Showing posts with label :: Tips RENOVASI. Show all posts
Showing posts with label :: Tips RENOVASI. Show all posts

Friday, October 29, 2021

PROJECT ID RUMAH : TUTUP BAHAGIAN TANGGA

 

Tiber rasa nak update pasal rumah

kalau nak cerite project dekor, make over, renovation rumah ni sejak tahun 2019
memang tak tercerita dah

banyak sangat

n 2021 ni, hampir 70% dekor, interior umah ni dah berubah
even projek tangga yg aku nak cerita ni pon
adalah projek awal tahun 2020. tahun lepas !!
projek masa aku masih lagi mengandung dak chenta
n sekarang dak chenta dah setahun setengah dah pon ahaha
projek ni sebelum PKP lagi
aku rasa maybe dalam bulan 1 or 2. rasa nya lah

tetiba aku rasa nak tutup/naik batu kat bahagian tepi tangga
sebelum ni, pakai rail besi -malas pulak aku nak carik gambar besi rail tu
besi rail yg pemaju kasi tu

tak tau la napa tiber jer nak tukar n tutup habes -naik wall kat situ
sedangkan tak penah pikir or plan pon dari sebelum2 nya bertahun duduk rumah ni



Ni keadaan bila dah tanggal rail besi tu.


100% keadaan ruang tamu ni dah bertukar
dari color cat dan perabot

ni gambar dari atas tangga
dulu2 suka amik gambar dari sudut ni
boleh nampak keseluruhan ruang
lepas naik batu, dah takde dah gambar dari sudut ni
susah jugak lah nak amik gambar keseluruhan macam ni


sebelum naik batu ni, kami ada pecahkan sikit tiles kat bahagian nak letak simen dan bata tu
macam takik la
supaya dia mencengkam sikit



oh ya, kami buat sendiri.
abah sado yg buat ngan adik aku n pekerja aku sorang
nak ikat batu amik masa 2 hari 
ikutkan sehari jer tapi tu lah, orang kata bukan tenaga mahir hahaha
ya, ni fes time la kami buat bende2 ni tuk rumah
biasa buat bende simple2 jer


tak la susah pon sebenarnya. 
eerrrr aku rasa lah hahahaha
tapi yg membuat nya which is abah sado kau, tu aku tak pasti
tp so far ok jer kot

aku rasa yg susah sangat kat part nak plaster tu jer la 
tu memang bebetul kene helok n details
kalau tak, kasar, tak rata or bercapuk, sakit mata jugak nak tengok tuk long terms
bancuhan simen kene betul



sampai ke malam jugak la nak siapkan finishing dia
aku meneman jugak la tak dapat nak buat apa sangat
ngah mengandung time tu
rumah tak lah kecah sangat. sebab buat sendiri maybe
just bhg tangga tu jer







dah siap. kene tunggu beberapa hari sampai simen tampal bebetul keras dan kukuh
baru leh buat wiring dan plaster simen cover


aku nak cerite pasal pemilihan BATU BATA MERAH ni

Bata merah ni lebih mahal sikit berbanding bata putih biasa tu
mahal berapa sen jer pon
pilih bata ni konon sebab nak sejuk la 

konon nyaaaa

tapi, rupanya ada kelemahan pakai bata merah ni berbanding putih
n no wonder kenapa kontraktor biasa pakai bata putih jer
bukan sebab murah ke apa 
macam aku cakap, beza sikit jer 2-3 sen jer pon 
tapi bata merah ni, time nak plaster tu, dia tersangat cepat menyerap air
so, time nak tampal tu agak susah
asyik kene sembur air jer tuk bagi lembab.
kalau tak simen cepat kering dan jadi berketul, berbijik2 nanti

n sebab tu orang kata batu merah ni 'sejuk'
sebab menyerap air lebih cepat
kira kalau nak pakai jugak, memang kene mahir handle time plaster tu.
lebih tenaga n masa

tu ikut pengalaman
n ikut kami tanya pendapat2 orang lebih pakar

lagi satu batu merah ni mudah pecah, dia lembut berbanding batu putih





kami amik masa seminggu - 2 minggu gak kot (tak berapa ingat)  nak buat wiring ni
ni kami panggil kawan yg memang biasa buat wiring rumah ni
kire banyak gak la wiring umah ni dia yg buat

bab wiring ni memang kene tenaga mahir
jangan buat main and hagak2 asal boleh jer
kesan dia tuk long terms ya
kami biasa buat wiring rumah, so memang kadang2 ada jer yg timbul masalah
lagi2 pada wiring tambahan

jadi, panggil la kawan2 n orang yg sama setiap kali pon
so dia tau jer mana hujung pangkal bende tu semua
kat mana dia tanam
n tips aku tuk ni adalah : mintak orang wiring tu pilih bahan2 yg elok
tak apa kalau mahal sikit pon.




dan masa buat wiring, rumah berkecah gila lebih teruk dari kau ikat batu sebelum tu
aku memang dah tau siap2 dah
so masa buat wiring ni, aku kosongkan semua
simpan n bungkus perabot2 aku

sebab, senang nanti nak bersihkan rumah




lepas setel wiring,baru tampal. 

yg ni gap sebulan ya dari lepas wiring
sebab abah sado kau out station !!
so kene tunggu dia setel kerja dia baru leh buat

kira lama jugak la nak siap kan tangga ni
sebab kekangan masa

aku rasa part paling mencabar dalam buat tangga ni 
time menampal simen ni la
kene details kene buat cantik2 kemas2
ngan hal pasal batu merah aku cerita atas tu lagi
lama giler nak siapkan part ni jer
aku tengok pon penat huhu


so, ni la dia hasil nya
aku pon dah pasang wainscoting dah.
ni gambar lepas siap tu
yg wire terjulur tu wire aircond
masa ni tak terus pasang lagi


sofa coklat ni pon dah takde skrang
lantai pon sama
banyak dah perubahan aku buat kat ruang bawah ni
dari depan sampai belakang




puas hati jugak la buat sendiri
serious jimat gila
kos about RM 300 jer lbh kurang
sebelum tu aku tanya2 kontraktor diaorang caj paling murah RM1500
tu pon siap suggest pakai mdf board jer n caj macam tu
kalau naik batu macam kami buat ni lagi tinggi harga nya
ya aku paham jer diorang caj tu 
tapi still rasa gila kau hamek huntung berganda kan
sebab tu kontraktor kaya raya hahaha

well, kami suka jer buat bende2 macam ni
bukan pasal nak jimat ke semata
tapi pengalaman dan pengetahuan yg kami dapat tu
haaaa kau tengok lepas tu, macam2 lagi kiteorang buat kat rumah ni 

aku siap2 cakap -kalau abah sado kata nak berenti
aku nak ajak dia daftar kontraktor
boleh amik job renovate rumah orang

ok lah, tu jer aku nak share buat masa ni.
tiber semangat citer pasal rumah
jarang2 ni aku rajin update blog

tapi korang kalau nak tengok hasil ruang tangga ni,
n nak tengok perubahan demi perubahan rumah kami ni
boleh terus gi IG aku @atyfared
jangan lupa terus follow jer hokeh
kalau nak tanya apa2 pon pasal ni semua or berkaitan
pon boleh direct dm kat situ
aku rajin mengapdet kat situ jer semua pasal rumah ni










Sunday, March 10, 2019

Rumah AtyFared : TIPS elak gangguan anak kecik time mengecat rumah..



anak2 ni kan.. biasa lah... kau time berkecah2 nak mengecat rumah tu..
diaorang pon sibuk lah jugak nak 'menolong'..
well.. fitrah... dierang anggap tu aktiviti menyeronok kan.. boleh main2...
macam main water color tuuuuuuuuuuuuu..... 

kite ni pulak.. nak siapkan kerje cepat.. dan cantik..
bila masuk 'hasil kerja tangan' anak2 time mengecat tu... 
selalu nya akan jadi 'menambah kerja' !!

kan....

aku pon sama yer..
jangan kau ingat.. aku syiok menukar cat setahun 2-3 kali.. dapat 'lepas' dari budak2 ni..
memang tak... 
anak2 aku pantang tengok aku beli cat / roller cat baru... dieorang dah siap2 cop sorang satu..
cat tu satu abang punya.. satu adik punya.. ppuffttttt...
walaupon... dah biasa tengok makpak nya mengecat rumah..
still.. dieorang excited jugak nak 'menolong' tu... 

so... macamana aku buat ? ni aku nak share...
kot2 korang boleh guna jugak sikit2 cara aku ni kan... 
tak yah lah korang nak menunggu tengah malam-pagi buta nak bersengkang mata mengecat semata2 nak tunggu anak tido yer.. hukhuk... 

tapi aku cerite ikut peringkat umur anak2 aku yer..


kalau anak baby2 lagi ni.. nak carik masa mengecat memang mencabar..
kene buat time dia tido.. lepas tu asyik terhenti-henti nak menyusukan anak.. 
bende sikit..sepatut nya sekejap.. jadi lama... 
nak buat acaner kan... dah kau nak mengecat jugak...

bila anak2 dah besar sikit ni.. cabaran nya lain pulak..
yang part aku cakap nak 'menolong' tu la... 
masa awal2 dulu.. boleh bawak bergaduh lah anak beranak.. hahaha..
tapi lama2.. sebab mungkin dah biasa.. so aku dah tau acaner nak buat ngan dak2 ni..

fes sekali time kata plan nak mengecat tu..
aku setelkan hal anak dulu...
aku suka start kerje pagi2... semangat sikit..
so..tuk anak2.. aku pastikan dieorang dah siap2 bangun tu.. mandi dan bersiap elok..
siap2 sarapan makan kenyang2.. 
lepas tu siapkan aktiviti dieorang - selalu bagi layan movie jer
atau aku biarkan jer dieorang nak main apa dieorang nak.. 
maksud nya.. dieorang dah santai2 rilek kenyang tu semua kan..

(bukan siapkan anak2 jer.. tapi uruskan rumah terlebih dahulu like basuh sidai baju-kemas bilik semua2 house chores tu lah)

sebab bila aku dah start kerja.. aku suka buat kasi siap sampai setel..
tak suka nak berhenti2 lama-lepas tu sambung balik.. alamat nya memang tak buat lah tu nanti..

ok..part anak kata nak 'menolong' tu...

dulu2.. macam aku cerite atas tu la.. memang susah nak bawak berbincang ngan budak2 ni tau..
dieorang ingat berseronok jer mengecat tu..
terus semua berkecah.. ngan terpijak cat lepas tu berlari satu rumah.. banyak kerja..
lepas tu budak ni.. biasalah kan.. lagi di larang.. lagi die membentak nak buat..

so.. aku biar kan dieorang buat..

kau biar kebenaran aty...??!!!


macam ni tau.. sebab dieorang dah biasa tengok makpak nya mengecat rumah..
aku tak nak.. bila asyik di larang.. 
satu masa nanti.. dieorang jadi anak2 tak boleh di harap..!!
bila time nak mintak tolong nanti.. dieorang pulak yang tak nak..
sebab dah set dalam pala otak -dieorang tak perlu menolong..tak perlu buat kerja-


so.. sebab tu aku tukar cara... bila setiap kali aku nak mengecat..
dan aku tau dieorang nak menolong..
aku biarkan.. ada masa.. aku sendiri yang ajak buat sama2...
aku sediakan berus cat sorang satu..

tapi syarat nya... AKU AJAR dieorang cara yang betul...
aku cakap.. nak tolong mama.. tolong betul2...dan kene dengar cakap mama...




selain tu.. salah satu cara aku adalah
aku bagi dieorang satu ruang/wall kecik untuk dieorang selesaikan
kire dieorang boleh guna cat-berus dan rasa nak 'bermain' kat wall tersebut
macam aku cakap.. aku bagi berus sorang satu.. dan perlu pakai sarung tangan..
aku ajar dieorang macamana nak celup-amik cat supaya tak menitik2.. 
dan cara nak cat kat wall..

yer.. dieorang memang lah tak pandai nak cat..
hasil kerja pon tak lah seperti di harapkan..
dieorang hanya nak berseronok... nak 'main'
dan biasanya.. aku tau.. tak amik masa yang lama pon..!
agak2 dalam 10-20 minit dieorang dah 'main' tu.. dieorang penat dan mula boring..
keakdang tak sampai 10 minit pon... 
dan terus mintak berhenti...walaupon kerje tak siap lagi..

dan waktu tu.. insyaa Allah tak ada gangguan dan kau boleh setelkan terus kerje kau ngan tenang
yer... gangguan tu hanya setakat 10-20 minit..
cara ni lebih berkesan instead of kau larang langsung.. 
dan anak2 akan ganggu kerje sepanjang proses kau mengecat tu..!! 



so far untuk aku cara ni berkesan.. 
tapi tengok lah kesesuaian jugak yer.. lain anak..lain perangai nya.. 
tengok mud anak tu sendiri macamana..
ada anak jenis tak boleh kite buat kerja.. so pandai2 lah kau adjust..
macam anak2 aku ni dah besar2 sikit.. senang nak di paham kan..
so tuk aku ok jer.. 
macam masa baby2 dulu pon..struggles jugak lah kerje mengecat ni.. 




so far tu jer nak share.. simple jer.. tapi since ramai suka tanya..
aku share dari pengalaman sendiri jer... harap membantu...






Tuesday, April 10, 2018

UNDERCOAT CAT untuk atasi masalah KULAT pada wall cat gelap





ada lagi satu soalan paling biasa lupa nak taruk sekali ritu bila orang tengok aku cat kaler hitam legam kat rumah aku...

" warna gelap.. ada tak timbul putih2 kat wall ?"

maksud yang putih2 tu adalah KULAT DINDING

ritu.. aku share pasal penggunaan cat melalui pengalaman tuk aku sendiri [secara personally] atasi masalah kulat pada dinding..

aku ada bagitau.. lepas beberapa proses try n error.. so far aku pakai cat jenama DULUX baik tuk wall rumah aku..

so far.. dah cat warna hitam tu end of 2016 kot rasanya..tak berapa ingat.. tapi sampai sekarang masih ok.. langsung takde kulat.. 

TAPI..


ada orang mengadu.. dah pernah try cat DULUX.. still sama jugak


aku lupa nak share sumting... ritu...huhu..

so aku share kat sini...sebelum ni..


aku malas nak cerite panjang2 apa korang boleh buat tuk hilangkan kulat kat wall..ritu dah share dah kat IG @rumah_no41 kalau sapa2 follow tu dah tau lah acaner... 

sikit2 lah bagitau.. cara susah tapi insyaa Allah berkesan... iaitu kau kene 'cuci' wall tu..
cuci sembur pakai air dan kene berus...tunggu betul2 kering sangat kering.. baru cat balik..


tak pon.. kau panggil orang kikis skim asal wall tu.. dan tampal skim baru..


ni cara yang biasa sangat aku dengar kontraktor.. atau orang2 dari kedai hardware bagitau pasal masalah kulat ni..

susah giler kan..

aku pon tak kose gak nak buat... rela pakai cat color cerah jer lagi senang kerje..

yeerr.. cat rumah color soft atau sangat cerah pon boleh jugak..
dia tak akan menghalang kulat tu.. [ikut pengalaman one of wall kat rumah aku ni] tapi.. tak nampak lah kulat tu nanti.. kire tak bercapuk2 lah wall kau since kulat tu kan warna putih..

paling2 mudah... cat pakai cat kapur... alaaa cat kapur yang murah tuuuuuuuuuu.... warna2 basic oren hijau kuning putih sedia ada jual tak yah nak bancuh2 bagai...yang jenis tak boleh nak lap kalau anak conteng bagai tu..

tau kan...


haaa.. yang tu.. orang kedai cat bagitau aku.. tak akan ada kulat...insyaa Allah..

aku tak pernah cuba.. tapi yer kot... boleh related kan ngan texture cat tu sendiri..




tapi kalau korang nak sangat jugak pakai color gelap.. apa kata sebelum cat tu.. korang UNDERCOAT dulu... yang ni yang aku lupa nak bagitau kat korang dulu.... cat undercoat ni based on air.. macam kapur tu.. macam likat tapi tak sepekat gam..lebih mudah nak cat dan mudah kering.. waktu kau cat tu memang cat nya tak rata... bagi aku.. cat selapis pon dah ok.. tu nama nya undercoat cat..

yang aku share ni.. memang tuk wall.. untuk luar-dalam rumah... ni memang biasa kontraktor2 rumah akan guna cat ni lepas skim rumah... contoh kalau ko perasan sapa pernah extend dapur tu.. lepas derang simen dan skim.. derang akan cat satu layer macam cincai2 jer... sebelum cat betul2.. tu lah undercoat... 

kalau untuk kayu..pintu contoh nya.. atau tuk besi.. pon ada undercoat nya sendiri.. lebih macam minyak sikit dan tak boleh campur air.. tapi fungsi nya sama.. kalau guna tuk cat kayu yang tak pernah di cat.. memang kene undercoat dulu.. nanti nak cat warna yang kite nak lepas tu.. lagi mudah dan cantik..

cat undercoat ni pon murah jer.. untuk dinding batu...wall luar dalam.. macam aku tunjuk atas tu.. 7 ltr baru Rm 35 macam tu jer harga.. kalau tuk kayu/besi tu mahal sikit... 7 ltr dalam 7-8 puluh hengget... 

so.. kalau orang tanya aku pasal masalah kulat melampau kat rumah pada wall yang bercat gelap.. aku memang akan soh.. lap dulu wall tu..[kalau kau tak nak basuh cuci macam aku cakap atas tu].. lepas dah kering betul2.. baru undercoat.. dan baru cat semula wall tersebut..


tu jer cara nya..


kalau tak menjadi jugak.. aku pon tak tau nak nolong acaner lagi... huhu.. serious ni..

aku share dari sikit pengalaman dan dari apa yang orang share bagitau aku...harap dapat bantu korang jugak..















Friday, March 23, 2018

DIY :: tampal lubang kesan paku di dinding batu


rumah aku kan banyak hiasan dinding.. frame.. pastu suka alih sana alih sini.. 


orang banyak kali tanya/cakap kat aku : tak sayang ker dinding ketuk2 paku sana paku sini.. boleh rosak dinding.. berlubang..


part dinding boleh rosak / pecah dan berlubang boleh cacatkan wall bila banyak paku tu.. memang betul..



TAPI..



ada cara mudah sebenarnya nak buat wall tu kasi elok balik.. kesan lubang atau pecah tu boleh di tampal dan jadi licin macam asal..


sebelum ni [sangat lama dah] aku ada share acaner nak paku tanpa merosak kan wall.. walaupon macam tu.. tak ley nak elak kejadian2 macam ni..[wall pecah/rosak sebab paku tu lagi2 tengok surface wall tu sendiri acaner ].. jadi kali ni aku share acaner nak baiki balik wall tu kalau rosak - pecah - kesan lubang tersebut.. macamana aku nak cantikkan rumah tanpa merosakkan...atau macamana aku baiki kesan2 kecacatan tu semua.. 

in fact aku sendiri pon tak suka tengok wall yang rosak kesan paku.. lagi2 setiap kali nak mengecat wall tu - aku kan selalu cat rumah - setiap kali nak mengecat jer.. memang aku akan cabut semua paku2 yang ada.. lagi2 kalau aku tau aku tak akan guna balik paku tu [maksud nya tak nak dah gantung hiasan sama kat situ] tapi kalau macam kesan lubang tuk rail langsir tu [yang tetap aku akan bukak jugak biler time mengecat] tu takper lah biarkan.. sebab tau nak guna-pasang balik lepas cat tu nanti.. tapi kalau paku2 biasa ni.. atau jenis hook yang tersembul2 tu.. memang aku akan cabut jer sebelum cat tuk lagi elok hasilnya kendian
..




so ni dia HERO nya.. FILLER ...atau ada orang panggil.. tepung penyumbat.. dan memang berfungsi tuk menampal lubang pada cement / kayu / tile

macam korang tengok ni.. bekas ni kecik jer..besar tapak tangan lebih kurang..macam bekas taufu fa tu... harga pon murah.. yang macam ni jenis -ready to use- maksud nya tak perlu nak bancuh dah.. 
kalau nak tau.. yang asal nya bentuk tepung.. tu lagi murah.. sekilo boleh dapat Rm 2 hengget jer..tu rega dulu2 lah.. sekarang tak sure pulak.. beli kat kedai plaster ada jual.. tapi tu kene bancuh sendiri pakai air macam bancuh simen tu.. biasa orang buat tuk skim ruang lebih besar..

untuk kegunaan sikit2 macam tampal lubang tu guna yang ni pon ok jer dah.. senang nak guna pon.. 






dah siap2 bancuh dah isi nya.. likat.. lepas guna terus kene tutup rapat2.. sebab mudah kering keras..  sudu leper tu pon dah siap2 sediakan dah sekali kat penutup..

ni kalau kene tangan pon mudah tanggal cuci pakai air jer..



ni nak share acaner nak guna filler ni tuk tampal lubang kat wall kesan paku / pecah tersebut..
insyaa Allah senang jer sebenarnya.. aku pon buat sendiri jer selama ni..tak pernah lah abah sado sibuk2 nak buat.. dulu2 die bising gak paku sana.. paku sini bila aku asyik nak mengalih.. lepas2 tu dia tengok  bini nya ni rajin menampal balik lepas buat tu [dia yang ajar pon sebenarnya] so tak bising dah.. aku mintak tolong paku kan.. die buat jer.. janji helok kata nya..


tapi sebelum tu sorry ar gambar macam lighting terlebih sebab bende ni betul2 bawah downlight.. kalau aku tutup lampu memang hapa pon tak nampak nak amik gambar.. 

btw.. tengok gambar atas tu.. kesan baru jer lepas cabut paku yang tak guna.. yang nampak gelembung tu sebenarnya lapisan cat yang terkopek dan tampung batu dalam tu yang sebenarnya dah pecah pon.. nampak macam sikit jer kan..tapi cacat gak lah wall tu kalau di biarkan

 tengok bawah ni..



ni bila aku bersihkan.. maksudnya aku just tolak nak ratakan pakai tangan jer.. cat terkopek dan cement dalam tu pecah.. buruk kan jadinya..
kalau kata lah aku tak cabut yang gelembung atas tadi tu dan terus cat.. tetap tak elok jugak yer.. 

ada orang rela biarkan jer paku kat situ..atau pon bila dah jadi pecah macam ni.. cat jer lubang tu kasi tak nampak putih cement tu lagi.. aku pon pernah jer buat.. tapi aku tak suka sebab tak elok.. nanti asyik terpandang jer.. ai is rela susah2 sikit tampal dan touch up balik.. huhu.. kire kene rajin sikit lah senang cerite.. kalau malas.. atau tak kisah biarkan jer lah kan..



so filler tu, just tampal jer sumbat2 kat lubang tu sampai tak nampak.. kalau tengok ni tebal dan tak tak rata kan.. tapi tak per.. biarkan sampai lubang tu tertutup habes.. nanti aku bagitau acaner nak ekjas kasi helok..




nampak..banyak kan sebenarnya..setakat satu boleh lagi buat2 tak nampak..huhu.. 

 sebab tu aku kene cabut paku nya dan re-touch balik.. ruang ni kat ruang tamu pulak tu.. aku tak suka tengok setiap kali pon.. 




so..lepas betul2 kering sungguh.. baru gosok pakai kertas pasir licin kan kesan yang tebal2 tak rata tadi tu..

lagi satu nak bagi tau.. walaupon filler ni mudah kering sebenarnya.. tapi bahagian dalam tu kekadang tak kering betul.. nanti bila nak gosok die akan rosak.. kire akan nampak lubang tu balik... dua kali kerja pulak nanti kene tampal dan tunggu kering amik masa.. so biarkan jer beberapa jam atau contoh dari pagi ke tengahri - petang pon ok.. aku kekadang esok nya baru gosok.. 

ni sikit jer ni.. kalau ada yang ingat aku kene gosok wall yang aku skim balik lepas cabut wall paper kat belakang tv kat ruang tamu ni dulu.. lagi banyak giler kerja.. masa tu memang teruk sebab kesan gam satu hal aku kene kikis dan undercoat.. lagi satu masa cabut wall paper tu ada skim asal ikut tercabut sekali.. kalau aku biar jer tak skim balik.. masa cat baru nanti wall jadi tak cantik dan nampak bercapuk.. 



yang ni dah siap gosok.. sekarang nampak tak.. dah takde dah kesan lubang tu.. nampak licin jer kan..




lepas tu .. touch-up cat la balik sikit kat bahagian tu.. masa ni masih belum kering.. tapi kalau tengok betul2 dah takde kan apa2 kesan lubang ke hapa dah..

gambar kering tak sempat lagi nak amik sebab lepas tu anak aku masuk spital ritu aku cerite..   dah kering sekarang ni helok jer macam asal takde apa2 kesan lubang langsung pon..macam tak pernah 'dilukai' jer wall tu..  nanti lah kalau ada gambar sok lusa aku edit jer letak..

lagi satu TIPS nak kasi : jangan buang tong cat lama.. atau kalau ada sikit2 tu simpan jer.. sebab kite akan guna balik sikit2 tuk bende2 macam ni.. contoh macam aku punya cat ni.. dah lebih kurang nak 3 tahun tahun cat masa fes time dulu.. kalau lah aku buang tong dulu2.. kompem aku dah tak ingat dah kod cat tu.. even kalau kata amik gambar pon.. for sure jenuh jugak aku nak mencarik nya balik nanti.. so.. memang aku simpan jer.. macam yang ni.. setakat sikit nak pakai.. aku beli satu liter cat jer.. sebab ritu dah habes aku guna tuk touch up wainscoting.. 







ni contoh satu lagi.. lama dah ni.. tengok tarikh watermark tahun 2016.. kalau aku tengok tarikh aku buat dolu2 19 feb 2016 dalam draft... hahahaha.. punya la lama giler kan.. 2 tahun lepas tu baru nak publish.. sebenarnya nak share lama dah... sekali buat2 entry tapi tak publish..tapi sebab ramai yang suka nau masih tanya.. so aku edit sikit letak gambar2 baru atas tu.. dan publish jer lah malam ni terus.. 

ni pon sama jer macam atas tu.. cuma lubang ni lagi besar  ko tengok...ni kesan  tebuk pakai drill tau..letak wall plug dalam nya tuk pasang screw tuk rak LACK ikea kat family hall atas yang dolu2 aku letak tv tu.. [kalau ada yang ingat lah] -biasanya tuk bende2 lebih berat-


lepas tu kan kiterang cabut rak tu pasang pulak tv cabinet hitam yang kekal sampai sekarang tu.. 


sepatut nya yang kesan2 garisan tu kene kikis.. tapi sebab  ruang ni di tutup ngan tv kabinet besar hitam tu pulak.. so malas nak kikis.. huhu.. dasar sangat kan.. takper.. tak nampak.. kalau kikis.. memang lagi banyak keje nak kene cat lagi banyak.. tak ley nak tampal pakai filler jer.. kene skim terus aku rasa tu nanti.. so biarkan jer lah.. tak nampak pon lepas2 tu..


cuma aku just tunjuk demo jer kat korang ni.. acaner nak tampal lubang tu jer.. [memang asal buat ni tuk demo semata kat korang dolu2 yer]











 step by step.. 

nampak tak lubang besar cegitu pon boleh tutup..

aku rasa aku tak publish ritu sebab aku takde gambar penuh.. takde gambar aku gosok licin dan gambar cat balik.. aku tak ingat nak amik.. lepas tu malas..lepas tu terbiar lepas tu dah 2 tahun baru nak tunjuk balik.. hukhuk..


tapi proses nya sama macam atas tu.. lepas tampal.. tunggu kering.. pastu gosok ngan kertas pasir.. dan touch up cat kat bahagian tu.. helok kejadian nya dah.. 


so itu jer lah cara nya.. tak lah susah sebenarnya..  since macam aku suka kan hiasan rumah.. so tak ley nak elak guna hiasan dinding.. termasuk kejadian2 macam ni.. which is kesan tak elok pada wall tu..  perangai macam ni.. suka alih2.. kang kejap ke sana..kejap ke sini.. mudah bosan.. dah kalau macam tu.. nak nampak elok.. jadi nak tak nak kene lah rajin sikit.. 

ada orang mungkin akan cakap... leceh nya kerje.. menyusahkan ke hapa.. baik tak yah paku langsung.. atau tak yah lah nak letak2 hiasan dinding bagai..  bagi aku.. ikut diri kite sendiri..  ikut citarasa sendiri.. macam aku perangai aku macam ni.. tapi ada orang tak kisah.. biar jer lah macamana ruper..kosong atau dengan hiasan.. atau tak kisah kalau berpaku2 dan berlubang pon..  ada orang pulak.. sayang sangat dinding.. tak sanggup melukai walaupon seketui paku giteeeww.. ada orang jenis letak sekali tak alih2 dah berzaman2.. so setiap orang berbeza2 kan.. aku just sharing untuk orang2 yang mencari solusi - penyelesaian tuk masalah ni.. tu jer yer.. harap maklum dan harap perkongsian bawak manfaat jugak pada semua.. 




notatanganAty : mohon yang tanya tu tabah menunggu lepas bertahun2 baru aku dapat jawap... hikhik.. 





Tuesday, August 08, 2017

WET KITCHEN : kenapa kecik sangat ruang nya ?


dapur aku..lepas extended ritu.. tambah lagi 8 kaki ke belakang.. dan lebar 20 kaki.. so nampak pendek tapi melebar..
kawasan perumahan sini.. biasa aku tengok.. kalau extended dapur..yang dapur tambahan tu akan jadi dapur basah.. dan dapur asal dari rumah sebelum renovated.. akan buat dapur kering.. tapi.. aku pulak.. dapur asal tu dah buat dining area terus.. dapur yang di extended ni.. aku bahagikan 2 ruang.. 
kire ada dapur basah dan dapur kering..
dapur kering kami boleh nampak dari dining area [in fact dari ruang tamu depan pon].. cuma bahagikan dengan bar counter..
dapur basah pulak lebih tersorok ke dalam.. dan berhampiran dengan laundry area.. 
dapur kering dan dapur basah dalam satu 'lantai' yang sama..takde partition hapa..
just pisah dengan pintu belakang jer..pintu tu aku letak kat tengah2.. 

biasa nya jugak kawasan perumahan jenis rumah aku ni.. kebanyakan nya akan buat pintu belakang kat hujung.. kire kalau rumah aku ni kau tengok akan berhadapan lah ngan laundry area.. so.. dapur..table top akan jadi memanjang biasanya.. 

tapi macam aku cerite sebelum2 ni.. aku memang sengaja elakkan ruang masak aku tuk nampak dari bahagian lain..lebih2 lagi bahagian depan.. tu aku buat cara macam ni.. aku amik inspirasi dari one of rumah jiran aku belah belakang2.. die buat macam ni masa memula pindah dulu..4 tahun lepas.. aku suka tengok cara macam tu.. berbeza ngan kebanyakan nya.. tu masa renovate dapur ni..terus2 aku plan macam tu.. divide 2 terus..dan pintu belakang sebagai pembahagi..

TAPI.. ada sikit kelemahan lah..

gambar lantai baru lepas di cuci air

persan tak macam ada 'kotak' kat lantai gambar atas ni ? tu sebenarnya pembentung rumah..kalau dapur tak di extended..kire pembentung ni dok luar belakang rumah kite.. pembentung ni sangat penting yer.. tak boleh kau nak simply tutup..  so biler kau extended dapur..guna semua ruang tanah.. kau kene buat macam ni.. which is.. boleh bukak tutup kendian hari..

orang pernah tanya aku.. tak bau ker..?? hahaha.. mungkin tak pernah tengok kot.. bende ni.. tebal yer.. kire campur dengan kau naik besi..simen..tile.. ada dalam lebih setengah kaki tebal nya aku tengok ritu..dan bukan senang2 ringan kau nak bukak penutup ni.. berat batu tebal yer.. lepas dari ni..ada lagi selapis penutup asal lebih nipis.. dan baru dalam ke pembentung tu sendiri.. 

ok.. nak cerite pasal bende ni...

yang ko tengok kedudukan kat situ tu..tu lah kedudukan asal kat bawah tanah tu sendiri.. aku ingat kan bende ni tak boleh di ubah langsung..tapi ruper nya.. ramai kontraktor lain yang pernah datang rumah aku ni.. kata sebenarnya boleh ubah kedudukan nya..!! huwaaattt..!!! sebab pernah tanya soh alihkan.. kontraktor yang buat dapur ni dulu kata tak boleh yer..buta2 jer dengar.. dan terima..

sebab kedudukan pembentung ni bagi effect pada saiz ruang untuk table top dan KC..





so kalau aku nak panjang kan table top.. die akan dok atas penutup pembentung tu.. 
memang tak boleh lah kan tutup pembentung tu.. 

sebab tu aku cakap..terpaksa pendekkan ruang tersebut hanya sebab pembentung ni.. 

dan kiteorang letak lah pintu belakang kat kawasan situ..menjadikan ruang dapur kering lebih panjang kesudahan nya
tapi ruang yang tinggal ni pon bagus jugak lah ada sebab ley letak tempat tong sampah.. 

kalau penutup untuk pembentung tu boleh di alihkan macam kontraktor lain cakap boleh tu.. aku dah mintak alih ke tengah dan kedalam sikit.. so.. boleh lah table top/kc untuk wet kitchen ni lebih panjang dan luas.. may be boleh balance kan 2-2 dapur.. 

sigh.. 

tu jer lah sebab nya.. 


table top masa baru jer siap.. belum buat kitchen cabinet


takde gambar proper.. tapi nak tunjuk bahagian belah sana [tempat letak sinki]


so.. table top untuk wet kitchen 6 + 5 kaki sahaja.. 6 kaki untuk bahagian sinki.. dan 5 kaki untuk tempat hob..[yang bawah nya ada tong gas tu]
 L-shape yer.. so tolak 2 kaki yang kat penjuru pelipat L tu..
so nampak tak.. tinggal 3 kaki untuk bahagian sana [tempat HOB] dan 4 kaki untuk bahagian gambar bawah nya [ruang ada sinki]

letak hob dalam 2 kaki lebih.. plus sinki 2 kaki lebih.. dapat hagak2 tak ruang yang tinggal untuk buat kerja..? sebab tu aku carik sinki yang sesuai.. supaya ada ruang untuk buat kerje memotong2 bagai tu..since sebenarnya bagi aku.. wet kitchen lebih banyak penggunaan harian nya.. dry kitchen lebih untuk penyimpanan jer..or bahagian serving..

kiraan untuk buat kitchen cabinet based bawah pulak 4 + 3 kaki.. memang sangat terhad..kene pandai susun atur..[tu nanti2 aku cerite]

ok.. orang tanya aku.. kenapa tak panjangkan yang sebelah lagi satu tu pulak?




ni bahagian hujung belah berhampiran dengan HOB.. ruang masuk ke Laundry area yang kedalam sikit..dan nampak tak ada satu wall kat bahagian kanan gambar..tu wall asal luar rumah sebelum di tambah..bilik air sebenarnya tu.. kiterang tak usik.. ada rumah yang siap alih bilik air ni.. kiteorang tak de bajet nak alih masa renovate tu sebab boleh telan belanja lebih kurang 5-10 ribu lagi tuk buat semula semua sekali..dan lagi.. aku sendiri suka ada ruang laundry khas macam ni.. 

ok..berbalik pada table top.. kenapa tak boleh nak panjangkan lagi table top tu sebab nanti laluan ni akan jadi sempit.. memang lah awal nya pikir..bukan nak masuk atau lalu ramai2 pon kat situ.. aku pernah soh kontraktor panjangkan table top tu lebih sikit ngam2 tuk lalu jer..tapi biler pikir balik.. kalau lah mesen tu rosak ker.. nak bawak kuar macamana pulak kan.. dan lagi. kene pikir nak lalu sambil bawak bakul baju.. so memang kene ada satu ruang yang lebih baik dan elok.. jadi nya.. kite ikut 'hukum' asal.. biar semua berada dalam keadaan sepatut nya.. ada ruang yang selesa tuk semua bahagian.. sebab semua pon penting dan jadi nadi kerja rumah..

sebab tu.. TERPAKSA pendekkan sikit table top..tapi sokeh..lepas tu..planning tuk maksimakan ruang penyimpanan kat bahagian ni.. letak satu tall unit cabinet tak besar sangat [tak lah selebar size table top] yang menganggu jalan.. buat buat pantry.. haaaa..bijak tak beta.. muwahahaha.. *typical 

ok.. boleh imagine tak semua ruang ni.. hahaha.. ramai dah tak sabar nampak nya nak aku tunjuk seluruh ruang sekali.. kat mana letak peties biler aku cakap aku masih boleh buat konsep segitiga kat ruang yang terhad ni.. actually tak lah sempit sangat pon.. cuma yang aku cakap terhad penggunaan table top dan KC jer.. ruang takde TT dan KC luas lagi..selesa nak ramai2 masuk buat kerje pon.. 

nanti aku share keseluruhan ruang yer.. well.. macam ni lah aku kan..suka cerite satu2.. part by part.. sajaaaaaa... nak kasi korang follow rapat giteeewww..lalalala...


but...wwooww details nya aku cerite.. kenapa rajin sangat ni.. heheh..
saja nak cerite..this is how aku manfaat kan keseluruhan ruang yang ada kat rumah aku ni ha..