orang kate.. biasa anak lelaki akan lebih lambat bercakap berbanding anak pompuan..
betul ker..??
dah banyak kali aku dengar macam tu..
dah biasa..
jom kite tengok...
qaleef agak lambat bercakap..
dan aku dapat rasa kan yang qaleef ada sikit pelat..!!
hurrrmm...
aku tak pernah cakap pelat pon ngan die..
die yang tak boleh menyebut dengan betul walaupon 10 kali aku tekan kan perkataan tu...
geram tau...huuuuu....
pasal pelat tu aku akan cerite kendian..
tapi ni aku nak cerita pasal budak lelaki lambat bercakap..
nak dibanding kan dengan Lu'lu [anak susuan aku]
yang beza hanya 18 hari jer ngan dak qaleef..
memang ketara sangat
lu'lu dah boleh menyembang macam orang tua..
boleh buat ayat panjang2..
tapi qaleef masih tak boleh..
bukan lah tak boleh langsung..
qaleef boleh bercakap..tapi masih ada beberapa ayat yang di sampaikan tak jelas sebutan nya..
dan masih terkial2 nak buat satu2 ayat...
tapi qaleef memang 'kaki borak'
kalau berjumpa orang lain tu..
pokpek tak henti mulut die bercakap
tapi biasanya.. aku jer yang paham..
orang lain macam blur2...hahaha...
aku tak nak tengok budak lain..
cukup lah aku tengok lu'lu..
yer lah..beza 18 hari muda dari qaleef..
tapi sebutan nya lebih jelas..!!
memula aku risau gak..
selalu tanya orang..
dan pernah bawak gi jumpe doktor...
tapi doktor cakap.. budak lelaki normal lambat sikit bercakap dari pompuan..
bukan sorang dua doktor jer cakap..
tapi ramai...!!
derang bercakap dari apa yang die tengok pada qaleef sendiri..
dan lagi derang kate perubahan mengikut peringkat umur jugak..
tapi kenapa lu'lu dah boleh cakap fasih...hurrrmm....
sedangkan umur beza hari jer....
tu cakap.. budak pompuan..
dan persekitaran..
bukan aku tak bercakap ngan qaleef..
aku rasa mulut aku ni riuh rendah menyembang ngan die hari2..
tak pernah sunyi hari2 aku..
tapi mungkin biler budak ni berkawan..
mungkin lebih cepat kot...kot lah..kot..
aku agak2..hahahaha.....
macam aku cakap tadi lah..
qaleef bukan tak boleh bercakap langsung..
dan bukan lah langsung orang tak boleh paham..
qaleef boleh membaca fatihah dari awal sampai habes..
boleh baca doa2 harian...
tapi kenapa tak boleh buat ayat bercakap panjang2..
dan qaleef boleh jer menyanyi lagu twinkle2 little star atau baa baa black sheep dan beberapa lagu kanak2 lain
[penuh sampai habes dan jelas]
KOSA KATA yang qaleef tau jugak sangat banyak
[sesuai mengikut umur dia]
tapi kenapa biler becakap tak ayat nya tak lengkap...
tak boleh buat ayat panjang2....
tu aku heran sangat tu...
dan biler aku cube bandingkan ngan lu'lu yang memang dah teror giler bercakap..
tu yang aku rasa macam 'sesuatu'
risau lah kan..
kot penyakit yang kite tak tau..
seperti kurang pendengaran...
atau bisu..
mungkin kah aku over atau high expectation..??
mungkin jugak..
ni yang aku jumpe..
risiko dan tanda-tanda kanak-kanak yang mungkin akan mempunyai kesukaran dalam perolehan bahasa untuk jangka masa panjang
- senyap pada waktu bayi, kurang babbling (ba, ma, ga)
- mempunyai sejarah jangkitan telinga
- mempunyai bunyi konsonan yang terhad (p, b, m, t, d, n, y, k,g, dll)
- tidak meniru menyebut perkataan
- hanya menggunakan kata nama (nama orang, barang, tempat) and sangat kurang kata kerja (cth: lompat, minum, dll)
- sukar bermain dengan kanak-kanak yang lain
- sejarah ahli keluarga yang mempunyai kelambatan dalam kemahiran komunikasi, atau masalah pembelajaran
- kelewatan dalam kefahaman bahasa (contoh: tidak faham arahan)
- menggunakan isyarat untuk berkomunikasi
[sumber]
alhamdulillah..sebab kan qaleef tak ada tanda tu semua tu
[selepas di rujuk pada doktor]
jadi tak apa yang perlu aku risau kan sangat..
mungkin betul cakap dokter..
dan dari apa yang aku baca..
normal.. [kot]
biler gi klinik..
mulut qaleef tak henti2 bercakap ngan doktor potpet potpet macam bertih jagung..
kalau aku cakap kat dokter -anak saya lambat cakap-
dokter tegelak..
sebab anak aku tak renti2 bercakap dan mak nya cakap anak lambat cakap..
untuk dokter [pakar] budak lambat bercakap ni maksudnya..
budak tu langsung tak nak bercakap atau mengeluarkan suara..
untuk aku.. aku kire sebab butir bicara qaleef yang tak paham tu yang aku rasa die lambat bercakap..
tapi sebenarnya..
lepas di terangkan..
tak ada apa yang aku perlu 'terlalu' risau kan untuk budak lelaki umur qaleef..
since.. die bukan lah tak boleh bercakap langsung..
cuma KOSA KATA nya agak kurang
dan SEBUTAN NYA TIDAK JELAS
perkara tersebut boleh dilatih...
aku cube carik tentang hal ni semua..
kenapa anak lambat bercakap...
dan salah satu nya faktor jantina..
so no wonder lu'lu lebih cepat bertutur berbanding qaleef..
tapi heran nya...
biler aku mengajar qaleef mengguna kan kad imbas SUKU KATA
qaleef boleh menyebut semua tu dengan jelas...[cuma ada sesetengah bunyik pelat]
tu aku pelik sangat tu..
kenapa boleh sebut..
boleh baca [sikit2] tapi tak boleh bercakap atau buat ayat panjang dengan jelas...
siyes aku heran...huuuuu....
‘Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik. Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.
Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini. Walau bagaimanapun, mereka mendapati ‘Late Talkers’ biasanya :
- mempunyai sejarah ahili keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa,
- adalah lelaki,
- dilahirkan dengan kurang berat badan, atau
- dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang)
Sebanyak 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun adalah ’Late Talkers’.
[doktorbudak.com :: Ms. Yong Ennie]nak tau macamane perkembangan normal budak dalam hal ni..
mey baca milestons anak pada perkembangan bahasa
1. Kosa kata(vocabulary) kanak-kanak 2 tahun lebih kurang 50 - 100 perkataan. Apabila menjangkau
3 tahun, kosa kata mereka seolah-olah 'meletup'. Your child's vocabulary will inrease a lot; to too many to count.
2. Kanak-kanak 2 -3 tahun boleh menamakan benda-benda yang biasa dilihat dan menamakan gambar-gambar objek. Mereka boleh juga menamakan anggota badan. Mereka mula mengenali warna-warna asas. Mereka menggunakan ayat pendek ( 2-3 perkataan) untuk komunikasi.
3. Kanak-kanak 2 - 3 tahun bertutur menggunakan ayat pendek (2 - 4perkataan dalam 1 ayat).
4. Kanak-kanak 2 -3 tahun boleh memahami arahan mudah. They should be able to follow two-step commands; "Tolong ambilkan buku dan bagi mama."
[SUMBER]
1. Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).
2. Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2-patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”.
3. Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”, dan ”mana?” yang mudah.
[doktorbudak.com :: Ms. Yong Ennie]tu aku highlight kaler merah tu..
untuk peringkat qaleef sekarang..
so far qaleef dah boleh buat ayat dalam 3-4 patah perkataan dalam satu ayat..
just setakat tu lah..
cuma tak boleh buat ayat lebih panjang seperti menyembang macam orang tua tu..
biler bagitau dokter akan hal ni...
dokter tanya aku
apa yang lambat bercakap nya...
eeeerrr.....
mungkin sebab aku bandingkan dengan lu'lu kot..hahaha..
atau aku high expectation...
since lu'lu boleh sebut ayat yang sama dengan lebih tersusun..
jelas pada pendengaran semua orang..
serta lancar [tak berhenti2 macam qaleef]
dan menarik nya..kalau salah [ayat terbalik]
die boleh susun semula ayat tersebut dengan betul
haaa..tu kot buat aku risau..agagaga...
apa lah mak ko ni..
risau tak tentu hala...pheeewww...
sedangkan biler aku tengok perkembangan kat atas tadi tu..
sebenarnya normal jer perkembangan qaleef tu..
memang untuk peringkat tersebut..
jadi tak perlu 'terlalu' risau...
bukan anak aku yang cakap lambat..
tapi anak orang lain yang advance sangat...hahaha...
so far.. asalkan anak boleh mendengar dan mengikut arahan
boleh meminta sesuatu yang biasa
[seperti mintak susu..mintak makan..memerintah itu ini..]-mengikut peringkat umur-
dia dah konsider boleh bercakap..
tapi selalu cakap laju2 campur2 ngan ayat2 aku tak paham
atau bunyi pelat2 sikit..
tu kot punca buat aku rasa die lambat bercakap
dari nasihat doktor..dan apa yang aku baca...
aku just kene bantu lagi die meningkat kan kebolehan bercakap
atau ngan kate mudah..
supaya aku boleh dengar butir bicara qaleef menyembang dengan lebih jelas dan panjang...
dan penting..bukan mak apak nya jer paham..
tapi orang lain jugak...
next entry aku akan share macamane mengajar anak bercakap jelas..[insyaa Allah]
aku pon sedang cuba lakukan...
dari apa aku baca..
ada tau permainan boleh ngajar anak kite bercakap lebih cepat..betul ker..
aku pon baru ni...
menan2 tu pulak berspah kat umah ni ha...
haaa..tu nanti2 yer...
sama2 share.. kot ko pon ada masalah runsing terlebih macam aku...huuuu...
-qaleef eeman 2 tahun 5 bulan-
"Perkembangan pertuturan dan bahasa sebenarnya dipengaruhi NATURE danNURTURE. If there are no medical issues, late talkers akan catch up dengan sendiri by 2 - 2 1/2 tahun. Menjangkau 4 tahun, bahasa anak anda sepatutnya boleh difahami oleh semua orang. Sekiranya by 4years masih slow bercakap, it's good kalau parents buat temujanji dengan doktor. Early intervention can provide the help a child needs." [sumber]
notatanganAty :: anak korang bercakap jelas [dengan tersusun dan buat ayat panjang] umur berapa.. ??
pandai bercakap tu pandai yang macamane..?? ala2 qaleef atau seperti Lu'lu ?
yer lah.. kalau nak cakap pandai cakap tu.. anak aku dari setahun dah pandai menyebut banyak perkataan atau mula nak bercakap.. tapi nak tau yang betul2 boleh buat ayat.. boleh bercakap jelas..menyembang macam orang tua...haaaa..giteewww... share pengalaman sikit..
IKLAN
PUFFY BUTTON BLOUSE
RM 49/pc
9 Functional Buttons [BREAST FDING FRIENDLY]
Material : Thick Chiffon Blend
SIZE M / L / XL
Measurement:
Size M: Length: 82cm Bust: 94cm Shoulder: 36cm Sleeve: 57cm Hem: 110cm
Size L: Length: 84cm Bust: 98cm Shoulder: 37cm Sleeve: 57.5cm Hem: 114cm
Size XL: Length: 86cm Bust: 102cm Shoulder: 38cm Sleeve: 58cm Hem: 118cm
WHATS UP /SMS :: 019-2085089
[strictly for business only]
EMAIL :: nurha_abdul82@yahoo.com