Monday, June 23, 2014

DEKORASI :: Bilik air/mandi dapur dan tetamu



pagi2 isnin seronok nak kongsi pasal dekorasi...
kasi ko cuci mata sikit sebelum buat kerje...mihmihmih...


refer tajuk..
sebab bilik air ni berkongsi dengan dapur dan jugak dari bilik bawah-bilik tetamu-
kat tingkat bawah..
ada satu bilik air ni jer..
tu pon jaraaaaaanngg sangat2 di guna..
masa selangor takde air dulu..
baru macam bilik air ni kasi manpaat lebih sikit...
kalau tak.. bilik air pon boleh berabuk..
siyes ni..sebab jarang masuk dan jarang guna..
jadi..jarang lah nak cuci kan..
dan bilik air ni..antara bilik air paling kering....
aku suka bilik air kering2 ni..hahaha...

kalau adik2 aku datang tidur umah tim2 cuti sekolah..
derang akan guna bilik tetamu bawah ni..
sekaligus bilik air tu..
dan tu lah waktu paling maksima bilik air tersebut digunakan..
kalau tak..memang kering memanjang..
selain adik2 aku...
selalu yang masuk guna bilik air ni jugak adalah tetamu yang datang umah..
kerap jugak sebenarnya.. lagi2 sejak 2-3 menjak ni..
tetamu tumpang solat..
aku nak derang selesa..
derang akan gunakan bilik air ni tuk mandi kan anak..
nak amik wudu'...
sebab bilik air ni berhubung dengan bilik tetamu terus..
memudah kan tuk orang datang..guna dengan selesa..

jadi.. walaupon jarang guna..
aku tetap akan pastikan bilik air ni bersih dan terjaga..
sebab kekadang tetamu datang singgah tetibe..
tak kan lah jam2 tu tetamu nak datang jam2 tu jugak baru nak cuci kan...
seminggu sekali mesti aku jenguk2 jugak bilik air ni..
buat apa yang patut..cuci2 habuk kat singki...
tukar pewangi..

dan baru2 ni..
masa aku kemas2 barang lama dalam stor..
jumpa frame2 yang aku pernah guna untuk dekorasi ruang keluarga tingkat atas [entry]
agak banyak..
memula terpikir macam nak jual murah2 jer..
tapi tetibe datang idea tuk hias kan frame2 ni dalam bilik air..

kalau ko tengok bilik air rumah omputeh..
derang letak jer frame2 hiasan2 dinding cantik2 dalam bilik air..
kite orang melayu jer tak biasa nak buat..
selalu di abaikan..
sedangkan..bagi aku..bilik air lah kawasan 'bersih' yang perlu kite amik berat...
yer lah..dah tentu lah tu tempat kite bersihkan diri bagai kan..
ko mampu nak gosok gigi sambil tengok bilik air berlendir...hahaha...

berbalik pada frame hiasan tu..
ada banyak tadi aku cakap..
jadi aku bahagi2 kan..
yang frame putih.. aku letak kat bilik air aku kat master bedroom 
ada aku share kat IG last week..
yang kaler kayu coklat..
aku letak kat bilik air bawah ni lah -bilik air dapur/tetamu





ni lah frame tu.. ringkas jer kan idea ni..
tapi rasa macam lebih menarik pulak..
qaleef pon tau tengok bende cantik2 ni.. die akan cakap "waaaaaahhhh..." -makne die kagum lah tu



bilik air dapur ni aku hias ringkas jer..
cermin yang sama aku guna pada bilik air qaleef..
beli kat puchong kedai lampu sebelum pindah..
para kaca yang ni aku beli satu set dengan towel hanger tepi tu
tak ingat berapa Rm..


bilik air ni aku selarikan warna hijau untuk beberapa barang..
towel kecik.. towel tetamu.. dan jugak pasu IKEA ni..
daun ni..memang yang paling subur antara daun2 pokok yang sama dalam 3-3 bilik air rumah aku tu
sedangkan beli sama2..
tapi mungkin cahaya kat bawah ni lebih sikit kot..jadi tu die gemuk semacam jer tu...
tu pon aku dah cantas sikit2...

balang kaca tu jugak balang yang sama dengan balang aku guna tuk bilik air aku [tingkat atas] yang dah siap label [boleh refer entry kat sini]
dalam tu pon ada ada tisu muka.. dan balang kosong tu sepatut nya ada cotton buds-tak isi2 pon-


untuk keseluruhan bilik air ni.. biasa2 jer..
hanya kawasan ni jer hiasan deko lebih sikit..
tempat lain macam biasa..
tak yah lah kan aku nak tunjuk bentuk jamban aku macamana kennn... ngehngehngeh...



notatanganAty :: cantik jatuh nombor dua..yang pertama mesti bersih dulu...






14 comments:

Chekgu Azrine said...

Tula..akk bilik air tiap2 hari sental..
Sebab bilik air umh mmg senang berkerak sebab bilik air lama kan..umah yg akk sewa ni pun umah lama..uhuk

Nurzakiah Hanum said...

sangat kemas dan teraur
i like

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cantiknya Aty :)

Mariyam Nabella Ishak said...

xcntik xpe..yang penting kemas n bersih..org nak guna pun selesa... :)

ieza ashaari said...

Rajin aty ni..rajin sgt..huhu..

O'gosh Iskandar said...

bestnya banyak bilik air...pandai aty kemas..

lieyalatif said...

uihh kalo jadi tetamu aty mesti rase lapang jek dada gune toilet ni aty..sedap mate memandang...cantik n kemas jek....

joijoi80 said...

SALAM ATY.. TERINGIN JUGA NAK BUBUH FRAME GAMBAR KAT BILIK AIR TAPI MENGENANGKAN ANAK YG SUKA MEMANCUTKAN AIR ..RASANYA TAK BUATLA KOT.. KALAU BUBUH PUN KENA SAYUP KE ATAS GAMAKNYA

eima said...

cam bilik air hotel siap ade pokok .....bilik kami slalu guna kat bwh rumah atas jrg sgt mmg berhabuk pun .....sesekali sedara dtg br aku cuci ...hahhaha

! Arjunakirana ! said...

cantikkkk... :)

nadyahkamil said...

salam aty tempt basuh tgn tu aty beli kat mana?

nadyahkamil said...

salam aty, aty beli kat mana ya tempat sabun tu? yg kat dinding tu?

MamaDaniel said...

nice... takde idea nak letak frame apa kat bilik mandi... cedok dari aty la ek.. hihihi... ;)

Dulu Gadis, Kini Mama said...

aty!!
lama lala tak tengok blog aty. ari menkhatamkan semua. hehe

frame kat bathroom? brilliant idea lah! suke sgt!