Tuesday, March 03, 2015

MISI 18 APRIL :: SENARAI SEMAK PERSEDIAAN MAJLIS HARI LAHIR ANAK













bulan depan dah birthday qaleef
jadi ngah gigih nak selesaikan MISI 18 APRIL :: QALEEF TURN 3
barang2 tuk goodies semua dah beli..
tinggal nak pack2 nanti..
sekarang nak setl order kek dan makan..
bab ni pening mencari..
seb bek lah sekarang ada IG memang banyak membantu..
order online tak yah sibuk2 aku nak kuar umah gi membeli.
tak yah aku penat2 nak masak buat sendiri kat umah bagai..huhu..
mak yong ko tak larat..
masa besday qaleef nanti aku pon dah 7 bulan lebih nak masuk 8 bulan dah..
takut terberanak jer pulak kang.. hoho...

so.. aku google2 apa yang nak di buat..
prepare awal2.. senang tak kelam kabut kan..
ikut jer list mana yang patut...



5 MINGGU SEBELUM
  1. Tarikh dan masa :: 18 APRIL 2015 / 3.00PM - 6PM
  2. Tempat :: Rumah sendiri [Rawang]
  3. Bajet :: tak pasti lagi
  4. Tema :: McQueen DISNEY CARS [MERAH HITAM]
  5. Tempah Birthday Cake :: DONE dari WhatheFudge [selayang]
  6. Jumlah jemputan :: DONE
  7.  Pek parti :: DONE
  8. Atur cara majlis :: DONE 
  9. Permainan dan aktiviti :: DONE
  10. Menu makanan dan minuman - MASIH MENEMPAH


4 MINGGU SEBELUM 
  1. Tempah tempat, kanopi dan kerusi serta meja
  2. Minta persetujuan saudara mara dan sahabat untuk membantu
  3. Tempah atau beli pakaian anak
  4. tempah canopy
  5. tempah photographer 
  
3 MINGGU SEBELUM
  1.  Sediakan kad jemputan - DONE
  2. Beli barangan permainan dan aktiviti - DONE
  3. Beli barangan dekorasi mengikut tema - DONE
  
2 MINGGU SEBELUM
  1. Edarkan kad jemputan - AWAL BULAN APRIL 2015
  2. Tempah kek atau beli bahan untuk membuat kek - DONE MARCH 2015

1 MINGGU SEBELUM
  1. Dapatkan senarai lengkap tetamu
  2. Beli barangan untuk pek parti - DONE
  3. Beli hadiah untuk aktiviti yang akan dianjurkan :: -
  4. Ingatkan semua pembekal [kek/canopy/catering]

1 HARI SEBELUM
  1. Menyiapkan pek parti
  2. Menyiapkan dekorasi lokasi sambutan
  3. Membeli bahan makanan untuk majlis esok
  4. Memastikanpembantu akan datang tepat pada masanya
  5. Memastikan semua yang terlibat tidur lebih awal

(Ambil from : Majalah Pa & Ma Edisi Oktober 2012) editing by sendiri2...




tapi aku tak ikut sangat yang ni..

kalau list sendiri2 tu.. lagi panjang..
siap2 menu bagai...
pinggan cawan pon aku senaraikan takut terlupa nak beli sesiap nanti..
mal share gak lah kat sini...
buat rujukan akan datang giteeww..
tapi list memang panjang gilers lah...huhu..


1st sekali aku decide WAKTU JAMUAN supaya senang nak decide MENU JAMUAN
aku pilih tuk buat JAMUAN MINUM PETANG
aku tak amik catering pon..
tapi mungkin semua aku tempah dari orang...
kecuali 1-2 bende seperti buah


1] MENU MINUM PETANG


  • MeeHoon goreng 
  • 3 Jenis Kuih 
  • Sausage / Nuggets [cucuk lidi] - 50 pcs [sendiri]
  • Cream puff [50 pcs] - DONE TEMPAH [50% deposit]
  • 3 Jenis buah [masuk dalan cup siap2] - 50 pcs [sendiri]
  • Pengat manis @ Bubur
  • mineral water [230ml cawan] - DONE
  • Kordial [sejuk]
  • air Teah [panas]

2] STALL AIS KRIM

  •  AIS-KRIM NEONATA - DONE TEMPAH

3] KHEMAH + Meja & Kerusi

  • yang ni tah biler laki aku nak gi tanya kat abang depan umah tu..



4] BIRTHDAY CAKE
  • DONE TEMPAH [THEME MC QUEEN CARS]
  • DONE PAYMENT
  • Ig :: Whtthe_Fudge [selayang]
  • Collect 1 hari sebelum majlis [17hb April 2015]

5] TETAMU JEMPUTAN

  • Kad jemputan - DONE TEMPAH [blogger Ekin]
  • 100 dewasa - 50 kanak-kanak [anak2]
  • edar kad dan jemput 2 minggu sebelum majlis [awal bulan april]

6] GOODIES BAG
  • Brown paper - DONE
  • Sticker - DONE TEMPAH [blogger Ekin]
  • gift - DONE
  • Air kotak - DONE
  • kekacang

7] CANDY TABLE/BUFFET

  • MACAROONS - DONE TEMPAH
  • Apam Polkadots - DONE TEMPAH
  • COOKIES / CHOCOLATE / CANDY / SWEETS -  6 JENIS
  • AIR KOTAK COKLAT untuk budak2 - DONE
  • SIGNAGE - DONE TEMPAH
  • FRAME + GAMBAR - DONE 
  • Balloon gas [ Disney cars theme]
  • Wisel [ Disney cars theme] - DONE
  • TOPI [ Disney cars theme] - DONE
  • Banner nama [ Disney cars theme] - DONE TEMPAH
  • Banner [ Disney cars theme] - DONE
  • Balloon Merah - DONE
  • Balloon Hitam
  • Bubble Bottle Balloon - DONE
  • Jar / bekas & Table Decoration - DONE 

8] OFFICIAL PHOTOGRAPHER 


9] LAIN-LAIN
  • Pinggan untuk cakes [ Disney cars theme]
  • sudu garpu untuk cakes [ Disney cars theme]
  • cawan kertas [ Disney cars theme]
  • pinggan untuk tetamu dewasa
  • cawan untuk tetamu dewasa
  • tissue 
  • plastik untuk sampah
  • penyediaan tempat basuh tangan



air kotak ni gi beli barang dapur kat NSK kemarin..
beli sekali ber-ctn2 senang tak yah pikir nak datang bei lagi nanti..
ni untuk goodies bag dan jugak tuk tetamu kanak2 yang datang

ada sekali air mineral cup tuk tetamu dewasa beli jugak sesiap 2 ctn
nanti buat air kordial sejuk dan teh panas sekali




ini party pack dan barang tuk dekorasi candy table
belon2 semua dalam ni aku beli2 borong kat GM tu campak jer simpan dalam box ni..



ni cenderahati tuk goodies bag kanak2.. aku beli borong kat Gm baru ni..
tu nanti aku buat entry khas yer pasal goodies bag tuk tetamu kecil..insyaa Allah



ni bubble balloon.. kedai yang sama aku beli kat Gm.. borong2 dapat murah..
kasi aktiviti sikit kat bebudak nanti..




Buat masa ni.. tu jer lah yang aku listkan..
aku buat semua sendiri.. tak de nak hire orang uruskan..
bukan nak buat besar2 mana pon..
barang pon aku dah mula beli sikit2...

yang biru2 tu consider done..
yang hitam2 tu pelan2 tempah..carik n beli..
yang basic2 nyer jer la pon..
untuk decoration.. aku tak mampu nak cerite apa aku tempah semua.. huhu..
nanti maybe dah setel baru ley share gamaknya..
so far.. ko tengok semua aku tempah kan..
haaaa... memang pon.. hahaha...
senang.. aku tak sempat nak hadap..
tu aku prepare awal2..sebab banyak bende nak di carik tempah..
kalau macam sesetengah bende tu senang dah tau orang nak buat..
yang tak tau tu yang payah...
ni kan fes time aku nak buat majlis macam ni kat umah..
tu semua macam pening2 jer.. hahaha..
jangan lupa jugak peralatan2 tu semua nak kene pikir...
so far ada sebulan lebih lagi..
pelan2 aku buat ni..
seb bek barang2 baby semua dah setel tak de apa nak di-hunting lagi..
lepas setel MISI 18 APRIL ni.. boleh fokus pada persiapan beranak dan raya serentak..
insyaa Allah..
kite merancang.. moga Allah permudah kan segala

dah rasa macam buat majlis kawen dah..
tapi kawen lagi besar.. setahun awal..
ni sebulan-2 awal dah kene prepare sikit2..
ni bukan buat besar2 yer..
kecik2 jer..panggil keluarga.. kawan2 rapat dan jiran2 jer..
yang penting nak meriah kan ngan ramai bebudak..
nak kasi meriah..
INGAT MISI :: Bukan nak puaskan hati makpak tapi nak gembirakan anak

majlis ni jugak buat sekali doa selamat tuk aku yang nak beranak ni kan..
moga2 mudah semua nya insyaa Allah..

kalau ada korang sudi nak datang..
boleh lah email aku nurha_abdul82@yahoo.com
nanti aku kasi kad jemputan rasmi.. 



notatanganAty :: ada tau photographer murah2 tak.. bagitau aku....






14 comments:

lia ummiirfan said...

wow! panjang checklist.. u buats emua sendiri ke atau hired birthday planner..

Nurzakiah Hanum said...

bagusnya

Nurul Aziz said...

Kalau kitorang balik tasikputeri bolehlaaaaaa singgah kan? Hehe.. Nak datangggggggg

Nad MamaZN said...

qaleef, aunty nad segan nak kabo.. aunty nad nak join besday qaleef ni bleh tak? hehehe... ^____^

norsuhaili ali said...

Bestnyee...sy kat taman bersatu rawang..nak jugak jadi tetamu..hihi..

fazian batrisyia said...

semoga misi tecapai

S.n.Fariza said...

wah.. rancang terbaik.. semoga bjln dgn lancar

IeRA said...

salam...

perancangan yang panjang..hihi.

sis aty, apa nama fb/ig WhatheFudge (selayang) tu..tgh cari kek gak ni

Nadiah Hanum Wahab said...

Well planned...semoga majlis berjalan lancar dan segala yg dirancang akan terlaksana...;)

safiyyah osman said...

Good luck aty,semoga dipermudahkan. Jaga kesihatan jga..panas sgt skang ni..

Kemn Azmaili said...

alahai..aty kita memang nak ajak aty masa buat besday hadif tau. tapi no aty pulak hilang dalam fon! kalau tak boleh jumpa aty kan!

nur amni said...

Bestnye..macam berat kepala je nak pk bab2 kenduri..kenduri kawin dulu pun pk sendiri gak..

Mungkin satu hari nanti diberi kekuatan..utk anak sndiri gak..

Jom jln2 blog akak...tq

Mashitah Mamat said...

fuhhh, baca entry ni pon rasa dah penat..banyak bende nak kene uruskan..hehehehe

hebat la..


btw, nak jemput semua pada 27-29 Nov 2015 ke MALAYSIA ISLAMIC KIDS FAIR di SACC MALL SHAH ALAM, macam2 aktiviti untuk anak2 ada MALAYSIA ISLAMIC KIDS FAIR

Norazizah mat ujalan said...

we provide kids table and chair for rental. Do SMS/Whatsapp at +60123288522 Let your child enjoy doing activity and dining at GREAT setting table!!