Thursday, March 24, 2016

Bilik air di dalam Bilik tidur...


sekarang memang pesen rumah standard..rumah yang kite beli dari pemaju..
mesti di sediakan bilik air sekali tandas dalam bilik tidur utama..
dan biasa jugak..di sediakan bilik air dalam setiap bilik..
atau sekraogn2 nya berkongsi 1 bilik air dengan 2 bilik..
maksud nya.. satu bilik air tu ada 2 pintu boleh tembus2..

macam kat rumah aku ni lah..
bilik air master bed room.. khas..dalam bilik..
tapi kat bilik kedua-dan ketiga [tingkat atas]
berkongsi bilik air...
kire kat tingkat atas ada 2 bilik air..

tak macam rumah dulu2...
untuk rumah standard..yang biasa2..[bukan rumah mewah]
umah teres setingkat...
hanya satu tandas dan satu bilik air..
paling tak pon..untuk umah 2 tingkat..
ada lagi satu kat tingkat atas nya..
tu pon berkongsi..
dan bukan di setiap bilik...

macam umah sewa lama aku..
rumah teres..
1 bilik air kat tingkat bawah.. berhampiran dapur
dan lagi satu kat tingkat atas..tengah2 antara 3 bilik..

umah partment aku pernah duduk masa awal kawen pon..
dalam master bedroom ada bilik air khas..
tapi selebih nya..
bilik air letak kat bahagian luar [berhampiran dapur dan 2 bilik lain lagi]

rumah yang di modern kan..
biasa macam tu..
mesti ada lebih dari satu buah bilik air dan tandas..

tak macam rumah dulu2..
tandas dan bilik air pon.. di asingkan..
walaupon ada satu dan dok bersebelah2..
bezanya..pintu masuk asing2..
bilik air dan tandas.. mesti di asingkan..kan..
perasan kan..
satu untuk bilik mandi..-ada kolah kecik
lagi satu lebih kecik untuk tandas..
pulak tu.. memang kecik betul lah..
cukup2 ko nak mencangkung.. hahaha...

aku pasti ada lagi rumah yang tandas nya di asingkan..
mungkin di kawasan luar bandar..
atau mungkin.. rumah yang kos nya lebih rendah..
rumah flat contoh nya...
mungkin..
aku rasa lah..

pernah jugak aku merasa rumah yang tandas dan bilik air nya asing2..
dan bagi aku ada kelebihan nya...
teringat aku..umah kuarga aku..
masa tu masih menyewa..[sebelum mak pak aku memiliki umah sendiri]
lama dah..masa aku masih lagi darjah 1-2...
rumah papan..tapi gunakan kayu yang cantik..
aku suka umah tu...besar...ada tangga batu cantik...
kawasan luas giler buat main beskal...main tengteng...main baling selipau..
dalam nya pon besar dan luas..
ada ruang membaca- rak buku yang sangat besar berkaca..
ruang tamu..serambi..ruang kuarga..dan bilik2 tido..
dudok kat bahagian atas..dan bawah nya..siap ada kolong..tempat kiteorang main pondok2...
macam umah lama2..dapur nya kat bahagian bawah..turun tangga kayu..
silap sikit..tersadung kaki..tersembam kat lantai simen..
tapi.. bahagian atas jer kayu..bahagian dapur..naik batu..
mungkin baru tambah tuan rumah kemudian...kot
dan rumah sebesar tu..[mungkisn aku rasa sangat besar sebab aku masih lagi kecik]
hanya ada satu bilik air yang di asingkan ngan tandas..
bilik air pulak...ada kolah batu simen besaaaarrr...
tak de air pancut pon..
mandi lah ko pagi2 air kolah sejuk2 tu..
tandas nya pulak.. pintu berasingan...kat sebelah jer..
kecik jer..muat2 sorang nak masuk..
siap bila nak naik tandas.. ada tangga...lebih kurang 2 anak tangga
tak pasti kenapa di tinggikan..
jamban pulak jenis cangkung..heheh..


tu ok lagi..
bilik air..jamban tandas..dalam rumah..

umah arwah opah aku kat iJok perak..
masa aku kecik2 [kecik sangat tak berapa nak ingat]
lagi lah..
tandas jamban luar rumah hokeh..!!!
jarak nya pulak dalam 100 meter macam tu..
belakang tu.. hutan..!!
jalan ke dalam sikit..ada sungai jernih..
mandi.. basuh baju kat situ..
masa tu tahan 70-80 an..
memang betul2 kawasan kampung..
aku pon ingat2 lupa... sebab masih kecik lagi..
tengok2 dari gambar jer..
dan ada lah sikit2 aku ingat biler malam2 aku nak kencing..
kene kencing kat bahagian anjung dapur yang lantai nya jarang2...
sebab mak aku sendiri takut nak bawak kiteorang gi jamban kat luar rumah tu.. 
amik air cebok dalam tempayan..
pandang bawah..gelap gelita.. huhu..
semua tu sebelum anak2 opah aku beli umah teres sebijik tuk derang..
dah tak de dah suasana kampung lepas tu..

lepas tu..semua nya berubah..
makin lama..kehidupan makin modern..
bilik mandi dan jamban.. dah di satukan dalam satu bilik air..
dan dari satu rumah setakat ada 1 bilik air..
sekarang.. setiap bilik dah ada bilik air..!!
macam rumah makpak aku jugak..
walaupon bilik air - dalam bilik tidor aku- berkongsi ngan bilik sebelah [bilik adik2]
tapi masih lagi privacy...ada bilik air sendiri...


pendapat 1

aku suka bilik air dan jamban yang di asing kan..macam dulu2..
sebab rasa lebih bersih dan kemas...
walaupon old skul
tak macam sekarang..
kat situ lah air pancut nak mandi..
nak amik wuduk..
kat situ lah jugak jamban duduk di letakkan.. huhu

nak kate jimat kos..
aku rasa..rumah makin mahal..
cuma yang beza nya..kecik besar jer ruang bilik air tu..

tu lah rumah yang di modern kan..


pendapat 2

bilik air dalam bilik tidur..

aku suka,,suka ada privacy...
takde masalah nak berkemban keluar bilik air terus ke bilik sendiri..
takde isu aurat..even di kalangan anak2..
contoh lah ada anak bujang dan ada anak dara..

tapi.. aku pernah kenal ngan orang yang tak suka..
bilik air/tandas dalam bilik tidur
teringat dia renovate rumah bak istana..
tapi kat tingkat atas..ada satu bilik air/tandas jer..
dalam bilik tidur utama yang besar giler tu pon..
takde bilik air/tandas..
alasan dia tak suka..takut bau dalam bilik tido..

hurrrmm...

so far..
pengalaman sendiri..ada bilik/tandas dalam bilik tidur utama..
takde timbul akan hal bau..
sebab.. bukan tandas awam share2 bilik air kan.. hahaha..
sendiri pakai..sendiri bersihkan..
sendiri letak pewangi..
even.. anak2 aku pon..ada bilik air derang sendiri dalam bilik masing2...
nak mandi..kencing berak..
masuk bilik sendiri...

cuma...

ada sikit lah kekadang..
aku rasa tak senang..
biler melibatkan hal wudu' dan solat..
yer lah.. bilik air..yang bercampur tandas..
tak setiap masa kering macam rumah omputeh
atau umah2 mewah...
kekadang..ada lah sikit rasa was2.. biler mungkin kite bawah kotoran keluar dari bilik air tu..
pijak2 merata ke seluruh bilik..
dan bilik tu pulak..kite guna sebagai tempat bersolat..

tu penting nya pakai selipar dalam bilik air..
dan sentiasa lap kaki setiap kali kuar bilik air..
dan kalau boleh setiap hari bilik air/tandas di bersihkan..
supaya takde rasa was2 tu..
was2 tu musuh dalam solat [selain setan]

tu aku berangan..kalau ada rezki buat rumah sendiri..
nak buat musollah khas tuk solat..
nant boleh buat paip khas tuk amik wudu'...
so..takde lah kuat masuk bilik air tuk amik wudu' tu kan..
insyaa Allah..

yang tu aku suka..
tapi tu lah.. buat masa ni..
aku prefer privacy satu bilik air/tandas dalam setiap bilik..
tak mo share2.. even ngan anak pon..heheh..
mak pon ada aurat ngan anak2 yer...kene tau tu..
kalau boleh nak besar kan lagi bilik air..
jauhkan jamban/tandas dari ruang mandi...
dan kalau boleh.. nak kan ruang lain lebih kering -berjauhan dari ruang mandi



okeh..tu pendapat aku..hanya pendapat peribadi...


pendapat korang pulak..??


suka bilik air/tandas asing macam pendapat 1 aku

atau..

suka di dalam satu ruang sama [1 pintu] di dalam bilik masing2...

atau..

lebih suka kalau... satu rumah.. ada 1-2 bilik air/tandas
berkongsi satu rumah..??




saja nak borak kosong..






notatanganAty :: biasa jugak aku jumpa sekarang..bilik air/tandas lebih banyak dari bilik tidor pon..!!