lebih prefer tuk bagi duit dan pihak tersebut uruskan wang tersebut sebagai tanda hormat..
aku ada kenal rapat dengan seseorang yang sangat2 menjaga pemakanan jugak..
dan aku boleh nampak 'kesan2 baik' dalam diri dia..
walaupon die bukan lah penghafaz al-quran...
tapi die yang aku kenal..sangat lembut hati jiwa raganya..
apa yang keluar dari mulutnya...tak pernah sekali pon seseuatu yang buruk..
kata2 nya menyenangkan...
muka nya bersih melambang kan hati die...
aku sangat kagum dengan dia..
dan berharap mampu menjadi seperti dia..amin..insyaa Allah...
Rasulullah SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.” -sumber-
semua bermula dari pemakanan..
dari hati...
kite jer tak amik semua tu sebagai sesuatu yang penting..
segala bende asal kan orang melayu 'pegang' kite rasa 'suci'...
sama macam aku sendiri jugak..
nafsu makan susah nak di kawal..
lagsung tak nak menjaga pemakanan...astagfirullah...
tu pasal hati makin gelap.. susah nak terima ilmu..teguran..
penuh ngan sikap2 mazmumah...
Imam As-Syafi’e Rahimullah ‘alaihi pernah berkata, “Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap.” -sumber-
saje nak share ni..tau tak korang semua sebenarnya Nabi tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. maka, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.
tapi kite di 'tabu' kan untuk makan semua ni tuk tambah vitamin B -tambah darah dalam badan
ni salah satu contoh nya..contoh yer..contoh...
kan baru2 ni kite di manipulasi kan dengan kes coklat cadbury..??
aku tak nak pertikaikan kredibiliti JAKIM..
tapi kalau kite dah hilang keyakinan pada sesuatu tu..
makanan tu dah di kire syubhah...
cer baca statement bawah ni..
"Perintah memakan makanan yang halal adalah wajib. Kalau kita makan makanan yang haram dalam keadaan sedar bahawa benda yang kita makan itu haram maka kita akan berdosa dan hati kita akan gelap. Tetapi kalau makanan yang haram dan syubhat itu kita makan, tanpa diketahui bahawa benda itu haram dan syubhat maka kita tidak berdosa tetapi hati kita yang dibina dari makanan itu tetap akan gelap " -sumber-
kite biasa berhati2 dengan makanan yang haram..
tapi tak amik berat tentang makanan yang mampu menggelap kan hati...
kite boleh untuk menolak kan..
tapi kekadang..sebab kan nafsu makan..
kite cakap kite 'yakin' dan mencukupi..
hingga lupa tentang hati kite tu...
dengan sengaja die membenarkan 'titik' hitam melekat kat hati kite..
contoh paling mudah..
ayam kite tau memang halal tuk dimakan..
tapi.. kalau silap cara nya..tak betul penyembelihan nya..
tak mengikut syariat islam..tak mengikut cara yang betul..
boleh jadi haram tuk di makan bukan..
atau contoh orang bukan islam yang menyembelih nya..
tak mengikut cara islam..
tidak di mulakan dengan nama Allah..
"Sembelih binatang atau ayam hendaklah putus segala halqum iaitu urat lubang nafas, dan hendaklah putus segala urat lalu makanan iaitu mari’, dan sunat dipotong dua urat di belakang tengkuk binatang.
Apabila dipotong oleh orang Islam akan segala dan semua urat halqum dan dipotong segala dan semua urat lalu makan (mari’) maka sempurna sembelihan dan halal ayam itu. Jika dipotong sebahagian halqum atau dipotong sebahagian dari mari’ atau sebahagian dari keduanya, maka tiadalah halal sembelihan itu dan binatang dan ayam itu jadi bangkai.
Hendaklah diketahui bahawa sembelih itu hendaklah dilakukan oleh orang Islam dengan memotong semua halqum dan semua mari’ itu oleh orang Islam sendiri. Dari itu tiadalah halal ayam itu jikalau orang Islam memotong ayam dengan menggunakan mesin, kerana jika mesin itu memotong halqum dan mari’ dengan tiada dipotong sendiri oleh orang Islam, maka tiadalah dinamakan sembelih dilakukan oleh orang Islam dan hanya dinamakan mesin itu memotong ayam itu, dan tiada dinamakan sembelih pada syara’ dan ayam itu jadi bangkai kerana orang Islam hanya menghidupkan suiz mesin itu dan dia tiada menyembelih leher ayam itu"
Apabila dipotong oleh orang Islam akan segala dan semua urat halqum dan dipotong segala dan semua urat lalu makan (mari’) maka sempurna sembelihan dan halal ayam itu. Jika dipotong sebahagian halqum atau dipotong sebahagian dari mari’ atau sebahagian dari keduanya, maka tiadalah halal sembelihan itu dan binatang dan ayam itu jadi bangkai.
Hendaklah diketahui bahawa sembelih itu hendaklah dilakukan oleh orang Islam dengan memotong semua halqum dan semua mari’ itu oleh orang Islam sendiri. Dari itu tiadalah halal ayam itu jikalau orang Islam memotong ayam dengan menggunakan mesin, kerana jika mesin itu memotong halqum dan mari’ dengan tiada dipotong sendiri oleh orang Islam, maka tiadalah dinamakan sembelih dilakukan oleh orang Islam dan hanya dinamakan mesin itu memotong ayam itu, dan tiada dinamakan sembelih pada syara’ dan ayam itu jadi bangkai kerana orang Islam hanya menghidupkan suiz mesin itu dan dia tiada menyembelih leher ayam itu"
haaaa..macam tu lah konsep nya yang aku nak terangkan kat ko..
paham kaaaann..
aku sendiri kalau pergi kedai beli barang2 basah dapur tuk masak..
contoh nak beli mee kuning..koey teow.. tauhu fish ball bagai tu..
mesti akan tanya..sapa buat bende2 tu...sapa hantar..
orang kedai.. memang biasa akan jawap melayu sesajer..
tapi bagi jawapan muka tak ada konpiden..
dan biasanya aku tak akan beli..!! lagi2 kalau dari tempat yang aku tak biasa..
sebab memang kebiasaan nya..
bende2 macam ni memang orang bukan melayu islam yang buat..
perkauman bukan.??
tak...bukan isu perkauman..
tapi isu 'kesucian'..
apa aku masak aku nak bagi pada qaleef..
jadi.. aku amik kire dari segala apa bahan nya terlebih dahulu..
in fact.. kalau makan kat luar..
setiap kali ada bende2 macam tu dalam masakan..
aku akan tolak tepi..
laki aku cakap aku memilih..
alasan aku..aku memang tak makan..
tapi bukan sebenarnya..
aku takut...hati aku dah cukup 'gelap'..dah banyak dosa dah..
aku tak nak tambah lagi dengan sengaja..
kan elok tak makan kalau tak di yakini [syubhah] macam ayat kat atas tu kan..
Mengenai penjagaan dari perkara-perkara syubhah ini, Rasulullah SAW ada bersabda, "Sesungguhnya yang halal itu nyata dan yang haram itu pun nyata, dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya) dari segala kesamaran, sesungguhnya ia telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran, (maka) jatuhlah ia ke dalam (perkara) yang haram..." (H.Riw Bukhari dan Muslim) -sumber-
jadi..sebab tu..aku agak menjaga pemakanan qaleef..
mungkin ada sesetengah makanan tu boleh jadi syubhah..
atau.. halal walaupon orang bukan islam yang membuatnya..
yang kite tak tau apa isi kandungan nya..
macam kenyataan kat atas..
kalau yakin..
tak berdosa..
tapi.. hati yang terbina daripada itu tetap akan gelap..
lagi sekali aku ulang :: Rasulullah SAW bersabda, “Hati itu dibina dengan apa yang dimakan.” -sumber-
dan aku tak nak aku sendiri menggelap kan hati qaleef..
Imam As-Syafi’e Rahimullah ‘alaihi pernah berkata, “Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan memasuki hati yang gelap.” -sumber-
bukan setakat ilmu jer...tapi jugak melibatkan akhlak...
pernah dengan prof terbilang cakap dalam ceramah nya kat tv
anak yang 'buat perangai' degil.. nakal.. kaji dari pemakanan nya terlebih dahulu..
aku sendiri kalau qaleef tetibe lupa dengan apa yang die biasa [belajar]
aku mesti risau akan perkare tersebut..
mula lah rasa semua pemakanan die aku nak kawal sepenuh nya...
iyeerr... aku tak amik mudah akan perkare ni..
perkara2 macam ni memang susah nak di ungkai..nak diterangkan..atau nak di kongsi..
aku pernah di tuduh 'perkauman'..
iyeerr...mungkin aku 'tak membawa gaya usajah pilihan' jadi susah nak 'mempengaruhi' orang dengan sesuatu seperti ini..
tapi..aku berharap.. perkongsian aku kali ni dapat membuka minda kite semua..
ni bukan setakat halal haram..
ini lebih kepada hati...
jadi.. kalau orang buat gaya 'cliche' biler aku larang anak aku makan 'jajan cekedis'
aku tak peduli..anak aku kan..
aku jugak bukan kejam..'mengongkong' qaleef dari segi pemakanan nya..
orang kate.. tak kanak2 langsung tak bagi makan semua tu..
tak apa.. biar kan...
sebab..aku dah gantikan 'jajan' yang aku rasa tak sesuai tu dengan pemakanan yang lebih elok..
contoh kalau orang anggap 'jajan cekedis' tu sebagai kudap2 tuk anak..
aku gantikan dengan kekacang..
gantikan dengan buah2...
gantikan ngan kurma..kismis..sebagai makanan kudap2 depan tivi..
cekedis jajan... memang tak boleh..!!
aku tak pernah izinkan -buat masa ni-
bersyukur sebab aku sentiasa bersama qaleef 24/7
jadi tak de masalah nak pantau pemakanan qaleef...alhamdulillah...
buat masa ni..macamane sekalipon..
memang aku tak kasi qaleef makan bende2 tu semua..
aku rela berpeluh2 kat dapur goreng keropok ikan dari aku nak senang beli kat kedai runcit cekedis tu semua..
semua aku buat untuk 'hati'..
kate nak anak jadi penghafaz kaaaaann...
harus lah gigih giteewww....
orang pernah cakap -macam kesian- tak kasi anak merasa langsung makan2 jajan cekedis macam budak lain..
ade aku kesah....
aku lagi kesian kalau 'merosak kan' hati anak aku sendiri..
lagi pon lah kan..
aku rasa..sekarang dah banyaaaaakkk sangat makanan2 seperti gula2 yang lebih di yakini kesucian nya..
tanpa unsur syubhah...
kalau ko pergi masjid2 besar..masjid negeri..masjid negara..
atau tempat2 ceramah macam malam cinta rasul selawat semua tu..
banyak orang jual produk2 islam kat situ..
senang nak dapat...dan di yakini pembuatan nya..
anak aku pon makan gula2..sama macam kanak2 normal lain..
biler nampak orang lain makan..
atau kalau gi kenduri2 kan banyak bende2 macam tu..
bukan lah tak kasi langsung..
tapi tengok jugak lah...
kalau aku sendiri konpiden..aku akan kasi..
kalau tak..aku akan cuba carik makanan lain sebagai ganti..
kesian dari tak dapat langsung kan..
contoh macam kat bawah ni lah...
PUR-Q ACTIVE
yang di buat daripada GARAM BUKIT-ZAFARAN-TERAPI RUQYAH
kebanyak kan pon tau kan tentang kebaikan garam bukit ni..
dan lebih menarik.. di 'uli' dengan terapi ruqyah..
die berbentuk jeli lembut manis sedap sama macm jeli2 kite makan sebelum ni..
aku sendiri dah rasa sebelum bagi qaleef..
qaleef sama macam budak2 lain..suka kan dengan bende2 macam ni..
dalam satu bekas tu tak pasti ada berapa banyak..
tapi budak kan..kalau tak di kawal..tak sampai setengah jam habes dah tu satu bekas..
jadi...aku kawal..satu hari setiap pagi aku akan kasi 2 atau 3 bijik
atau time2 nak amik hati die kan sebagai upah die behave masa belajar..
atau dapat lakukan tugasan di beri...eeahh...budak ni kan kite memang kene amik hati selalu..
baru semangat membara giteeeww...
sebenarnya setahu aku lah kan..banyak kebaikan nya..
selain dari ruqyah tu.. garam bukit tu membantu melancarkan oksigen dalam otak..
biler otak menerima oksigen yang mencukupi..otak kite akan lebih fokus..
memang elok ar tuk belajar ker hapa kan..
dan memang sesuai ah tuk bebudak..
aku memang sentiasa mencari bende2 macam ni
sebagai makanan tambahan tuk qaleef..
dari tak merasa langsung kan anak aku tu...
aku nak menggantikan gula2 sedia ada sebagai kudap2 dengan faedah2 yang lebih lagi..
giteeww ko..
yer lah.. selain dari nak bagi anak aku suka..
bagus jugak lah kan sebab dapat bagi faedah lain..insyaa Allah...
kite hanya berusaha bagi yang terbaik pada anak..
demi menjaga 'hati' nya.. dan akhlak...mudah mudahan....
eaah.. mey aku nak share kat mana ko boleh dapatkan bende ni..
ko boleh beli direct jer ngan dealer ni
MAZ :: WASSAP / SMS :: 014-5186219
ko boleh jer gi tengok direct kat blog Maz ni kat SINI
jangan lupa follow yer..
aku beli dress kaler LILAC yang aku pakai masa rancangan Feminin tu..
kat Maz ni jugak lah...
[sumber]
ni antara testimoni yang aku baca sebelum aku sendiri amalkan tuk qaleef
insyaa Allah.. di yakini kesucian nya..terpelihara hati anak..
biler pemakanan bersih..
hati anak pon 'terang' dan mudah menerima ilmu serta akhlak pon insyaa Allah lebih mudah dibentuk..
okalau ko cakap.. chille ar aty..ini malaysia hokeh..
negara islam...
puufff.... cer ko bukak laman web jakim sendiri tengok berapa banyak makanan yang kite tak amik tau status halal nya..
kite makin telan jer....
islamik sangat lah pulak ko kan...ngeeee....
mohon baca dan semoga membawa manfaat..
apa yang kongsikan kat sini..
kalau ada salah silap atau kekhilafan...mohon di maaf kan..
buka hati dan pemikiran tuk semua ni..
maaf kalau ade yang tersinggung..
aku tau..bende2 ni agak sensitif kat sesetengah orang..
tapi anggap aku berkongsi ilmu yang sedikit..
aku sendiri sedang memperbaiki diri..
biler berkongsi..secare tak langsung aku jugak belajar...
dan sebab aku jugak sayang akan anak2 korang semua..
jadi..aku nak kongsi apa aku rasakan elok tuk korang amik manfaatnya..
semoga kite pon sama2 dapat buang 'hitam' kat hati kite sendiri jugak..
amik dari sudut yang lebih baik..insyaa Allah...
ok dah.. aku ada 'interview' jap lagi.. nak kemas2 rumah sambil siap kan anak..
notatanganAty :: ada rezki aku nak kongsi satu cerite yang berlaku kat mekah melibat kan seorang kanak2 dan sebijik kurma..insyaa Allah..tolong ingatkan aku kalau aku lupa -tu pon kalau korang nak tau cerite lah...ngeeeee...