nampak tak aku sedang gigih nak habeskan entry sabah ni..
saja aku nak buat tuk kenangan sendiri
selebih nya boleh buat tuk rujukan orang lain
dan ikut kan jugak lah rajin aku..
tak tau lah setakat mana ianya akan terhenti
aku tak gigih nak buat lump sum..
sebab banyak..!!
banyak cerite.. banyak tempat kiteorang pergi sepanjang bercuti ke sabah ni
rasa sayang pulak kalau tak simpan kenangan kat blog sendiri
orang baca atau tak.. jangan peduli kan.. huhu
ok.. nak sambung next stop kami lepas turun dari Desa Dairy Farm
iaitu ke Kundasang War Memorial Park
sebenarnya..jujur aku cakap..
aku tak kisah pon nak masuk atau tak tempat ni..
aku pikir.. kalau sempat..baru singgah
sekali masa turun dari Desa dairy Farm tu..
baru pukul 12 lebih-pukul 1 [tak perasan sangat pukul berapa]
ikutkan.. dah rasa penat..
yer la.. bangun n gerak awal pagi..
tak rehat2 dan sepanjang perjalanan pon banyak berhenti turun menyinggah
anak2 dah mula buat perangai gak..
panas melengit pon yer..
tapi..nak check in hotel macam lambat jer lagi..pukul 3..
dan tak lah jauh sangat pon dari pekan ni..
so kiteorang singgah dulu makan kat area pasar pekan Kundasang
dan pikir jalan2 area situ tuk buang masa..
aku baca review ramai kata susah carik kedai makan area situ
tapi.. aku jumpa macam banyak..!!
dah tak lah susah pon nak carik kedai makan islam muslim yang ada tanda halal dan hidangkan makanan halal sepenuh nya
macam kedai2 kat semenanjung ni
kalau kau setakat ikut jalan besar dan tengok dari luar..
memang tak nampak..
kau kene parking kat deret2 kedai area2 bank [kalau kau nampak ada alliance bank kat situ]
then kau masuk ke dalam banggunan tu..
kat tengah2 tu ada macam dataran besar dan kedai2 makan..kedai runcit dalam tu banyak
kat situ ada KFC jugak
tapi.. tak seru aaiihh.. asyik nak makan kfc jer kan..kan mana2 pon ada
aku suka rasa makanan tempatan..
kiteorang makan tengahari kat kedai Nasi ayam antarabangsa
aku n anak2 makan nasik ayam..
abah sado n adik aku makan roti canai jer..
sebab derang kata tak lapar lagi
kedai ni ada macam2 hidangan makanan aku tengok
lauk2 makan ngan nasi..
nasi ayam penyet.. rempah bagai tu semua ada..
tapi nak senang..sebab anak2 suka..tu aku amik makan nasi ayam jer..
gambar takde sebab dah penat..
tapi macam tu lah ruper die.. sama jer tak jauh beza..
lepas makan.. masih banyak masa lagi sebelum dapat check-in hotel
so kiteorang jalan kaki jer gi ke KUNDASANG WAR MEMORIAL PARK
dekat belakang deretan kedai kat pekan Kundasang tu jugak
dalam 500 meter dari area kedai makan..
kalau kau turun dari Desa Dairy Farm..War Memorial Park ni kat bawah bukit..
boleh nampak belah kiri dan betul2 kat hujung pasar kundasang ni..
aku pon terperasan masa dari Desa Dary farm tu laki aku belok nak masuk kawasan pasar ni ha
dalam kate tak singgah.. ada masa sebelum check in dan malas nak tempat lain lagi..
so singgah jer lah masuk tengok apa yang ada
tu gambar laki aku pose tu kat celah2 banggunan kedai makan..
tiket masuk sorang Rm 3 untuk dewasa / Rm 2 untuk kanak2
tapi hari tu aku masuk.. qaleef n shaquille free pulak..
tak tau la napa..kalau shaquille free tu biasa lah..
tapi qaleef biasa nya dah start kene bayar tuk harga kanak2 kalau kemana2..
tapi takper lah.. dah kasi free tu..amik jer lah..
saja aku nak sharing sikit sejarah kat sini
since setahu aku cerite ni takde dalam buku sejarah pon..
kata nya sebahagian dari sejarah kecil semasa perang dunia ke dua
tapi.. untuk orang2 sekitar dan penduduk Ranau sendiri..
perkara ni merupakan sejarah yang besar tuk mereka
memorial ni yang kite tau macam kawasan perkuburan
so.. tempat ni sebenarnya merupakan Tugu Peringatan Perang Kundasang (Kundasang War Memorial) untuk mengenang keberanian Tawanan Perang Australia dan Inggris yang gugur di Sandakan dan selama pawai kematian yang keji ke Ranau pada Perang Dunia II.
Tugu Peringatan yang seperti benteng dirancang oleh arsitek setempat bernama J.C. Robinson. Tempat ini terdiri dari empat taman yang saling terkait tapi tetap terpisah, yang melambangkan tanah air mereka yang gugur: Taman Australia, Taman mawar Inggris yang resmi, Taman Borneo dengan bunga liar dari Kinabalu dan di bagian atas adalah Taman Kontemplasi dengan kolam refleksi dan pagoda.
kisah nya adalah sangat panjang dah tragis
yang minat sejarah.. boleh lah carik maklumat lagi lanjut dan baca nanti yer
biler aku dah baca sejarah tu.. baru aku paham biler aku tengok semua yang kat atas ni
kat pintu masuk [bahagian atas tangga]
ada die letak banyak kisah..keratan2 akhbar..peta perjalanan derang
dan cerite tawanan serta kisah melarikan diri
kalau kau tak berapa minat nak amik tau..
tak ley nak buat apa lah..
tapi tempat ni cantik sangat tau sebenarnya..
banggunan nya cantik.. bunga2 segar banyak sepanjang atas ni
boleh amik gambar
sementara menunggu aku ngah baca pasal sejarah kat sini..
aku memang minat sejarah..
tapi suka baca jer.. tak ingat sangat pon..uhuukkss..
Aku tak sure anak2 aku dok ralit nak tengok apa time ni.. tak ingat pulak
dalam kawasan ni memang sangat2 cantik
bagi yang suka bunga memang patut masuk dan rasa kesegaran nya
sebenarnya.. time ni panas merelit tak tau acaner nak cakap
tapi masih rasa sejuk..
tapi berpeluh2 gak baju tiak masing2..huhu
aku memang dah malas sangat dah nak amik gambar hapa bagai..
ni semua abah sado yang amik.. die suka lah bende2 nature macam ni
kebanyakan gambar aku pon candid jer..
tak larat nak senyum dah ngah panas2 tu..
eerr..tapi biler perasan abah sado hala camera.. otomatik nak pose..giteeeeww kau punya kata tak de mud..bahahaha..
ni kat bahagian atas sekali..
Taman Kontemplasi dengan kolam refleksi dan pagoda
nama2 yang terkorban die letak kan kat sini sebagai kenangan
aku tak nampak bayang kubur like memorial yang biasa tu..
aku rasa tempat ni sekadar tugu jer.. tuk kenangan..
sori kalau aku salah..aku pon tak baca habes sangat.. huhu..
sebab takde orang.. boleh la nak posing ala2 cerite hindustan kat sini..
sebab tempat ni sangat cantik..
sebenarnya.. dari atas ni.. boleh nampak gunung kinabalu ngan lebih jelas [kalau tak ditutup awan]
kalau korang naik sini.. cuaca sedap tak panas sangat..
lepak2 lah menikmati permandangan dari kawasan kolam tu mengahadap ke kawasan lapang
so far.. tempat ni.. berbaloi gak lah nak masuk kalau kau punya banyak masa lapang macam aku
dan lagi kalau kau suka nak amik gambar lawa macam aku jugak.. huhu
alasan lain.. kalau kau minat nak amik tau pasal sejarah.. eerrr..sikit2 macam aku..ngeeee...
dan dah sampai tu.. singgah lah.. tengok sendiri
cantik.. tu jer aku boleh cakap...
nikmati permandangan dan bunga2 yang ada kat sini..