nak cerite pasal hotel kat Kundasang ni..
nasihat aku... kalau kau dah pekanan satu2 hotel tu..
lepas survey dan puas hati.. sila lah booking laju2..
sebab.. hotel2 kat sana.. yang popular n agak baik
cepat full booked..!!
kat sana.. memang banyak hotel besh2..
tapi.. yang aku perasan..
walaupon hotel rate agak mahal tuk satu bilik
tapi hotel biasa2 jer..
facilities pon kurang
iron pon kene bayar..!! huhu
kalau kau betul2 nak hotel yang biasa macam kat bandar..
berbintang2..dan nampak mewah..ada lobby hotel menarik..
ada facilities lengkap..
memang harga jauh sangat mahal..
dan tempat pon agak jauh dari pekan..
tu kalau kau jenis nak percutian mewah lah..
dan memandangkan..percutian kami ni percutian jenis berjalan..
dan nak jimat bajet kat penginapan..
sebab nak bercuti lama ke sabah ni..
so.. aku just pilih hotel biasa2 tapi elok dan menjadi pilihan ramai..
which is.. hotel popular yang orang bagi feedback baik
dengan harga yang murah jugak..
tapi yang penting..selesa..dan bersih..
sebenarnya..biler cakap nak ke KK sebelum tu..
aku memang teringin gile nak menginap kat satu hotel ni
nama die.. HOUNON RIDGE HOTEL yang femes tu..
dok betul2 kat atas bukit dengan permandangan Gunung Kinabalu
tapi.. sebulan sebelum aku nak pergi tu..
nak booking tuk standard double with private balcony [harga Rm 120 per night]
dah habes..!!!
bukan bilik tu jer.. semua bilik dah habes..
itu aku tanya sebulan awal yer.. huhu.. rasa frust giler tak dapat merasa hotel tu
hotel ni aku review memang besh giler..dari segi permandangan nya..
tapi agak jauh dari pekan Kundasang/Ranau
orang kate agak ceruk hotel ni
dan tinggi naik bukit..nak kemana2 susah..sebab jalan curam dan gelap..
kalau kau dah masuk.. kire malas nak kuar2 dah..
tapi aku don care.. aku cuma pikir nak menikmati suasana yang besh giler ramai dah review
kau boleh nampak jelas gunung kinabalu dari kawasan hotel ni
dan kau boleh berkhemah kat luar buat unggun api..!!
dah berangan2 dah laki aku ngan adik aku tu..huhu
tapi.. takde rezki..
may be next time kalau datang lagi insyaa Allah
selain hotel ni.. ada beberapa lagi hotel yang aku aimed..
dan orang rekomen kat aku..
salah satu nya Kinabalu Pine Resort Hotel
pon aku baca review agak menarik..dan hotel nya cantik..
ada breakfast.. n harga lebih2 kurang standard ngan hotel2 lain
tapi.. pon bukan rezki aku..
full booked masa aku nak booking tu..[sebulan sebelum]
kalau ada yang tinggal pon.. tuk bilik lebih kecik tak sesuai tuk kiteorang
since aku kene amik kire tuk adik aku sekali..
aku perasan lagi satu..
satu2 hotel2 kat sini.. bilik nya terhad..
sebab hotel nya bukan jenis bangunan tinggi2 yang ada beratus2 bilik
satu hotel..terhad mungkin ada lebih kurang 10-15 bilik atau rumah penginapan
contoh macam..ada tuk bilik backpackers macam hostel ramai2 duduk tu
ada 1 atau 2 family rooms.. atau rumah jenis villa..
dan may be ada dalam less than 10 bilik untuk standard room
dan may be ada dalam less than 10 bilik untuk standard room
kat situ jugak masa aku survey2 mencarik..
tengok banyak penginapan jenis macam rumah sebijik..
tengok banyak penginapan jenis macam rumah sebijik..
tapi buat ala2 homestay..orang boleh sewa bilik2 dalam rumah tersebut...
ada yang jenis kene sharing bilik air macam tu..
kalau kau datang ramai2 family atau kawan2..
memang aku rasa seronok lah kot dapat sewa macam tu..
tapi since kiteorang jenis lebih suka privacy..
so aku elakkan tuk pilih penginapan jenis macam tu..
tu pasal awal2 tadi aku bagitau..[TIPS]
kau kalau kate nak bercuti kat sini..dah tau plan nya..
pikir pasal booking hotel laju2 dulu..
baru pikir pasal nak carik kereta sewa bagai..huhu..
so..masa dok carik2 tu..
banyak dah full booked walaupon sebulan sebelum
end up..since aku nak carik hotel berdekatan dengan pekan
banyak dah full booked walaupon sebulan sebelum
end up..since aku nak carik hotel berdekatan dengan pekan
sebab senang nak kemana2 dan paling penting carik makan..
tak nak buang masa dan buang minyak biler mencarik..
dalam banyak2 hotel aku pekenan..
dan aku rasa agak not bad dari segi review..facilities dan persekitaran
aku pilih J Residence Hotel yang tak jauh sangat dari pekan Kundasang
dalam 5 minit macam tu
dan setengah jam ke pekan Ranau
dan setengah jam ke pekan Ranau
Hotel ni terletak kat kaki gunung dan berhampiran sangat dengan Kinabalu Park
tempat orang mula mendaki ke Gunung Kinabalu tu
okeh sebenarnya.. aku yang malas nak carik sangat dah..
sebab penat..carik2..dah pekenan.. full booked pulak.. sadis..
nak cepat.. takut aku dah kenan2.. tapi penuh..maam terjadi banyak kali
dek kerana menunggu confirmation abah sado yang masa tu ngah out station
aku pilih jer sendiri..laju2..
dek kerana menunggu confirmation abah sado yang masa tu ngah out station
aku pilih jer sendiri..laju2..
tu aku tengok satu bilik kat J residence ni sesuai tuk kiteorang..dan available..
baca review orang lain..
then.. terus booked..tenang hati lepas tu..
dari kan aku dok pikir2 dapat hotel lagi tak besh..hahaha
permandangan Gunung Kinabalu yang kiteorang nampak masa perjalanan dari Hotel J Residence ni nak ke Pekan Kundasang
amik dari tepi jalan jer..[gambar waktu petang]
kire J Residence Hotel ni antara yang not bad gak lah..
cepat jer orang booking..
bilik [derang panggil House] yang di sediakan hanya ada 6 + 1 Villa [rumah sebijik tuk ramai2 satu family besar]
setiap rumah.. ada size nya..
dan rezki aku dapat HOUSE 6 yang lebih privacy
[kalau dapat House 1 lagi besh dah lebih besar]
ok macam ni..
aku review tuk sapa2 yang nak tau keadaan persekitaran kat J Residence Hotel ni yer
dalam 6 bijik rumah ni..
ada antara nya bilik berkembar [untuk House 2, 3 dan 5]
kire satu pelan lantai tu.. ada 2 bilik sebelah2..
memula aku nak gak antara bilik2 ni..
sebab permandangan lebih menarik..
harga sama jer termasuk ngan House 6 yang aku booking ni
tapi.. biler baca review macam tak besh..
so.. aku prefer tuk amik House 6 walaupon tersorok sikit
dan takde parking depan bilik
kire nak banding ngan bilik2 lain.. memang ni bukan bilik pilihan sangat
aku pernah baca review blogger lain..
derang amik bilik yang share balcony ngan bilik lain
bilik hanya dipisah nya dengan papan playwood
biler kau batuk pon boleh dengar jelas apetah lagi kalau kau bercakap..
pulak tu..lantai kat hotel ni memang kayu papan sejuk..
macam anak aku yang tak gheti lah nak berjalan sopan2..
memang pulak tu sengaja sebab seronok agak nya bunyi lantai..
saja2 die hentak2 kaki lagi biler berjalan.. ppffttt...
seb bek lah aku dah baca review orang siap2..
so memang elak kan lah bilik2 yang nak kene sharing2 macam ni
kau tau perangai anak kau macamane kan..
kau punya suara pun hagak2 sikit lagi nak sama macam petir tu..
so..tu aku pilih jer lah House 6 ni instead house 5 yang masa tu masih available
kalau dapat House 1 [yang privacy dan lagi besh] lagi bagus..
tapi dah ada orang booking dah..
harga pon mahal sikit lah dari bilik2 lain
ok.. panjang mukadimah nya..
dah kate kau review kan..
ni aku sharing gambar sekitar House 6 [bilik penginapan kami]
ni..hotel2 nya.. memang tak nampak dari tepi jalan pon..
kau kene tengok papan tanda besar tu jer..
sebab bilik2 nya semua kat bawah bukit..
kiteorang masuk2.. terus turun ke bawah bukit..curam..
ingatkan receptionist nye kat bahagian bawah tu la
yang kau nampak rumah belah kanan bawah tu..
tak silap aku House 5..kot.. kembar 2 bilik
berhadapan ngan dia adalah Villa rumah sebijik
dan bawah2 lagi ada rumah2 lain..
aku sempat perhatikan..
rumah berdekatan dan berhadapan macam tu aku rasa..
sekali biler dah sampai bawah bukit..
rupernya Receptionist kat atas..
masa ni.. kereta tak boleh naik balik..!!
since tau bilik kiteorang berhampiran dengan Receptionist
so.. memang tau lah kereta kene parking kat atas..
sewa kereta auto Saga FLX [nanti aku review]
laki aku dok tekan2 minyak tak bergerak kereta nya
kiteorang semua kene turun..
still tak ley jugak..
so.. turunkan perabeh semua luggage..
siap adik aku tolak..ngan ada pekerja kebetulan ada kat situ tolong sekali..hahah
lupa nak amik gambar sebab aku panik tengok kereta tak ley naik atas bukit balik
aku tak sure ar ni sebab kereta tak pick-up ke hapa
atau may be berat sangat ker..
tengok viva sorang pemandu bawak..rileks jer pulak..
tapi memang tak nafikan.. bukit turun ni memang curam gila..
dalam gambar tak nampak sangat pon..
aku pon amik sekerat jer tu..
kau tengok betul2.. memang 45 darjah gak kot aku rasa cerun nya..
letih gak lah kau nak mendaki tu.. huhu
so.. house 6 kiteorang.. kat tengah2 ni ha..
kene turun tangga ke bawah [kanan]
satu2 jer rumah tu berhampiran Receptionist..
kereta parking kat atas jer senang..
tu yang kau nampak terjulur kaler cerah tu kereta sewa kiteorang lah tu..
[kau bayangkan check-out lepas tu kene menghangkut luggage besar2 3 bijik naik tangga ni tuk ke kereta..pheeewww ]
tak berani laki aku nak bawak turun kereta lagi ke bawah ni..huhu
so.. ni lah bilik kiteorang dari bahagian atas..
seketul ni jer..
kalau tengok dari layout kawasan [dalam web]
dok bayang nampak macam bilik ni dekat ngan House 1 [dalam 30 meter]
aku pikir mesti tak akan nampak permandangan ke hapa..
tapi tak nampak langsung pon sebenarnya -nampak bumbung dari jauh jer
rumah2 kat sini die kat bukit2..
so kire house 6 ni kat atas bukit..
rumah 1 yang sebelah [dalam lay out tu] kat bawah bukit lagi..
dan takde lah terlindung ngan bilik atau banggunan lain
cuma berhampiran dengan Receptionist jer lah..masih tak menganggu pon..
dan dari Balkoni pon.. nampak permandangan
walaupon nampak hutan jer pon..dan agak luas permandangan
not bad lah bagi kiteorang..
yang penting.. privacy tuk kitorang sendiri
orang tak lalu lalang pon atas ni..dan tak nampak ke dalam..
so far.. rasa berbaloi gak lah pilih House 6 ni
walaupon kalau ikutkan.. House 6 ni bukan pilihan ramai
dan selalu di cadangkan sesuai tuk backpackers..
tu tak clear kat bahagian bawah bukit tu House 1 dan rumah2 lain..
dan aku rasa.. jujur nya..
House 6 ni dari segi privacy jauh lebih baik dari House lain
terpencil dan terletak jauh dari rumah2 lain jugak
cuma mungkin kalah dari segi permandangan jer lah kot
aku tak sure sangat pasal permandangan rumah lain
tapi ada aku tengok gambar kat web
but still.. boleh puas hati jugak..
yang kau tengok bumbung zink sebelah tu..Receptionist
lagi satu derang highlight pasal House 6 ni..
takde parking depan bilik macam rumah2 lain..
kiteorang parking pon kat atas pintu masuk tunjuk tadi tu..
dan kau nak menghangkut barang naik turun tangga ni.. istighfar banyak2 jugak lah..
1 bilik disediakan queen + single bed
sesuai lah single bed tu untuk adik aku..rapatkan katil die tido ngan qaleef
tak silap aku.. semua bilik kecuali villa dan house 1 disediakan katil yang sama..
walaupon dekorasi biasa2.. tapi lengkap semua..kire ok jer lah..
cuma iron kau kene sewa..1 malam Rm 5..huh..stress ahkak..
nak gosok tudung..terpaksa gak lah aku sewa semalam..
cerek air panas.. cawan semua di sediakan
towel semua pon ada.. Wi-fi pon kuat gak
paling rare hotel ni sebab soket plug punya banyak..!!
fes time aku jumpa hotel sediakan sebanyak ni..huhu
aku rasa.. ada dalaaaamm.. hurrrmm... 8 soket plug hokeh..
keliling.. sampai keluar bilik ada..!!
bilik pon bersih sangat..takde bau hapak kayu atau bukan2..
penting dalam review aku setiap kali pon..
supaya orang tau..
tapi kat sini.. takde siaran tv tau.. ni memang aku dah tau awal2 baca dari review..
tapi derang ada sediakan cd player..
memula aku plan nak gi beli gak cd2 bawak dari semenanjung
tapi tak sempat2 nak gi carik beli..
pastu pikir.. may be tak akan duduk hotel sangat..so tak sempat rasa boring ke hapa kan..
ternyata kau silap..huhu
kiteorang banyak gak masa dok kat hotel rehat2..
in fact.. kiteorang check-in lebih awal dari pukul 3 petang yang sepatut nya
sebab dah penat sangat dan malas nak kemana2 tengahari tu..
so balik hotel tu..mandi2..anak2 rehat.. aku siap membuta tak sedar hapa..
naseb baik hotel sediakan CD..!! walaupon cerite tak besh sangat..huhu
cerite melayu cup cakes ke hapa tah..ngan IP Man..
Ip Man tu laki aku ngan adik aku layan ar..
anak2 takde cerite nak layan..boring..
tapi petang tu kuar gi beli makan kat pekan kundasang cerite dah sebelum ni
derang 'paw' menan.. so kat hotel derang main jer lah 2 beradik
paling tak pon..bergumpal bergaduh atas katil..
toilet nya dengan tingkap terbukak hokeh..
aku dok pikir.. kot orang boleh jengah kan..hahaha..
tak pon.. kat atas bukit.. tak ley nak panjat..
malam2 masuk toilet seram aku nak pandang atas..
keliling nya hutan gelap..
angin semulajadi masuk dari sini
lantai simen dan kayu..
sejuk kaki kau
so far.. bilik air bersih...boleh bagi 5/5 walaupon ruper die biasa2 jer
tapi jamban sinki semua berkilat..lantai dinding tak berlumut..
shampoo sabun semua ada tersedia jugak
air panas pon tersedia..
tapi.. air nya tak panas2..!! acaner eh aku nak cakap..
panas..sekejap jer..lepas anak2 aku mandi sekali..
air jadi sejuk.. sejuk sungguh2.. aku dok tunggu2 air panas..tak panas2..
pagi tu mandi ya ampun..macam ais sejuk air nya rasa..
tak tau lah air tangki ke atau air direct ker hapa..tak nak panas2..
air panas nya macam sikit jer..
air bukit..memang sejuk kan..lagi pulak kat kaki gunung kinabalu
lepas tu..subuh tu hujan lebat..lagi laaaaaaa.....
patut aku baca review ramai tak sanggup mandi pagi2 [kat hotel2 lain pon]..huhu..
anak2 aku jer lah merasa air panas..
tu kalau tak.. mau melalak2 kene mandi sejuk2..
lagi satu..hotel ni TAKDE AIR-COND ataupon kipas langsung yer
masa memula masuk tu..ngah panas2 berpeluh lepas berjalan
rasa macam tak boleh hadam pulak tengok takde semua tu..
at least bagi aku..sediakan lah kipas ceiling seketul kan..
laju2 bukak tingkap semua.. pintu nganga nak kasi angin masuk
aku pon laju2 mandi sebab melekit..
lepas mandi.. hamek kau..memang boleh rasa angin fresh dari luar..
pukul 3-4 petang..aku tido takde ekon..takde kipas..tapi siap berselimut..!!
masuk ke malam.. lagi dah mula rasa sejuk
memula nak biar jer tingkap terbukak..
sebab dok pikir kalau semua tertutup...nanti kang berkuap pulak takde pengudaraan dah..
boleh jadi panas lah nanti kan.[aku pikir]
tapi.. biler bukak tingkap..macam2 pulak serangga masuk..ngan nyamuk besar2 nya lagi..
laju2 tutup..
tapi..tak panas pon..memang rasa sejuk sangat2...sedap fresh macam ada air-cond
takde air-cond atau kipas.. tapi tido berselubung masing2..
aku sampai pakai stoking malam tu tido..
tengah2 malam.. shaquille qaleef macam merengek2..
ruper nya tak tahan sejuk sampai abah sado kene kepit kiri kanan berpeluk tido
sejuk nya lain macam..dan tak boleh di adjust..!! huhu
kalau air-cond.. malam2 hagak2 sejuk..memang terus tutup jer..
tapi ni.. kau dah dok selubung pon boleh rasa sejuk nya..
ni gambar anak2 dah awal pagi..dah kurang sikit mencucuk sejuk nya tu..
masa subuh2 aku bangun solat.. tengok cermin besar tu.. dah berwap tak nampak hapa dah
nak cakap punya sejuk nya tu kan..
so.. baru lah aku perasan.. fungsi lantai kayu
yang aku cakap sebelum ni anak2 aku jalan hentak2 kaki kemahen kuat bunyi..
rupa nya.. membantu tuk menyejukkan ruang jugak
walaupon pintu tingkap semua tertutup rapat..
dan no wonder bilik air pon jenis terbukak macam tu..
jangan tau nak complain jer hokeh.. hahaha..
nampak tak permandangan luar.. pukul 7-8 pagi..berkabus agak tebal
ok.. ni masuk sikit cerite malam tu..
memang sengaja kiteorang beli tapau kat pekan Kundasang bawak balik ke hotel
instead of makan jer kat kedai sana
sebab nya.. kiteorang nak menikmati makan kat balkoni luar bilik ni la..
tu nampak tak sayap bakar aku share kat entry sebelum ni..[kuah die sedap sangat..!!]
aku memang jenis berjalan/bercuti ke hotel
siap2 bawak pinggan mangkuk cawan sudu garpu plastik IKEA
dah memang prepared dan dah sedia maklum..dan terbiasa jugak
sebab mesti ada masa.. nak makan tapau bende2 ringan kat bilik..lagi2 waktu malam
so.. gi sabah pon.. aku bawak jer lah sikit..
lagi pon.. barang IKEA ni plastik.. ringan jer..dan tak besar sangat pon..
takde masalah nak bawak.. dan memudahkan jugak..
kalau tak guna pon tak de bende sangat nak rasa beban..
tapi biasanya.. memang akan guna lagi2 kalau bercuti kat satu2 tempat tu agak lama..
selalu nya memang aku ada sati bekas siap pisau [senang nak potong2 buah ker kan]
tapi nak naik flight masa ke sini..tak berani pulak nak bawak..
sudah nya kat sana kiteorang beli lah satu.. tuk potong buah tuk anak2 kat hotel..
tapi kiteorang bawak balik tau..letak dalam luggage.. seb bek lah takde apa2.. huhu..
so.. ni pon boleh jadi satu tips tuk percutian gak..
tak kisah lah pergi mana2..lagi2 kalau jenis family atay anak kecik..
jenis suka beli makan dalam bilik lagi selesa kekadang..
boleh guna bawak set IKEA macam korang tengok kat gambar tu..
aku pergi berkelah mana2 pon.. bawak barang IKEA ni jer.. senang nak handle.. n lengkap..
tapi aku booking dari AGODA ker TRIPADVISOR tah aku tak berapa nak ingat dah..
dapat lah Rm 160 plus termasuk tax /per night
kire ok2 jer lah.. may be sebab kawasan perlancongan kan..
so jangan cuba compare kan harga..
kawan aku cakap.. sebelum ni die menginap kat sini gak..
bayar Rm 220 termasuk tax.. pon laju jer habes..
so.. tu aku cakap.. sila lah booking laju2 kalau ada kau dah pekenan hotel mana2 kat Kundasang ni ha..
dan bagi aku.. jujur..overall penginapan kat J Residence Hotel ni..
memuaskan hati
tak mengharapkan lebih pon..
asalkan ada tempat tido..bersih.. selesa tuk semua orang..
dan semua dalam keadaan baik..
bilik pon luas tuk anak2..
aku ok jer.. lagi pon..tak menginap lama sangat..
banyak berjalan jer..dan selebih nya tuk berehat..
tak dengar bunyik bising kereta hapa pon..
bunyik cengkerik dan unggas jer lah kuat rasa dalam hutan sungguh..
agak privacy [mungkin sebab kedudukan bilik]
kiteorang check-out tuk gi ke Ranau dan seterus nya ke bandar KK pon awal pagi
dalam pukul 9-10 pagi kot macam tu dah serah kunci..
dan semua urusan sepanjang kat sini lancar jer..bahagian Receptionist pon ok.. ramah dan baik melayan
tak kisah atau tak berkira sangat walaupon kiteorang check-in hari sebelum tu agak awal..sebab dah penat..
persekitaran pon bersih.. cuma facilities sekeliling kurang..tu jer..
tapi ok jer lah pon..
since semua dah sedia maklum..jadi expatiation tu pon tak lah hebat nau
biler tak mengharap lebih... dan dapat lebih dari apa di bayangkan..
kite akan lebih berlapang dada giteeeww..
aku boleh jer rekomen kat korang nak menginap kat sini..
cuma kalau korang mengharap lebih dari apa aku share ni..
may be boleh try hotel yang lain..
survey dulu.. ada banyak gak hotel2 kat kawasan sini..
kalau berani.. boleh jer walk-in..since aku perasan banyak hotel2 yang takde pon dalam web macam trivago agoda bagai tu..