Wednesday, March 04, 2015

resepi Egg Benedict untuk sarapan yang mudah dan ringkas



aku ni minah sarapan..
dari bujang sampai dah kawen..
mesti nak kene sarapan pagi..
ringkas2 setakat biskut celup milo pon tak apa..
janji sarapan kene ada..
kekadang buat sndiri.. kekadang beli kalau jemu..
beli mee hoon atau nasik lemak..
lagi2 kalau qaleef yang request mee..
abah sado ada.. die belikan kat satu tmpat ni aku suka mee die..
sedap.. teringat mak aku nyer mee hoon.. lebih kurang rasa nya..

hujung minggu aku suka buat lebih sikit.. 
tuk abah sado...
kekadang buat nasik lemak sendiri..
buat yang berat2 lah..
yang bakau2 ker..haaa..
macam ahad baru ni..
aku buat egg benedict sausage..
bukan fes time.. tapi biasa tak letak inti..
tapi ni letak inti sausage.. gantikan udang...
senang jer.. ringkas.. mudah...dan cepat..
abah sado pon suka...tu yang penting..
aku kalau dah penat2 buat die tak suka..tu hangen semacam jer tu.. hahaha...

sebelum ni buat tak pernah nak share..
hari ni aku saja2 nak share resepi kat korang..
walaupon kot korang dah tau..
tapi tak per.. nak gak bagi versi aku punya.. miahaha..
sedangkan sama jeeewwww....ngeeee..


BAHAN2 [ 1 ADUNAN TUK 6 BIJI]

6 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu cair @ fresh milk
2 batang sosej atau udang atau apa2 inti yang korang suka untuk inti
cheese
lada dan garam secukup rasa




pakai roti gardenia 
biasa orang tak potong tepi..
tapi pan muffin aku kecik lubang nyer..tak muat..
kene lah aku potong2 tepi die
[baki tepi tu jangan buang terus-boleh buat puding roti nanti]



boleh pakai mozarella cheese atau cheese parut..
tapi nak senang aku pakai cheesdale jer.. 
sekeping cheese potong 4


letak roti tadi dalam pan muffin yang di sapu ngan planta -tuk elakkan melekat lepas bakar nanti
 lapis kan ngan cheesedale yang di potong tadi
biasa boleh buat cheese sebagai topping-bahagian atas sekali
mana2 korang suka la..
2-2 aku suka..asalkan ada cheese


potong sausage nipis2 ikut besar korang suka



letak dalam roti dan cheese tadi tu banyak mana korang nak


tuang telur yang dah dipukul bersama susu dan garam
[lupa nak amik gambar step yang ni]

2 biji telur di pukul bersama ngan garam dan susu hingga sebati
boleh campurkan ngan serbuk lada sulah kalau ko suka

kalau nak.. last sekali boleh letak topping cheese kat atas nya..
nampak lagi cantik dan menarik nanti
tapi sebab aku dah letak kat bahagian bawah..
tak nak letak banyak2 nanti muak biler nak makan..



kemudian bakar dalam oven dengan suhu 170-180
15 hingga 20 minit ikut oven korang macamane

dan jadi lah macam ni..
sepatut nya lagi kemas cantik kalau ko masuk kan roti tu bebetul
tapi macam aku cakap tadi.. pan muffin aku ni kecik lubang nya..
biler aku tolak2 tekan masuk jadi penuh nanti tak boleh isi inti dan telur
kang mlimpah melekat lagi susah nak keluarkan



ringkas kan... tuk yang sukakan sarapan mudah ala western macam ni boleh lah cube..
eceewaaahhh.. jarang2 aku share pasal masak memasak kat blog ni ha... heheh..
















9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sangat mudah

lia ummiirfan said...

simple yet delicious! :)

Hamelia Hamid said...

sedap dan simple..tq

fazian batrisyia said...

mmg senang...cuma masa jek yg tak senang. sesuai jugak buat bento anak.

cik hani said...

Mmg macam western food..
Rajin buat sarapan.saya kalau cuti, sarapan lewat..haha

Shakina Farhan said...

ok, nanti boleh cuba..nmpk sedap dan mudah sgt..

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

assalam atie,
iols ni dah laaaaaaaaamaaaaaaaa berangan nak buat hat ni
taaaaaaapiiiiiiiiii
dok tak terbuat2 lagik he3

Cr. Siti Hazreen Shahrom said...

Senang dan berkhasiat

Nisyawanti Priyanto said...

Mcm sdp jer