Saturday, March 21, 2015

PENDIDIKAN ANAK :: biar lah anak tu nak main jer pon..




dalam setiap aktiviti qaleef..
aku nak die berseronok.. bermain sambil belajar..
sesuai mengikut peringkat usia die..
die belajar nombor 1-2-3..menambah..menolak..membahagi..
mungkin kalau orang dengar.. untuk budak 2 tahun..
membosankan..kene belajar semua tu..
tapi jadi pendidik ni perlu kreatif.. buat mengikut kesesuaian usia die..
lakukan ngan care yang menyeronokkan..
die belajar a-b-c..tapi ngan kaedah yang tak membosankan..
jadi.. dalam bermain.. die belajar...
die mengenal semua tu..
bukan nak kan sangat die kenal semua tu seawal ni..
aku gembire biler die cerdik..
aku suka tengok sel2 otak nya berhubung ngan lebih cepat..
lebih baik dari aku biar kan die sia2 kan umur 3 tahun pertama die..rugi..!!

" 3 tahun pertama adalah waktu kritikal anak"
insyaa Allah ada rezki aku share pasal hal ni yer..

bagi aku.. bende2 asas macam tu..tak perlu pon nak tunggu gi sekolah 
tunggu orang lain yang ajar..
iyeer..satu masa nanti die akan belajar..
tapi lambat lagi kan...
kalau mak nya mampu buat semua..
kan lebih baik..mebih bermanfaat..
skali gus create bonding mak-anak beraktiviti bersama..
buat semua tu ngan cara yang menyeronok kan..

ada masa qaleef duduk di kerusi dan beraktiviti-belajar..
tapi belajar qaleef sama maksud nya ngan bermain tuk die jugak..
aku tak akan buat sesuatu yang membosan kan die sendiri..
dan setiap aktiviti.. die nikmati ngan gembira..

dan die macam bebudak biasa..
main sorong tolak kereta kecik..
ber imiginasi ngan mengeluarkan macam2 bunyik kenderaan..
main bola waktu petang..
memanjat apa yang boleh mengikut fitrah kanak2..
dan aku tak pernah melarang..-selagi tak memudaratkan..
main lah nak puas2..main..




di petik dari FB :: Dr Rozanizam Zakaria

Apa Kaitan Mainan Anak-Anak dan Psikologi?

"asyik-asyik main!"
"semua benda nak jadi permainan!"
Anak-anak hari ini 'sibuk' memenuhi jadual yang disusun oleh ibubapa mereka. Sekolah, tuisyen, kelas petang dan pelbagai jadual akademik anak-anak menjadi penanda aras 'the perfect child' idaman ibubapa. Sehinggakan kita kadangkala 'menyekat' anak-anak dari bermain.
Kadang-kadang kita terlupa, hari ini kita jadi 'hebat' kerana sebahagian perjalanan kanak-kanak kita dulu diisi dengan main 'polis-sentri', main masak-masak bawah rumah, 'main tanah', main biji saga, main cakap depan kipas, berebut colour power rangers dan macam-macam lagi permainan yang kita cipta sendiri.
Imej 'the perfect parents' yang kita sendiri cipta melupakan kita bahawa melalui permainan, sebenarnya kita dahulu belajar berimaginasi, bertolak ansur, menunggu giliran, menghormati hak orang lain, mencuba pelbagai 'watak' lakonan dan pelbagai nilai yang tidak ada dalam 'buku akademik'.
Dr Maria Montessory, pakar pendidikan anak-anak menekankan bahawa permainan penting untuk menjadikan anak aktif, pandai membuat pilihan dan membantu perkembangan otak. Terutamanya permainan yang menggalakkan perkembangan sensory-motor, cognitive dan social-emotional anak-anak. Di sinilah peranan permainan dan pembentukan psikologi sihat anak-anak.
Dalam psikiatri, kalau berhadapan dengan kanak-kanak yang mengalami trauma, gangguan emosi, autism dan sebagainya, antara sebahagian dari 'rawatan' yang kami berikan ialah 'play therapy'. Ya, rawatan BERMAIN! That's how therapeutic play can be for the children.
Kalau kita rujuk sirah, kita akan bertemu dengan hadith kisah Aisyah R.A dengan anak patungnya, Abu Umair dengan burung 'nughar' dan Hussain R.A dan binatang kecil. Kesemuanya disaksikan oleh Baginda SAW. Sahabat yang hebat, tetapi ada sisi lain dalam usia kecil mereka bersama dengan permainan mereka.
Pengarang buku Cara Mendidik anak mengikut Sunah rasulullah SAW, Muhammad Nur Abdul Hafiz Suwaid menggariskan 3 kkriteria mainan yang baik untuk anak-anak.
- mainan yang melatih jasmani dan kesihatan anak-anak
- mainan yang melatih anak-anak menyusun dan mengawalnya sendiri
- mainan yang mendorong fikiran dan mempelajari/mencuba kemahiran orang dewasa
Tak perlu berhabis dengan mainan yang mahal untuk anak-anak. Kadang-kadang kotak, pinggan plastik, pasir, 'buble wrap' dan sebagainya lebih memberi 'kepuasan' buat anak-anak ni berbanding mainan dengan brand mahal.
Bersikap adil dengan anak-anak, beri ruang mereka menikmati zaman kanak-kanak tanpa mengabaikan tuntutan yang lain.
Kadangkala kita perlu tolak ego kita ketepi dan katakan, "mainlah", sambil dalam hati niatkan semoga Allah kurniakan dari permainan ini suatu pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah kelak.





anak belajar melalui bermain...
tapi manfaat kan betul2 permainan dan masa bermain tersebut ngan sebaik2 nya..
main dan beraktiviti sama2 bersama anak..

yang penting..jangan larang die bermain...asalkan tidak sampai memudaratkan...


notatanganAty :: aku tak mampu nak berkongsi aktiviti seharian qaleef lagi...ada yang request2 tu.. maaf sangat...